SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 28 Jun 2009

SATU PERSOALAN, KENAPA ANDA PRO PARTI PEMBANGKANG?

Okey, anda kata anda benci dan marah dengan UMNO. Atau anda telah mula jijik dengan UMNO. Apakah anda juga marah dan jijik dengan MCA? MIC? PBS, DERAKAN, PBB? dan lain-lain parti yang bersama-sama dalam BN? Tentu ada sebabnyakan? Maka bertanyalah saya, apakah sebabnya itu?
Adakah kerana Pemimpin BN kuat RASUAH DAN MENYELEWENG KUASA?

Jika itu sebabnya, tahukah anda bahawa pemimpin dalam PKR, PAS an DAP juga selalu melakukan penyelewengan kuasa dan wang? Media, samada elektronik ataupun media persuratkhabaran selalu juga menghebahkan tentang perbuatan rasuah dan penyelewengan kuasa pemimpin PKR dan DAP dalam pemerintahan mereka di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah serta Kelantan. Ini baru setahun jagung. Cuba anda bayangkan jika mereka diberikan kuasa dalam tempuh 50tahun.!!!!

Pendekata jika nafsu dan kerakusan menguasai diri, dimanapun mereka berada, namun yang dikatakan pemimpin itu adalah dari kejadian asal yang sama. Dijadikan dari segumpal tanah. Anda biasa mendengar seorang Imampun kadang-kadang tersesat dan sanggup melakukan maksiat. Kerana apa? Kerana ianya dijadikan dari segumpal tanah. Tanpa keimanan yang tebal, manusia mampu melakukan perbuatan yang sangat sumbangn itu. Ini termasuklah para pemimpin. Dan tidak terkecuali samaada ia dari parti PAS, UMNO, PKR, Parti Liberal atau parti Demokratik, Parti Buruh atau sebagainya. Jika nafsu mengambil alih minda dan jiwanya, maka perbuatan sumbang dan penyelewengan sangat mudah menguasai setiap tindakan yang dilakukan.
Anda kata terlalu banyak kesilapan yang telah UMNO/BN lakukan selama ia bergelar pemerintah negara. Apa? Apakah kesilapan yang maha besar itu, yang kerananya bangsa anda, masa depan anda, anak anda, isteri, ayah dan ibu anda hidup tanpa bahgia dan aman serta sentosa? Bagaimanakah keadaan diri anda sekarang? Masih seperti rakyat 50 tahun yang silam? atau 20 tahun yang silam? Atau anda sekarang adalah lepasan pengajian sebuah Universiti?
Universiti tempatan atau universiti luar negara? Atau anda seorang usahawan berjaya? Atau anda seorang nelayan berjaya? Petani berjaya? Seorang kakitangan awam atau swasta berjaya?
Atau OKU yang sentiasa mendapat bantuan kerajaan BN? Atau anda seorang Ibu Tunggal yang memiliki sebuah usaha kecil-kecilan hasil bantuan kerajaan BN? Atau kerajaan PR di Penang yang bantu? Atau Kerajaan PR di Selangor menolong?
Kenapa anda benci dan jijik dengan kerajaan UMNO/BN yang selama ini bertungkus lumus siang dan malam, bertugas dan mengorbankan diri dan masa serta tenaganya untuk melihat rakyat Malaysia senang dan bahagia?
Atau kerana tidak ada keadilan? atau Kesamarataan? Tang yang ini nampaknya anda buta dan pekak telinga. Kerana keadilan dan kesamarataan itulah makanya anda pernah berada di Menara Gading. Kerana kesamarataan itulah makanya orang asli atau orang asalpun dijaga hal ehal kebajikannya dengan baik. Kerana keadilan itulah Kaum Sikh yang hanya .03% dinegara inipun diberikan layanan yang samarata dengan melayu yang lebih 50% jumlahnya dan sedang memerintah negara ini. Adakah kaum cina merasa diganggugugat pencarian rezeki mereka? Adakah kaum India terbiar miskin seperti 30 tahun yang lalu. Jangan salahkan UMNO jika India masih majoritinya miskin. Salahkan MIC atau Sammy Vellu seorang. Anda tahun UMNO adalah parti orang melayu. Hanya jika pemimpinnya bergelar Wakil Rakyat atau Menteri, barulah ia membuka agenda pengisian kepimpinannya kepada masyarakat majmuk. Jika tidak,,,maka ia hingga keliang lahat adalah pemimpin islam dan pemimpin kaum melayu. Saya bagi satu contoh. Di Wilayah Persekutuan Labuan, Dato' Haji Suhaili adalah Ketua Bahagian UMNO Labuan, suatu ketika dulu. Wakil Rakyat Labuan dan Pengerusi BN Labuan ialah YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal. Makanya, Dato' Haji Suhaili adalah pemimpin UMNO dan kaum Melayu di Labuan. Pemimpin seluruh rakyat Majmuk Labuan ialah Datuk Haji Yussof Haji Mahal, dan bukan Dato' Haji Suhaili Abd Rahman. Dan jika Wakil Rakyat Labuan itu didatangkan dari MCA atau MIC, maka pemimpin bagi seluruh rakyat majmuk Labuan ialah seorang dari kaum Cina atau dari kaum India. Ada fahamkah? Anda tentu faham, sebab rata-ratanya anda tidak lagi buta huruf. Dan anda telah duduk dalam sebuah negera merdeka sejak lebih 50 tahun lalu. Tak kan masih bangangkannnn, kannn, kan.
Kita sambung balik persoalan kenapa anda jijik dengan UMNO setelah begitu banyak jasa ditaburkannya? Anda masih ditahap kemiskinan tegar? Apa sebabnya? UMNOkah? atau anda seketurunan malas berusaha? Ruang dan peluang sentiasa kerajaan UMNO buka untuk anda melangkah berusaha demi kemajuan yang Halal, halal, halal. Yang harampun anda. Namun selaku muslim, anda bijak memilih samada mahu masuk disko atau masuk masjid. Jangan salahkan UMNO jika anak anda menjadi seorang kaki dadah atau kaki arak atau kaki betina. Salahkan diri anda sendiri. Jangan jijik dengan UMNO atau BN. Jijiklah dengan diri anda sendiri yang hanya tahu melahirkan zuriat, tapi tidak tahu memeliharanya kejalan yang diredai Allah SWT. Ada pula UMNO yang salah. Tak patut patut anda ni. Berfikir dan menghukumlah dengan waras. Untuk menjadi seorang penghukum yang adil, rajin-rajinlah menjengok AlQuran dan Hadith Nabi. Jika anda asyik melihat Gusti didalam TV, mana mungkin anda menjadi seorang menghukum yang bijaksana. Lebih lagi jika anda sendiri yang menjadi kaki botol atau kaki judi.
Saya tamatkan celoteh saya hari ini dengan pesanan. Jika anda membuat tuduhan kepada UMNO, kerana anda pencinta DAP atau PKR, saya pesan lihatlah diri anda dan parti yang anda cintai terlebih dulu. DAP dan PKR bukanlah sebuah parti yang boleh dijadikan tempat bergantung hidup perjuangan anda. Mereka adalah parti-parti yang oportunis yang hanya menumpukan kepada merebut kuasa dari bangsa anda saja. Kepada kaum CIna, ingat-ingatlah, bahawa jikapun menyokong DAP itu, pada sangka anda, sangat baik kepada keperibadian anda, namun menyokong parti itu jua akan menyebabkan perpaduan antara kaum di Malaysia akan menjadi hancur. Melayu akan tetap berpegang sokongannya kepada UMNO. Dan jika cina berpegang sokongannya kepada DAP, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang kucar kacir suatu ketika nanti. Penyokong MCA & Gerakan adalah langakh yang bijaksana bagi masyakarat cina Malaysia. Menyelesaikan permasalahan dalam kalangan masyarakat majmuk seperti malaysia ini, hanya UMNO dan BN yang berkebolehan. DAP dan PAS adalah dua parti yang sangat ekstrim sifatnya dan sanagat tidak layak menjuarai sebuah kesatuan berbilang kaum.
Pas tidak bersama didalam BNpun adalah dik kerana kebenciannya yang nyata kepada masyarakat yang asalnya mendatang itu. Sebagai sebuiah parti yang pragmatik sifatnya, hanya UMNOlah yang menjadi harapan kepada perpaduan dan kesatuan berbagai bangsa di Malaysia. Konsep ONEMALAYSIA yang digagaskan PM bukanlah sekadar omong kosong, bahkan PM tengah berusaha bagi memberikan kesedaran kepada rakyat seluruhnya, bahawa betapa payahnya ayahndanya Tun Razak, kehulu kehilir suatu ketika dulu, menyatukan masyarakat
yang berbilang kaum sifatnya ini. Yang yang paling mahal ialah ianya berjaya dan elok sekali.

3 ulasan:

Gedung Akal berkata...

Masalahnya dengan UMNO ialah:
1. Mereka tidak pernah rasa berdosa bila jatidiri bangsa Melayu semakin terhakis. Apa jatidiri Melayu- sila baca lanjut.
2. Mereka tidak pernah rasa bersalah bila rakan-rakan UMNO lainnya menjadi perasuah. Mereka tidak sedar yang mereka dipermainkan dan diperlecehkan oleh tokey cina.
3 Mereka tidak pernah sedar bahawa politik itu seru kebaikan dan cegah kemungkaran. Baik buat mungkar pun buat. Kalau tak tahu memang tidak sedar lah!

Bukan pro pembangkang sebenarnya tetapi sebagai ingatan bahawa UMNO perlu jadi pejuang bangsa yang sebnenar -bukan untuk kedudukan, mulut, kemaluan sahaja tetapi untuk bangsa dan agama!

bungaraya berkata...

Ramai kalangan kita mengatakan bukan Pro Pembangkang. Tetapi hakikatnya ramai juga yang menyerahkan undi kepada pembangkang. Contohnya pada PRU ke 12 yang lalu, yang mana hampir-hampir perjuangan melayu kita tersungkur sebelum perjuangan tercapai sepenuhnya.
Jika kita merasakan berlakunya beberapa kesilapan yang telah dibuat oleh kepimpinan parti UMNO, maka bersama-samalah kita memperbaikinya dari dalam parti. Bukanlah dengan cara memberikan kemenangan kepada DAP maupun PKR. Itu adalah jalan yang tersangat silap.
UMNO adalah sebuah parti yang tidak langsung bersalah dalam hal ini. Bahkan JASAnya kepada bangsa dan umat melayu islam ini sangat banyak sehingga sukar untuk dikira.
Mungkin pemimpinnya yang bersalah. Kita hanya singkirkan pemimpin yang membuat kesalahan itu. Bukan UMNO.
Saya tahu kesilapan yang dilakukan oleh UMNO dan saya yakin kesilapan yang dibuat oleh DSAI jauh lebih besar dari yang UMNO buat. Sama-samalah kita bersihkan kesalahan yang terjadi dari Dalam. Tidak ada cara dan kaedah dari luar selain dari hanya untuk menghapuskan parti yang berjasa itu.
Tergamak sungguh bangsaku menghancurkan UMNO yang dari usahanya, anda semua dapat membaca dan mengeja.

PAKCIK berkata...

MELAYU MUDAH LUPA DAN BUAT-BUAT LUPA..