SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 19 Februari 2009

Bodohkah Bangsaku Melayu?

Aku salin warkah ini untuk tatapan bangsaku yang keliru dan tak tahu apa yang tersirat.
BACALAH dan dengan ikhlas dan jujur bermuhasabahdirilah seeloknya.

Bodohkah Melayu?
February 19, 2009 by admin
Kini kita mengeluh atas apa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Kita sendiri yang tegar melemahkan Melayu. Kita sendiri yang menghina pemimpin kita kerana ikutkan perasaan dan kerana terlalu emosi kita menyebelahi orang yang membenci kepimpinan Perdana Menteri kita.
Kita juga yang ramai-ramai merobekan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Kita juga yang membuka peluang kepada pembangkang. Sebelum PRU lalu,ramai dikalangan kita yang terperangkap dengan hasutan Mantan Perdana Menteri yang benci kepada Perdana Menteri. Yang pasti Tun Mahahthir mempunyai sebab untuk membenci Pak Lah kerana Jambatan Bengkok. Ini adalah pertembungan perniagaan dan bukan kerana alasan yang rasional,kononnya bahawa Pak Lah tidak mampu mentadbir Negara. Hanya dengan satu alasan yang rapuh, iaitu Pak Lah perlu disingkir.
Khairy Jamaluddin, menantu Pak Lah di jadikan kambing hitam. Khairy dijadikan liabiliti kekalahan UMNO atas satu sebab kerana mahu Pak Lah tersingkir juga. Hari ini rakyat memperjudikan nasib dengan mengundi pembangkang, rakyat mahu mencuba untuk menukar kerajaan kerana terpengaruh dengan kita lantas membuka ruang kepada bangsa asing yang kini telah naik tocang sehingga menghina raja-raja kita. Dimana maruah kita sekarang ? Di manakah kita mahu meletakan muka kita sekarang ? Pas, kini telah terjerumus dan khayal dalam menjana kuasa politik mereka dan tidak lagi memikirkan mengenai maruah bangsa apa lagi agama yang dianuti oleh bangsa kita.
Jika Pas tidak memperdulikan mengenai bangsa dan agama kita. Apa yang kita mahu harapkan dari perjuangan Pas untuk memperjuangkan agama. Sekarang Pas adalah sebuah parti yang liberal, sama dengan DAP dan juga PKR, jika tidak masakan pula,mereka boleh berbual, berbincang dan juga tidur sebantal. Mimpi Pas tidak lain lagi, walaupun pakaian saja yang berbeza, Pas juga telah menyokong pemimpin yang tidak bermoral, Pas juga sudah menyokong pembangunan pembiakan ladang Khinzir. Pas juga tidak berani menegakkan landasan Islam kerana takut rakan karib mereka yang langsung tidak berminat dengan Islam akan kecewa.
Melayu tidak lagi serupa melayu. Melayu tidak lagi sayangkan melayu, melayu menulis menghina pemimpin melayu, melayu mahukan hak melayu terhakis, melayu mahukan melayu terus menjadi kuda, Melayu mahukan melayu jadi boneka,
Lihat saja apa yang berlaku di Perak semalam sehingga hindu yang menjadi speaker Dewan Undangan Negeri perak boleh menjadi hakim. Hindu itu juga telah menghina Sultan Perak. Hindu ini juga telah mengaibkan bangsa ku bangsa Melayu. Hindu ini juga telah mencemar nama baik bangsa melayu. Hindu ini juga menghina Menteri Besar kita. Hindu ini juga menghina institusi beraja kita selama ini milik kita. Namun masih ramai lagi bangsa ku yang sedang tidur nyenyak dan masih bermimpi 916.
Masih bermimpi jalan ke Putrajaya sedangkan jalan bangsa melayu kini menuju kelongkang yang busuk. Kita terus sokong hindu ini kata mereka, kata bangsa ku yang sedang tidur nyenyak ini. Kita terus berdiri di belakang hindu ini, yang penting UMNO - orang melayu itu tersingkir. Biarlah mereka lawan dengan hindu ini, yang penting kita dapat jadi pemerintah. Tak kiralah asalkan pemerintah, tak kiralah …biarpun jadi boneka atau kuda, ini saja jalan yang kita ada untuk menjadikan kita pemerintah. Jika tidak Anwar akan terus kempunan untuk jadi pemerintah. Gadaikan hak melayu, gadaikan maruah bangsa, tak apa kata mereka, tak apa kata pemimpin Pas, gadaikan maruah agama. Tak apa kata mereka lagi. Asalkan kita berkuasa.
Bangunlah bangsa ku, bangun dan lihat ,bangsa kita mahu dijajah kembali, Bangsa kita diperlekehkan, raja kita di persendakan, bangunlah….. lebih dari 50 tahun kebajikan, maruah, martabat kita dijaga, bukan oleh mereka, UMNO lah yang membesarkan kita, UMNO lah yang memberikan kita pendidikan, UMNO lah yang menjadikan kita bijak dan pandai. UMNO lah yang telah membawa bangsa kita menjejak kaki ke bulan. Kenapa kita hendak menjadi bodoh kembali hanya kerana mahu, menyokong mereka segelintir melayu yang hanya mahu merebut kerusi menjadi Perdana Menteri. Tidak akan hilang Malayu di dunia, tetapi melayu akan terus hidup merempat jika ini cara melayu.
Tidak cukup lagi ke kita digelar sebagai bangsa yang pendengki, yang suka menjatuhkan sesama sendiri, tak cukup lagi ke kita di katakan bangsa pemalas, tak cukup lagi ke kita dikatakan bangsa bodoh. Memang bodoh pun kita jika ini cara kita.
Memang bodoh pun kita bila kita mengadai maruah bangsa dan memang bodoh pun kita bila kita berserban tetapi menyokong perkara yang tidak bermoral. Memang bodoh pun kita berpelukan dengan mereka yang bencikan Islam. Memang bodoh pun kita, walau kita tahu si peliwat itu menipu tapi kita tetap menyokong beliau. Memang bodoh pun kita tarik hak istimewa kita hak orang Melayu di bumi melayu. Memang kita bodoh dan tidak perlu kita salahkan mereka mengatakan kita bodoh. Sampai bila kita akan jadi bodoh?
Hari ini, mata kita sakit, hati kita sakit, Raja kita di mainkan dan di hina, Ampun Tuanku beribu ampun, lakukanlah sesuatu untuk mengembalikan maruah bangsa melayu, mengembalikan keagunggan beragama dengan membawa kembali ulamak kita ke jalan yang benar dan bukan ulamak yang berpolitik. Ampun tuanku, lakukan lah sesuatu, hapuskan dajal akhir zaman yang sedang memecah belahkan melayu. Ampun Tuanku patik menyembah dengan sepuluh jari-jemari ini agar Tuanku bertindak selamatkan orang-orang Melayu.
Ini keluhan dari sahabat ku
Ampun Tuanku Beribu Ampun,
Adalah menjadi harapan patik-patik sekalian rakyat jelata agar Tuanku Sultan Perak mengambil tindakan segera ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan mereka yang bersama beliau menggantung Menteri Besar Perak dan Barisan EXCOnya dari menghadiri sidang DUN Perak.
Tidak pernah ada dalam sejarah orang Melayu ada manusia bukan Melayu boleh membuat keputusan bawa barang sesiapa yang hadir Majlis Tuanku Raja Melayu sebagai satu tindakan menghina negeri jajahan takluk tuanku sendiri.
Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor.
Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Harap Diampun
Sejak April 2008, cacing sudah menjolok mata. Apakah Tuanku ingin membiarkan cacing ini terus bermaharajalela tanpa batasan?
Pada hemat patik pacal yang hina, sudah tiba masanya Tuanku menintahkan hukuman buang negeri ke atas sekumpulan bukan Melayu yang merasakan mereka sekarang raja di Perak. Jangan terus berdiam diri, patik khuatir suatu hari nanti nasi sudah menjadi bubur, tragedi Kuala Sepetang berulang lagi.
Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan.
Apakah guna seorang rakyat negeri tuanku jika majlis tuanku pun dianggap haram dan hina? Cukuplah orang Melayu menjadi bacul jangan sampai penaung orang Melayu pun dilihat tiada bertaring.
Di petik dari nukilan editor KPMU,
Masih belum terlambat untuk menyelamatkan bangsa kita, masih belum terlambat untuk kita bersatu menguatkan bangsa kita. Bangkitlah bangsa ku, buka mata buka minda, lihat disekeliling, apa yang telah berlaku. Kita telah berikan mereka peluang untuk membuktikan bahawa mereka lebih baik dari BN.
Apakah mereka ini lebih baik ? Jelas perjuangan mereka hanya mahukan kuasa dan bila berkuasa mereka gunakan kuasa itu untuk kepentingan diri mereka sendiri dan gunakan kuasa itu untuk terus menjejak kuasa yang lebih besar. Mujur Allah Swt hanya berikan mereka percubaan dan kini kita sedar apa kemampuna mereka sebenar, Salam dari TepakBersulam untuk bangsa ku .
Emailkan respon anda kepada Zack1405@gmail.comOleh:TepakBersulamDipetik dari www.tepakbersulam.com
Filed Under: Terkini

PAS kembali Bersepakat dalam BARISAN NASIONAL?

SAYA DENGAN INI MENGALU-ALUKAN JIKA PAS KEMBALI BERSAMA UMNO DAN MCA DAN PBS DAN PBB DLL DALAM BARISAN NASIONAL. PAS adalah sebuah parti yang bersama-sama mengujudkan BN suatu ketika dulu. Maka dalam suasana politik yang sangat kritikal kepada agama dan bangsa ketika ini, saya nampak ada logiknya PAS bersatu semula dengan UMNO didalam Barisan Nasional. Suasana di Perak, di Selangor dan Pulau Pinang memanggil kita untuk kembali bersatu dalam satu perjuangan. Nak tunggu melayu hancur lebur spt Aceh dilanggar Thsunami baru nak kembali kepangkal akar?.

Ramai orang berkata, jika hendakkan penyatuan semula, proses penyatuan tersebut hendaklah berada dalam suasana 'menang dan menang'. Saya kata, yang akan pasti menang ialah rakyat jelata. Mereka akan pasti sekali kembali seperti sedia kala. Penyatuan diperingkat akar umbi akan kembali pulih. CUMA MUNGKIN DIKALANGAN PUCUK PIMPINAN KEDUA PARTI MESTILAH LEBIH BANYAK TOLAK ANSUR DIMANA AKHIRNYA SEMUA TIDAK AKAN MERASA TERSINGKIR DIDALAM PENYATUAN TERSEBUT. Semua pemimpin kedua parti ( PAS dan UMNO ) mestilah jujur dan dan ikhlas dalam penyatuan kedua parti melayu islam ini.

Adakah sesiapa diantara kedua pemimpin parti tersebut tidak bersetuju dengan saranan ini?
Jika ada, kenapa?. Kuasa? Harta? Pangkat? Wanita? atau apa?
Di Kelantan dan Kedah tetap juga PAS yang akan menjadi kerajaan Negeri. Ianya tidak akan "diganggu" lagi dalam konteks politik oleh Barisan Nasional kerana mereka telah menjadi rakan sekutu BN. Manakala dinegeri-negeri yang diperintah oleh UMNO atau MCA atau MIC dan lain-lain lagi akan tetap dibawah mereka, jika ada.
Pertama: Pembangunan dimana negeri dibawah kepimpinan PAS dan UMNO dan lain-lain gabungan BN akan dapat diteruskan dengan baik dan lancar.
Kedua: Penyatuan ini akan dapat mengendurkan suasana buruk politik masa kini.
Ketiga: Kedua parti dalam berbincang dengan lebih jujur dan ikhlas mengenai agenda memertabatkan syair dan kesyumuran islam di Malaysia. Jabatan yang akan mengendalikan hal ehwal agama islam akan menjadi Jabatan yang benar-benar berfungsi dan memiliki peluang untuk memancutkan islam kehebatnya, tanpa gangguan spt kini.
Keempat: Tumpuan kepada pembangunan ekonomi bangsa akan lebih fokus tanpa gangguan siasah politik yang tidak berkesudahan.
Kelima: Jika kaum yang terbesar ini dapat bersatu-padu, maka kaum-kaum lain juga dapat duduk dalam suasana Malaysia yang aman dan harmoni.

Kita boleh menjadi hero dalam memberikan bantuan harta dan fikiran kepada islam Bosnia, Islam Filipina, Islam Selatan Thai, Islam Indonesia, Islam Palestine, Islam Iraq, Islam seantara dunia...Tetapi kita gagal didalam penyatuan islam SeMalaysia. Why!!!!Dalam hal ini UMNO kena banyak menghulur tangan dan jawatan. PAS kena banyak menghulur kesyukuran, kerana penyatuan juga bermakna peluang dan ruang untuk bersama mentadbir negara, yang sebenarnya kamu juga ampunya. Saya teringat kepada peribahasa melayu yang berbunyi
..."Jika tak ndak seribu alasan, jika ndak seribu usaha".

Insyallah...Datuk Seri Najib, Datuk Seri Pak Lah, Pak Hadi Awang dan Nik Aziz akan harum bukan sahaj dialam fana ini, malah dialam akhirat nanti, kerana sesungguhnya, jika hasrat ini menjadi nyata dan mereka berempat menjadi punca, Allah akan tahun niat ikhlas mereka dan sudah tentu akan mendapat imbuhan saksama dari Allah SWT jua.
Keenam: Malaysia akan lebih maju, aman dan sejahtera.
Ketujuh: Wawasan 2020 menjadi tidak mustahil untuk dicapai menjelang tiba masanya.

Rabu, 18 Februari 2009

PERGESERAN!!! Apa sudah jadi dengan UMNO Labuan????

Saya berada diantara meneruskan penulisan ini dengan membatalkannya. Ada juga rasa kebimbangan kemungkinannya akan dimarahi oleh kawan-kawan seperjuangan. Namun demi UMNO dan perjuangan ini, saya teruskan juga menulis warkah separuh pilu ini untuk dibaca dan direnungkan bersama-sama agar menjadi tauladan terutamanya menjelang PRU ke 13 akan datang ini.
Lantas saya berkata UMNO Labuan masa kini berada dalam satu suasana pergeseran yang serius. Dengan kata lain, pergeseran ini berlaku diantara Ketua UMNO Bahagian dengan Yang Berhormat Ahli Parlimen yang akhirnya membawa kepada pergeseran diantara Yang Berhormat Ahli Parlimen dengan majoriti Ketua Kampong yang kebetulannya rata-rata memegang jawatan selaku Ahlijawatankuasa Bahagian. Untuk lebih jelas, dalam pergeseran ini Ahli Parlimen Labuan berseorangan dimana seluruh Ahli Jawatankuasa Bahagian berada disebelah Ketua UMNO bahagian.
Anda tentunya bertanya apakah punca pergeseran tersebut?
Maka saya menjawab begini senarionya:-
Mula-mula berlaku pertandingan merebut jawatan ketua UMNO Bahagian antara Dato' Haji Suhaili Abdul Rahman dengan YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal. Semasa sebalum berlakunya pertandingan tersebut saya telah mengagak bahawa pertandingan tersebut akan memecatkan kesatuan dan perpaduan yang sedia ada dikalangan AJK UMNO Bahagian Labuan. Perjumpaan dikalangan AJK Bahagian ( Tanpa kehadiran Dato Hj Suhaili Abdul Rahman ) dengan Yang Berhormat Datuk Hj Yussof Hj Mahal diadakan bagi mengelakkan dari berlakunya pertandingan tersebut. Namun perjumpaan tersebut gagal mencapai matlamat. YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal berpandangan, yang seharusnya menarik diri dari bertanding ialah Dato Haji Suhaili Abdul Rahman, kerana beliau sepatutnya memberi peluang kepada Ahli Parlimen menjawat jawatan selaku Ketua UMNO bahagian tersebut. Sedang dalam masa yang sama Dato Haji Suhaili berpandangan beliau hanya mempertahankan jawatan yang sedia dipegangnya selain untuk meneruskan kontraknya selaku Pengerusi Perbadanan Labuan, agar tidak diberhentikan oleh Kuala Lumpur. Percanggahan pandangan tersebut menyebabkan perbincangan antara Ketua Kampong dengan YB Datuk Yussof Hj Mahal gagal mencapai matlamat. Maka pertandingan terpaksa diteruskan.
Pertandingan menyebelahi Dato Hji Suhaili Abdul Rahman dimana beliau memenanginya.
YB Datuk Haji Yussof kalah dan tidak langsung dilantik ke mana-mana jawatan dibahagian.
Selepas beberapa bulan pertandingan UMNO Bahagian berlalu, pergeseran nampaknya masih belum reda, bahkan menjadi semakin serius dan kritikal. Cadangan perlantikan Ketua-Ketua Kampong yang baru menambahkan lagi pergeseran yang telah sedia parah. Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan atau menteri Wilayah Persekutuan hanya memilih kalangan ketua-ketua kampong di Labuan dari cadangan yang dikemukakan oleh Dato' Haji Suhaili Abdul Rahman DAN tidak melayan nama-nama ketua kampong yang dikemukakan oleh YB Datuk Yussof Haji Mahal. Hampir semua ketua-ketua kampong lama ( kecuali 2 orang ) telah dilantik semula memegang jawatan tersebut. Sokongan mereka keatas Dato Haji Suhaili Abd Rahman sangat kuat sehinggakan mereka sanggup "tidak melayan" kepada sebarang undangan resmi yang dibuat oleh YB Datuk Hj Yussof pada setiap program anjuran yang dibuatnya. Ini telah membawa kepada satu tindakan drastik, dimana Yang Berhomat Datuk Wakil Rakyat telah membuat lantikan Wakil Ahli Parlimennya sendiri disetiap kampong di Labuan bagi menyalurkan segala mesej dan sebarang peruntukan dari Pejabat Parlimen di kampong-kampong. Ianya adalah hasil dari kerjasama yang tidak diberikan oleh Ketua-Ketua Kampong yang telah dipilih oleh Dato' Haji Suhaili Abdul Rahman tadi. Datuk Hj Yussof berharap supaya wakil yang dilantiknya pada setiap kampong akan memberikan kerjasama yang baik kepada Ketua-Ketua Kampong masing-masing agar tidak berlaku berpecah belah dan pembangunan kampong masing-masing akan dapat diteruskan seperti sedia kala.

Ulasan: Saya ingin mencadangkan agar Ketua UMNO Bahagian membuat satu program bagi menjernihkan semula pergeseran yang terjadi. Suasana ini tidak elok dan mendatangkan kesan sokongan kepada BN ketika pilihanraya umum ke 13 nanti. Pihak Ibu Pejabat UMNO juga tidak dapat membiarkan daripada perkara pergeseran ini berterusan. HQ parti mesti mengambil sebarang tindakan yang segera demi kepentingan perjuangan UMNO. Akhir sekali saya ingin mengingatkan bahawa hendaklah kita mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi. Jika parti kita kalah, maka tiada apa yang boleh kita kecapi dan perolehi, sekalipun untuk kepentingan peribadi kita sendiri.

Selasa, 17 Februari 2009

Siapakah yang ANGKUH???

Pemimpin BN asyik menerima tohmahan dari Pakatan Rakyat.

Yang mengatakan pemimpinnya ANGKUH, SOMBONG, RIAK DAN berbagai-bagai perangai yang kurang enak dan sedap didengar. Cuba kita bandingkan seorang demi seorang diantara pemimpin BN dan PR dalam perkara ini.



DS Najib Tun Razak VS DS MB Kedah

DS Abdullah Ahmad Badawi VS DS Anwar Ibrahim

Lim Kit Siang VS Datuk Joseph Pairin Kitingan

Pak Hadi Awang VS MB Perak

Nizar VS MB Johor

Shahrizat VS Teresa Kok

Hishamuddin VS Lim Guan Eng

Tun Mahathir VS Lee Kuan Yew

Karpal Singh VS Sammy Vellu



Kesimpulannya ialah USAHA-USAHA UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN PEMIMPIN BN DENGAN MENGATAKAN MEREKA ANGKUH, SOMBONG DAN SEBAGAINYA tidak dapat diterima akal. Pemimpin PR sebaliknya memiliki sikap dan perangai sedemikian. Ini membawa erti perangai dan sikap tersebut terdapat pada mana-mana pemimpin jua, samada ianya pemimpin BN maupun PR.

Mana kategori nak letak kepada pemimpin spt Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan Liwat itu?
Elizabeth yang gambar bogelnya ditayang merata tempat itu?
Arumugam yang duduk dengan perempuan simpanan itu?
Yb2 PKR yang melompat di Perak yang tengah tertuduh seks Wanita itu?
Karpal Singah yang arrogant itu?

Hakim PAS akan mendengar petition Nizar????

Tuesday, February 17, 2009

UNTUK EDARAN AHLI BPN : Isu Hakim "PAS" akan mendengar Petition Nizar ? - Malaysiakini
#fullpost{display:none;}
ARTIKEL INI DIHARAP DAPAT DIULAS/ DISALIN/ DISEBAR/ DICETAK / DI-SMS OLEH AHLI BPN DENGAN KADAR SEGERA..INI BAGI MEMASTIKAN TIADA BERLAKU SEBARANG KEPUTUSAN TIDAK ADIL OLEH HAKIM YANG DISEBUT DI BAWAH INI DALAM ISU TUNTUTAN SAMAN PENDERHAKA PERAK TERHADAP MB YANG DIPERKENAN DYMM SULTAN AZLAN SHAH... DEMI UNTUK KEDAULATAN RAJA MELAYU KITA.DAULAT TUANKU !!!Satu SMS baru saya terima dan mesejnya memerlukan tindakan segera para Blogger yang prihatin terhadap proses keadilan dan keutuhan Institusi Raja-Raja Melayu.
Menurut SMS tersebut, kes petition saman bekas MB Perak, Dato Seri Muhammad Nizar terhadap kerajaan baru Perak dan secara tidak langsung, saman terhadap keputusan yang telah dibuat oleh DYMM Sultan Perak akan didengari oleh Hakim Yang Arif Tuan Mohamad Ariff bin Mohd Yusoff.Hakim Tuan Arif ini dikatakan oleh SMS ini pernah menjadi Penasihat Undang-Undang PAS dan leading council dalam kes petition pilihanraya di Kangar, Perlis. Para blogger dipohon membantu memainkan peranan supaya memastikan proses keadilan dan keutuhan Perlembagaan tidak dicemari.Nizar telah memfailkan petition saman di Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, Februari 13hb, 2009. Dari laporan berita, saman petition ini telah meletakkan Dato Dr Zambery Kadir sebagai defenden utama. Penamaan Dr Zambery dilihat oleh penganalisa undang-undang sebagai anih kerana dia tidak terlibat dengan keputusan mengubahkan kerajaan negeri. Nizar telah dihentikan atas kuasa dan keputusan DYMM Sultan Perak dan tentu sekali defenden yang sepatutnya adalah Tuanku Sultan Perak. Berdasarkan rencana yang telah disiarkan sebelum ini sini, perkara ini perlu dipandang dengan berat kerana ia boleh akan mempertikaikan kuasa prerogative Raja dalam membuat keputusan dan membawa impak terhadap Institusi Raja-Raja Melayu.Tindakan Nizar ini dilihat sebagai wayang politik Anwar yang mungkin merancang untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap sistem kehakiman dan ini adalah satu kesalahan menghina sistem mahkamah. Sekiranya bekas Penasihat Undang-Undang PAS telah dijadualkan untuk mendengar petition ini, ia menimbulkan kemungkinan proses keadilan telah dicemari dan keputusan berat sebelah mungkin berlaku. Jika benar Hakim Tuan Ariff mempunyai hubungan dengan PAS, ia sepatutnya mengundurkan diri dari kes ini. Keadaannya seolah-olah apa sekali keputusan mahkamah, Pakatan Rakyat akan mencemarkan proses keadilan dan mahu mempolitikkan keadaan untuk membina saham politik. Perkara ini amat berat sekali. Para blogger boleh membantu untuk mewar-warkan perkara ini dengan membincangkan perkara ini dan mendedahkan maklumat-maklumat untuk menghalang sebarang usaha untuk menghalang proses keadilan dijalankan dengan lancar.
cilok dari :
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/02/hakim-pas-akan-mendengar-petition-nizar.html

Isnin, 16 Februari 2009

Betulkah Kaum Bukan Islam Bebas Melakukan SEKS di Malaysia?

Soalan pada tajuk saya diatas ini perlu dijawab oleh Ketua-ketua agama Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya yang bukan Islam. Betulkah kaum bukan islam bebas mengamalkan Seks Bebas dalam negara ini? Saya juga ingin bertanya kepada isteri-isteri dari kaum-kaum tersebut. Relakan mereka melihat, mendengar dan bersama dengan perempuan simpanan suaminya duduk serumah dan melakukan perlakuan seks seranjang bertiga?

Jika saya tak silap, lelaki cina hanya diberi kebenaran untuk berkahwin dengan seorang perempuan sahaja. TIDAK BOLEH BERPOLIGAMI. Larangan ini bukan bermaksud membolehkan mereka menyimpan perempuan simpanan. Begitu juga halnya dengan kaum India. Tetapi memang sifat manusia, lagi dilarang, lagi bertambah-tambah seronok dibuat mereka. Bagi perempuan yang belum berkahwin, tentu sekali di larang keras untuk mencuba-cuba melakukan hubungan luar nikah tersebut. Larangan ini bukan sahaja berlaku dikalangan penganut agama islam, malah juga bukan islam.

Elizebath Wong adalah wanita bujang yang berusia 37 tahun dan belum berkahwin. Tapi telah mengamalkan hubungan luar nikah yang pada anggapan saya sangat terlarang. Jika ia dibenarkan, kenapa takut malu dengan masyarakat? Menguatkan anggapan tersebut, bila mana beliau sendiri menuduh bekas boy friendnya yang mengambil gambar beliau ketika tidor. Menghairankan bagaimana boy friendnya itu boleh masuk kerumah jika dikunci dimana ketika beliau dalam keadaan telanjang bogel. Tentulah boy friendnya itu telah berada didalam rumah tersebut bersama Eli sebelum dan selepas beliau membogelkan dirinya.

Setahu saya, yang tak malu berbogel depan orang, hanyalah makluk yang bergelar binatang. Bukan manusia kerana mereka memiliki tata susila dan kesopanan sejak leluhur lagi.

Ahad, 15 Februari 2009

PAS lebih percaya kepada HUKUM KANUN drp HUKUM LAKNATULLAH. Semua kerana Kuasa.

Saya cuma mahu anda semua melihat kepada dua senario berikut sebagai perbandingan:-



1. Tingkah laku derhaka kepada Sultan Perak oleh Karpal Singh, Mantan MB Perak sdr Nizar dan penyokong-penyokong PAS yang sebahagiannya sanggup menghalang kenderaan Raja Muda Perak sambil berbaring,,,,kerana bagi pendapat mereka perlantikan MB Perak yang baru tidak mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak. Selain drp sikap mereka yang secara terbuka terang-terangan bersifat derhaka kepada sultan, mereka jelas mempercayai hukum berkanun melebih segala-galanya termasuk tidak lagi mempercayai norma dan nilai tata susila murni bangsa sendiri. Apakah mereka itu dianggap kono dan kolot jika masih sayang kepada adat dan budaya bangsa?.





2. Seenaknya penyokong Pakatan Rakyat membelakangkan sumpah laknat yang dilafazkan oleh individu yang terkena liwat oleh Anwar Ibrahim dengan berbagai alasan demi kuasa dan muka tak mahu malu dan tak tahu malu mereka. Tanpa merasai sedikit pun keraguan, mereka lantas saja mempertahankan bahawa Saiful yang bersalah, bukan sebaliknya anwar ihrahim. Apatah lagi untuk mempercayai sumpah laknat yang dibuat didalam masjid oleh Saiful tersebut.





Banyak lagi contoh yang boleh diketengahkan untuk tatapan anda sekalian. Cukup ini saja dulu dan dilain waktu saya akan jelaskan lagi. Rukun Negara tidak lagi dipatuhi sepenuhnya. Apa sebenarnya yang dikehendaki, sehingga sanggup derhaka dan melanggar kesopanan dan kesusilaan bangsa spt yang termaktub dalan Rukun Negara? Tidak bolehkah kita berlaku adil dan saksama dimana disamping berjuang mengikut kebebasan dan kesamarataan yang kita laungkan, kita juga membataskan perjuangan tersebut diatas sempadan garis tata susila bangsa dan adat ketimboran kita. Sesungguhnya tidak ada yang bebas total dalam dunia ini, sekalipun dinegara yahudi. Sekalipun dalam negara yang terlalu taksub kepada kehebatan perundangan dunia yang sebenarnya hanya direka manusia.

Rakyat Malaysia sungguh bijak memberikan berbagai alasan bagi membetulkan segala salah laku yang sengaja dibuat. Tapi sedarkah kita, jika kita bertanya kepada jiwa, jawapannya bahawa kita adalah auta dan "pukimak" kepada diri kita sendiri? Sebenarnya kita tidak jujur kepada diri kita sendiri.

Kalimah La illah ha illallah!!!!

Assalamualaikum. ..Kubur itu gelap , cahayanya ialah Laa Ilaaha illAlLah . Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illAlLah ' ini . Rasulullah saw. bersabda ( mafhumnya ): " Wahai manusia ! Ucaplah ' Laa ilaahaillalLah' , kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini : " Laa ilaaha illallah !" x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, fowardkan email ini kepada sekurang - kurangnya 10 orang rakan-rakan anda . Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini Laa ilaaha illalLah ! Wassalam.

Dimana Letak Logiknya?

Dalam Pilihanraya kecil Bukit Selambau pada akhir bulan Mac 2009 hingga awal April 2009 akan datang ini, tentunya kita akan melihat pertandingan yang sangat rancak dan panas serta sangat mendebarkan calun dan parti yang bertanding. Ia akan bertambah-tambah rancak lagi jika calun-calun yang bertanding umpama bertembunya "buku dengan ruas".

Bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang, sudah tentu calun melayu akan diketengahkan, samada dipihak Kerajaan BN yang baru kembali memerintah Perak ataupun Pakatan Rakyat yang baru melepaskan pemerintahan dinegeri tersebut. Selain ianya merupakan kerusi melayu secara tradisinya, kaum melayu juga merupakan kaum majoriti dikawasan tersebut. Memang selayaknya calun yang akan dipertandingkan oleh kedua pihak adalah pemimpin melayu. Tidak usah untuk sesiapa saja pemain politik cuba beretorik dan memberikan berbagai alasan kenapa calun dari kaum lain juga layak dipertandingkan. Noktah...calun melayu yang kan bertanding dikawasan Bukit Gantang itu. Kalau nak cuba boleh juga. Kebermungkinan peratusan hilang wang pertaruhan sangat tinggi. Ertinya kalah teruk. Bukit Gantang calun melayu. Noktah.

Bagaimana dengan satu lagi bukit. Bukit Selambau? Calun Indiakah, Cinakah? atau melayukah? Calun Siam mungkin tidak langsung terfikir. Apatah lagi calun dari orang asli. Kerana apa? Kerana mereka kedudukannya sangat minoriti. Pada fikir saya jika sekalipun terdapat pemimpin yang sangat, sangat, sangat bijak dan baik dari kaum asli, namun ia tidak akan dipilih oleh kedua parti besar itu sebagai calun mereka. Alasan konkritnya kerana mereka dari kaum yang sangat minoriti. Pada pilihanraya lalu kenapa calun dari kalangan orang India? Bukankah kaum tersebut juga minoriti di Bukit Selambau? Dan saya difahamkan calun India tersebut didatangkan dari luar Bukit Selambau. Bodohkah orang-orang Bukit Selambau itu? Setelah 50 tahun lebih Malaysia merdeka, masih tidak ada rakyat Bukit Selambau yang "bijak"?.

Jika itu telah menjadi satu kesedaran dikalangan kepimpinan tertinggi parti maka eloklah memberikan kesempatan kepada orang tempatan Bukit Selambau sendiri sebagai calun. Dan yang paling elok selain orang tempatan disitu, ia mestilah dipilih dari kaum yang teramai atau majoriti. Jika kaum melayu yang majoriti, maka haruslah calunnya datang daripada kaum melayu. Begitu juga jika kaum Cina yang majoriti.

Secara logiknya, Ketua Menteri Pulau Pinang diambil dari kaum Cina kerana kaum itulah yang majoritinya di Pulau tersebut. Bolehkah demi toleransi sesama rakyat yang berbagai kaum ini, seorang melayu dijadikan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Segalanya tidak mustahil kerana Sabah pernah ber Ketua Menterikan Cina walaupun kaum tersebut hanya minoriti dinegeri tersebut.