Anda kerap lupa,
Bahawa anda seorang MUSLIM
Perkara yang dilarang jangan dibuat sekali-kali
Maksiat/berkhalwat yang juga kadang berlaku
Minum arak sering terjadi
Perjudian seperti tabiat budaya diri
Dan segala yang 'Allah' kata jauhilah darinya
Namun berleluasa ketika di Ibu Kota
Persidangan Agung UMNO jua.
Kali ini yang paling dipublisiitikan ialah Gejala RASUAH.
Sebenarnya DOSA itu amat pedih dan nyata.
Anda sudah lupa
Kerana nikmat dunia
Yang hanya sementara.
Kita adalah penganut ISLAM
Tapi kenapa kita KAFIR?
Dalam amalan?
Dalam tindakan?
Sembahyang kita
Puasa kita
Zakat Kita
Kemana perginya ia?
Lupakah kita resmi Padi,
Makin berisi semakin tunduk ia.
Kenapa berlagak resmi lalang?
Semakin tinggi semakin sombong dan garang.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan