DATUK SERI NAJIB TUN ABD RAZAK berkata beliau akan berusaha untuk merampas semula 2/3 majoriti di Parlimen dalam pilihanraya ke 13 nanti. Beliau berkata demikian ketika ditanya semasa temuramah dengan beliau oleh agensi berita AFP di Sila-Sila Sidang Kemuncak APEC diPeru isnin lalu. Ini adalah ucapan pertama beliau yang sangat tegas setelah memperolehi sejumlah 185 pencalonan ke jawatan Presiden UMNO.
Kepada semua pemimpin UMNO/BN bawah hingga keatas hendaklah menyedari sepenuhnya bahawa kenyataan ini adalah merupakan satu kenyataan yang serius dan penting sekali untuk anda hayati dan penuhi bersama. Datuk Najib seorang sahaja tidak akan mampu mengusahakannya tanpa bantuan dan sokongan sepenuhnya daripada anda semua. Segenap lapisan kepimpinan UMNO /BN mesti ( bukan harus sahaja ) berusaha bermula daripada sekarang untuk turun keakar umbi bagi menjelaskan tentang usaha anda untuk meraih semula 2/3 di Parlimen menjelang PIRU ke 13 kelak.
Pemimpin-pemimpin UMNO dan Ahli UMNO tidak sekali-kali boleh melakukan lagi perkara yang tidak dibenarkan. Seperti Penyelewengan, Rasuah, Kronisma, Nepotisma, Bersikap sombong, Bongkak, Takbur, dan sebagainya. Tuan-tuan adalah penganut Islam dimana semua yang tersebut itu tadi sangat haram didalam ugama kita. Tidak mustahil, ramalan Tun Dr Mahathir akan menjadi kenyataan jika perbuatan haram tersebut, sewenangnya Pemimpin dan ahli UMNO melakukannya.
Jadilah seorang pemimpin UMNO/Islam yang amanah, jujur dan ikhlas dalam berbakti kepada UMNO. Jika anda ingin kepada kekayaan dunia, bidang perniagaan adalah sebaik bidang untuk anda ceburi. Bukan UMNO. UMNO adalah badan untuk memperjuangan ugama, bangsa dan negara. Tutuplah pintu hati anda untuk mempergunakan parti UMNO sebagai landasan memperkayakan diri.
Semuanya bermula daripada niat/nawaitu anda untuk bergelar sebagai pemimpin parti. Jika anda mempunyai niat untuk kaya, jangan masuk menjadi pemimpin dalam UMNO. Berikan ruang tersebut kepda mereka yang mempunyai nawaitu yang betul dan tepat. Tanya pada diri anda sendiri. Jangan hipokrit dan berdusta kepada diri anda sendiri. Jangan anggap perkara nawaitu ini tidak benar dan enteng semata. Segala sesuatu yang kita lakukan, semuanya bermula dengan nawaitu. Malah Sembahyang sekalipun.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan