Datuk Dr Jeffrey Kitingan meletakkan jawatan selaku Naib Presiden PKR. Akibat perletakan jawatan itu, jelasnya 27 cawangan PKR dinegeri tersebut ikut serta sehari kemudian, dengan alasan mahukan Lawyer terkenal Ansari Abdullah ( Calun PKR yang gugur jambatan dua kali di Batu Sapi tu ) mengambil alih jawatan Ketua PKR negeri.
Aku nampak-nampaklah..dua tiga minggu lagi PKR Sabah tinggal hanya sebuah peristiwa duka anak negeri. Mereka sedar janji yang ditabur dari seberang selama ini adalah janji palsu yang tak mungkin menjadi nyata. Hanya omong dusta untuk memancing undi bagi membantu pencapaian cita-cita peribadi Ketua Umumnya, Datuk Seri Nuar Brahim ingin menjadi Perdana Menteri.
Kenapa kita selaku anak jati negeri Sabah ini semudah itu termakan janji?
Bukankah telah terbukti negeri kita maju dan jaya hasil kerja kuat pemimpin kerajaan negeri dan dengan dokongan dan sokongan Kerajaan Persekutuan?
Masih dangkalkah kita dalam memilih antara BN dan PR?...
Nasihat pada pemimpin PKR Negeri...
Janganlah semudah itu menyerahdiri...
Berbincanglah dengan Datuk Joseph Pairin dan Datuk Seri Ketua Menteri.....
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan