SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 19 Februari 2009

Bodohkah Bangsaku Melayu?

Aku salin warkah ini untuk tatapan bangsaku yang keliru dan tak tahu apa yang tersirat.
BACALAH dan dengan ikhlas dan jujur bermuhasabahdirilah seeloknya.

Bodohkah Melayu?
February 19, 2009 by admin
Kini kita mengeluh atas apa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Kita sendiri yang tegar melemahkan Melayu. Kita sendiri yang menghina pemimpin kita kerana ikutkan perasaan dan kerana terlalu emosi kita menyebelahi orang yang membenci kepimpinan Perdana Menteri kita.
Kita juga yang ramai-ramai merobekan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Kita juga yang membuka peluang kepada pembangkang. Sebelum PRU lalu,ramai dikalangan kita yang terperangkap dengan hasutan Mantan Perdana Menteri yang benci kepada Perdana Menteri. Yang pasti Tun Mahahthir mempunyai sebab untuk membenci Pak Lah kerana Jambatan Bengkok. Ini adalah pertembungan perniagaan dan bukan kerana alasan yang rasional,kononnya bahawa Pak Lah tidak mampu mentadbir Negara. Hanya dengan satu alasan yang rapuh, iaitu Pak Lah perlu disingkir.
Khairy Jamaluddin, menantu Pak Lah di jadikan kambing hitam. Khairy dijadikan liabiliti kekalahan UMNO atas satu sebab kerana mahu Pak Lah tersingkir juga. Hari ini rakyat memperjudikan nasib dengan mengundi pembangkang, rakyat mahu mencuba untuk menukar kerajaan kerana terpengaruh dengan kita lantas membuka ruang kepada bangsa asing yang kini telah naik tocang sehingga menghina raja-raja kita. Dimana maruah kita sekarang ? Di manakah kita mahu meletakan muka kita sekarang ? Pas, kini telah terjerumus dan khayal dalam menjana kuasa politik mereka dan tidak lagi memikirkan mengenai maruah bangsa apa lagi agama yang dianuti oleh bangsa kita.
Jika Pas tidak memperdulikan mengenai bangsa dan agama kita. Apa yang kita mahu harapkan dari perjuangan Pas untuk memperjuangkan agama. Sekarang Pas adalah sebuah parti yang liberal, sama dengan DAP dan juga PKR, jika tidak masakan pula,mereka boleh berbual, berbincang dan juga tidur sebantal. Mimpi Pas tidak lain lagi, walaupun pakaian saja yang berbeza, Pas juga telah menyokong pemimpin yang tidak bermoral, Pas juga sudah menyokong pembangunan pembiakan ladang Khinzir. Pas juga tidak berani menegakkan landasan Islam kerana takut rakan karib mereka yang langsung tidak berminat dengan Islam akan kecewa.
Melayu tidak lagi serupa melayu. Melayu tidak lagi sayangkan melayu, melayu menulis menghina pemimpin melayu, melayu mahukan hak melayu terhakis, melayu mahukan melayu terus menjadi kuda, Melayu mahukan melayu jadi boneka,
Lihat saja apa yang berlaku di Perak semalam sehingga hindu yang menjadi speaker Dewan Undangan Negeri perak boleh menjadi hakim. Hindu itu juga telah menghina Sultan Perak. Hindu ini juga telah mengaibkan bangsa ku bangsa Melayu. Hindu ini juga telah mencemar nama baik bangsa melayu. Hindu ini juga menghina Menteri Besar kita. Hindu ini juga menghina institusi beraja kita selama ini milik kita. Namun masih ramai lagi bangsa ku yang sedang tidur nyenyak dan masih bermimpi 916.
Masih bermimpi jalan ke Putrajaya sedangkan jalan bangsa melayu kini menuju kelongkang yang busuk. Kita terus sokong hindu ini kata mereka, kata bangsa ku yang sedang tidur nyenyak ini. Kita terus berdiri di belakang hindu ini, yang penting UMNO - orang melayu itu tersingkir. Biarlah mereka lawan dengan hindu ini, yang penting kita dapat jadi pemerintah. Tak kiralah asalkan pemerintah, tak kiralah …biarpun jadi boneka atau kuda, ini saja jalan yang kita ada untuk menjadikan kita pemerintah. Jika tidak Anwar akan terus kempunan untuk jadi pemerintah. Gadaikan hak melayu, gadaikan maruah bangsa, tak apa kata mereka, tak apa kata pemimpin Pas, gadaikan maruah agama. Tak apa kata mereka lagi. Asalkan kita berkuasa.
Bangunlah bangsa ku, bangun dan lihat ,bangsa kita mahu dijajah kembali, Bangsa kita diperlekehkan, raja kita di persendakan, bangunlah….. lebih dari 50 tahun kebajikan, maruah, martabat kita dijaga, bukan oleh mereka, UMNO lah yang membesarkan kita, UMNO lah yang memberikan kita pendidikan, UMNO lah yang menjadikan kita bijak dan pandai. UMNO lah yang telah membawa bangsa kita menjejak kaki ke bulan. Kenapa kita hendak menjadi bodoh kembali hanya kerana mahu, menyokong mereka segelintir melayu yang hanya mahu merebut kerusi menjadi Perdana Menteri. Tidak akan hilang Malayu di dunia, tetapi melayu akan terus hidup merempat jika ini cara melayu.
Tidak cukup lagi ke kita digelar sebagai bangsa yang pendengki, yang suka menjatuhkan sesama sendiri, tak cukup lagi ke kita di katakan bangsa pemalas, tak cukup lagi ke kita dikatakan bangsa bodoh. Memang bodoh pun kita jika ini cara kita.
Memang bodoh pun kita bila kita mengadai maruah bangsa dan memang bodoh pun kita bila kita berserban tetapi menyokong perkara yang tidak bermoral. Memang bodoh pun kita berpelukan dengan mereka yang bencikan Islam. Memang bodoh pun kita, walau kita tahu si peliwat itu menipu tapi kita tetap menyokong beliau. Memang bodoh pun kita tarik hak istimewa kita hak orang Melayu di bumi melayu. Memang kita bodoh dan tidak perlu kita salahkan mereka mengatakan kita bodoh. Sampai bila kita akan jadi bodoh?
Hari ini, mata kita sakit, hati kita sakit, Raja kita di mainkan dan di hina, Ampun Tuanku beribu ampun, lakukanlah sesuatu untuk mengembalikan maruah bangsa melayu, mengembalikan keagunggan beragama dengan membawa kembali ulamak kita ke jalan yang benar dan bukan ulamak yang berpolitik. Ampun tuanku, lakukan lah sesuatu, hapuskan dajal akhir zaman yang sedang memecah belahkan melayu. Ampun Tuanku patik menyembah dengan sepuluh jari-jemari ini agar Tuanku bertindak selamatkan orang-orang Melayu.
Ini keluhan dari sahabat ku
Ampun Tuanku Beribu Ampun,
Adalah menjadi harapan patik-patik sekalian rakyat jelata agar Tuanku Sultan Perak mengambil tindakan segera ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan mereka yang bersama beliau menggantung Menteri Besar Perak dan Barisan EXCOnya dari menghadiri sidang DUN Perak.
Tidak pernah ada dalam sejarah orang Melayu ada manusia bukan Melayu boleh membuat keputusan bawa barang sesiapa yang hadir Majlis Tuanku Raja Melayu sebagai satu tindakan menghina negeri jajahan takluk tuanku sendiri.
Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor.
Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Harap Diampun
Sejak April 2008, cacing sudah menjolok mata. Apakah Tuanku ingin membiarkan cacing ini terus bermaharajalela tanpa batasan?
Pada hemat patik pacal yang hina, sudah tiba masanya Tuanku menintahkan hukuman buang negeri ke atas sekumpulan bukan Melayu yang merasakan mereka sekarang raja di Perak. Jangan terus berdiam diri, patik khuatir suatu hari nanti nasi sudah menjadi bubur, tragedi Kuala Sepetang berulang lagi.
Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan.
Apakah guna seorang rakyat negeri tuanku jika majlis tuanku pun dianggap haram dan hina? Cukuplah orang Melayu menjadi bacul jangan sampai penaung orang Melayu pun dilihat tiada bertaring.
Di petik dari nukilan editor KPMU,
Masih belum terlambat untuk menyelamatkan bangsa kita, masih belum terlambat untuk kita bersatu menguatkan bangsa kita. Bangkitlah bangsa ku, buka mata buka minda, lihat disekeliling, apa yang telah berlaku. Kita telah berikan mereka peluang untuk membuktikan bahawa mereka lebih baik dari BN.
Apakah mereka ini lebih baik ? Jelas perjuangan mereka hanya mahukan kuasa dan bila berkuasa mereka gunakan kuasa itu untuk kepentingan diri mereka sendiri dan gunakan kuasa itu untuk terus menjejak kuasa yang lebih besar. Mujur Allah Swt hanya berikan mereka percubaan dan kini kita sedar apa kemampuna mereka sebenar, Salam dari TepakBersulam untuk bangsa ku .
Emailkan respon anda kepada Zack1405@gmail.comOleh:TepakBersulamDipetik dari www.tepakbersulam.com
Filed Under: Terkini

3 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

orang melayu sebenarnya tidak bodoh. hanya pemimpin politik melayulah yang bodoh dan cuba memperbodohkan orang lain.

semuanya berbalik semula kepada diri sendiri. kalau diri sendiri tamakkan kuasa, semua ini takkan berlaku.

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Semua,

"Tidak ditegur, besar kepala"
"Bila ditegur, melenting tanpa alasan munasabah"

Itulah Melayu kita.

Jadi tidak hairan jika Melayu dihina. Apatah, apabila kaduk naik junjung!!!

Fikirkan!!

http://meetuncleshah.blogspot.com

.@blogger.com berkata...

MEMANG MELAYU BODOH. Memang kekalahan BN atas kesalahan KJ yang menmguasai PM, dan dia mesti bertanggung jawab. kekalahan kedah kerana rakyat kedah benci BN yang tak hormati mantan PM. Salah KJ yang tanam kebencian kepada TDM.