SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 13 November 2008

2 JUTA PENGUNDI BARU /muda.

Telah banyak diperkatakan mengenai pertambahan dalam senarai pengundi berjumlah 2 juta orang. Tentunya semuanya dari golongan muda yang baru mencapai usia 21 tahun. Bila kita melihat pemilihan tentang siapa yang golongan muda ini telah pilih semasa PIRU ke 12 dahulu, tentunya ianya akan sedikit mengerunkan pihak Barisan
Nasional. Ini kerana terdapat lebih daripada 5 juta pengundi saluran 3 dan 4 adalah mengundi bukan Barisan Nasional. Jika keghairahan mendaftar sebagai pengundi baru ini ( melalui jumlah 2 juta tersebut ) menunjukkan keadaan yang sama seperti mana yang lalu, sudah tentulah pemimpin BN patut merasakan kegusarannya. Angka 2 juta ini mampu menambah jumlah negeri dari 5 ke 6 atau ke 7 ataupun ke 8. Dan bermakna Putrajaya semakin hampir kepada mereka.

Aku sendiripun sudah mulai kecut perut mendengar berita tersebut.
Maka sesuatu harus kita lakukan. Dan aku minta semua kita harus melihat dan menanyakan soalan seperti berikut:- 1: Apakah pemimpin-pemimpin kita masih juga seronok mengamalkan RASUAH POLITIK tak berkesudahan?. Kepada pemimpin UMNO besar dan kecil, sayugia aku ingatkan berhentilah dari amalan tersebut.
Nanti semua dari kita akan tinggal gigit jari dan salah menyalahkan antara satu dengan yang lain, seperti mana tika kalah 5 negeri dalam PIRU ke 12. Yang pasti kalau kita buat lagi perangai Rasuah Politik ini, 5 negeri yang kita kecundang itu akan bertambah lagi banyak. Perjuangan Datuk Moyang kita dahulu, yang bersusah payah menubuhkan UMNO diIstana Raja akan jagi tinggal kenangan yang menyayat hati pada PIRU ke 13 kelak jika kedegilan tetap berleluasa. Tooooloooonglah Pak Najib kena buat sesuatu. Pilihlah CALON UMNO YANG MEMILIKI INTEGRITI YANG SANGAT TINGGI WALAUPUN BUKAN KETUA UMNO BAHAGIAN. 2: Jika kita menilai calon untuk dibuat pilihan kita kenalah melihat "TAJInya". Taji boleh diertikan PENDIDIKKANNYA, ILMU UGAMANYA, TARAF KEHIDUPANNYA, PENGALAMANNYA DALAM SIASAH BERPOLITIK, KEBURUKANNYA DAN KEBAIKANNYA YANG LAIN.
Bukan sekadar kedudukannya dalam UMNO Bahagian. Kadang pemimpin bahagian pun lebih kerak dari nasi.

Malaysia kini sudah bermain dipentas dunia antarabangsa dengan gah nya. Tidak siapa dapat menafikan hakikat tersebut Hatta anwar ibrahim sekalipun. Bagi meneruskan kesinambungan track record sedemikian calon-calon yang dipilih hendaklah yang dapat memenuhi kriteria keantarabangsaan kita. Harus GLOKAL dan bukan GILAKAL. Yang bijaksana diperingkat antarabangsa juga dan tidak hanya menjadi jagohan kampongan. Pak Najib ( kawan saya ) juga harus menunjukkan kehebatan diperingkat Malaysia dan dunia luas ini. Dengan didokong dan sokong oleh angkatan BN yang melahirkan ketrampilan yang hebat-hebat, jom kita teroka dunia ini. Jadikan bangsaku hebat dimerata.rata sehingga kehujung dunia sekalipun. AMIN>>>>.........

Tiada ulasan: