Bolehlah dikatakan pusingan kekacauan yang berlaku dalam UMNO tahun 2008 dan awal tahun 2009 telah reda sepenuhnya dengan usaha dan kecekalan Presiden parti ketika ini ( YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ) memulih dan mengembalikan legasi parti tercinta itu. Begitu juga dengan kacau bilau didalam parti kedua terbesar ( MCA ). Harapan kita pemilihan Ms Chua Sui Lek adalah pemilihan yang jujur dan ikhlas dari para perwakilan dalam persidangan MCA yang agung itu. Jangan sesekali terdapat makna dan maksud serta motif yang tersembunyi disebalik permilihan Presiden baru MCA itu. ..."Nak melemahkan pentedbiran sesbuah organisasi sangat senang, yakni pilih saja seorag separuh tiang sebagai Pengerusinya. Nescaya perjalanan sesebuah organisasi itu akan menjadi tak tentu keruan"...Sama-samalah kita berharap Chua Sui Lek akan berhasil menjadikan MCA sebuah parti yang benar-benar mewakili kaum cina dan parti komponen BN / Kerajaan Malaysia yang memerintah.
Kini MIC pula yang tidak menentu langkah dan perjalanannya. Begitu ramai anak-anak buahnya yang mahu Presiden Parti mengundur diri segera. Walaupun Tua n Sammy Vellu berkali-kali menjelaskan beliau akan mengundur diri pada tarikh yang telah ditetapkan ( tentunya sebelum PRU ke 13 akan dtg ), namun mereka yang muda-muda ini, juga setengahnya yang tua-tua masih mahukan Samy Vellu berhenti segera. Entah mengapa..agaknya kaum India dah boring dengan beliau. Kata Tun Mahathir...jika dah nampak orang tak suka kita...mengundur dirilah segera. Namun Samy berdegil untuk berhenti pada tarikh yang beliau rasa sesuai. APAPUN KEPUTUSAN KAUM INDIA, JANGAN SAMPAI MIC TERKORBAN DAN AKHIRNYA MEMBERI IMPAK BESAR DAN SANGAT NEGATIF KEPADSA BARISAN NASIONAL!!!!
Sekarang ini sudah genap ketiga-tiga parti dalam komponen parti perikatan itu sudah mengalami krisis yang maha hebat dan sangat besar. Harapan rakyat Malaysia cukup-cukuplah tu. Jangan berulang lagi dan hendaknya berhenti setakat ini sahaja. BURUK PADAHNYA NANTI.!!!!!
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan