SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 4 November 2008

POLITIK WANG atau RASUAH DALAM POLITIK UMNO.

Terlalu ramai telahpun memperkatakan mengenai POLITIK WANG atau RASUAH POLITIK DALAM UMNO. Ianya datang dari berbagai pihak samada didalam UMNO atau pemain-pemain blog ini sendiri. Namun belum terdapat diantara mereka yang mengajukan cadangan untuk mengatasinya selain daripada mengharapkan kerjasama yang serius dari BPR semata.

SAYA BERCADANG UNTUK MENDAPATKAN PANDANGAN ANDA MENGENAI TAHAP
PERLAKUAN RASUAH POLITIK YANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN UMNO DIBAWAH INI. Tolong berikan komen anda samada mereka mengamalkan rasuah atau tidak mengamalkan rasuah atau tidak tahu.

1 Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
2 Tan Sri Mahyuddin Mohd Yassin
3 Tan Sri Muhamad Mohd Taib
4 Datuk Seri Ali Rustam
5 Tan Sri Hishamuddin Hussein
6 Khairy Jamaluddin
7 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
8 Datuk Seri Shafie Afdal
9 Tan Sri Isa Samad
10 Mukhriz Kahathir
11 Tan Sri Mohd Khir Toyo
12 Datuk Seri Pak Lah

Mereka ini saja dulu. Tolong komen dan nyatakan tahap keseriusan mereka dalam melakukan perbuatan rasuah. Samada Serius kah atau kurang serius atau langsung tidak mengamalkan rasuh pada PERSIPSI anda. TERIMA KASIH.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sama sahaja. UMNO adalah milik golongan elit Melayu. Berbelanjaan untuk mendapatkan sesuatu adalah budaya orang elit.

sumandak bayu berkata...

Salam Bro....

Sumandak nak komen ape ye....pasal isu ni rasanya belum lagi lah masa yang sesuai cuma nak tau kalo kita jumpa tetamu kat dalam rumah kita kena hidang minuman( adat orang Melayu tak pernah disisihkan)......rasanya kaum lain pun macam tu jugak.......

Sumandak rasa bila kita kemukakan isu ni pasti lebih banyak kontra daripada pro....satu jari tunding kat orang lain 4 jari kat diri sendiri......

Setahu Sumandak juga; hampir semua parti di seluruh negara @ dunia akan menggunakan 'duit' untuk tampung keperluan diri.....jadi lebih baik kita muhabsah diri...... renungi bersama keperluannya.... sememangnya kita tak akan dapat lari daripada kenyataan menggunakan 'duit' untuk tampung keperluan sedia ada..... naik bas pun guna duit jugak Bro....

MARI kita RENUNGI BERSAMA...bukan bermakna Sumandak pro kepada rasuah tetapi lebih kepada keperluan.....