SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 12 Mei 2009

UMNO & PAS JIKA BERMUAFAKAT AKAN MENJADIKAN MELAYU KUAT SEMULA.

Pagi ini saya agak malas sedikit untuk mencari fakta-fakta bagi menyokong kenyataan dalam tajuk saya diatas ini. Namun dalam tulisan ini persetankan dahulu semua fakta berbentuk nombor dan angka tersebut. Kita utamakan penghuraian kenapa saya berkata demikian? Kenapa saya kata jika PAS dan UMNO bermuafakat dengan ikhlas, kedudukan politik melayu di Malaysia ini akan kembali pulih dan kuat semula.

Kenapa tidak?
Masih banyak negeri yang majoritinya masih orang melayu & bumiputera.
Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Selangor, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka,
Sabah dan Sarawak.
Saya kira hanya Pulau Pinang yang majoritinya terdiri dari kalangan bukan melayu atau bukan bumiputera. Jikapun Tionghua hendak memerintah, maka logiknya mereka hanya berkemampuan menggunakan kekuatan kaum mereka di negeri Pulau Pinang sahaja.

Kerana kita asyik dengan istilah "bijaksana", budiman, kematangan politik, kehebatan bersiasah dan keadilan, kesamarataan dan berbagai istilah lagi yang sebenarnya membelanggu minda setiap daripada kita, maka semua kejogikan tadi telah kita terlalai dan teralpa.

Hanya satu syarat bagi setiap pemimpin melayu untuk kembali mengguna-pakai kekuatan dan kesepaduan bangsa kita, iaitu PAS dan UMNO mestilah bermuafakat secara ikhlas. Keikhlasan dalam permuafakatan mestilah dapat dirasai oleh hati dan jasad setiap daripada kita samada yang asalnya melayu dari PAS maupun dari UMNO.

Susah sangatkah nak berkongsi semua keistimewaan yang ada sesama kita? Payahkah kita nak berbahagi jawatan Menteri antara PAS dan UMNO? Payahkah untuk kita sesama melayu berbahagi jawatan-jawatan penting dalam kerajaan, demi permuafakatan yang terjalin? Saya rasa jika terdapat segelintir pemimpin dalam PAS yang bergelar Menteri di Persekutuan, khasnya dalam bidang agama dan pendidikkan, sudah tentu ianya adalah merupakan pelengkap kepada kekurangan yang terdapat dimana-mana, dan bukan sebaliknya sebagai liabiliti kepada negara. Sejak sekian lama ini, PAS sentiasa menunjukkan kemarahannya kepada kelalaian yang berlaku dalam pemerintahan negara dalam penerapan syiar islam. Maka sudah tentu jika mereka diberikan peluang untuk sama-sama menjadi pemimpin kerajaan, mereka akan bertungkus lumus membaiki keadaan yang pada mereka tidak selari dengan nilai islam.
Jika terdapatlah diantara ahli PAS yang kaya raya akibat hasil permuafakatan tadi, salahkah? Bukankah mereka juga melayu dan terangkum dalam DEB yang diperjuangkan?

Sejak kebelakangan ini saya tidak nampak MCA dan MIC menjadi harapan kepada Barisan Nasional. Apatah lagi GERAKAN dan PPP. Parti-parti tersebut hanya menumpang dan sekali sekala membuat karenah dan membising dicorong media. Namun pada hakikatnya masyarakat yang mereka wakili tidak lagi memberikan sokongan kepada parti tersebut. Kaum Cina dan India telah melarikan sokongan mereka samada kepada PKR maupun DAP. Jika PAS bermuafakat dengan kedua parti tersebut, kaum Cina dan India juga memberikan undi kepada PAS yang ternyata sebuah parti yang sebenarnya mereka benci. Kaum India maupun Cina buka lagi bersembunyi, malah dengan berani menunjukkan kebencian mereka kepada Barisan Nasional dengan menyokong secara lantang parti pembangkang.

Semua suasana politik tanah air ini sangat serabut dan bahaya kepada kesinambungan pejuangan politik dan kekuasaan orang-orang melayu. Kita hendaklah menerima hakikat ini. Rasanya pedih tetapi itulah hakikatnya yang semua orangpun mengetahuinya. Hanya ada satu jalan dan jalan ini sangat pahit dan pedih kepada pemimpin UMNO dan orang-orang UMNO yang selama ini merasa selesa dibawah Barisan Nasional. Memang sukar untuk menerima dan menjadikan kaedah ini sebagai satu penyelesaian. Ia sangat memerlukan kemahuan politik yang tinggi dan kuat.

Sanggupkah misalnya seorang Timbalan Perdana menteri diberikan kepada PAS dalam kaedah bermuafakat ini? Sanggupkah? Atau sanggupkah Menteri Agama diJabatan Perdana Menerti memberikan ruang kepada seorang pemimpin PAS menggantikan tempatnya selaku Menteri Agama Persekutuan? Kalau tak sanggup, mengikut ukuran dan hemat saya, kekuasan politik UMNO dan melayu yang serabut pada masa kini, mungkin tidak lama lagi hanya tinggal sebuah sejarah.

Percayalah....banyak kebaikan yang kita akan gali jika permuafakatan antara UMNO dan PAS dapat menjadi satu realiti sebelum 2013.

Tiada ulasan: