SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 8 April 2009

Aku Perkaumankah?

Ada sesetengah bloggers mengatakan aku bersikap perkauman. Padahal tidak banyak perbedaan antara aku dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebilangan besar pemimpin negara yang satu perjuangan dengan ku. Malah Datuk Seri Najib Tun Razak juga sama matlamat perjuangannya dengan matlamat perjuangan ku. Aku tidak kaya, tidak berilmu tinggi, tidak berkuasa dan bukan pemimpin sebarang parti. Aku hanyalah insan biasa yang ingin melihat bangsa ku berterusan menjadi pemimpin utama negara. Agar anak cucuku kelak, selepas ketiadaan ku, tidak kembali kedalam belantara. Seperti daulu kala. Dihalau dik Penjajah durjana.

Secara rengkasnya, walaupun aku hanya seperti ini, aku bersama mereka memperjuangkan Negaraku, Bangsaku, agamaku hingga ketitisan darah ku yang terakhir. Kepada kaum yang lain, mereka tentunya mempunyai pemimpin mereka sendiri yang berjuang untuk kaum agama mereka. Pada aku konsep Barisan Nasional adalah satu konsep yang sangat budiman kerana semua kaum berada didalamnya, dan berjuang sebagai sebuah parti semua bangsa Malaysia. Semua wakil kaum masing-masing ada didalam Barisan Nasional untuk berjuang bagi pihak kaum mereka masing-masing dan dalam masa yang sama berjuang untuk negara Malaysia secara keseluruhannya.

Barisan Nasional adalah satu Pakatan antara parti berbilang kaum yang sama-sama bersatu dan berpadu memerintah negara ini. Tidak ada satu kaumpun yang akan ditinggalkan. Aku jelaskan disini, bahawa konsep ini tidak terdapat dalam mana-mana negara didunia ini dan seharusnya kita berbangga dengan konsep berbilang parti yang bergabung menjadi satu ini.

Sebagai akar umbi parti Melayu / UMNO, sudah tentulah aku berjuang untuk mempertahankan matlamat partiku. Bukan sebaliknya menghabiskan masaku berjuang untuk parti MCA atau MIC atau PKR atau DAP atau PPP atau PBS atau PRS. Aku berjuang untuk partiku UMNO. Maka aku dikatakan perkauman oleh bangsa ku sendiri.

Dalam penelitian yang ku buat, aku tidak nampak kaum Cina dan India berjuang untuk melayu.
Yang aku nampak mereka yang duduk dalam PKR, DAP, PPP, MCA, dan MIC serta GERAKAN....perjuangan mereka tetap untuk parti dan kaum mereka sahaja. Dewasa ini mereka yang berbangga dengan istilah TIDAK PERKAUMAN rata-rata dari kalangan bangsa melayu sahaja. Jika dari kaum lain ada yang menggunakan istilah itu, kebenarannya sangat tidak tulus dan keikhlasnya dapat dipertikaikan. Aku percaya itu hanyalah retorik dan kepuraan semata-mata. Jelas apabila kita melihat hasil keputusan PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang baru-baru ini. Dimana lebih 80% pengundi Cina dan India tidak menyokong Barisan Nasional yang semua bangsa dan kaum berada didalamnya serta berjuang untuk matlamat yang satu. Bukan hanya bercontoh kepada PRK di Bkt Selambau dan Bkt Gantang sahaja, malah banyak peristiwa sejak merdeka yang mengambarkan bahawa masyarakat Cina dan India lebih perkauman dan tidak sekali-kali berganjak dari matlamat perjuangan kaum mereka. Mereka ekstim dan kental dalam memperjuangkan matlamat dan kedudukan kaum mereka dalam politik negara Malaysia ini. Sedang bangsa Melayu asyik melaungkan slogan BUKAN PERKAUMAN, termasuk sejak akhir-akhir ini parti PAS sendiri.

Apakah alasan yang diberikan oleh Pemimpin MCA apabila salah seorang daripada mereka mencadangkan diberikan satu kerusi TPM kepada kaum Cina? Apakah alasan yang baik untuk komuniti Cina dengan perjuangan mereka yang kental dan kuat mempertahankan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina? atau kaum India kepada perkara yang sama? Bolehkah kita kata perkauman jika UMNO mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara? Atau Agama Islam sebagai agama resmi negara? Apa sebenarnya dari segi "bukan perkauman" yang telah diperjuangkan oleh Hindraft?Sudah bacakah objektif dan matlamat perjuangan sebenar Hindraft?. Kenapa Lim Guan Eng menghapuskan DEB di Pulau Pinang sedangkan ia tahu benar DEB bermatlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat!!!!

Saya nak beritahu kepada gulungan terpelajar melayu yang sekarang ini semakin bertambah ramai bilangannya,,,bahawa kerana "sikap perkauman" pada pandangan kamu itulah, yang menjadikan kamu terpelajar pada hari ini. Bolehkah kamu sekolah dan menimba ilmu hingga menongkat langit, jika bukan bantuan Kerajaan Barisan Nasional. Harap ayah dan emak kita yang kehidupan mereka kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, untuk menyekolahkan kita hingga kemenara gading?

Ada beberapa istilah yang harus difikirkan bersama dan bermuhasabah bersama demi kepentingan kesinambungan perjuangan bangsa. Ia adalah seperti berikut:-

-Perasaan Hasad Dengki.
-Perasaan iri hati,
-Khianat,
-Mengada-ada.
-Hati diselubungi kehitaman.
-Jiwa Jahat dan Kosong.

4 ulasan:

.@blogger.com berkata...

biar kita dikata rasist, tapi kita harus kekal dengan semangat kemelayuan kita bagi kesinambungan perjuangan bangsa. Aku juga seorang rasisit. Say no to second deputy PM (for chinese)

EQUILIBRIUM berkata...

orang gila pun tak mengaku dia gila hee hee hee

org waras lagi2 le tak nak mengaku gila hee hee hee

Unknown berkata...

Hari ini generasi muda memang tak kenang budi dan sungguh biadap sekali.

Hari ini politik yang ada di negara ini sudah banyak berubah dan amat malang sekali generasi muda kita tidak nampak kesannya apabila UMNO tumbang dan apa akan terjadi pada generasi yang akan datang.

Lihat sahaja di pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Siapa yang menentukan kejayaan PAS dan PKR.Hari ini masyarakat Cina dan India sudah lupa siapa mereka sebenarnya di negara ini.Di beri layanan cukup baik tetapi apabila melihat orang melayu mula berpecah, seolah-olah inilah masanya untuk mereka nak berkuasa di negara ini.Mungkin ada yang tidak puas hati dengan komen saya ini seolah-olah racist, tetapi hakikatnya generasi muda Melayu harus ambil ikhtibar dan berfikir secara waras.Memang diakui banyak kelemahan didalam UMNO hari ini, tetapi generasi muda harus ingat kejayaan yang mereka kecapi adalah perjuangan UMNO hari ini.Diberi kemudahan dan peluang yang secukupnya tetapi sudah mula lupa diri siapa yang memberi peluang selama hari ini.Sepatutnya mereka perlu berganding bahu dan mencari jalan yang terbaik untuk membantu UMNO walaupun berbagai rintangan yang akan di lalui tetapi harus di ingat adakah PARTI DAP ikhlas dalam perjuangan mereka yang selama hari ini cukup dengan perkauman mereka yang mendalam.Pergi tanya sesiapa yang majikannya orang Cina, apa yang mereka lakukan terhadap pekerja-pekerja Melayu... gaji mereka, kedudukan mereka dan selalu di pandang sinis.Fikirlah sekiranya mereka yang memerintah negara ini, apa yang akan dilakukan oleh mereka terhadap bangsa melayu.Hakikat ini perlu generasi muda melihat sedalam-dalamnya kerana mereka tidak pernah ikhlas dengan orang melayu.Guna orang Melayu apabila mereka hendakkan sesuatu.Saya tidak suka nak mereka-reka cerita tetapi inilah kebenaran yang perlu diambil kira dengan seriusnya.

PRU13 menjelang mungkin 4 tahun dari sekarang, adakah masyarakat Cina dan India akan memberi peluang kepada kerajaan yang ada sekarang.Jawapannya tidak dan yang pastinya sudah memberi "TALAK TIGA" kepada Barisan Nasional.Adakah perlu kita mengikut rentak mereka lagi.....

Wahai bangsaku Melayu, bangunlah dan sedarlah kuasa kita sudah ke penghujungnya.Apabila kita berpecah yang rugi adalah kita.Generasi muda harus berhati-hati dalam permainan politik yang semakin licik hari ini dan di api-apikan seolah-olah yang jahat adalah UMNO. Ingat sekiranya kita kecundang, selama-lamanya kuasa orang Melayu akan lenyap di bumi yang kita sayangi ini.

Lord Garam berkata...

Kita perkauman oh tidak sama sekali kita perjuang hak kita..itu dikira perkauman? oh aneh sungguh..

aku rasa orang cina lagi kuat semangat perkaumannya..no mandarin no job bro.!