SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 3 Jun 2010

PALING KUAT MENGECAM, MENDESAK, MEMAKI, TETAPI AKHIRNYA MASIH TAK MAMPU BUAT APA-APA!!!

Jangan lemah semangat jika tajuk saya berbunyi demikian rupa. Langsung saya tidak berniat untuk memperkecil-kecilkan masyarakat dunia pada ketika ini. Saya sangat berbangga dengan tindakan 12 rakyat Malaysia yang turut atas kapal tersebut sehingga diserang oleh Komando Israel yang laknat itu. Tentu sekali mereka sedar bahawa pada masa tersebut mereka tengah bergadai nyawa. Tentu mereka tahu yang rupa-rupanya mereka langsung tidak takut mati. Inilah yang dikatakan oleh orang-orang melayu lama...tidak takut mati. Dalam islam, jika mati, ini dikatakan "mati Syahid". Orang seperti inilah yang dijanjikan oleh tuhan akan sebuah syurga yang dibawahnya terdapat alir-alur sungai yang sejuk dan nyaman. Bidadari yang cantik-cantik menunggu dengan pernuh setia. Dan akan kekal bersendaloka didalamnya hingga bila-bila.

Israel hanyalah sebuah negara kejam yang senjaga diletakkan ditengah-tengah Islam Arab untuk menjadi dugaan kepada keimanan manusia. Samada mereka tahu apakah tugas sebenar mereka dilahirkan diatas muka bumi ini. Jelas sekali rakyat Malaysia yang 12 orang itu penuh dengan rasa sedar ini. Bahkan mungkin mereka berdoa agar mati syahid didalam perjuangan menegakkan syiar islam itu.

Rakyat Malaysia, sah dan memang dapat diakui secara bersurat berjuang tanpa mengira agama dan bangsa. Samada ianya India, Melayu, Cina dan sebagainya, semuanya menunjukkan rasa benci dan marah kepada tindakan kejam regime Israel tersebut itu. NAMUNNNNNN...yang dapat kita buat hanyalah menggunakan lidah kita dan tangan kita semata. Juga otak kita. Ianya nampaknya tidak kemana. Bila menyentuh soal peranan USA, hati kita terhenti hanya sekadar dekat situ sahaja. Seluruh Dunia, tidak terkecuali Amerika Selatan, Australia, Eropah, Asia dan dunai Arab...semuanya tunduk dan melihat sepuluh jari kaki bila berbicara akan peranan yang diaminkan oleh USA sebagai rakan karib Israel Laknat itu. Hatta ialah Profesorkah atau yang bergulung-gulung ijazahnya, yang juga membawa erti kebijaksanaan...namun dalam soal ini semuanya tidak mampu berfikir bagaimana menjarakkan USA dengan Israel laknat itu.

Jikalau Israel boleh bertindak kejam. Tidakkah masyarakat dunia juga BOLEH? Begitu susahkah untuk mengepong Israel itu???Ia bukan sebuah negara yang besar yang kita terpaksa berbelanja banyak untuk membeli pagar berduri!!!!atau simen / konkrit sebagai pagar kekal.
Saya hanya sekadar manusia kerdil dan bodoh yang mencadangkan Israel dipagar dengan buluh runcing. Mungkin terdapat dalam dunia ini atau Malaysia ini, yang pintar dan bijaksana yang mampu memagar Israel dengan bahan binaan yang lebih canggih. Umpamanya selain Israel, juga mampu memagar minda dan Fizikal USA sehingga bersetuju untuk mengenakan boikot bersama kita terhadap Israel kejam laknat itu.

PBB umpama kerbau dicucuk hidungnya oleh USA.
Mesir seperti perepuan simpanan lagaknya kepasa Israel & USA.
Bagaimana dengan Arab Saudi???
Kuwait???Jordan???
Atau Sdr Saharuddin?????
Atau Sdr Al Maliki????
Atau Usama bin Laden???
Atau Tun Mahathir Mohamad yang hebat itu???
Atau Idi Amin???

Aku sebenarnya dengki bila melihat akan kehebatan ke 12-12 orang Malaysia itu.
Jika ada peluang ingin rasakan aku menghabiskan sisa-sisa azab duniaku dengan berbakti kepada kaum seganma dengan ku...Semoga Shayidku sama seperti mereka.

2 ulasan:

akikinabalu berkata...

Saudra..tolong betulkan skit..Apsal nama Tun M nk kena byk tnda soal. Bukan kah atas inisiatif PGPO menaja 3 kapal bantuan ini

bungaraya berkata...

Tahu bro. Namun kita mahukan beliau ini lebih perkasa diperingkat dunia melalui tindakan dan suara beliau yang tegas dan berani itu. Rakyat Malaysia akan lebih gah dipersada dunia dengan kesinambungan legasi Ybhg Tun dan dibantu sekuat-kuatnya oleh rakyat yang sangat prihatin akan perjuangan rakyat Palestine tanpa mengira warna kulit dan agama.