SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 21 Disember 2008

ApADaH JAdI DenGAN SIKap ORang MELAYu yang DAH MULA BERAMAL DENGAN SIKap "kurang ajar" DAN "biadap"?

Untuk memendekkan ulasan dan cerita, saya hanya akan memberikan nostalgik cerita dimasa zaman persekolahan saya di peringkat rendah dan menengah DAN suasana mutakhir ini dikala daku telah mencecah usia 50an. Suasana ketika ayahku masih bujang juga akan ku muatkan sebagai menambah lunak cerita bagi menguatkan alasan dan memperkukuh maksudku bercerita kali ini.

..."betapa melayu mutakhir ini begitu 'hebat' sikap kurang ajar dan biadabnya berbanding satu ketika dulu dizaman kanak-kanak ku, apatah lagi dizaman ayah ku masih berstatus bujang"...

Aku masih ingat betapa manusia seusia dengan ku sangat dilarang untuk ikut campur bila orang-orang tua sedang rancak berbual. Betapa lalu dihadapan merekapun kita kena tunduk hormat sambil mengeluarkan kata-kata 'tumpang lalu ayah'. Betapa kita digalakkan untuk lalu di belakang mereka dan jangan sesekali melangkahkan kaki dihadapan mereka. Itu kurang ajar namanya. Meninggikan suara kepada kedua ibu-bapa sangat merupakan satu larangan yang jan gan sekali-kali dilakukan oleh generasi muda ketika itu. Apatah lagi jika tidak mengikut arah ibu-bapa, guru-guru dan Pemimpin Kampung. Sikap kerjasama dan gotong royong merupakan amalan biasa dan sesiapa yang berlagak bertentangan dengan norma masyarakat seperti ini akan di "pulaukan" secara senyap melalui mulut kemulut. Hukuman masyarakat sebegini sangat berkesan dan menyebabkan bertahan lama. Norma yang murni-murni ini hanya dikawal oleh 'hukuman masyarakat" yang seperti ini. Jika anda malas untuk menghadiri sebarang urusan jenazah, jika berlaku kematian pada setiap kampong dikawasan anda, nescaya akan tiba ketikanya setelah anda juga dipanggil Allah SWT, tidak akan ramai manusia yang hadir menghantar jenazah anda ke Liang Lahat. Dan keluarga anda akan malu sekampong dengan tabiat anda itu.
Anak-anak takut akan guru sekolahnya. Takut betul dan bukan main-main takut. Tanda respect dan penghormatan kepada guru yang sangat terpuji. Begitu juga dengan rasa hormat kepada Pak Imam dan Guru Agama yang mendidik kita tentang agama. Bukan tidak ada istilah 'mengurat' dizaman usia ayahku bujang, tetapi bila jodoh ditentukan oleh Datukku, ayahku akan terima seadanya bakal isterinya. Emak dan ayahku berkahwin diatas jodoh yang dipilih oleh Datukku. Dan mereka bahagia hingga ke mati. Hidup masyarakat kampong ku sangat harmoni.
Tidak ada yang berkesempatan untuk belajar hingga ke menara gading ketika ku dizaman kanak-kanak. Ketika itu Sabah baru bersama-sama merdeka dalam Malaysia. Buta hurup masih 'bermaharaja lela dan ramai drp golongan dewasa tidak tahu membaca dan mengira. Ayahku sendiri tidak pernah menjejakkan kaki kealam persekolahan. Tapi aku hairan, kini beliau pandai membaca, menulis dan mengira dengan bijak. Hanya belajar sekolah dewasa yang dilaksanakan merata Malaysia oleh Kerajaan Perikatan ketika itu. Prasarana? Langsung ditahap yang menyedihkan. Jika anda melancung kekawasan pendalaman Tambunan ketika ini, begitulah suasana prasarana ketika aku kanak-kanak dikampong ku. Keadaan prasarana di Tambunan ketika ini sangat menyedihkan. Namun tidak ada demonstrasi jalanan disana, sekalipun Jefri Kitingan orang kuat PKR. Aku tahu ramai kalian juga mengalami suasana seperti suasana yang ku alami. Malah mungkin lebih menyedihkan. Pokoknya norma masyarakat ketika kita masih kanak-kanak sangat utuh dan kebal untuk dirungkai-binasa. Sikap "kurang ajar" dan "Biadap" jauh dari kamus jiwa muda ketika itu. Masing-masing berlumba untuk menimba ilmu pengethuan dunia dan akhirat. Adalah juga, cuma sekerat dua sahaja dan tidak membinasakan norma dan strata norma-budaya bangsa yang sekian lama bercambah subur hidup membiak dalam jiwa bangsa dizaman itu.

KINI..YA ALLAH YA TUHAN KU, KENAPALAH INI YANG BERLAKU...AKU TERBISU.

Anak bangsa ku telah mula bersikap KURANG AJAR DAN BIADAB.
Dengan ibu bapak mereka,
Dengan Ketua mereka,
Dengan sesiapa jua yang mereka tak suka,

Jumlah anakku yang mula berubah sikap ini semakin bertambah ramai dari masa kesemasa.
Mungkin agaknya kerana mereka telah ramai bertukar minum susu Lembu. Maka perangaipun seperti L..bu itu. Mungkin agaknya taraf pendidikan mereka telah mula tinggi. Telah masuk Universiti. Telah ramai bergelar doktor, Lawyer, bergelar Usahawan berjaya, Telah kaya-raya dan telah lamai menjadi selebriti. Wajah mereka telah berubah menjadi "macho" dan tidak lagi melayu yang berwajah seorang petani atau nelayan. Yang hitam dan kotor dengan tanah sawah yang diusahakan saban hari. Apakah perubahan pendidikan dan penampilan jasmani itu berupa lesen untuk membolehkan juga berubah sikap kepada "kurang ajar" dan "biadab"? Dirumah sudah mula memakai selipar, kononnya tak biasa lagi jika tapak kaki bersentuhan dengan lantai.

SAMPAI SINI SAJA. Saya akan sambung cerita ini setelah habis mesyuarat pukul 2.00 p.m nanti. Maaf. Aku akan kaitkan dengan kerosakan haluan bangsa selepas aku menyambung ceritaku nanti.

6 ulasan:

Ramlen Salleh berkata...

Aku amat setuju dengan cerita bunga raya ini.. aku rasa inilah yang dikatakan generasi muda yang hanya tahu bersenang saja, tanpa pernah kenal erti susah payah..atau mungkin inilah yang dicipta oleh pemain politik..menghapuskan jati diri orang melayu dengan mempertontonkan budaya asing setiap hari, maka generasi muda lupa dirinya adalah Melayu yang ada harga diri dan Jati diri...

MAHAGURU58 berkata...

Assalamualaikum tuan.

Amat tepat sekali nukilan tuan kali ini. Perkara ini sering saya timbulkan didalam perbualan saya dengan teman teman sealiran dengan saya.

Adat resam dan budaya Melayu yang pernah gah pada suatu masa dahulu kini hilang bagaikan pepasir ditiup angin, pergi meninggalkan bangsa Melayu yang semakin hari semakin berubah keadaan mereka bagaikan umang umang di dasar lautan.

Budaya Melayu dan Sopan Santun mereka kini hanya tinggal jadi bahan pameran di muzium muzium negara dan negeri belaka.

Melayu kini malu mengamalkan budaya dan adat resam nenek moyang mereka bila diri mereka terpengaruh dengan fikrah bahawa segala yang Barat itu maju dan sebaliknya Kebudayaan Timur warisan bangsa tertinggal zaman dan mundur?

Hakikatnya ramai dari kalangan penduduk bumi dari negara negara barat berhijrah mencari kekayaan adat budaya Timur yang semakin hilang di telan dedaun masa.

Walaupun saya ini seorang India Muslim pada hakikat keturunan saya, saya lahir di perkampongan Melayu di Jalan Kota Giam, Jelutong Timur, Pulau Pinang.

Saya belajar Ilmu Agama rata rata dari kalangan Ustaz ustaz Melayu dan kemudian nya dari Ustaz Ustaz India Muslim terutamanya Datuk Sheikh Haji Abdullah Bukhari, Imam Besar Masjid Kapitan Keling, Imam Abu Hanifah dan lain lain lagi.

Saya turut belajar dari Sheikh Adnan Adil Al Haqqani Al Qubrusi An Naqsyabandi, Khalifah Tariqat Naqsyabandiah berketurunan Arab Lubnan dan juga dari ustaz ustaz lain yang sempat saya ikuti majlis majlis ilmu mereka. Semoga Allah merahmati akan sekelian ulamak muktabar yang sudi mengajar Abdillah ini. Amin.

Jati diri seorang Melayu hari ini tidak bermakna sekiranya ia ketiadaan unsur kesopanan dan kesantunan berteraskan adat budaya warisan dari nenek moyangnya.

Hilang budaya ; hilanglah erti kehidupan mana mana Melayu.

Bagi saya yang hidup di dunia Melayu, perkara ini amat saya kesalkan bilamana saya selaku seorang India Muslim lebih peka dan sayang kepada Warisan Melayu ini dari sebilangan besar mereka yang bergelar Melayu sendiri.

Saya sokong usaha tuan menulis tentang perkara ini dan saya sedia membantu tuan didalam menyedarkan warganegara kita tentang perkara ini.

Bahasa Jiwa Bangsa!

Sopan Santun Asas Kebudayaan Kita!

Anak Harapan berkata...

Salam Bunga Raya

Saya suka dengan penulisan yang berunsurkan kesedaran jati diri seperti ini ...Semoga ramai blogawan muda membaca artikel tuan ini dan teruskan berartikel

syukur alhamdulillah, saya masih terhindar dari sikap K.A dan B itu mungkin kah kerana saya anak petani dan penjaja kuih muih di kampung?

bungaraya berkata...

Tuan Ustaz Mahaguru58,
Saya jelaskan pendirian saya seeloknya.
Lihat memang terdapat dalam penulisan saya bahawa saya mahukan perkahwinan campur sebagai satu kaedah untuk merapatkan hubungan silatulrahim sesama umat di Tanah bertuah ini.
Sebesar atumpun tidak ujud dalam jiwa ini rasa benci, malah menjelma rasa sayang kepada mereka yang kahwin campur dimana islam adalah wadah kehidupannya.

MAHAGURU58 berkata...

Assalamualaikum Saudara,

Melayu Malaysia perlu melihat kepada kejatuhan nilai moral dan sosial yang sedang berlaku di kalangan orang orang Melayu di rantau ini.

Di Singapura, ramai anak anak Melayu disana hidup didalam keadaan budaya dan nilai nilai kesopanan berteraskan adat Melayu yang turun temurun semakin lama semakin terhakis dek ketiadaan kecenderungan ke arah menghidupkan suasana kehidupan Melayu sebenar didalam rutin seharian mereka.

Kebanyakan Melayu sekarang disini juga sedang leka terhadap keperluan memelihara adat resam dan Warisan Melayu kerana pihak pihak berwajib didalam negara lebih cenderung mengekalkan kuasa politik masing masing dan alpa terhadap keperluan memakmurkan budaya warisan didalam ertikata sebenar.

Saya ajak tuan dan blogger Muslim seMalaysia untuk bersama sama mengembalikan kesedaran tentang perlunya kita berusaha menghidupkan jatidiri Melayu dikalangan rakyat dan umat Islam seMalaysia.

Berani kerana benar ; takut hanya jika bersalah.

Alang alang berjuang biar berhasil dan tidak mati secara sia sia tanpa berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Saya kan tetap memegang kepada pepatah ' Dimana bumi dipijak; disitu langit dijunjung' selagi hayat dikandung badan.

Namun saya memerlukan sokongan dan gandingan para bloggers yang prihatin seperti saudara untuk turut membantu saya didalam usaha ini.

Bersatu teguh ; bercerai roboh bukan sekadar metafora.

Ianya memang benar dan perlu di realisasikan sebaik mungkin selagi kita masih bernyawa.

Insya Allah.

Wassalamualaikum wr wb.

bungaraya berkata...

Laksanakan sebaiknya wahai Mahaguru58. Saya akan memberikan sokongan kuat hatta wang ringgit jika ianya baik dan memberi manafaat kepada agama, bangsa dan negara.