SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 24 Ogos 2009

PERMATANG PASIR...SELAMAT MENGUNDI & SELAMAT BERPUASA UTK YG ISLAM SAJE...

Hari ini 25hb Ogos 2009 adalah hari turun mengundi bagi pengundi-pengundi Permarang Pasir ( N11 ). Saya mengucapkan selamat mengundi kepada anda semua dan undilah demi bangsa, agama dan negara yang anda cintai ini. Tidak ada negara kedua bagi kita orang-orang melayu di Semananjung Emas ini. Inilah Tanah Air kita dan undi kita itu menentukan samada Tanah Air ini akan berterusan dibawah tangan kita atau menjadi mainan tangan-tangan asing suatu ketika nanti.

Sejak 50 tahun lebih telah berlalu selepas terlepas dari tangan penjajah malaun itu, kita berjaya menangani dengan baik arah tuju Tanah Air kita ini. Rakyat dibawah pemerintahan kita bergerak kehadapan dalam suasana aman dan sentosa tanpa gangguan dari negara luar. Segala segi pembangunan dapat dicerna dengan baik sekali oleh pemerintah negara. Ekonomi berjalan rancak, pendidikan, agama islam, kesukanan, kebudayaan dan sebagainya dapat dipertahankan dan dipertingkatkan kualitinya dari masa kesemasa. taraf kehidupan rakyat islam dalam negara telah juga meningkat dengan tinggi dan kini kita sangat berbeza berbanding dengan kita pada masa sebelum merdeka. Tentunya sdr sendiri mengakui akan kesungguhan pihak pemerintah
menjalankan tugas dan amanah yang diharap-harapkan oleh rakyat jelata.

Tidak ada apa-apa yang silap mengenai pemerintahan negara. Orang melayu kini ramai yang telah mengecapi kemewahan hidup. Ini sebenarnya bukanlah merupakan satu kesilapan malah sememangnya menjadi objektif dan matlamat pemerintah. Menaikan taraf kehidupan orang-orang islam/melayu dalam negara ini sememangnya objektif perjuangan kita. Kita sedih bila mana melihat orang kita sendiri melarat miskin dan hina di Tanah Air sendiri. Adalah silap besar jika ada diantara kita yang tidak sukakan perkembangan yang sihat seperti ini. Bangsa-Bangsa lain berebut-rebut mencari kekayaan dan meningkatkan taraf kehidupan mereka. Sedang kita cemburu mencemburui diantara satu dengan yang lain. Perangai seperti ini hendaklah kita hapuskan dari jiwa sanubari kita. Kita sebaliknya berbangga bila melihat orang melayu kita bertambah baik taraf kehidupan mereka. Kita juga tidak harus ketinggalan dan berusaha kuat untuk mencapai cita-cita masing-masing. Kerajaan Persekutuan menyedia segala peluang dan runag untuk mencapai kejayaan. Hanya kita yang harus pandai merebut semua peluang yang ada itu.

Ramai orang berkata, ahli dan penyokong PAS tidak kisah dengan kehidupan didunia ini. Biar mereka miskin, namun perjuangan menegakkan objektif parti PAS tetap dalam hati mereka. Apakah menaikkan taraf kehidupan masyarakat islam Malaysia bukan objektif perjuangan PAS.
Apakah membiarkan sebahagian anda masih menggunakan telaga untuk mendapatkan air
adalah satu contoh pembangunan yang diharapkan oleh PAS. Apakah yang islam mahukan dari penganut-penganutnya? Miskin dan melarat? Hidup dengan meminta sedekah? Sentiasa menjadi permainan politik masyarakat barat? Sentiasa berperang antara seagama? Bila diwawancara oleh Pemberita TV, semua menampakkan kesunggulan kerana ditimpa sengsara.
Kenapa kita tidak mengundi parti yang menjanjikan pembangunan, seperti apa yang kita kehendaki dalam hati kita? hanya kerana semangat dari kempen jahat parti yang tidak bertanggungjawab seperti PKR< DAP dan PAS itu?

Pengundi-Pengundi Permatang Pasir kenalah menerima hakikat bahawa kita sekarang ini berada dalam dunia serba canggih dan memerlukan kemajuan diri yang seiring dengan kemajuan dunia ini. Dengan itu islam akan dapat dibawa bersama kemercu kejayaan yang diharap-harapkan. Menyokong PAS bukanlah merupakan satu kesalahan. tetapi kita kena redhalah, jika kita masih merana seperti selalunya. PAS tidak mampu untuk membawa pembangunan di Permatang Pasir. Jika mereka mampu, tentunya Permatang Pasir tidak seteruk sekarang setelah 3 penggal mereka memerintah kawasan itu.

Pemerintah Persekutuan akan menjadikan Permatang Pasir sebagai anak Emas mereka, sekalipun akan memperolehi kekalahan dalam Pilihanraya Kecil ini. Namun bukan itulah pilihan yang terbaik. Pilihan yang sepatutnya diberikan kepada Barisan nasional ialah memberikan kemenangan kepada mereka. Permatang Pasir, selaku anak emas BN, tentu sekali akan dimajukan selepas drp ini. Kerajaan Persekutuan tidak akan sekadar cakap kosong sahaja. Permatang Pasir akan lebih maju dan membangun jika sekiranya pengundi-pengundi memberikan undi kepada mereka dalam pilihanraya ini.

Pandai-Pandailah berfikir dengan matang dan waras. Undilah demi Permatang Pasir dan Negara secara keseluruhannya. Selamat Mengundi dan Selamat menyambut Ramadhan/Berpuasa.

Tiada ulasan: