SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 9 Jun 2009

PRU KE 13, Jika UMNO dan PAS berterusan bercakaran, itulah masa yang paling sesuai PM Malaysia dari suku kaum CINA!!!!

Mungkin dianggap mustahil untuk berlaku oleh setengah pihak dalam negara ini terutamanya ahli PAS dan PKR. Tapi percayalah, jika percakaran antara bangsa melayu itu, tidaklah mustahil Lim Kit Siang atau anaknya atau siapa sahaja kalangan pemimpin Cina akan menjadi Perdana Menteri malaysia yang ke...selepas Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.


Percakaran yang berlaku kini mampu berlaku sehingga ayah tidak mengaku anak, isteri tidak mengaku suami dan sebaliknya, ibu tidak mengaku ayah dan rakan taulan akan dianggap musuh dunia dan akhirat. Suatu ketika dulu peristiwa seperti ini pernah terjadi di Kelantan. Dan ia sangat sensitif sehingga sembahyang disetiap masjid dan surau terpaksa menggunakan dua imam akibat pergeseran tersebut.


Jika "batu api" semakin banyak dan keadaan tidak dapat diredakan sehingga pru ke 13, maka pergeseran antara satu bangsa itu akan merosakkan kesepaduan yang diharap-harapkan oleh sebahagian pemimpin yang menyedari akan keburukan natijah pergeseran tersebut. Tidaklah mustahil akibat pergeseran itu membawa kepada kekalahan yang teruk kerusi parlimen PAS maupun UMNO. Dalam pada itu PKR juga memiliki sebahagian kerusi melayu juga. Jika dalam keadaan kerusi seperti itu, dan DAP memiliki semua kerusi India dan Cina menjadikan mereka parti yang majoriti di Parlimen, apa kata UMNO dan PAS serta melayu didalam PKR? Berbaik semula. Okeylah kalau setuju. Jika tidak ada kata sepakat ketika itu, apa mau jadilah? PKR sudah tentu memberikan sokongannya kepada DAP. Begitu juga dengan PAS yang mungkin berbelah bagi antara kuasa dan perjuangan bangsa dan agama. Nak harap sokongan dari Sabah dan Sarawak? Bagaimana jika sekelompok wakil rakyat dari Sabah Dan Sarawak, semuanya melompat memberikan sokongan kepada pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP?

Maka..... jadilah....... Perdana Menteri Malaysia dari parti DAP. Ketika itu ketawalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan sudah tentu Lee Kuan Yew dari Singapura. Kenapa Lee Kuan Yew ketawa? Baca sejarah!!!Jangan terlalu asyik baca komik dan ilmu sains dan mathmatik semata.


Maka ketika itu mulalah orang melayu terbangun dari tidornya. Kuasa tidak lagi berada ditangan kita. Selama lima tahun lepas itu, mungkin boleh diambil semula kuasa tersebut, jika ada kesepakatan antara melayu itu. Jika tidak????. Selama lima tahun itu pun banyak tanah bertukar syarat kepada 999 tahun, terutamanya tanah dari keturunan cina. Masih tak percaya??? Kita sama-sama tunggu. DEB yang dipermain-mainkan oleh melayu sendiri akan tinggal menjadi sejarah sahaja. MARA tidak lagi mempunyai objektif untuk kaum bumiputera seperti kini. Universiti Kebangsaan Cina Bersatu akan ditubuhkan sebaik sahaja Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri. Terdapatlah beberapa karat pemimpin melayu yang berpangkat dikerajaan. Itupun nak sedap mata dan telinga sahaja. ..Gula-gula untuk menyedapkan hati orang melayu yang baru terjaga dari tidor yang lena akibat harta dan kuasa.

Kalangan melayu mana satu yang bodoh? jawabnya SEMUA. Seperti biasa perkataan ..."tak apalah"..."akupun dah nak mati"...harta dan kuasa bukannya dibawa kesana".....
Suara sebegitu banyak kedengaran setelah kalah menyembah bumi ditanah air sendiri. Pada hal selama ini harta dan kuasa itulah yang menjadi penyebab kepada pergeseran yang berlaku.

Kemana perginya ungkapan perjuangan bangsa? agama? dan Tanah air? Ketika itu taring melayu sudah patah. Kaum Cina akan mengatur langkah bijaksananya tanpa menoleh kebelakang dan menunjukkan rasa kemanusiaan. Pernah dengar cerita pemimpin politik melayu Singapura? Bagaimana melayu di Selatan Thailand menderita tanpa pembangunan? Atau orang melayu dari suku kaum Suluk dan Bajau serta Iyakan di Selatan Filipina? Apakah Israel menunjukkan simpatinya kepada rakyat islam Palestine? Apakah rasa simpati perlu dan perhubungan politik antara kaum dan bangsa-bangsa?. Hanya politik melayu yang seperti itu. Baik dan berbudi bahasa serta bertata susila.


Politik kaum Cina dan India Malaysia masih belum teruji, kerana mereka masih belum bergelar tulang belakang pemerintah negara. Di Singapura sudah terbukti politik orang Cina. Hasil dari politik tersebut, bagaimana dengan kaum melayu Singapura ketika ini?


Apa sebabnya???Sebabnya kerana orang muda atau generasi saluran 3, 4 dan lima serta enam tidak membantu kepada menerusan perjuangan bangsa yang masih belum selesai ini.


LALU SAYA BERTANYA SATU PERSOALAN YANG SANGAT PERLU iaitu Kenapa nak diganggu gugat kekuatan parti keramat UMNO itu? Parti itulah selama ini yang menjaga kekuatan politik melayu dalam negara ini. Kerana perjuangan nyalah umat melayu yang beragama islam ini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain dalam negara ini, bahkan dalam dunia antara bangsa sekalipun.

Apakah konsep oNE MALAYSIA yang disarankan oleh Datuk Seri najib itu diterima baik oleh kaum India dan Cina, sehingga mereka memberikan undi kepada MCA, MIC, PPP dan GERAKAN dalam pru ke 13? Jika tidak, konsep itu hanya menyedap kata padahal ia meroboh kuasa bangsa melayu dipersada Tanah Air tercinta ini. Berhati-hatilah kita semua. ONE MALAYSIA adalah satu konsep yang murni dan sebagai wadah kesinambungan perpaduan kalangan semua bangsa Malaysia. Dengan konsep tersebut, kita akan hidup rukun dan damai dalam negara berbilang bangsa ini. Carilah rezeki sesuka kita, Kembanglah budaya semahu kita, Jagalah keselamatan negara bersama-sama, menganutlah apa saja ugama yang anda percaya. Itulah Malaysia yang dikehendaki UMNO dan Barisan nasional. Namun dalam pada usaha kerajaan BN yang tak kenal penat dan lelah itu, terdapat warga yang membangkangnya dalam senyap dan juga secara terbuka.

Rosak....rosak.
Nampak-nampaknya seperti melayu akan hilang dari peta dunia.!!!!!


Bodoh!!!Bangang!!!Kononnya bijaksana dan memiliki ilmu pengetahuan meninggi langit tapi tindakan dan perangai macam beruk!!!!Bangsanya sendiri dipunahkannya sewenangnya. Yang paling aku marah ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenapa tergamak ia memecahkan kesatuan umat yang selama ini teguh dan ampuh? Apapun bijaksananya ia, namun hasil tindakannya tidak mengambarkan langsung kebijaksanaan tersebut. Dan PAS boleh bersekongkol dengan nya. Kerana harta dan kuasa???Bolehkah anda miliki setelah berlaku pergeseran itu tadi??????

Tiada ulasan: