SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 1 September 2009

MAJLIS KESELAMATAN DALAM NEGERI sebagai badan pemberi kelulusan DISOKONG PENUH.

Pagi tadi, berita TV3 melaporkan PERKASA mencadangkan kerajaan menubuhkan sebuah Majlis Keselamatan Dalam negara khusus berperanan meluluskan Pindaan dalam Akta Keselamatan Dalam negeri ( I.S.A ). Tentunya cadangan ini bagi mempastikan keujudan satu akta yang benar-benar adil dan saksama dimana tidak sekali-kali berat samada kepada pihak pemerintah maupun pihak-pihak tertentu yang lain. PERKASA telah sekali lagi menjalankan peranan yang sangat bermakna bagi mempastikan sistem keadilan dan kesaksamaan di Malaysia berjalan sepertimana yang dikehendaki oleh berbagai perjuru masyarakatnya.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Sri Hishamuddin Husein mengatakan, masih ada masa untuk rakyat mengusulkan cadangan Pindaan kepada Akta I.S.A jika dirasakan perlu dan berkeinginan berbuat demikian, sebelum bacaan pertama cadangan pindaan tersebut dibacakan di Parlimen pada oktober akan datang ini. Saya juga berharap kepada mereka yang selama ini tersangatlah "marah" dengan akta tersebut supaya mengambil peluang keemasan ini. Cadangkanlah apapun jua yang terasa perlu, demi kebaikan Malaysia menjelang 1,000 tahun lagi. Jangan nanti setelah akta ISA siap diluluskan Parlimen, masih ada 'pahat-pahat yang berbunyi". Dan cuba untuk mencari alasan untuk menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Inisiatif yang diambil oleh PERKASA itu adalah sangat terpuji dan tidak disangkal lagi bahawa saya dengan ini menyatakan sokongan penuh saya diatas cadangan tersebut.

Sesungguhnya sejak kebelakangan ini banyak peristiwa yang memerlukan perhatian serius kerajaan dari sudut keselamatan negara. Sikap rakyat yang telah mula menampakkan penderhakaan kepada Sultan-Sultan harus dihentikan. Jika hanya dengan laungan para Politikawan sahaja, saya tidak nampak sikap buruk tersebut akan dapat dihentikan. Maka dalam pindaan akta ISA tersebut, perkara ini harus diambil perhatian wajar. Selain daripada itu pertikaian melibatkan agama-agama yang ada di Malaysia ini juga sangat serius. Ini adalah satu perkara yang amat sensitif dan perlu dibendung dengan segera. Saya merasakan hanya ISA sahaja yang mampu membendung perkara sensitif seperti ini. Begitu juga dengan sikap Lintah Darat para peniaga haram seperti ALONG dan LINTAH-LINTAH DARAT lain seperti Syarikat Kewangan ( Peminjam ) berlesen yang mengenakan bunga sehingga 20% sebulan kepada para peminjamnya. Mereka yang mengamalkan sistem kapitalis yang keterlaluan ini sangat tidak baik kepada suasana ekonomi negara dan boleh menjadikan sistem yang ada masa kini rosak akibat drpnya.

Tiada ulasan: