SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 30 Jun 2009

CUMA 5 ALASAN KONKRIT.

Saranan Pak Hadi Awang pada beberapa minggu yang lepas agar diujudkan "Kerajaan Perpaduan" antara UMNO dengan PAS telah menimbulkan banyak perbincangan dikalangan peminat politik tanah air. Namun akhirnya Pakatan pembangkang sebulat suara ( termasuk Pak Hadi sendiri ) menolak saranan tersebut. UMNO yang sekian lama menerima baik akan saranan itu terkontang kanting dengan perangai pemimpin Pembangkang tersebut. Lantaran suasana yang seperti rojak ini, saya lantas ingin bertanya kepada kalian semua, apa sebenarnya permainan PAS ini? Apakah mereka beranggapan saranan kearah perpaduan ini sesuatu yang haram hukumnya? Atau jika diteruskan juga akan jatuh hukum dosa?

Saya ingin meminta cuma 5 alasan konkrit, kenapa ditarik balik saranan tersebut? Jika boleh biarlah Tok Guru Nik Aziz yang memberikan alasan-alasan tersebut atau siapa jua dikalangan pemimpin utama PAS. Saya bengong kerana selama ini, setelah berusia 51 tahun ini, dimasukkan kedalam minda saya, bahawa islam menganjurkan perpaduan ummah. Bukan menganjurkan perbalahan dan perpecahan.

Tuan Guru Nik Aziz atau Pak Hadi Awang,,,tolonglah berikan 5 alasan tersebut.

2 ulasan:

PAKCIK berkata...

SAYA TOLONG JAWAB LIMA ALASAN TU YE :-

1) UMNO TU AJARAN SESAT DAN KOMUNIS
2) ORANG UMNO HINA DARI ORANG PAS
3) UMNO PARTI ASSABIYAH
4) UMNO ZALIM
5) PAS KAN KAWAN DAP, BUAT APA NAK BERKAWAN DENGAN UMNO

TAMBAH SATU LAGI SEBAB:-

1) PAKATAN RAKYAT DAH NAK MENANG, UMNO 'NAMPAK'NYA DAH NAK MENUNGGING..

Saya Rakyat Malaysia berkata...

1) PAS Parti Ajaran Sesat dan mengokong Brother Anwar Bin Ibrahim yang mengalu-alukan bapak komunis balik.

2) PAS perasan lebih mulia daripada orang Islam lain yang tidak berparti, tidak menyokong PAS dan orang UMNO.

3) PAS menyokong parti asabiyah DAP.

4) PAS mengkafirkan orang Islam lain yang tidak berparti, yang tidak menyokong PAS dan orang UMNO. PAS mencerca, mengfitnah dan menipu. PAS menyokong Brother Anwar Bin Ibrahim dan mencerca Hadi dan Nasha dengan panggilan H1N1 dalam laman web pro pembangkang.

5) PAS memang kawan karib DAP. Sampai perjuangan negara Islam telah selamat dikuburkan.

Tambah satu lagi;

6) Pakatan Rakyat dah nak pecah menanti belah. PAS dah nak terbalik.