SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 3 Mei 2010

SIAPA YANG MELANCUNG KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN! MEMANG TAK PUAS HATI!!!!

Kenapa tajuk diatas berbunyi demikian?

Memang patutpun.
Nama Labuan gah dalam negara ini.
Kemajuan infrastruktur atau prasarananya juga canggih dan hebat.
Tetapi bila melawat pualu tersebut, tak ada apa sangat yang menarik hati.
Labuan tidak ada Resort tepian pantai.
Walhal pantainya indah dan menawan sekali.
Disekitar Pulau Besar Labuan..terdapat lagi lima buah pulau yang indah-indah belaka.
Namun masih seperti 40 tahun silam..tidak dibangunkan dalam bidang pelancungan.
Disekitar Labuan ada Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia.
Banyak yang kita dapat buat mengenai pelancungan Labuan.

Umpamanya...

1. Dirikan Pusat Pelancungan bertaraf dunia yang mampu menarik pelancung dari negara sekitar.

2. Dirikan suasana penginapan sepertimana di Pulau Perhentian atau Pulau Pangkor atau sekurang-kurangnya seperti di Pulau Mabul, Sempurna, Sabah.

3. Tubuhkan Pusat Kebudayaan Nusantara yang mewakili berbagai budaya kaum yang tinggal didalamnya. Ada Rumah Iban, Rumah Murut, Rumah dan budaya Minangkabau, Rumah dan budaya Batak, Rumah dan budaya Brunei, Rumah dan budaya Kadazan, Kelantan, Kedah, Siam, Tagaloq dan lain-lain lagi.

4. Perbaiki lagi prasarananya yang masih kekurangan kecanggihannya.

5. Sibukkan Labuan dengan berbagai aktiviti yang menarik rakyat luar untuk berkunjong ke situ dan tidak bosan bila berkunjong.

6. Sering menganjurkan dan mengadakan mesyuarat-mesyuarat antara jabatan, antara kerajaan, antara negara di Pualu Labuan.

7. Jadikan Pulau Kuraman ( antara satu pulau indah disekitar Labuan ) sebagai kawasan perkelahan bertaraf dunia.

Tapi itu lah. Kita sering memberi alasan yang tak masuk dik akal bila perkara ini diajukan oleh
rakyat. Kata tak cukup peruntukkanlah. Kata tak sesuailah dan sebagainya. Percayalah...Kerajaan akan menikmati keuntungan berlipat kali ganda jika hasrat untuk menjadikan Labuan sebuah kawasan pelancungan bertaraf dunia menjadi kenyataan. Kawasannya yang sangat strategy itu menjadikan bonus terbaik untuk kita bermula melangkhkan kaki memajukan pelancungan di Pulau tersebut itu. Amin......

1 ulasan:

Anonymous berkata...

Sebenarnya Labuan ada Resort tepian pantai iaitu Manikar Beach Resort.