Apabila Raja Majapahit mengalami kekalahan dalam perlawanan 'sabung ayam', maka Sultan Brunei dianugerahkan 400 orang hulubalang diRaja Majapahit ( hulubalang dalam istilah bahasa melayu kuno ialah "Kedayan" ). Hulubalang yang dianugerahkan ini menjadi 'pengawal Sultan' sejak daripada tarikh tersebut sehingga tarikh yang kita belum pasti.
Satu lagi bukti bahawa di Malaysia ini orang melayu berjati - diri NUSANTARA. Dimanapun mereka berada diNusantara ini, disitulah negara asal mereka. Sejak zaman berzaman mereka berpindah randah dari Pulau ke Pulau tanpa merasa diri mereka asing. Pembahagian Nusantara menjadi negara-negara bangsa menganggu gugat suasana kehidupan asal mereka.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
5 ulasan:
menarik :)
Salam tuan,
Adakah hulubalang @ kedayan ini yang turut digelar sebagai betara?
Paneh,
Tidak sama.
Betara lebih tinggi statusnya.
Salam Bro...
Berminat untuk tahu lebih lanjut tentang banga Kedayan ini.. Sewaktu pemilihan Pemuda dulu, isu kedayan dan brunei hangat diperkatakan.. Apa bezanya Melayu Kedayan dan Melayu Brunei ?
Gagak,
Tidak banyak bezanya antara melayu kadayan dengan melayu brunei. Ianya antara isi dengan kuku. Saling kait mengait antara satu sama lain. Melayu Brunei berasal dari Kepulauan Borneo semula ujud manakala Melayu kadayan berasal dari Majapahit. ( Pjg lagi ceritanya. Kalau ada masa saya akan membuat penulisan khusus mengenai suku kaum ini dan keujudannya)
Catat Ulasan