SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 30 Mac 2009

SATU PILIHAN UNTUK HISHAMUDDIN HUSSEIN TANPA PREJUDIS.

Semasa ucapan penangguhannya dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini, Datuk Seri Hishamuddin mencadangkan agar guru-guru diberikan kebenaran semula untuk bergiat dalam politik tanah air. Astro Awani semalam membuka seluas-luasnya cadangan Datuk Seri ini dalam program AGENDA AWANInya yang dimoduratorkan oleh Encik Suhaimi Sulaiman. Apakah baik dan buruknya jika guru-guru diberikan kebenaran untuk bergiat semula dalam politik?

Kesimpulannya menampakkan kepada kita bahawa disamping kebaikan yang boleh diperolehi, ia juga membawa banyak implikasi negatif terutama kepada kemajuan pendidikan anak-anak bangsa disekolah-sekolah. Yang jelas, dimasa lalu, larangan kepada guru-guru berpolitik adalah berpunca kerana keterlibatan mereka membawa kesan buruk kepada perkembangan pendidikan anak-anak di sekolah. Keasyikan berpolitik menyebabkan kerjaya utama mereka sebagai guru ketinggalan dan dilalaikan. Dan tidak hairan dimasa depan jika guru-guru diberikan kebenaran semula, kesan yang sama akan sekali lagi menimpa sistem pendidikan negara.

Oleh yang demikian, saya dengan ini tidak bersetuju jika guru-guru diberikan kebenaran semula untuk masuk bergiat dalam bidang politik.

Kenapa tidak Datuk Seri Hishamuddin mencadangkan agar gulungan profesional khususnya profesional melayu yang bukan kakitangan awam, bergiat masuk sebagai ahli UMNO atau MCA atau MIC atau PBS atau PBB atau PRS? Tidak hanya sekadar memasuki PKR atau PAS atau DAP? Sekarang ini ramai profesional kita terutama dari kaum India memasuki parti PKR dan PAS kerana laluan untuk mereka memasuki parti dalam Komponen Barisan Nasinal agak sedikit memeritkan. Kalaupun terdapat gulungan pendidik yang diberikan kebenaran untuk bercebur diri dalam politik, saya kira elok dikhaskan hanya kepada gulungan Pensyarah dipusat-pusat pengajian tinggi sahaja.

Selama ini semacam ada satu perasaan gundah dan tidak selesa dikalangan gulungan profesional melayu khususnya, untuk bergiat sama dalam arus politik negara. Suara-suara sumbang dan bertentangan dengan cita rasa kerajaan Barisan Nasional, yang kerap kedengaran sebenarnya adalah suara dari mereka yang bijaksana dan berilmu tinggi ini. Tetapi kerana tidak diberikan ruang kesempatan yang selesa, mereka terpaksa menjerit sekadar dari luar lingkaran sahaja. Saya suka mencadangkan agar mereka dibawa masuk untuk sama-sama menjalani arus politik negara demi ketamadunan bangsa Malaysia yang kita cintai bersama ini.

1 ulasan:

Z-MAY berkata...

aku pun tak setujuuu...! nanti minta itui ini pulak la lagi...!~