SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 13 Julai 2009

Menatang Bagai Minyak Yang Penuh.

Dalam usia lebih setengah abad ini, kami, generasi lama ini hanya meminjam waktu daripada generasi muda/mudi untuk mendapat ruang selesa bagi mengemudi negara yang tercinta ini. Hala tujunya dipastikan jelas arah, kemakmurannya terjamin, keselamatannya terjaga rapi, perekonomiannya tersusun atur dengan licin. Begitu dengan dengan pentadbirannya terurus dengan baik dan mampu pula meraih keuntungan berlipat kali ganda. Dalam beberapa waktu mendatang, maka kamipun kembalilah kerahmattulllah. Apa yang kami tinggalkan adalah secebis kenangan perjuangan dan pembelaan waktu dan "sepatu" untuk gulungan muda/mudi yang sudah pasti meneruskan apa yang telah kami usahakan. Jika peninggalan kami adalah bermanafaat, maka anak-anak generasi muda sangat bernasib baik. Untuk menyatakan terima kasihpun, agak telah terlambat kerana ketika ucapan itu diberikan, kami telah bersama ulat dan cacing didalam bumi. Antara kami, kepada yang kurang bernasib baik, maka akan bernasib hukuman akibat perbuatan mungkar yang dilakukan semasa dialam fana ini. Alangkah hibanya rasa, yang masih bernyawa, jika selama ini tahunya mencaci dan mengata, padahal langkah kami adalah langkah murni dan tulus tanpa prejudis. Mereka sanggup mengata dan mencerca kepada suatu perjuangan luhur dan hanya menyelesalinya setelah kami tiada.

Justeru itu kini, sebelum kami meninggalkan mu. Sebelum kami pergi jua, ingin rasanya diri ini mengatakan sepatah dua sebagai satu nasihat berguna untuk generasi muda, agar tidak menyesal kemudian hari. Bahawa berfikirlah dengan waras dan bijaksana. Jangan pula bertindak dengan emosi dan mementing diri. Yang sangat utama ialah pelihara agama dan ibu pertiwi. Untuk semua itu, yang paling utama kepada anda ialah ilmu didada. Jangan memekik dan menyumpah seranah, mengata orang itu dan ini salah, tetapi ilmu kita hanya secupak jua.
Kata-kata kenalah berlapik jua. Jauhkan rasa dendam kesumat. Ia tidak membawa kemane. Tidak ada siapa yang akan merasa bahagia dengan rasa dendam yang membara. Siapapun jua anda. Putihkah anda, Warna hitamkah anda, atau anda berwarna sawang matang. Anda sebenarnya adalah sama. Dunia ini sebenarnya adalah milik manusia dan yang nada mungkin tak menyedari ianya milik kera, harimau, poko kelapa, pokok limau, gajah, semut, kala jengking dan sebagainya. Bahkan gunung ganang dan hutan belantara juga adalah makluk maha pencipta.
Berdosa jikalau kalian mensia-siakannya dan membunuh begitu saja. Inikan pula sesama kita yang bergelar datuk, nenek, cucu, adik, kakak, Tan Sri, Tok Guru, dan sebagainya ini. Apakah kerana diberikan kelebihan Allah Taala, kita menjadi riak dan sombong bebal? Sehingga kita lupa bahawa makluk lain juga mempunyai hak yang istimewa? Atas dasar kesedaran inilah mungkin agaknya Tengku Abdul Rahman dan rakan-rakannya suatu ketika dulu mengatakan "ya" setelah syarat dikemuakan Penjajah. Atas dasar inilah mungkin agaknya hati dan rasa Tun Mahathir tidak sebeku batu. Inilah sebabnya Datuk Seri Najib Tun Razak mengagaskan 1MALAYSIA kepada kita semua. Kepada ruang lingkup yang lebih luas, 1MALAYSIA juga merangkumi bukan sahaja manusia, malah binatang dan kayu kayan serta bukit bukau dan gunung ganang dalam Malaysia tercinta ini. Jangan dipinggirkan mereka, malah dijaga dan disemai serta dipelihara, agar menjadi makluk allah yang cemerlang dan gemilang. Saudara mungkin merujuik 1MALAYSIA hanya kepada budaya, adat resam dan kehidupan makluk manusia yang mendiami Malaysia. Cina, India, Orang asal, Kadazan, Dusun, Murut, Iban dan melayu. Bagaimana dengan Kera, Monyet, babi, Khinzir, Gajah, Harimau, dan kancil?. Bagaimana dengan Gunung Kinabalu, Gunung Tahan, Gunung Ledang, Laut China Selatan, lautr Sulu, Selat Tebrau, Selat Melaka dan banyak lagi yang harus dipandang dari sudut menjaga baik gagasan 1MALAYSIA itu? Mungkin anda juga terlupa betapa mustahaknya udara ( oksijen, notrojen, dan sebagainya)? Mungkin anda juga terlupa dengan alam sekitar yang memerlukan belaian kasih dari kita manuasia...yang selalunya durjana.

Kami hanya generasi lama yangmeminjam waktu dari generasi muda untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan dan berkesempatan memperbaiki lagi suasana semasa untuk anda. Bila kami kembali...teruskan dengan hati ikhlas dan jujur serta tulus...berbakti kepada pertiwi dan menjadi ketua-ketua yang sedar bahawa sebenarnya kita itu adalah Khalifah Allah diatas bumiNYA jua. Aminnnnnn.....

1 ulasan:

ntah laaa..... berkata...

coluum teakhir tu paling best ... dah byk bekal ke?dah ready ke ? hehehehe....