SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 7 Mei 2010

SUASANA NORMAL SEOLAH TIADA PRK.

Sehari seblum penamaan calun PRK P212 Sibu, suasananya tidak menggambarkan kerancakkan, bilamana keadaan persekitaran bandar Sibu sama seperti hari-hari biasa yang lain. Tidak ada sebarang banting atau banner yang terpasang samada oleh pihak BN maupun DAP. Apatah lagi bendera BN maupun Bendera DAP atau parti SUPP yang akan meletakkan calunnya bagi pihak Komponen BN dalam PRK tersebut.

Diberitakan akan terdapat pertandingan tiga penjuru antara BN, DAP dan BEBAS. Calun BN mungkin akan diwakili oleh Robert Law Junior, Calun DAP akan diwakili oleh Wong Ho Leng manakala calun bebas akan diwakili oleh Encik Narawi Harun.

Bunyi khabarnya Encik Narawi Harun cuma ingin mendapatkan publisiti dan peluang surung tarikh kepentingan peribadi sahaja. Manakala ramai berpandangan inilah masanya masyarakat Cina Sarawak menunjukkan sokongan mereka kepada BN bagi menunjukkan perbedaan antara mereka dengan masyarakat Tionghua di Hulu Selangor baru-baru ini.
Apapun jua, samada ianya Cina atau melayu atau Iban dan sebagainya, gagasan 1MALAYSIA ternyata memberi peluang yang baik untuk mereka bersatu dan berpadu sesama kaum yang ada di Sarawak.

Tiada ulasan: