SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 21 Disember 2009

Apakah Mereka ini Seperti DSAI????

Ybhg Dato' Onn Jaafar bertanggungjawab menyatupadukan bangsa melayu dibawah satu paerti UMNO tanpa mengira sempadan kenegerian. Dato' Onn Jaafar juga bersetuju dan sangat ikhlas menerima kehadiran kaum cina dan India sebagai warganegara Malaysia merdeka.
Ybhg. Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia
bertanggungjawab dalam penubuhan negara Malaysia yang merdeka, merangkumi Tanah melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Walaubagaimanapun Singapura dikeluarkan dari Malaysia beberapa tahun selepas negara tersebut diujudkan. Kontrak Sosial termeteri antara Tengku, Sambanthan dan Tan Chen Lock serta bersama-sama Raja-Raja Melayu sejurus beberapa ketika sebelyum kemerdekaan negara tercapai.
Ingattak apakah syarat yang telah dipersetujui oleh mereka dalam kontrak sosial itu????
Ia merupakan satu jaminan sehingga KIAMAT bahawa agama Islam, bahasa melayu, hak bumiputera dan sebagainya wajib dipatuhi oleh kaum-kaum lain. Dan juga agama, bahasa dan budaya kaum lain juga BOLEH diamalkan secara bebas tanpa gangguan.
Pada hari ini sudah ramai antara kita yang mempertikaikan perkara yang menjadi syarat utama penerimaan kerakyatan Cina dan India itu. Why?????13hb Mei 1969 menjadi titik hitam yang menjelaskan semua pertikaian tersebut. Mahukah kita tragedi pahit itu berulang kembali?

Ybhg Tun Abdul Razak terpaksa bertindak drastik untuk menghentikan kemarahan rakyat berbilang kaum ketika 13hb mei 1969. Atas usaha beliau peristiwa trajis itu dapat diberhentikan dan negara kembali aman. DEB adalah ubat mujarap bagai mempastikan peritiwa tidak berulang. Rakyat pribumi Malaysia ( melayu, Dusun, Iban dsbnya ) mesti dimajukan dari segi perekonomian mereka bagi menjamin rasa puas hati segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Masyarakat bumiputera mula bergerak maju kehadapan semasa era Tun Abdul Razak.
Dengan perlaksanaan berbagai pembangunan diera beliau, bumiputera bergerak kehadapan tanpa lagi menoleh kebelakang.
FELDA, MARDI, FELCRA, UKM, ITM, MARA,UDA dsbnya telah didirikan untuk membawa bumiputera dalam arus kemajuan dunia.

Ybhg Tun Hussein Onn menambah-lagi kemajuan bumiputera dengan penubuhan PNB. Amanah Saham Bumiputera telah memperlihatkan kejayaan pada dewasa ini dimana peratusan bumiputera dalam equiti ekonomi negara tururt melonjak naik hasil usaha beliau.

Bapa segala Bapa kepada semua kepimpinan negara ialah Ybhg Tun Dr Mahathir. Ramai yang mengatakan beliau ini MAHAFIRAUN didalam blog. Sungguh terlampau fitnah keji itu. Nampakkah mereka betapa negara Malaysia sangat maju kedepan ketika era beliau.
Tidak berbanggakah kita melihat seorang melayu gah berdiri dipersada dunia memperlihatkan keperkasaan dan ketangkasannya????Kalau bukan hasad dengki yang berteduh dilubuk hati itu, apakah istilah yang boleh kita gunakan lagi????

Kenampakan olehnya ( Tun Abdullah Badawi ) itu, kepincangan ketika era Tun Mahathir yaknia pembangunan yang tersangat lajak itu mengalpakan kita soal "Modal Insan". Ketika era Tun Abdullah badawai modal insan dan Islam Hadari menjadi agenda utama kepimpinannya.
Sikap jujus dan amanah menjadi pedoman pemerintahannya. Lemah lembut dan tegas adalah ukuran tingkah laku kepimpinan harian nya Dan ini memberi ruang untuk pihak musuh menabur muslihat, menjadikan beliau keletihan mengharungi ranjau-ranjau yang banyak duri dan onak tajam.

Sekarang YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Peneraju Utama negara malaysia kita. Masih tetap kental dengan kerpercayaannya bahawa hanya perpaduan dikalangan masyarakat berbagai kaum yang akan dapat mempastikan Malaysia bergerak maju kehadapan tanpa gangguan. Mengulangi semula prinsip perjuangan sedari Dato' Onn Jaafar, beliau memperelokkan lagi dengan gagasan 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Nota: Apakah kita menyesali kerana mereka telah terpilih sebagai Pemimpin Utama kita? Apakah salah apa yang telah mereka lakukan sepanjang mereka bergelar pemimpin agung kita? Selaku manusia biasa tentunya mungkin tidak semua yang mereka laksanakan betul dan benar mengikut pandangan dan pendapat kita. Namun sebahagian besar tindakan para pemimpin ini, telah membuahkan hasil yang sangat lumayan kepada anak bangsa berbagai kaum dalam negara kita Malaysia. Itu sudah cukup mengambarkan tentang kehebatan sebarang tindakan dan keputusan mereka. Mereka memiliki akhlak yang sangat mulia. Tidak seperti setengah pemimpin kita dan anda, yang akhlaknya sangat tidak mulia. Sanggup melakukan perkara maksiat disamping pula menjadikan ianya satu tabiat. Perangai seperti MELIWAT, HUBUNGAN SEKS BEBAS, MENGAMALKAN BUDAYA GANSTER dan berbagai lagi, bukanlah akhlak yang sesuai kepada mereka yang bergelar pemimpin. Karang aku cakap bodoh, marah pula. Tetapi kenapa terang-terangan menyokong mereka yang bertabiat buruk itu sebagai pemimpin kita???
ops...harap tidak menganggap penulisan ini sebagai "sampah".













Tiada ulasan: