SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 23 Februari 2009

Kemana RASA KESYUKURAN bangsaku yang bernama MELAYU?

Aku terpanggil untuk meluahkan rasa hatiku yang duka,
mengenang sikap bangsaku yang bergelar melayu baru
Aku sangat pasti yang dikatakan melayu baru ini
terdiri dari anak-anak generasi selepas merdeka
yang memiliki berbagai-bagai ilmu, mencakupi berbagai bidang
Hatta bidang dunia malah akhirat jua.
Bangsaku sungguh hebat jika berbicara tentang apa jua agenda kehidupan samada politik, budaya, bahasa, ekonomi, alam persekitaran, agama, angkasaraya, dan segalanya.
Dalam politik dan kemasyarakatan..... "keadilan, kebebasan, kesamarataan" menjadi agenda perjuangan mereka.
Yang dikatakan melayu baru itu, sangat berbeza corak minda dan perlakuannya dengan kami yang bergelar melayu...mungkin melayu tua bangka.
Aku sedar ini memang perkara biasa. Dulupun dizaman sebelum merdeka terdapat golongan penulis 50an, golongan yang membawa pendekatan baru dalam alam penulisan berbanding golongan lama yang mungkin agak jauh ketinggalan dan masih berpegang dengan cara dan penulisan lama.
Yang mendukakan aku kerana suasana perubahan jelas membawa bersama tingkahlaku kurangajar dalam tindakan. Tindakan kurang ajar yang berlaku dikalangan bangsaku mengambarkan tentang kekemarukan perebutan kuasa dan harta. Sifatnya sungguh keterlaluan, sehingga hilang tata susila bangsa dan adat ketimoran yang dipegang sekian lama sejak berzaman, yang telah menjadi norma murni kehidupan. Tidak percaya, bacalah penulisan bangsaku didalam blog. Lihatkan suasana di Perak dimana keputusan Yang Mulia Sultan menjadi mainan. Tanda tidak hormat kepada baginda semudahnya diluahkan dan dijadikan agenda mereka. Pendirian mempertahankan WB ELIZA WONG dalam kes bogel beliau oleh sebahagian bangsa ku juga menjadi tandatanya ramai.

Aku telah memusing habis mindaku. Apa sebenarnya yang generasi mudaku kehendaki? Kebebasan, keadilan, kesamarataan? Ketelusan? Integriti Pelaksana agenda bangsa? Penghapusan rasuah yang bermaharajalela? Penyingkiran kronisma? nepotisma. Pembahagian sama rata kakayaan negara?. Apa lagi?///...sehingga semua pelosok minda ku, habis ku lawati untuk meninjau sebab musebab kemarahan bangsa ku generasi muda, sehingga beriya-iya sangat menginginkan perubahan kerajaan MELAYU MALAYSIA yang didokong sejak merdeka.

Yang pasti, suasana dewasa ini ramai kalangan bangsaku sudah tidak enteng lagi akan mustahaknya norma-norma murni bangsanya. Saya nyatakan satu persatu apa itu norma murni agar mereka tidak lupa kerana terlalu kemaruk untuk berkuasa.
Hormat orang tua,
Hormat Raja,
Hormat ketua,
Hormat Alim ulamak,
Berbudi bahasa,
Bersifat rendah diri ketika berbicara,
Sabar itu separuh drp iman,
Makin tunduk makin berisi,
Jangan seperti ayam, bertelor sebiji riuh sekampong,
Menjaga mulut agar jangan mengeluarkan kata-kata nista,
Gajah dibibir mata tak kelihatan,
Mengata orang padahal diri sendiri macam syaitan.

Terus terang aku katakan aku ketakutan.
Kerana kalau suasana sekarang gagal dibendung dan masih berterusan,
Bangsaku akan kembali kedalam hutan.
Akan semakin jauh ketinggalan.
Semua cita-cita suci pemimpin ku
akan jatuh berderaian
Pada ketika itu nanti ia cuma tinggal memori kenangan
satu cebisan kedukaan yang berpanjangan
untuk tatapan warisan
akibat bangsa ku kini
yang asyik bercakaran
akibat harta dan kekuasaan
YANG MUNGKIN MAINAN
mereka yang ingin melihat bangsa ku
berkubur disemanjung emas ini
yang sudah tentu tak sempat melihat kemunculan kembali
Nabi Isa diatas muka bumi.

3 ulasan:

paneh berkata...

Salam tuan,

InsyaAllah masih ada pewaris Melayu seperti kami yang tahu mengenang budi dan bersedia untuk mempertahankan warisan Melayu zaman berzaman.

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Semua,

Sebagai belia pelapis negara, hal ini tidak saya nafikan.

Biarpun terdapat dari kami termasuk saya terpekik, terlolong menyuarakan kebebasan, keadilan dan kebenaran namun; kepincangan masih ada.

Seringkali, ungkapan belia pemangkin kemajuan negara!!! Tapi, apalah daya kalau setakat idea dan juga harapan kami sering "dipolitikkan".

Cita-cita dan masa depan kami hanya untuk "pemimpin" mengenyangkan perut sendiri.

Bukan kuasa, atau pangkat yang kami mahukan. Cuma, jangan politikkan masa depan kami.

Kami juga harus menjawab kepada generasi seterusnya jika pemimpin kami menunjukkan perkara tidak bermaruah kerana sejarah dicipta golongan "intelektual" yang dibayar untuk mencipta sejarah cyber baru!!!

Sekali lagi, jangan politikkan kami kalau tidak mahu negara ini HANCUR dek kerana KEBIADAPAN dan KURANGAJAR anak muda kini. Ini kerana, modelnya telah dihadapan mata kami.

Buat pemimpin-pemimpin kami,
Bimbinglah kami secara bermaruah bukannya secara kurangajar. Tunjuk ajar anda semua membentuk kami menjadi apa yang anda mahukan!!

Luahan Dalam Hati,
http://meetuncleshah.blogspot.com

Najib Milatu berkata...

Apa dan bagaimana sifat dan sikap Melayu pada masa ini merupakan hasil apa yang diajarkan oleh generasi yang sebelumnya.

Istilah yang saudarakan gunakan, Melayu Baru dan Melayu Tua Bangka saya gunakan di sini untuk memudahkan bicara.

Sekiranya Melayu Baru 'kurang ajar' maka itu adalah hasil apa yang diajarkan oleh Melayu Tua Bangka. Mungkin kerana Melayu Tua Bangka bagaikan ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul.

Mudah bagi kita menyalahkan mereka yang muda, mengapa begitu, mengapa begini. Lihat kembali dalam diri kita apakah sumbangan kita terhadap apa yang betul dan salah. Jangan kita sekadar tahu berbangga apabila anak-anak kita mencapai kejayaan dengan mengatakan kejayaan tersebut merupakan hasil bimbingan dan tunjukajar kita sedangkan kita tidak mampu dan mahu menerima keburukan yang berlaku lalu sekadar menyalahkan Melayu Baru dan faktor lain tanpa melihat sumbangan kita kepada keburukan yang berlaku.

Kita, bukan sahaja bermaksud Melayu Tua Bangka kerana Melayu Baru juga patut mengenalpasti sumbangan yang patut bagi membetulkan pandangan Melayu Tua Bangka terhadap mereka agar kekeliruan dan kecelaruan tidak berterusan.

Lalu apa pula hebatnya adat ketimuran yang kita laung-laungkan, melainkan kehebatan laungan itu sendiri. Memang hanya laungan yang tinggal. Adat ketimuran yang dilaungkan itu sudah lama lenyap.

Dalam banyak perlakuan, kita disini sekarang jauh ketinggalan berbanding dengan banyak negara barat dalam hal-ehwal budi bahasa ini. Perhatikan disekeliling kita, anak-anak bangsa kita yang bekerja memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Ada mereka menyapa dengan ucap selamat, dalam bahasa apa jua, dengan apa cara jua. Janganlah mengharapkan ucapan selamat pagi atau sebagainya, senyum pun tidak.

Sesudah selesai urusan, janganlah mengharapkan ucapan terima kasih, mengharapkan pandangan dan perhatian mereka ketika kita menerima wang baki pun boleh mengundang kekecewaan.

Lihat sahajalah tingkah laku kita di jalanraya. Yang memberikan isyarat untuk membelok atau menukar lorong perjalanan akan menerima terjahan yang menyukarkan usaha membelok.

Kebanyakan pemandu bertindak seolah-olah lampu syarat membelok mempunyai jangka hayat mengikut kekerapan ianya digunakan. Langsung tudak mahu menggunakan lampu isyarat membelok kerana takut ianya cepat luput hayat.

Memang bukan semua orang memandu kenderaan sendiri. masih ramai yang menggunakan kenderaan awam. Lihat bagaimana mereka menaiki kenderaan awam. Berebut-rebut tanpa mengira tua dan muda, lelaki atau wanita.

Budi bahasa? Adat ketimuran? Hanya tinggal laungan bagi menyejukkan hati sedangkan hakikatnya kita harus melihat negara yang sering kita cela kerana budaya kuning mereka untuk belajar bagaimana berbudi bahasa. Mungkin kita hurus belajar adat kebaratan untuk menggantikan adat ketimuran kita.