SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 19 Januari 2011

kenapa tiba-tiba tak mau DEBAT???

Berita BERNAMA kelmarin menyebut Sdr Anwar Ibtahim sebenarnya hanya sekadar mau berbincang dari mata kemata berdua dengan Datuk Seri Najib sahaja. Sebaliknya bukan berdebat spt mana yang diuar-uarkan selama ini. Pagi ini saya terbaxca dalam Malaysia Insider, Anwar Ibrahim menafikan berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA itu.

Entah apa lagi yang akan diumumkan oleh Pak Jubur itu? Sekali kata lain dan dilain masa pula kata lain. Dan semuanya menyebabkan beliau semakin kehilangan reputasi selaku seorang pemimpin yang memiliki potensi sebagai Perdana Menteri.

Sedang dalam masa yang sama Perdana Menteri kita menampakan keselesaan dan tidak langsung rasa gentar dengan cabaran "yang separuh berani dan separuh bacul" dari sdr Anwar Ibrahim itu. Bahkan beliau bersedia untuk membongkarkan segala tingkah laku tidak berakhlak semasa mereka bersama dalam kerajaan BN suatu ketika dulu. Saya sangat percaya tentunya tabiat buruk yang masih tersembunyi dalam simpanan Perdana Menteri itu bersangkutan dengan "habit" kaki wanita dan lelaki sejenisnya disamping perlakuan tidak berintegriti Sdr Anwar semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu itu.

Tentunya sdr-sdr masih ingat betapa anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin "anak emas" kepada Tun Mahathir suatu ketika dulu. Diangkat dengan mudah oleh Tun M menjadi seorang menteri dari hanya seorang pemimpin Ngos ( ABIM ) pada ketika itu. Tentunya sdr-sdri tahu betapa rakusnya anwar Ibrahim ketika berada dalam kepimpinan Perdana Negara masa itu. Sehinggalah kepada suatu saat bilamana Tun M mendapat bukti kukuh yang Anwar Ibrahim akhirnya dalam kerakusan itu berusaha dlm diam untuk menjatuhkan Tun M sendiri. YAB Datuk Seri Najib, yang ketika itu merupakan Naib Presiden UMNO sangat mengetahui akan suasana tersebut. Jika kerakusan anwar ini didedahkan sekali lagi dalam bentuk yang lebih menarik, tentunya rakyat akan memahmi sepenuhnya siapa anwar ibrahim yang sebenarnya.
Berapa banyak harta yang dikumpul anwar ibrahim ketika beliau bergelar Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Sekarang ini mengada-ada nak mencabar Tok Najib dalam berdebat. Yang menjadi sangkaan aku ialah anwar akan terkencing apa bila sungguh-sungguh perdebatan itu diadakan kelak. Satu nasihat pada Anwar ibrahim ialah jangan membuka lagi pekong didada. Awak bukannya maksum dari segala kemungkaran atas dunia ini. Terutama setelah awak bergelar Menteri Persekutuan. Gelaran yg awak miliki yakni BAPAK LIWAT Malaysia itu, bukannya satu omongan kosong. Ia adalah sebuah kenyataan yang amat memalu dan menjijikkan...

Tiada ulasan: