SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 2 Disember 2008

bagaimana JIKA ADA KUOTA KEMASUKAN kaum BUMIPUTERA KE SRJK (C) & (I)???

Kalau dah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kata dan putuskan macam itu, dengan rasa ikhlas dan hati yang jujur saya berkata okey Boss. Awak adalah ketua kami. Selaku ketua, kami mesti mengikut keputusan yang dibuat olehnya. Selaku ahli UMNO saya tidak akan sekali-kali 'membakar kelambu semata-mata marahkan nyamuk'. Lagipun keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib itu membawa kebaikan kepada Malaysia dan rakyat secara keseluruhannya, dimana UMNO adalah merupakan "payung" kepada mereka pada hakikat yang sebenarnya. Kita mesti memahami dan menghayati sebenar-benarnya bahawa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri adalah menjadi ketua kepada seluruh rakyat jelata yang menjadi warganegara di Malaysia ini. Walau mereka berasal dari mana-mana kaum sekalipun.

Mungkin juga kerana kerajaan tidak mahu menghapuskan dasar sekarang ini kerana terlalu banyak perbelanjaan telah diperuntukkan.

Namun sebagai rakyat biasa, ingin rasanya aku mencadang jua. Gatal rasahatiku untuk meluahkan kepada anda bahawa masih ada perkara yang kita 'kurang periksa' didalam sistem pendidikan negara. Dasar Pendidikan Negara hanya memberikan ruangan yang cukup luas kepada mereka yang bukan bumiputera untuk MENIMBA ILMU LEBIH DARI HANYA SATU BAHASA. Dalam penghasilan dasar, kaum cina mampu menguasai sekurang-kurangnya 3 bahasa yakni bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia dan bahasa English. Kaum India menguasai juga 3 bahasa iaitu bahasa Tamil, Bahasa Malaysia dan bahasa English. Namun kaum melayu hanya menguasi bahasa Malaysia dan bahasa English sahaja ( paling minima ).

Memang benar kaum melayu tidak dihalang untuk menguasai bahasa-bahasa lain, namun galakan kerajaan tidak seperti kaum bukan-bumi dimana selain daripada mereka diwajibkan menguasai bahasa Malaysia, mereka juga diberikan keistimewaan untuk menguasai bahasa ibunda mereka dan bahasa english juga. Untuk itu saya mohon mencadang supaya diujudkan satu tambahan Dasar dimana kerajaan menyediakan KUOTA UNTUK KAUM BUMIPUTERA memasuki SRJK (C) dan SRJK (I). Umpananya 10& dari kemasukan pelajar ke SRJK adalah merupakan pelajar-pelajar dari kaum bumiputera. Tak kiralah samada Dusun, Murut, Iban, Jawa, Bugis, Minangkabau, Bajnar atau sebagainya.

Sebagaimana yang kita tahu negara China dan India pada masa ini adalah dua buah negara yang paling bergerak maju mengalahkan negara-negara lain didunia ini. Peratusan kemajuan mereka sangat menggalakkan dan sudah tentulah jika ini berterusan akan mendatangkan kebaikan kepada rakyat kita yang boleh menguasai kedua bahasa negara-negara tersebut juga. Dan tidak salah bermula daripada sekarang kerajaan kita mengujudkan dasar pembelajaran bahasa mandarin dan Tamil dikalangan bumiputera agar kelak tidak ketinggalan berbanding bukan bumiputera.

Didalam negara, kaum kita juga tidak mudah untuk dipermainkan seenaknya jika kita boleh menguasai bahasa mereka. Mungkin juga boleh membantu kemasukan mereka kedalam Syarikat Swasta yang selama ini dimonopoli oleh mereka yang boleh berbahasa Mandarin dengan baik. Cadangan ini juga tidak menimbulkan kemarahan Pemimpin bukan bumiputera seperti Lim Kit Siang dan Ong Kat Teng. Juga tidak kepada Sammy Vellu.

Tiada ulasan: