SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 7 Jun 2010

MALANG SUNGGUH NASIB PALESTIN ITU!!!!

Hai Kawan!
Baru tahukah?
Tidaklah...Sebenarnya din dah tahu sejak dari bangku sekolah lagi.
Yang paling panas ketika itu ialah bilamana Tentera-tentera Regim Tel Aviv menyenang Bukit Golan dan Semananjung Gaza dengan tembakan-tembakan dari Kapal Terbang Perang mereka.
Ketika itu mata saya tertumpu bolat terpaku kekaca TV di bilik rehat hostel dimana saya menginap.
ITu lebih kurang 30 tahun yang lepas. Kini suasana di Gaza masih hampir serupa walau berbeza. Serupa kerana seksa manusia disana sama seperti ketika aku masih muda belia.
Penderitaan Rakyat Palestine dari 30 tahun silam hingga kini, walau sesaat pun tidak ada terhentinya. Hanya ianya terhenti apabila mereka menghembuskan nafas dan menjadi kaku seperti batu.
Selagi mereka hidup dan bernafas,
Di Loh Mahfus..janjinya agaknya memang sebegitu.
Bilakah Regime Tel Aviv pula yang menerima giliran..
Seperti Palestine itu?
Agaknya.....besok?lusa?tulat?atau tidak langsung bila-bila akan berlaku?
Jawab A atau B atau C.
Apalagi agaknya yang rakyat Palestine lakukan,
Yang pada NYA satu kesalahan yang tidak dapat dimaafkan?
Sehingga aku merasakan,
Seksaan di Gaza bukan satu dugaan,
Malah satu bala dan penyeksaan diatas dosa mereka.
Apa DOA mereka kepada mu ya ALLAH.
Tuhan semesta alam.
Tuhan yang Pemurah lagi Penyayang.
Israel semakin menjadi-jadi keangkuhan dan kesombongan, riak dan jahat.
Bolehkah dibiarkan berterusan?
Kelakuan Israel itu...tidak lagi ada satu perkataan dalam bahasa manusia ini yang ada untuk memberikan gambaran jelas tentang kelakuan mereka.
Jika di Malaysia manusia bongkak, sombong, mengada-ngada, riak dan takabur itu bertimbun.
Di Israel sudah tiada ia.
Yang ada bertimbun disana melebih drp itu.
DAN YANG PALING MENGHAIRANKAN SAYA..
Mesir boleh berkawan dengan mereka.
Arab boleh tidak bersepadu menentang sifat kebinatangan ini.
Hairan hairan hairan.
Ketawa ketawa ketawa ketawa senyum senyum senyum dan gelak gelak gelak.....mereka itu
sebebelah tabir yang jarang. Namun kawan si Israel itu langsung tak sensitive. Dan buat-buat tak faham. Rupanya inilah Islam diakhir zaman. Berakhir teruk dibumi anbia.
Turunlah Nabi Isa segera, membawa perkhabaran gembira kepada Ahli sunnah wal jamaah. Amin,. Selamatkan bumi Palestin.

Tiada ulasan: