SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 1 Disember 2009

Mendoakan Tok Guru Nik Aziz Meletakkan Jawatan!

Dengan rasa rendah diri dan penuh menyedari bahawasanya beliau kini telah berusia lanjut serta hampir kepada mengidap penyakit "nyanyok", maka saya menyeru agar rakyat Malaysia yang prihatin dan berperikemanusiaan agar turut serta mendoakan Tok Guru Nik Aziz meletakkan jawatannya dari Menteri Besar Kelantan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Sejak kebelakangan ini kata-kata beliau banyak yang mengguris hati Individu-individu islam tertentu. Bahasa yang Tok Guru gunakan adalah diluar kebiasaannya suatu masa lalu DAN tidak sepatutnya diluahkan oleh mulut seorang yang bergelar Murshidul Am lebih-lebih lagi dari sebuah parti yang menggelarkan dirinya berjuang untuk islam. Kata-kata Nik Aziz boleh mengelirukan umat islam dan yang bukan islam di Malaysia dan merata dunia.

Rakyat negeri Kelantan harus menyedari akan hakikat ini dan diminta agar jangan terlalu membebankan beliau dengan tugas dan tanggungjawab yang sebenarnya sukar untuk beliau tunaikan. Selama ini seperti juga rakyat negeri-negeri lain dalam Malaysia, anda sangat benci kepada pemimpin yang mengamalkan nepo dan kroni. Saya berpandangan kebencian untuk adalah sebenarnya dusta jika sekiranya Tok Guru Nik Aziz dikecualikan dan bebas lepas untuk mengamalkan amalan tersebut. Tun Mahathir sangat marah kepada Pak Lah kerana kononnya memberikan ruang dan peluang kepada menantunya bermaharajalela semasa Pak Lah menjadi PM. Kenapa kebencian dan kemarahan yang sama tidak ditujukan kepada Nik Aziz? Ternyata CEO kepada GLC negeri Kelantan itu adalah menantu beliau. Rakyat negeri Kelantan tidak memberikan sokongan secara majoritinya kepada UMNO semasa era Tun Mahathir sebagai PM, sebahagiannya kerana amalan Nepo dan Kroni itu tadi. Dan sekarang masanya anda bertindak kepada Nik Aziz pula kerana beliau ternyata mengamalkan perkara yang sama.

Ayuh orang Kelantan, jangan berfikir panjang...jika beliau degil seperti kata Tan Sri Muhyiddin, ayuh kita doakan agar beliau meletakkan jawatan seberapa segera yang mungkin. Rakyat Kelantan masih tetap juga akan menerima RMRMRMRM dari hasil minyak dilaut negeri itu. Samada ianya dikenali sebagai Wanh Ehsan, Wang Royalti, Wang Komisyen, Wang Ufti atau sebagainya...wang tersebut tetap akan menjadi rezeki rakyat negeri Kelantan. Kerana wang tersebut terhasil dari titik peluh pemimpin kerajaan Persekutuan, maka suka hati merekalah nak namakan apa. Itupun marahkah???? sehingga sanggup mendoakan perkara musibah kepada PM kita dan Menteri Pertahanan kita?????Jika benar perjuangan Nik Aziz untuk rakyat Kelantan ikhlas dan jujur sepertimana yang dituntut oleh agama kepada pemimpin sepertinya, kenapa beliau marah jika kerajaan pimpinan UMNO/Datuk Seri Najib nak bagi duit???Seolah perkataan Royalti dan Ehsan itu membawa pengertian dan nilai berbeda kepada kertas RM1.00.
Nik Aziz cuba bermain politik. Tetapi politik aksi seperti ini mengikut beliau sendiri adalah politik sekular dan bukan politik kaedah islam yang seharusnyua seorang pemimpin PAS ikuti serta amali. Sedikit demi sedikit Nik Aziz terbawa-bawa dengan pendekatan Sdr DSAI dan LIM kiT Siang ( Barua Lee Kuan Yew tersebut ).

Kelantan sekian lama mentrampilkan suasana sebuah negeri yang mundur. Sedang rakyatnya pintar dan bijaksana. Majoritinya lari keluar Kelantan kerana mencari kemajuan peribadi. Mereka maju dan menjadi bangsawan diluar negeri. Namun yang masih tinggal dalam negeri amat menyedihkan. Marilah kita mendoakan sama-sama agar Nik Aziz itu segera dinyahkan dari jawatan Menteri Besar Kelantan. Insyallah...Kelantan akan maju dan membangun dibawah pimpinan baru kerajaan negeri. Aminnnnnn....

Tiada ulasan: