SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 30 November 2009

Atas Nama Kebebasan Bersuara!!!!????

1. Bahawasanya DAP adalah sebuah parti yang berjuang untuk hanya kepentingan kaum Cina semata-mata. Pemimpin-Pemimpin utama DAP hanya menggunakan kaum-kaum lain sebagai kuda tunggangan mereka untuk mengabui mata masyarakat dari kaum lain dalam Malaysia dan dimata dunia. Pemimpin Cina dalam DAP tidak seperti pemimpin MCA yang berjuang dan terbukti dalam perjuangannya untuk kepentingan semua kaum dalam negara. Begitu juga dengan MIC yang diasaskan oleh Tan Sri Tan Sambantan suatu ketika sebelum merdeka.

2. Bahawasanya PKR hanyalah memperjuangkan Datuk Sri Anuar Ibrahim semata-mata. Perjuangan untuk agama, bangsa dan negara hanyalah ucapan dibibir sahaja.

3. Bahawasanya PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh beberapa orang pemimpin yang tidak puas hati dengan perjuangan UMNO suatu ketika dulu. Sejak beberapa lama PAS berjuang demi matlamat islam. Namun kini arah tuju perjuangan PAS amat mengelirukan, lebih-lebih lagi setelah diuji Allah SWT dengan kekuasaan dibeberapa buah negeri. Suatu masa lalu ada seorang pengembala kambing yang hidupnya dalam kemiskinan. Saban waktu beliau berdoa agar dimurahkan rezeki. Akhirnya dimakbulkan Allah dengan bertambahnya kelahiran anak-anak kambing beliau. Sehinggalah waktu sembahyang telah mula dilupakan akbiat kesibukan menernak kambingnya yang semakin banyak. Apabila ditanya kenapa tidak menunaikan fardhu solat ketika tiba waktunya. Maka pengembala itu mula pandai berdalih konon kesibukan menernak kambing. Begitulah lagak pemimpin PAS pada ketika ini.

Oleh yang demikian itu bijak-bijaklah kita dalam membuat pilihan demi masa depan agama, negara dan bangsa kita Malaysia. Masa demi masa, kita akan dapat melihat gelagat Pemimpin PAS, PKR dan DAP. Umpama anjing, tidak dimakannya namun tahi itu tetap akan dihidunya.
Hanya BNlah merupakan parti yang penuh dengan tanggungjawab. Kesalahan dan kesilapan yang telah pernah dilakukan BN, bukan bermakna ianya meninggalkan tugas dan tanggungjawabnya yang suci dan bermaruah itu.

Tiada ulasan: