SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 19 Februari 2009

PAS kembali Bersepakat dalam BARISAN NASIONAL?

SAYA DENGAN INI MENGALU-ALUKAN JIKA PAS KEMBALI BERSAMA UMNO DAN MCA DAN PBS DAN PBB DLL DALAM BARISAN NASIONAL. PAS adalah sebuah parti yang bersama-sama mengujudkan BN suatu ketika dulu. Maka dalam suasana politik yang sangat kritikal kepada agama dan bangsa ketika ini, saya nampak ada logiknya PAS bersatu semula dengan UMNO didalam Barisan Nasional. Suasana di Perak, di Selangor dan Pulau Pinang memanggil kita untuk kembali bersatu dalam satu perjuangan. Nak tunggu melayu hancur lebur spt Aceh dilanggar Thsunami baru nak kembali kepangkal akar?.

Ramai orang berkata, jika hendakkan penyatuan semula, proses penyatuan tersebut hendaklah berada dalam suasana 'menang dan menang'. Saya kata, yang akan pasti menang ialah rakyat jelata. Mereka akan pasti sekali kembali seperti sedia kala. Penyatuan diperingkat akar umbi akan kembali pulih. CUMA MUNGKIN DIKALANGAN PUCUK PIMPINAN KEDUA PARTI MESTILAH LEBIH BANYAK TOLAK ANSUR DIMANA AKHIRNYA SEMUA TIDAK AKAN MERASA TERSINGKIR DIDALAM PENYATUAN TERSEBUT. Semua pemimpin kedua parti ( PAS dan UMNO ) mestilah jujur dan dan ikhlas dalam penyatuan kedua parti melayu islam ini.

Adakah sesiapa diantara kedua pemimpin parti tersebut tidak bersetuju dengan saranan ini?
Jika ada, kenapa?. Kuasa? Harta? Pangkat? Wanita? atau apa?
Di Kelantan dan Kedah tetap juga PAS yang akan menjadi kerajaan Negeri. Ianya tidak akan "diganggu" lagi dalam konteks politik oleh Barisan Nasional kerana mereka telah menjadi rakan sekutu BN. Manakala dinegeri-negeri yang diperintah oleh UMNO atau MCA atau MIC dan lain-lain lagi akan tetap dibawah mereka, jika ada.
Pertama: Pembangunan dimana negeri dibawah kepimpinan PAS dan UMNO dan lain-lain gabungan BN akan dapat diteruskan dengan baik dan lancar.
Kedua: Penyatuan ini akan dapat mengendurkan suasana buruk politik masa kini.
Ketiga: Kedua parti dalam berbincang dengan lebih jujur dan ikhlas mengenai agenda memertabatkan syair dan kesyumuran islam di Malaysia. Jabatan yang akan mengendalikan hal ehwal agama islam akan menjadi Jabatan yang benar-benar berfungsi dan memiliki peluang untuk memancutkan islam kehebatnya, tanpa gangguan spt kini.
Keempat: Tumpuan kepada pembangunan ekonomi bangsa akan lebih fokus tanpa gangguan siasah politik yang tidak berkesudahan.
Kelima: Jika kaum yang terbesar ini dapat bersatu-padu, maka kaum-kaum lain juga dapat duduk dalam suasana Malaysia yang aman dan harmoni.

Kita boleh menjadi hero dalam memberikan bantuan harta dan fikiran kepada islam Bosnia, Islam Filipina, Islam Selatan Thai, Islam Indonesia, Islam Palestine, Islam Iraq, Islam seantara dunia...Tetapi kita gagal didalam penyatuan islam SeMalaysia. Why!!!!Dalam hal ini UMNO kena banyak menghulur tangan dan jawatan. PAS kena banyak menghulur kesyukuran, kerana penyatuan juga bermakna peluang dan ruang untuk bersama mentadbir negara, yang sebenarnya kamu juga ampunya. Saya teringat kepada peribahasa melayu yang berbunyi
..."Jika tak ndak seribu alasan, jika ndak seribu usaha".

Insyallah...Datuk Seri Najib, Datuk Seri Pak Lah, Pak Hadi Awang dan Nik Aziz akan harum bukan sahaj dialam fana ini, malah dialam akhirat nanti, kerana sesungguhnya, jika hasrat ini menjadi nyata dan mereka berempat menjadi punca, Allah akan tahun niat ikhlas mereka dan sudah tentu akan mendapat imbuhan saksama dari Allah SWT jua.
Keenam: Malaysia akan lebih maju, aman dan sejahtera.
Ketujuh: Wawasan 2020 menjadi tidak mustahil untuk dicapai menjelang tiba masanya.

2 ulasan:

perunding berkata...

bagus lah cadangan tuan.
yang baik kita fikirkan..
cuma seriau benar 'jebat' nak percaya bagi tamingsari kat tuah ni.
ditikamnya sat lagi.

KHAIRUL NAZRI berkata...

Salam Ziarah,

Secara peribadi saya berpendapat eloklah PAS terus bersekedudukan dengan Pakatan Rakyat. Tidak perlu untuk PAS kembali ke pangkuan BN.

Lagipun, selama ini PAS tidak menunjukkan mereka adalah parti yang memperjuangkan agama dan bangsa Melayu khususnya melainkan ia mendatangkan kelebihan atau laba kepada pemimpin dan parti itu sendiri.