SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 4 Februari 2009

MUKA MESTI MAU MANIS.

Setelah 11 bulan ditangan Pakatan Rakyat, Sekarang Perak kembali kepangkuan Barisan Nasional. Wakil-Wakil Rakyat ( ADUN ) BN di Perak seharusnya bertanya pada diri mereka sendiri...SEKARANG APA MAU BUAT? Setelah peluang memerintah diberikan semula kepangkuan kita. Setelah kita memiliki ruang seluasnya untuk memerintah negeri. Apakah kita akan mengambil peluang ini untuk kepentingan diri peribadi kita semata? Atau kita mengatur langkah yang "lawa" dan mendapat kembali sanjungan rakyat jelata serta berdaya dan berupaya mengembalikan maruah parti yang selama ini sangat terhina dimata penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

2. Saya yakin bahawa ramai rakyat negeri Perak bersyukur dengan perkembangan mutakhir ini. Khususnya penyokong-penyokong BN yang tidak terbilang ramainya berbanding dengan mereka yang tahunya hanya melihat kesalahan orang lain. Saban hari dalam setiap tahun sentiasa berusaha memburukkan kerajaan BN tanpa ada rasa dan terbuka hati mereka untuk juga menilai apakah jasa dan budi BN selama ianya menjadi pemerintah negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.

3. Generasi Muda-mudi Perak haruslah bermuhasabah diri dan menerima hakikat bahawa keamanan, kestabilan dan keharmonian bangsa kita adalah perkara yang TERAMAT UTAMA dalam kita berjuang diarena politik negara. Bukan sangat kepada Hak asasi Manusia atau keadailan sejagat yang cuba dimomok-momokkan oleh pendidikan yang kita perolehi melalui Formal dan informal. Lebih-lebih lagi kerana ianya bawaan dari negeri orang putih pucat.
Ditambah lagi dengan hakikat bahawa di Malaysia ini, jika keadilan terpekosa dan Hak asasi Manusia ternoda, ianya masih berada ditahap yang sangat minimal. Bukan satu perkara yang harus digaduhkan.

4. Kita sebenarnya ingin melihat bangsa kita khasnya melayu ini maju dalam serba bidang termasuk sekali bidang perniagaan. Dizaman awal merdeka sehingga zaman Tun Abdul Razak, ramai rakyat mengeluh kerana kemiskinan yang melanda kaum bangsa nya. Apabila Tun Mehathir memegang tampuk nombor satu negara, kek ekonomi mencurah masuk kekantung kaum kita. Ini menyebabkan kesan positif yang sangat nyata dimana golongan pertengahan melayu bertambah dengan drastik sejak 22 tahun pemerintahan Mahathir selaku PM Malaysia.
Sepatutnya kita berbangga dengan suasana tersebut. Memanglah terdapat kesilapan disana sini. Itu adalah perkara biasa dan tak perlu dikecohkan sangat. Yang utama Dasar pemilikan dan penyertaan kita dalan kek ekonomi negara telah berlaku pertambahan. Persoalannya, kenapa sekarang ramai yang tidak bersyukur bahkan sebaliknya mengutuk perkembangan yang sihat seperti ini? Dan lebih malang lagi yang mengutuk itu ialah orang melayu sendiri. Dan lagi menyedihkan sebahagianya melayu itu berpelajaran tinggi-tinggi.

5. Lebih 20 Dasar kerajaan telah diujudkan untuk khusus membantu bumiputera. Gunakan sebaiknya dasar yang telah diujudkan ini. Belajr menghayati dasar tersebut. Kerajaan BN tidak pilih kasih dan tidak hanya memberikan peluang kepada kawan-kawan atau sanak saudara sahaja. Semua rakyat bisa meraih peluang yang terbuka luas. Dan saya sama sekali tidak bersetuju dengan sikap merajuk dan cepat lemah semangat hanya dengan kegagalan sekali cuba.
Lebih-lebih lagi kegagalan tersebut sebagai satu punca mengutuk kerajaan BN. Tanyalah pada hati nurani kita sendiri. Sebenarnya kita yang silap dalam menongkah arus kehidupan dalam dunia fana ini.

2 ulasan:

Dinesti AwgSmaun berkata...

Muka manis belum cukup. Perlu tambah HATI mau baik. baru seiringan.

.@blogger.com berkata...

Salam.
Apa yang perlu dibuat adalah;
1. Berkhidmat sunguh-sungguh kepada rakyat.
2. Jangan ada dendam kepada musuh dan rakyat
3. Jauhi rasuah dan sebarang kemugkaran lain