SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 16 Jun 2009

Tak bolehkah Nik Aziz bermuhasabah?????

Selalu saya ajukan persoalan ini kepada penyokong PAS ditempat saya. Perkembangan mutakhir ini, seruan atau saranan Pak Hadi Awang telah bersambut dengan positif dari sebahagian besar pemimpin UMNO, termasuk sekali Datu Seri Najib Tun Abdul Razak.
Malangnya terdapat sebahagian besar pemimpin dalam PAS yang kurang enak dengan saranan "Kerajaan Perpaduan" yang dicanang oleh Pak Hadi Awang, Prediden PAS itu.

Apakah "Perpaduan" itu adalah satu perbuatan yang hina dan bercanggah dengan islam? Tentu sekali tidak. Bersangka buruk dan bersikap "pesimis" dengan saranan yang baik itu juga adalah satu tabiat buruk yang tidak sepatutnya ada dalam hati nurani seorang ulamak seperti Nik Aziz. Jika nanti UMNO ternyata "menjerat" PAS dalam usaha memadukan bangsa dan negara ini, kembalikan pernilaian sebaiknya kepada rakyat jelata. Rakyat tentunya pandai menilai dengan baik suasana ini, jika ada "penipuan" dari mana-mana pihak yang bersangkutan dengan perpaduan tersebut.

Atau Nik Aziz ada udang disebalik mee?
Apakah Nik Aziz merasakan kuasa dan kedudukan beliau akan tergugat jika "perpaduan" yang disarankan oleh ketuanya menjadi satu kenyataan?
Saya nak jamin disini, bahawa Nik Aziz tetap akan menjadi seorang Guru atau Ulamak yang akan disegani dan disanjungi rakyat seluaruh negara sehingga akhir hayatnya.
Saya juga yakin bahawa selagi beliau mahu, sehingga bilapun beliau akan tetap memegang jawatan Murshidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan.
Bahkan mungkin dalam kerajaan perpaduan itu, beliau akan dilantik ke jawatan yang sangat penting di Persekutuan, yang melibatkan urusan segala agama dalam negara ini.
Saya sangat yakin, bahawa Pak Najib Tun Haji Abdul Razak tidak akan mensia-siakan ilmu dan bakti beliau dalam berbakti kepada rakyat negara Malaysia ini. Yang pasti Nik Aziz tidak akan disia-siakan begitu saja.

Tapikah!!! Bagaimana keyakinan saya akan berpanjangan jika sekiranya setiap saat dan ketika, Pak Nik Aziz sentiasa membalun kepimpinan UMNO dan Ketuanya sendiri?
Jika boleh saya memberikan nasihat kepada Tuan Guru, BERMUHASABAH DIRILAH. Fikirkanlah secara tenang dan tidak emosi, bahawa apakah tidak baik saranan yang dilontarkan oleh Ketua PAS tersebut? Bukankah ia selari dengan kehendak islam dan semua agama apa sekalipun?.

Terserah...terpualnglah kepada anda semua pemimpin-pemimpin utama melayu untuk menguruskan pertemuan antara anda-anda semua. Kami berdoa agar "Kerajaan Perpaduan" yang dilontarkan oleh Pak Hadi akan menjadi satu kenyataan yang "membawa bangsa kita menuju kemercu kejayaan dunia dan akhirat".

Janganlah menjadikan "NIZAR MONYET" itu sebagai satu tauladan yang murni dan tabiatnya itu akan digunakan sebagai satu kaedah dalam mencapai matlamat. Ianya sangat tidak serasi dengan perkataan "PAS" itu sendiri. Yang elok, NIZAR" itu dipecat dari PAS saja.

2 ulasan:

is berkata...

usahlah di endahkan cakap nik aziz sekarang ni, kerana ckap nik aziz sekarang niumpama cakap orang yang buat tebiat yang dah nak mampos dah.

KHAIRUL NAZRI berkata...

Setuju dengan IS

Usah lagi kita melayan sebarang cakap Nik Aziz. Usah lagi kita siar sebarang kenyataannya, usah lagi kita berhujah dengan setiap kata yang Nik Aziz keluar dari mulutnya.

Elok benar TG Hadi buang terus Nik Aziz ini daripada terus memusnahkan kredibiliti PAS,sekurang-kurangnya dimata PR.