SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 19 Ogos 2009

PECAH DAN PERINTAH???!!!!

Biasa dengar ungkapan dalam tajuk diatas?
Tentulah sebab anda semua hebat-hebat-hebat.
Cuba renungkan suasana di palestine, antara Hamas dan Fatah.
Akibatnya "kabillah" islam itu berpecah dua.
Bagaimana pula di Irag?
Syiah dan Sunnah?
Pecah berapa?
Di Iran macamana?
Selepas pilihanraya umumnya yang baru berlalu?
Di Afghanistan pula?
Di Pakistan?
Sekarang sudah terang lagi bersuluh,
Mengenai suasana islam di Malaysia...
Jangan dianggap enteng!!!!!
Islam dalam PAS dan Islam dalam UMNO!
Juga SAYA kata, kita sedang dalam perpecahan yang kritikal.
SELANGKAH LAGI perpecahan benar-benar berlaku!!!!
Nik Ajizkah, Pak Hadi Awangkah? Datuk Seri Najibkah, Tan Sri Muhyiddinkah? Datuk Seri Hishamuddinkah? Ustaz Nasaruddinkah! Atau Lebai-Lebai yang asyik menunjukkan kepintaran masing-masing, samada di Lounge dalam 5 star hotel atau dibawah pokok Cherry dekat Hotel City Nilla, jalan Chow Kit...semuanya membenci suasana perpecahan umat yang berlaku diseantero dunia dewasa ini.
Namun sebanyakan mereka inilah juga yang sering menyuarakan kenyataan yang berbau perpecahan itu. Baru satu dua hari yang lepas, Nik Ajis tergamak mengeluarkan "fatwa" beliau, yang mengatakan penyokong UMNO tidak akan masuk syurga. Dulu, ketika saya masih dalam sekolah menengah, Pak Hadi Awang pernah mengeluarkan "fatwa" masuk UMNO itu kafir. Dato Shahnon Ahmad, ahli PAS seumur hidup juga pernah mengatakan tuhan itu juga pernah mencarut. Dan PAS pada masa ini dalam keadaan tak sedar, tengah "mabuk" dipermainkan oleh DAP untuk meneruskan lagi perpecahan dikalangan umat islam / bangsa melayu dalam negara ini. Tak percaya! Tengok perilaku si Nizar Zamrud itu.
Kelemahan bangsa kita ialah silap prioriti. Mereka tidak menganggap PERPADUAN itu satu keutamaan dalam pembangunan dan kemajuan bangsa mereka. Kalaupun mereka menyangkal dakwaan ini, itu cuma sangkalan politik semata. Secara ikhlas saya mengatakan bahawa bangsa kita, khasnya yang menentang kerajaan BN tidak menganggap PERSATUAN DAN KESATUAN SELURUH BANGSA MELAYU ITU PENTING!!!!. Kerana itu mereka tidak mengenakan had atau batas-batas tertentu dalam bertindak dan bersuara. Mereka bertindak dan bersuara secara sebebasnya hatta sehingga bangsa mereka hancur lebur dan tidak lagi berpadu erat. Keutamaan bangsa kita ialah harta dan kuasa. Sekalipun ianya PAS atau PKR, atau juga UMNO.
..."saya ingin jelaskan disini bahawa memang sepatutnya UMNO yang diberikan ruang secukupnya untuk mempertahankan kuasa!!!kerana jasa parti itu selama hampir 60 tahun mengemudi kemajuan bangsa dan agama dalam negara ini, sangat terbukti kejayaannya".
Kalau Nik Ajis atau Pak Hadi Awang nak menjadi salah seorang pemimpin negara dalam kerajaan, bukan melawan!!!!sebaliknya bersama-sama menjadi menteri dalam kabinet. Sedang anwar ibrahim itu harus berhenti saja dalam politik negara memandangkan, sejak beliau dituduh liwat, belum ada satupun yang terhasil dari mindanya. Malah merosakkan dan mencelarukan perjuangan kesatuan bangsa dan agama.
Umat islam di Malaysia sekarang ini tidak ubah seperti di Palestine!!!
Tidak ubah seperti di Pakistan!!
Tidak ubah seperti di Afghanistan!!!
Bercakaran sesama sendiri kerana kuasa dan harta.
Termasuk Nik Ajis yang digelar ulamak.
Dan Pak Hadi Awang yang saban hari menganjurkan Tazkirah di madrasah peliharaannya.
Jika saya mengatakan usaha memecahbelah dan menghancurkan kesatuan bangsa melayu ini angkara DAP!!!Bagaimana???
Tentu DAP akan melenting marah dan menafikannya. Atau mungkin juga akan mendakwa saya.
Bagaimanapun ini cuma sangkaan buruk saya. Namun jikapun tidak betul,,,tidakkah Nik Ajis dan Pak Hadi Awang serta yang lain juga ( yang bergelar pemimpin ) perlu berhati-hati? Mungkin kot ramalan ini tepat. Kalu tidak tepat, eloklah. Tapi kalau tepat? bagaimana?
Bukankah anda semua yang bergelar pemimpin besar itu termasuk dalam istilah....
BODOH BANGANG!!!!!!!!!

Tiada ulasan: