SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 9 Julai 2009

Manek Urai akan jadi ANAK EMAS Barisan Nasional!!!!!

Mungkin secara kebetulan, awal minggu ini saya telah menghantar saranan seperti tajuk diatas ini kepada YAB Datuk Seri Perdana Menteri kita melalui WARKAH UNTUK PM. Pada malam semalam saya mendengar dicorong TV, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, TPM kita menyuarakan cadangan yang sama ketika beliau berkempen di Manek Urai. Syukur alhamdulillah, nampaknya saya masih satu kepala dengan rasa dan minda pemimpin-pemimpin utama Barisan Nasional atau Kerajaan Negara ini.

Saudara sekalian,
Jika pengundi Manek Urai memberikan kemenangan kepada barisan Nasional didalam pru yang berjalan sekarang ini, mereka tentunya akan menghadapi masa depan yang lebih cerah daripada masa-masa yang lepas. "Anak Emas" membawa pengertian yang sangat bermanafaat kepada penduduk Manek Urai. Sudah tentu Manek Urai akan dijadikan kawasan yang akan dibangunkan serba serbi samada dari segi pembangunan intrastrukturnya, Percambahan keilmuan dunia dan akhirat penduduknya melalui pembinaan sekolah-sekolah, Perpustakaan, Pusat Pengajian Tinggi dan sebagainya. Mungkin Bandar Kuala Krai akan diperbesarkan. Pusat Kesihatan juga akan diperbaiki menjadi semakin hebat, sehebat yang didapati dikawasan bandar di Malaysia ini. Rakyat/Penduduk Manek Urai akan dijaga kebajikannya, agar tidak menghadapi masalah yang terlalu rumit. Jabatan Kebajikan dan semua jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dari segi kebajikan rakyat, sudah tentu akan memberikan segala tumpuan bagi membantu penduduk Manek Urai.

Anak Emas atau Anak Angkat adalah satu peluang keemasan kepada penduduk Manek Urai. Oleh itu berfikirkan sewarasnya semasa membuang undi kelak. Ini adalah masa depan anda dan jangan dibuang begitu saja. Selamat mengundi kepada pendudjuk Manek Urai.

kepadamu petronas, berikanlah jawapan setelusnya!!!

Pada beberapa hari yang lalu, Mantan PM kita, Tun Dr Mahathir menyuarakan dalam blog tersohor beliau satu persoalan yang sangat relevan dan menjadi hangat diperkatakan walau dalam masjid dan Surau, apatah lagi dalam kempen di Manek Urai. Apa yang dibelanjakan dengan duit Petronas sejumlah RM253.60 Billion semenjak 2003 hingga 2009 itu? Ketika beliau menjadi PM dulu yakni sejak 1981-2003 hanya sejumlah RM168.8 billion sahaja yang dikeluarkan dari Petronas untuk membantu membangunkan negara. Tetapi hanya dalam tempuh 2003 - 2009 ( lebih kurang 6 tahun sahaja ), kerajaan telah mengeluarkan sejumlah yang begitu banyak dari Petronas untuk membantu perbelanjaan negara. Sila tolong berikan penjelasan. Begitulah lebih kurang apa yang tersemat dari penulisan Tun Mahathir dalam blognya dua tiga hari yang lepas. Akhbar Harakah juga nampaknya seronok mengwar-warkan berita tersebut dalam muka depan akhbar itu pada keluran 6 - 9 hb Julai yang lalu.

Saya mencadangkan pihak Petronas dan kerajaan jangan berlengah lagi. Masa itu emas dan jika lambat berbagai spekulasi dari pihak pembangkang akan terduyun-duyun memasuki ruangan blog dan lain-lain media, memfitnah dengan berbagai-bagai andaian yang tak sedap kita dengar. Penjelasan Petronas harus jelas, lengkap, telus dan sekaligus menghentikan semua spekulasi yang bakal timbul. Saya yakin penuh bahawa semua jumlah RM253.60 billion itu digunakan untuk jalan yang lurus dan menepati kehendak peraturan kewangan negara. Janganlah merasa gusar dan menggeletar. Jika kita dipihak yang benar, tentunya kita memiliki semua data-data mengenai jumlah perincian perbelanjaan tersebut didalam simpanan kita. Apa yang perlu hanyalah memberikan penjelasan setelus mungkin kepada masyarakat umum. Gunakan semua media yang ada sebagai tempat bagi menjelaskan kedudukan sebenarnya.

Semoga selepas diberikan penjelasan yang terperinci itu kelak, semua mulut dan hati serta minda akan berpuas hati. Tun Mahathir juga akan nyanyak tidornya dengan dengkuran yang berlagu merdu. Maklum saja, usia serupa situa yang bongkok lima.

Rabu, 8 Julai 2009

SAH. PAS TIDAK UBAH SEPERTI UMNO. TAPI PKR MULTIRACIAL PARTI.

Sah dan janganlah anda semua cuba untuk menafikan lagi bahawa PAS tidak ubah seperti UMNO. Mungkin dari segi teknikalnya berbeza, tetapi yang jelas sekali dari segi yang diperjuangkannya adalah sama dan langsung tidak berbeza walau dibesar atom sekalipun. Jika nak kata PAS berjuang untuk islam, maka UMNO juga berjuang untuk islam. Jika naka kata UMNO berjuang untuk Melayu, PAS juga tidak dapat dinafikan perjuangan kepada bangsanya.
Mungkin hanya yang berbeza ialah dari sudut kejayaan dalam perjuangan kedua parti tersebut.
Sepertimana yang diucapkankan oleh Tan Sri Muhyiddin kelmarin, cubalah buktikan apa kejayaan yang telah dicapai oleh PAS setakat hari ini? berbanding dengan pencapaian yang telah UMNO buktikan dan capai semenjak merdeka. Islam menyinar di Malaysia adalah hasil usaha bersungguh UMNO. Melayu mampu berdiri gah kerana kehebatan perjuangan UMNO.
Sedang PAS asyik dengan caci merba, sibuk dengan menyalahkan UMNO sepanjang ketika. Namun seperti sedia kala, mana yang patuttu, UMNO memperbetulkan tuduhan PAS. Mungkin kerana terlampau agaknya.

UMNO dan PAS umpama langit dengan bumi. Jarak pencapaian kedua parti tersebut sangat jauh bezanya. Kalaunak kata tidak pernah memerintah, Kelantan diperintah PAS sejak 19 tahun yang lalu. Namun mencapaian PAS sebagai pemerintah Kerajaan Negeri Kelantan sangat menyedihkan. Mundur dan tidak terdapat sebarang kemajuan selain dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO di Kelantan itu.

PAS sibuk mencaci UMNO.
Bahawa UMNO tidak islam, sama seperti komunis dan Ajaran Ayah Pin.
Betulkah?
Tidakkah PAS yang serupa Ayah Pin.
Mendidik masyarakat membenci sesama bangsa dan agama, yang telah dimainkan oleh pemimpin PAS sejak dahulu, adalah ajaran yang sangat menyimpang daripada ajaran Nabi Muhamad SAW yang kita cintai dan sayangi.
Jika UMNO dituduh tidak islamik, apakah perbuatan pemimpin PAS itu dianggap islamik?
Nyata-nyata didalam Al Quran, Allah SWT menyarankan kita berbaik-baik dengan masyarakat bukan islam yang tridak bermusuh dengan kita. UMNO telah mengikuti saranan tersebut dengan berbaik bersama MCA, MIC dan PBS serta lain-lain seksyen dalam masyarakat yang tidak beragama islam. Ini kerana mereka nytanya tidak memusuhi kita selaku penganut sagama islam. Tetapi PAS berbaik dengan DAP dan Hindraf yang nyata sekali tidak bebaik dengan islam, malah membantah objektif PAS untuk menjadikan hukum hudud dalam malaysia ini.
Malah yang paling dashyat sekali ialah, PAS berdiam diri jika berlaku sesuatu perkara yang bertentangan dalam Pakatan mereka. Pemimpin PAS tidak memilki kekuatan untuk menolak yang mungkar dalam Pakatan Rakyat. PAS hanya berani bergaduh dengan UMNO. Tetapi bila dengan jepun, China, Jerman, India, Pakistan, Korea,,,PAS membisu dan bagai kerbau dicucuk hidungnya. Bertambah pilu lagi bila tiba-tiba PAS bersuara menyokong kemungkaran tersebut. Ini berlaku bilamana mereka berusaha membetulkan apa yang dilakukan oleh DSAI dan Elizabeth Wong.

PASPASPAS...memang kamu tidak berbeza dengan UMNO. Namun perbuatan kamu sangat mungkar sejak kebelakangan ini. Takdir karma telah kena kepada PAS. Ingatlah kejadian Tshunami di Aceh telah menyedarkan kita bahawa kesilapan juga boleh berlaku kepada manusia yang memakai serban dan kopiah putih.

Selasa, 7 Julai 2009

PHOTO KETIKA KURSUS KECEMERLANGAN DIRI DILIMBANG SARAWAK.


Antara peserta tengah menjamu selera selepas menghadiri kursus



Sedang menjalani kerja amali sebagai salah satu pengisian kursus

Para peserta tengah mengusahakan satu latihan kerja dalam kursus


Antara latihan semasa kursus berjalan

Anak-anak remaja Labuan dibawa bersama untuk mempersembahkan nyanyian
berkumpulan ketempat kursus. Budak-budak muda ini menamakan kumpulan mereka dengan sebutan nama "never again".
Suasana kemesraan dan kerancakan ketika kursus sedang berjalan.
Saudara Kamil Dullah @ Dollah sedang mendaftar sebagai peserta kursus
Saudara Kamil juga bertindak sebagai salah seorang kakitangan urusetia kursus

Bernyanyi semasa kursus. Puan Rahimah Haji Lamat, Pengarah JASA Labuan yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Labuan ikut serta selaku peserta kursus disamping bertindak selaku kakitangan urusetia.

Tengok elok-elok, betapa YB Datuk Yussof Haji Mahal juga hadir dan mengikuti kursus tersebut sebagai salah seorang peserta kursus.



Dua buah kapal digunakan untuk mengangkut peserta kursus ke Limbang Sarawak dari Wilayah Persekutuan Labuan. Bantuan pengangkutan ini diberikan oleh Jabatan Laut Labuan.


Gambar kenang-kenang YB Datuk Haji Yussof bersama peserta wanita dalam kursus tersebut. Gambar ini diambil diatas salah sebuah kapal yang mengangut para kursus tersebut.

Peserta kursus tengah tekun mendengar ilmu yang diberikan kepada mereka oleh Fasilitator.

Peserta kursus menyanyikan lagu ketika diarah berbuat demikian.
Dengan penuh semangat. Berdiri disebelah kiri sekali ialah Encik Mohd Rafi Ali Hassan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Labuan.

Antara Pemimpin Wanita dan Puteri UMNO yang hadir sebagai peserta semasa kursus tersebut.

Selepas habis kursus, berkesempatan pula membuat lawatan sambil menimba pengalaman di Rumah Panjang Angi ( suku kaum Iban ) di Limbang, Sarawak. Yang Berhormat Limbang, Datuk Haji Hasbi ikut hadir dan membuat kunjungan bersama Yb Datuk Hjai Yussof dan rombongan.
MENJADIKAN PEMIMPIN LABUAN MEMILIKI SEMANGAT, JATI DIRI, ILMU PENGETAHUAN YANG TINGGI DAN PENGALAMAN YANG LUAS ADALAH MATLAMAT KAMI PADA SEPANJANG MASA. DIMASA HADAPAN KAMI AKAN MENGANJURKAN LAGI BEBERAPA KURSUS BAGI MENAMBAHKAN LAGI KE"ELOKAN" PEMIMPIN TEMPATAN KAMI DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.






















































































































1MALAYSIA BERMULA DARI TOLERANSI ANTARA KAUM.

Jika Sabah dan Sarawak adalah merupakan contoh terbaik kepada 1MALAYSIA, sebagaimana yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri kita, YAB Datuk Seri Najib Tun Haji Abd Razak, tentu sekali ianya merujuk kepada semangat toleransi dikalangan berbagai etnik dikedua negeri tersebut. Dikedua negeri itu ( Sabah & Sarawak ), mereka tidak kenal erti persengkitaan diantara etnik yang ada. Mereka hidup rukun damai berzaman-zaman, sama seperti yang disarankan oleh berbagai-bagai agama yang terdapat diatas muka bumi ini. Ianya terjadi secara natural dan atas dasar keharmonian dan keamanan bersama, sikap jumut dan suka bertelagah mereka letak jauh-jauh dari lubuk hati setiap individu yang masih bernyawa. Bahkan dalam berbeda fahaman agama yang mereka anutipun, mereka masih boleh hidup satu bumbung dan satu katil serta satu bantal. Ini dapat kita perhatikan dikebanyakan perkampungan dikawasan pendalaman Sabah seeprti Tambunan, Keningau, Ranau dan juga di Sarawak seperti dikawasan perumahan panjang kaum Iban dan Dayak.

Masyarakat pribumi yang menganut Kristian dan Pagan sangat menghormati kaum yang beragama islam dimana "secara otomatik" setiap hidangan makanan dan minuman akan dipastikan kehalalannya oleh mereka, jika ingin menjamu rakan islam mereka. Kahwin campur sangat lumrah diSabah dan Sarawak. Kadazan berkahwin dengan Cina. Bajau berkahwin dengan Dusun, Murut berkahwin dengan Kedayan, Iban berkahwin dengan melanau dan sebagainya adalah perkara yang bukan luar biasa dan perlu ditakutkan. Bahkan kaum islam Sabah dan Sarawak merasakan satu keistimewaan jika dapat mengahwini perempuan dari suku kaum selain kaum mereka sendiri.

Kini pengaruh dari luar telah banyak mengikis kebiasaan penduduk dikedua negeri tersebut.

Sabah adalah sebuah negeri yang aman dan sentosa. Begitu juga dengan Sarawak. Baru-baru ini saya bersama rombongan seramai hampir 100 orang, telah berkunjong kesebuah rumah panjang suku kaum Iban di Limbang, Sarawak. Saya merasa sayu dan hiba apabila rombongan kami disambuat dengan mariah dan dijamu dengan segala makanan dan minuman sepuas-puasnya. Betapa suku kaum itu menghormati kami, dari suku kaum lain yang 99.999%nya adalah beragama islam. Ketua Rumah Panjang Ungi telah menyambut kami, sekaligus kami dipersembahkan dengan tarian ngajat ( tarian budaya suku kaum Iban ) dan lagu poco-poco dalam bahasa Iban. Saya suka mencadangkan tarian poco-poco Kebangsaan kita mennyerapkan tarian poco-poco bahasa Iban yang dipersembahkan kepada kami itu. Ianya lebih berbentuk kebangsaan jika dibandingkan dengan tarian poco-poco sedia ada yang menggunakan bahawa jawa.

Kepada anak-anak remaja Sabah dan Sarawak, sedarlah bahawa selama ini keharmonian dan kesentosaan dikedua negeri tersebut, adalah berpunca dari sikap toleransi penduduknya yang sangat kuat dan jitu. Jika ini hilang dibawa oleh angin bayu, maka tidak mustahil Sabah dan Sarawak akan kehilangan suasana harmoni yang mereka miliki sekarang ini. Jangan kerana perjuangan yang karut marut seperti yang PKR dan DAP perjuangkan, anda boleh tertipu dan menggadaikan segala suasana nyaman ketika ini.

Isnin, 6 Julai 2009

MANIK URAI SEBAGAI "ANAK ANGKAT" BN???

Paling sesuai Manik Urai dijadikan kawasan angkat atau "anak angkat" selepas BN mencari kemenangan dalam prk akan datang ini. Ini adalah antara saranan yang diberikan oleh kawan-kawan di Kota Bharu setelah saya merbual panjang melalui telefon dengan mereka pagi semalam. Saya nampak ada logiknya saranan tersebut demi untuk membuktikan kepada rakyat seluruh Kelantan bagaimana cara dan teknik Barisan Nasional dalam menjaga kebajikan rakyat dibawah kepimpinannya.

Pertama Barisan Nasional akan menumpukan segala bantuan ekonomi dan apa sekalipun untuk rakyat Manik Urai. Pembangunan Intrastruktur Manik Urai akan dimajukan sama seperti kawasan dimana BN memegang pentadbirannya. Pekan di Manik Urai akan dinaiktarafkan. Diujudkan berbagai-bagai kemudahan prasarana dan pusat pengajian samada tinggi,ataupun separa tinggi untuk kemakmuran rakyat Manik Urai. Peluang pekerjaan akan diperbanyakkan untuk rakyat dekat situ, agar mereka sangat berpuas hati sebagai anak kesayangan Barisan Nasional. Pusat dakwah kelantan atau Pantai Timor juga boleh ditubuhkan di manik Urai. Semua ini akan menjadikan Manik Urai kawasan tumpuan, bukan sahaja kepada orang-orang yang setia dengan perjuangan Barisan nasional, malah ahli Pas, DAP dan PKR sekali gus. Melihat dan memerhatikan bahawa Barisan Nasional, jika diminta sebagai pemerintah, akan memerintah dengan baik dan teratur dan akan menjalankan tugas serta tanggungjawab seeperti yang dikehendaki oleh Al quran dan Hadith. Bukan seperti yang difitnah melalui laman-laman sesawang dalam internet ini.

Dengan menjadikan Manik Urani "Anak Kesayangan" Barisan Nasional, akan dapat membuka mata penyokong PAS di Kelantan, betapa selama ini mereka rupanya sangat membuang waktu dan masa mereka dengan memberikan sokongan emosi kepada PAS dan PKR. Rupanya selama ini mereka telah membuat keputusan yang sangat tidak bijaksana. Kerana kononnya dijanjikan syurga jika menyokong PAS, rupanya neraka dunia dan akhirat yang mereka perolehi.

Ahad, 5 Julai 2009

LIM GUAN ENG!!!!TIN KOSONG!!!!!!!

Dulu, ketika Tun Abdullah Badawi sebagai PM Malaysia, beliau memberikan kebebasan kepada pemimpin Pembangkang untuk ikut serta berbicara wara dikaca-kaca TV dalam negara ini. Maka hasilnya mereka seperti YB Salahuddin Ayub, YB Nasha, dan lain-lain tidak membazirkan peluang yang ada. Setiasa menampilkan diri masing-masing apabila saja mendapat jemputan untuk meluahkan idea dan kepintaran dalam kepimpinan mereka. Pun tidak terkecuali mengambil peluang yang sama ialah KETUA MENTERI PULAU PINANG sekarang ini, YB LIM GUAN ENG.

Punyalah hebat beliau berpidato. Lancang dalam melontarkan kata-kata mengutuk kerajaan Barisan Nasional, hingga terkencing-kencing dan terberak-berak pemimpin utama negara dibuatnya. Itu salah. Ini salah. Semua apa yang kerajaan BN lakukan ada saja salah dan kekurangannya. Sebenarnya kalau apa yang diluahkan dari mulut mereka itu merupakan satu kebenaran, Malaysia sudah tentunya tidak seperti sekarang ini. Islam di Malaysia sudah tentu masih seperti sebelum 1957 dahulu, jika apa yang diperkatakan oleh pemimpin PAS itu benar belaka.

Kini LIM GUAN ENG telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Parti Pakatannya memenangi majoriti kerusi DUN negeri tersebut dalam PRU ke 12 yang lalu. Dan itu membolehkan bukan sahaja parti beliau memerintah negeri tersebut, malah membukti kepada rakyat Pulau Pinang bahawa pemerintahan mereka sangat baik dan adil dan samarata dan prihatin kepada rakyat.

APA SUDAH JADI setelah 16 bulan dalam pemerintahan? Habuk pun tak ada. Negeri tersebut bukannya semakin kedepan malah semakin kebelakang. Masalah sebuah kampung yang bernama Kampung Pala tidak dapat beliau selesaikan malah takut untuk berjumpa dengan masyarakat kampung tersebut. APA SUDAH JADI LIM? Sudah tentu Lim sekarang sudah tahu bahawa garam itu masin dan gula itu manis sifatnya. Sudah tentu Lim tahu kini bahawa bertindak sebagai pembangkang sangat mudah dan tidak seeprti pemimpjn sebuah kerajaan yang sangat memerlukan kebijaksanaan yang sedikit luar biasa. Mungkin LIM ingat macam makan ABC sahaja kot? Rakyat Pulau Pinang yang selama ini berharap, LIM akan dapat mengubah cara dan pendekatan politik beliau, nampaknya lebih teruk dan jahat daripada kerajaan BN dibawah Kho Thsu Koon. Rakyat Pulau Pinang hampa dan kecewa dengan gelagat dan perangai pemimpin si LIM itu beserta menteri dan pemimpin dibawah telunjuknya.