Begitulah nampak gayanya Nik Aziz Nik Mat. Yang utama bagi beliau ialah merapatkan barisan kepembangkangannya kepada UMNO dan BN. Justeru itu bersepadu dengan DSAI dan LIM KIT Siang punya parti adalah merupakan satu strategi beliau yang paling utama. Tidak sekali-kali akan dicabuli olehnya. Meskipun sekali sekala tindakan kedua parti tersebut sangat bertentangan dengan syiar dan syariat islam yang beliau perjuangkan melalui partinya PAS. Namun kerana takut kekurangan sokongan PKR dan DAP ( Cina dan India ) beliau tetap gah bersama seia dan sekata dengan DSAI dan Karpal Singh maupun Lim Kit Siang. Bukankah ini namanya pencabulan terhadap perjuangan suci islam dan bangsa yang kerap dibanggakan oleh penulis blog pro-PAS dan PKR????????
Nik Aziz kamu telah bertindak bertentangan dengan hasrat nurani dan inti pati perjuangan kamu ( anda ). Beliau sebenarnya telah jauh terpesong dalam usaha untuk mempertahankan kuasa dan harta. Jelas sekali beliau seperti mereka yang sembahyang lima waktu sehari dan puasa sebulan penuh tetapi masih juga suka berzina dan melakukan perbuatan mungkar. Apa ertinya ilmu agama yang ada didada? jika perbuatan dan tindakan seumpama syaitan????
Saya kasihan bila melihat anak murid murshid tersebut. Asyik saban hari memuja Nik Aziz, sedang Nik Aziz telah banyak memesongkan dirinya demi kuasa tanpa menghiraukan orang dibelakangnya menyokong beliau bagai nak rak.
Usia beliau kubur kata mari...masa ini bukan tinkah laku seperti sekarang yang harus beliau permainkan, tetapi semakin mendekati illahi dan semakin mengeluarkan kata-kata suci dan Allah akan menyukai nukilan kata dan hati beliau itu. Amin.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan