SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 9 Julai 2009

kepadamu petronas, berikanlah jawapan setelusnya!!!

Pada beberapa hari yang lalu, Mantan PM kita, Tun Dr Mahathir menyuarakan dalam blog tersohor beliau satu persoalan yang sangat relevan dan menjadi hangat diperkatakan walau dalam masjid dan Surau, apatah lagi dalam kempen di Manek Urai. Apa yang dibelanjakan dengan duit Petronas sejumlah RM253.60 Billion semenjak 2003 hingga 2009 itu? Ketika beliau menjadi PM dulu yakni sejak 1981-2003 hanya sejumlah RM168.8 billion sahaja yang dikeluarkan dari Petronas untuk membantu membangunkan negara. Tetapi hanya dalam tempuh 2003 - 2009 ( lebih kurang 6 tahun sahaja ), kerajaan telah mengeluarkan sejumlah yang begitu banyak dari Petronas untuk membantu perbelanjaan negara. Sila tolong berikan penjelasan. Begitulah lebih kurang apa yang tersemat dari penulisan Tun Mahathir dalam blognya dua tiga hari yang lepas. Akhbar Harakah juga nampaknya seronok mengwar-warkan berita tersebut dalam muka depan akhbar itu pada keluran 6 - 9 hb Julai yang lalu.

Saya mencadangkan pihak Petronas dan kerajaan jangan berlengah lagi. Masa itu emas dan jika lambat berbagai spekulasi dari pihak pembangkang akan terduyun-duyun memasuki ruangan blog dan lain-lain media, memfitnah dengan berbagai-bagai andaian yang tak sedap kita dengar. Penjelasan Petronas harus jelas, lengkap, telus dan sekaligus menghentikan semua spekulasi yang bakal timbul. Saya yakin penuh bahawa semua jumlah RM253.60 billion itu digunakan untuk jalan yang lurus dan menepati kehendak peraturan kewangan negara. Janganlah merasa gusar dan menggeletar. Jika kita dipihak yang benar, tentunya kita memiliki semua data-data mengenai jumlah perincian perbelanjaan tersebut didalam simpanan kita. Apa yang perlu hanyalah memberikan penjelasan setelus mungkin kepada masyarakat umum. Gunakan semua media yang ada sebagai tempat bagi menjelaskan kedudukan sebenarnya.

Semoga selepas diberikan penjelasan yang terperinci itu kelak, semua mulut dan hati serta minda akan berpuas hati. Tun Mahathir juga akan nyanyak tidornya dengan dengkuran yang berlagu merdu. Maklum saja, usia serupa situa yang bongkok lima.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO...WA STUJU2!!!

Alizul berkata...

Sepatutnya soalan ditujukan kepada PM yang terlibat (Pak Lah). Yang memegang kuasa eksekutif pada masa itu adalah Pak Lah, dan Petronas tidak boleh buat apa-apa jika beliau hendak mengeluarkan sebanyak mana dana pun. Jadi adilkah jika kita letakkan tanggungjawab hanya pada Petronas?

Saya sebagai rakyat juga ingin tahu apa yang Pak Lah buat dengan dana sebesar itu.