SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 14 Julai 2010

JANGAN LAGI ADA "PEMBATU API". Persahabatan ikhlas antara UMNO-PAS mesti disokong demi survival umat!!

Kelmarin bunyi kbaharnya Datuk Nik Aziz telah memberikan "lampu hijau" kepada PAS untuk menrima pelawaan UMNO untuk berbaik-baik. Berita ini adalah yang paling baik pada dua tiga tahun kebelakangan ini, pada hemat saya. Apa tidaknya!, buat kali pertama Tok Guru itu menyatakan persetujuan ikhlas beliau untuk menerima pelawaan dari Pemimpin Pusat UMNO ini. Tentunya selepas drp ini akan disusul dengan rapi dan elok akan hubungan silatulrahim itu.
Tentunya juga majoriti umat islam melayu menyambut perkembangan sihat seperti ini dengan hati dan dada terbuka. Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana keinginan mereka sudah separuh menjadi kenyataan.
Siapapun juga pemimpin umatr melayu islam ini..tidak ada yang jahat dan buruk jika kita tidak terlalu emosi. Hatta Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar kelantan, Presiden PAS itu, Datuk Seri Zahid dll,,,semuanya telah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan semampu mereka. Sebagai manusia, tidak dapat dinafikan mereka juga memiliki kelemahan dan kekurangan. Kekurangan yang terdapat pada mereka janganlah hendaknya dibesar-besarkan dan jika boleh disembunyikan keaiban itu seperti yang digalakkan dalam agama kitani.
Sungguh besar maknanya jika Pemimpin PAS dan UMNO berbaik-baik dan berbahagi pangkat serta kuasa pemerintahan negara. Tidak ada yang rugi bahkan semuanya berpuas hati. Untuk itu mereka seharusnya bermuafakat secara ikhlas. Buat segera dan jangan menunguu Pembatu Api mengambuil kesempatan dari usaha murni ini.

Tiada ulasan: