SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 16 Disember 2009

Separuh Agenda Memusnahkan Kesatuan melayu Oleh Penjajah British Hampir TERCAPAI!!!

Ramai orang melihat dari sudut ini. Mungkin ada kebenarannya. Bahawasanya PAS sengaja ditubuhkan suatu ketika dulu dari serpihan UMNO bagi meneruskan agenda "pecah dan Perintah" Penjajah British keatas Bangsa Melayu di Tanah Air. Kekuatan perpaduan Bangsa melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan sekitar tahun 1940an hingga 1950an itu tersangat mantap sehingga penjajah Britih sangat sukar mematahkannya. Penjajah British juga sangat faham tentang "kesayangan" melayu kepada agamanya dan untuk agamanya itu, Melayu sanggup menghunus keris mempertahankannya. Akhirnya British si Penjajah itu berjaya juga menimbulkan idea pemecahan dengan cetusan cadangan menubuhkan lagi satu parti bangsa melayu, yakni PAS dari tulang rusuk UMNO. Peringkat awal penubuhan dan sehingga 2007, PAS tidak segemilang sekarang ( selepas 2008 ). Kini kecemerlangan PAS telah memperlihatkan kepada kita akan kejayaan agenda penjajah British itu. Meskipun mengambil masa yang agak lama untuk menampakkan hasilnya, namun kejayaan agenda british itu membawa makna keruntuhan kesatuan atau perpaduan bangsa melayu. Sekarang ini orang melayu tidak lagi menganggap kesatuan atau perpaduan itu merupakan perkara utama lagi. Mereka terbawa-bawa dengan Matlamat "keadilan, kesamarataan dan Hak asasi manusia" yang selama ini ditambah rempah ratus keenakkannya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui PKRnya. DAP sememangnya sudah sekian lama menantikan perbalahan antara sesama Melayu, sebagai senjata untuk menjadi Pemimpin utama Kerajaan Malaysia. Matlamat DAP ialah bagi meneruskan agenda perjuangan PPP di Singapura. Suatu masa akan datang, dengan kekuatan ketiga parti pembangkang itu, tidak lagi ada istilah melayu menjadi tulang belakng kepimpinan negara. Malah yang akan ada ialah melayu akan semakin jauh terpelosok keluar-luar kota. Jika yang berada dalam kotapun, hanya bekerja sebagai peon dan pemandu sahaja. Rasa hati ini, rasa naluri ini memangnya benar dan benar belaka, bila melihat akan sepak terajang politik melayu dan PAS ketika ini. Bagaimana Nizar bertindak laku dan arena politik Perak dan negara boleh membuktikan senario tersebut. Tindakan DSAI dalam beberapa hal juga dapat dijadikan sebagai batu asas pemecahan kesatuan bangsa melayu. Dalam banyak tindakan DSAI, beliau tidak mempertimbangkan samada ianya menghancurkan kesatuan bangsa ataupun tidak. Pada DSAI, yang penting ialah samada ia boleh bertahan dalam agenda kepentingan politik peribadinya ataupun tidak. Jika "menjilat" jutawan Yahudi itu boleh mampu membantu agenda politik beliau, maka beliau akan melakukannya tanpa berfikir panjang. Apakah sikap permusuhan Nik Aziz dengan UMNO itu baik untuk perpaduan kalangan bangsa melayu islam ini? Jawapannya tentulah TIDAK!!!!Bahkan proses kehancuran bangsa akan menjadi lebih cepat. Oleh itu rakan-rakan sebangsa, kita haruslah bijaksana dalam membuat keputusan sendiri, samada perpaduan yang pentingkah atau sebaliknya. Belum pernah terjadi mana-mana bangsa didunia ini, maju jika perpaduan ditolak ketepi. Sebaliknya negara atau bangsa yang seperti itu akan hilang ditelan zaman. Fikir-fikirkanlah.

Tiada ulasan: