SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 5 Februari 2009

ANWAR SAMSENG POLITIK MALAYSIA.

Antara alasan kepada Tajuk penulisanku pada kali ini:-

1. DSAI ku katakan Samseng atau lebih tepat Ketua Samseng dalam politik Malaysia. Samseng disini membawa maksud suka melakukan kerja-kerja yang bertentangan dengan norma atau nilai baik dalam budaya bangsa. Dalam hal ini DSAI telah dituduh samseng kerana telah meliwat Saiful, DSAI digelar samseng kerana mengujudkan budaya demonstrasi jalanan dalam politik Malaysia, DSAIlah pemimpin yang mengepalai barua-baruanya untuk bersengkongkol dengan pasukan perosak Yahudi sedunia yang beribu pejabat di Amerika Syarikat. DSAI juga merupakan kepala besar dalam Pakatan Rakyat yang berjalan seluruh negara berkempen membawa rakyat jelata untuk merosakkan apa yang telah kerajaan dan negara Malaysia laksanakan selama ini. Sehingga Perjuangan murni PAS telah menjadi hancur lebur setelah DSAI menjadi ketua besar kumpulan parti tersebut.

2. Ramai pemimpin Politik di Malaysia ini telah terpengaruh dengan propaganda DSAI sehingga taksub dengan kebijaksanaan beliau dalam berhujah semasa memberikan ucapan pidatonya. Tanpa menyedari bahawa rupanya mereka membiarkan diri mereka terpekosa minda dik kerana kebolehan DSAI berkata-kata. Sebenarnya semua itu "apapun tak ada".
Dulu Pak Hadi seorang pemimpin perkasa. Kini beliau hanya sekadar Pencacai DSAI semata.
Kasihan Nik Aziz tak boleh berbuat apa-apa dik kerana DSAI dah mengambil kedudukkannya.
Sekarang PAS hanya sebuah parti kecil yang sering kali diperkotak-katikkan oleh DSAI sahaja.

Tiada ulasan: