Ramai kalangan kita sering berpandangan bahawasanya rasuah yang dilakukan oleh kakitangan awam, Pemimpin Barisan Nasional yang dipersalahkan. Apakah ini satu pandangan yang bijak atau yang berlandaskan sentimen politik semata?. Apakah ini satu pandangan yang berupa fitnah, yang sengaja diputar-belitkan untuk agenda politik yang penuh dengan dosa dan kejahatan iblis dan syaitan????
Cuba anda renongkan setelah melihatkan senario kejadian seperti dibawah ini:-
1. Seorang Pegawai Kastam telah memberitahu sesuatu kepada rakannya, seorang Taukeh Penyeludup Minuman Keras dan Rokok, bahawa malan nanti mereka akan membuat 'spot-check' di kawasan perairan sebelah utara. Maka jika nak membuat penyeludupan, anda kenalah melalui jalan sebelah timor. Kononnya lebih selamat. PERSOALANNYA: Apakah perkaitannya Pegawai Kastam itu dengan Pemimpin Barisan Nasional? Adalah perbuatan tersebut, Pemimpin BN yang harus dipersalahkan????
2. Seoarang Pegawai Imigresen menahan beberapa orang wanita asing yang masuk kenegara ini tanpa visa. Kemudian datang seorang Bapak Ayam kerumahnya membawa sebungkusan sarung surat besar yang penuh dengan wang RM50.00 sebagai sogokan untuk melepaskan wanita asing tadi. PERSOALAN; Salah kepada pemimpin BN kah????Atau memang sifat dan tabiat pegawai Imigeresen tersebut sememangnya begitu?
3. Dalam perjalanan dari Menumbok ke Kota Kinabalu, pihak polis membuat sekatan jalanraya di membakut. Sebuah lori yang penuh dengan rokok seludup dari Wilayah Persekutuan Labuan berjaya ditahan. Bagaimanapun dilepaskan kembali setelah driver lori tersebut memberikan wang sebanyak RM5,000.00 kepada polis itu. PERSOALAN: Apakah pemimpin politik Barisan Nasional yang dipersalahkan??? Hanya kerana ketika ini BN yang menjadi kerajaan Malaysia???
4. Kes penyeludupan Beras dan Gula di Sungai Golok ke Thailand oleh orang kita. Yang tak pernah serik walau dilarang. Apakah kesalahan jatuh kepada BN????
5. Begitu juga dengan tangkapan yang banyak yang dilakukan oleh SPRM pada masa ini. Apakah semua itu jatuh salahnya kepada BN??? Atau BN yang berusaha keras untuk membenteras rasuah dikalangan kakitangannya.????
Pandai-pandailah anda merenong dan membuat keputusan. Kadang kita berak dalam tandas yang disediakan khas, dikatakan berak ditengah jalan. Adakah patut?????
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan