SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 10 November 2008

SEKARANG Tiba MASA untuk PERWAKILAN membuat PERNILAIAN serius.

Episod bagi mencukupkan Kuota pencalonan MKT UMNO 4 peringkat telah selesai dilaksanakan, kecuali 4 Bahagian, diantaranya Seremban, UMNO Bahagian dimana Ishak Ismail ( kawan baik ku ) menjadi Ketua Bahagiannya. Dalam tempuh terdekat ini rasanya semua Bahagian akan selesai melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Maka selepas daripada itu giliran Perwakilan yang terpilih pula berusaha untuk menilai sebaik mungkin Pemimpin UMNO 4 peringkat ini untuk dijadikan pemimpin UMNO yang sudah tentu ada diantaranya pula akan menjadi pemimpin negara kita, Malaysia yang tercinta.

Nasihat saya, baik-baiklah dalam pernilaian anda semua. Jika anda terlupa kerana terlalu ramai yang hendak dipilih, dalam ruangan bloggers, terpapar semua nama-nama calon yang terpilih untuk disalin dan diingati. Dan yang penting ialah mereka ini akan dinilai dan diukur kebolehannya dan akan anda semua undi dalam persidangan agung mac 2009 akan datang ini.

Dalam tempuh 5 bulan menuju kepada bulan Mac 2009 ini, anda perwakilan semua akan menghadapi tentunya berbagai-bagai program serta atur-cara yang diatur oleh calon-calon yang bertanding serta juga Ibu Pejabat UMNO yang diberikan tanggungjawab untuk membuat sebarang program yang dimahukan oleh calon untuk berjumpa anda perwakilan semua. Dalam suasana sebegini mungkin calon-calon akan berceramah, berpidato dan berbagai-bagai lagi teknik yang akan mereka gunakan bagi mendapatkan undi anda, bagi mempastikan kemenangan mereka semasa pemilihan bulan mac akan datang ini. PUN MUNGKIN TIDAK TERLEPAS CALON YANG AKAN MERASUAH ANDA DENGAN WANG RINGGIT, TIKET K.TERBANG, RADIO, BUKU AKAUAN BANK DAN BERBAGAI-BAGAI LAGI. Anda juga mungkin dijanjikan dengan bilik penginapan di Hotel-hotel yang bertaraf 5 bintang di Ibu negara semasa waktu persidangan Agung itu kelak. Semua ini akan bakal berlaku kepada anda perwakilan sekalian.

Anda hanya mempunyai 2 pilihan sahaja. Iaitu:-
1. Menang PIRU ke 13, atau
2. Kalah PIRU ke 13.

Jika anda memilih Menang dalam PIRU ke 13, maka anda akan membuat pilihan
yang tepat iaitu untuk tidak terlibat dalam POLITIK WANG yang cuba untuk dimainkan oleh para calon. Anda perwakilan semua tentunya akan memilih mereka berdasarkan Integriti calon, Wawasan calon, kebijaksanaan calon dalam berpidato, pendidikkan calon, track record calon, Hubungan calon dengan bakal PM, Hubungan antarabangsa calon, Semangat jati diri melayu yang ada pada calon dan berbagai-bagai faktur lagi yang difikirkan sangat mustahak ada pada diri seorang calon itu. Anda tentunya tidak akan melihat bahawa calon yang merasuah anda layak diangkat sebagai pemimpin sebuah parti keramat seperti UMNO ini. Jika anda kemaruk wang sekalipun, AMBIL SAJA DUITNYA TAPI JANGAN BERIKAN UNDI PADA SIPEMBERI TERSEBUT.

Saya minta maaf mengeluarkan kenyataan berikut tanpa bukti kukuh. Hanya berdasarkan persipsi dan tinjauan umum semata. Tetapi saya yakin ada diantara yang hendak saya perkataan ini memang berlaku dan rancak berlaku semasa pencalonan baru-baru ini. Yakni:-

1... Ada diantara perwakilan disogok dengan wang ringgit untuk mencalonkan pemimpin-pemimpin tertentu,
2. Bagi melaksanakan tugas diatas ini, Agent dan barua-barua calon dilantik dan beterbanganlah mereka merata Bahagian UMNO di Malaysia ini untuk membeli perwakilan. Seperti berurusan membeli ikan dan gula dipasar runcit lagaknya.
3. Ada diantara egent hanya perlu bertanyakan nombor akaun perwakilan atau wakil para perwakilan untuk dibank in duitnya.
4. Janji-janji manis lain seperti kontrak, lesen dsb telah dibuat kepada perwakilan sebilangannya. Begitu juga dengan hotel penginapan di Kuala Lumpur telahpun tersedia sebaik sahaja kemenangan calon diperolehi dimana-mana bahagian yang disasarkan.

Perwakilan atau sesiapa jua yang membaca warkah dalam blog ini, sila print it out dan edarkan kepada perwakilan ditempat masing-masing, agar warkah ini sampai ke pengetahuan mereka dan akan menyedarkan mereka bahawa kita sebenarnya mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sangat besar maknakan kepada perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara yang tercinta ini.
Janganlah hendaknya perwakilan terlupa bahawa sanya anda semua terpilih sebagai perwakilan itu memegang tanggungjawab tersebut.

Pada persidangan pemilihan kali ini kita kena fokus kepada pejuangan agama, bangsa dan ibu pertiwi kita ini. UMNO ketika ini amat kritikal sekali kedudukannya. Jika pada persidangan kali ini anda masih mementingkan wang ringgit dan sanggup menerima rasuah politik, maka akibatnya sangat tragis kepada UMNO. Pilihanraya akan datang ini UMNO akan diletak ketepi oleh para pengundi semua yang rata-ratanya telah memperlihatkan bayangan dan amaran semasa PIRU ke 12 dahulu. Rasuah Politik akan menghancurkan sebuah parti keramat yang jasanya sangat besar dalam memerdekaan negara Malaysia.

Tiada ulasan: