SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 29 Disember 2008

Demi ISLAM & MELAYU, UMNO adalah pilihan yang TEPAT. Di Kuala Trengganu.

Cadangan untuk Pengundi dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu:-

Demi ISLAM dan Melayu, UMNO adalah pilihan yang TEPAT.
UMNO mempunyai matlamat agama, bangsa dan negara,
sedang PAS hanya bermatlamatkan agama semata.
UMNO telah membuktikan perjuangan agama dan bangsa jelas dan nyata,
Tiada siapa bisa mempertikaikannya.
PAS masih ditahap cita-cita dan belum ada yang dapat dikota.
PAS tidak mampu untuk mengotakan apa yang dikata,
Lihat saja di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
Dan di Kelantan kini serta Trengganu suatu ketika.
Ingat GERAKAN DAN DAP, mereka adalah sama
Ketika menghadapi masalah Cina.
Bila bicara sekolah vernakular tidak ada DAP dan tidak ada GERAKAN.
Yang ada hanya CINA.
Bila berbicara Ladang Babi, mereka semuanya sama.
Adakah mereka berbeda bila bercakap soal DEB?
Jawapannya tetap juga tidak.
Selama ini hanya melayu yang mempertahankan HAK MELAYU.
Hanya bumiputera yang pertahan HAK BUMIPUTERA.
Mereka hanya berkata YA dalam keadaan terpaksa.
DAN KITA TETAP SABAR.
Tolonglah,
Di Kuala Trengganu kita tunjukkan KUASA KITA..."anak bumi perkasa Malaysia"...
Melayu akan hilang dibunia..jika kita berpecah dua.
Sedang jika kita bersama.
Kita tetap akan berkuasa, sampai bila-bila.
UMNO tidak seperti kata Pak Hadi Awang,
Orang-orang UMNO ISLAM macam anda orang-orang PAS.
Ada antara kita melompat dari PAS ke UMNO dan dari UMNO ke PAS.
Bertukarkah agama mereka?
Suatu ketika sebilangan melayu keluar UMNO dan menubuhkan PAS,
Mereka keluar UMNO sebagai kafirkah?
Dan masuk PAS bermakna masuk ISLAMkah?

Jangan terlalu mudah terpesong,
Oleh pemimpin anda yang mempunyai lain agenda, tetapi menggunakan ISLAM sebagai alasannya dan berbicara.
KEMUNGKARAN? Walau anda dalam PAS, jika keimanan sejangkal cuma, anda tetap melakukannya. Walau anda dalam UMNO, jika keimanan berjangkal-jangkal, anda akan tetap menjauhi kemungkaran jua.
Sebenarnya kita adalah sama.
Mungkin kata anda merupakan perkara biasa saja dan elok untuk percambahan fikiran kita, dalam negara demokrasi.
Kepada saya sedikit berbeda. Saya nampak keretakkan mula berlaku. Tidak mustahil susah dibendung dan akan menjadi hancur suatu ketika.

1 ulasan:

Azizahns berkata...

inilah kata-kata yang dah lama saya ingin dengarkan...