SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 13 Ogos 2009

LINTANG PUKANG JADINYA.

CUBA RENUNG DAN NYATAKAN KOMEN ANDA SEIKHLAS-IKHLASNYA.

1...DATUK NIK AZIZ, ULAMAK PAS ITU SUDAH NYANYOK DENGAN KOMENNYA YANG MERESTUI KRITIKAN DUA PEMIMPIN DAP MENGENAI ISLAM BARU-BARU INI.

2...ANWAR IBRAHIM NAK MENYAMAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN KERANA MENGATAKAN BELIAU SEORANG PENGKHIANAT BANGSA.

3...PAK HADI AWANG MENARIK BALIK SARANANNYA UNTUK MENGADAKAN PERPADUAN DENGAN UMNO.

KOMEN SAYA: Sejak kebelakangan ini, Datuk Nik Aziz, dalam banyak ucapannya tidak langsung bersandarkan objektif perjuangan islam yang selama ini menjadi tunjang perjuangan PAS. Apabila DAP melakukan kritikan dan tindakan yang tidak selari dengan objektif perjuangan PAS, Datuk Nik Aziz ternyata sekali melalui komen-komennya merestui kritikan dan tindakan DAP tersebut. Anwar Ibrahim juga seperti telah lupa akan perilakunya selama ini yang berusaha untuk memecahkan umat islam di Malaysia. Tindakan Anwar Ibrahim kerap menuju kearah menghancurkan perjuangan melayu. Tetapi apabila Tan Sri Muhyiddin mengatakannya secara terbuka, Anwar Ibrahim melenting dan cuba pula untuk menyaman Tan Sri Muhyiddin. Percakaran diantara pemimpin-pemimpin besar melayu ini, telah menyebabkan suasana politik negara menjadi kucar kacir dan menuju kearah kehancuran.
Pemimpin Cina dan India tersenyum sinis melihat kita bercakaran.
Pemimpin Kadazan dan Iban geram melihat betapa bodohnya pemimpin melayu dalam permainan politik dewasa ini.
Semua ini berlaku kerana Anwar dilepaskan dari Penjara dan Anwar telah menggunakan pengaruhnya untuk memporak perandakan kesatuan bangsa yang selama ini kukuh bertaut.
Padahal itu adalah satu kenyataan.

Rabu, 12 Ogos 2009

APA SUDAH JADI?????

Teoh jatuh dari bangunan tinggi!!!!!
Yang lebih terkini, DSAI nak saman Tan Sri Muhyiddin!!!!.
Dua pemimpin muda DAP mempertikaikan Islam, agama resmi negara!!!.
Datuk Nik Aziz senyap dan sunyi!!!!!!.
Dan beliau seronok jika bercakaran sesama melayu.
Dulu, Karpal Singh nak saman Sultan Perak!!!!!.
Kalau Datuk Ismail bercakap nada sama...beliau digantung dari UMNO.
Nizar lagilah tak sedar diri!
Pak Hadi Awang berdiam diri juga satu persoalan.
Orang melayu sudah mula beraksi seperti kera dijalanan.
Merosak segala apa benda yang dijumpa.
Menurut sesuatu yang tak perlu.
Konon atas nama demokrasi.
Padahal "demo nak krusi"
Cuba teka siapa punya angkara?
Tentu manusia yang terlepas dari penjara.

Selasa, 11 Ogos 2009

SEDIH HATIKU WARISAN ANDA LUPA KEPADA JANJI!

Aku perjelaskan disini tidak semua drp anda dan waris-waris anda lupa kepada janji yang telah termetri ketika hendak mencapai kemerdekaan dulu ( sekitar awal dan pertengahan 50an ).
Janji ini telah dipersetujui oleh datuk/moyang hangpa semua iaitu Tan Sanbantan dan Tan Chen Lock.
Dan kini perjanjian tersebut dinamakan "Kontrak Sosial".

Anda kena ingat jika janji tersebut disiat-hancur, maka yang akan berlaku suatu ketika, huru hara dan pertumpahan darah yang maha dashyat dimuka bumi TANAH MELAYU INI. Kemungkinan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 kelak akan berlaku suasana tersebut dan mudah-mudahan telahan ini tidak menjadi kenyataan. Ya allah, tolonglah selamatkan bumi melayu yang bertuah ini. Kemenangan Pakatan Rakyat, sekaligus membawa bersama-sama PAS sebagai rakan seperjuangan mereka. Namun sangat menyedihkan perpecahan sokongan melayu menyebabkan PAS hanya menjadi parti kecil dalam Pakatan tersebut, yang kononnya memerintah negara ini. Maka bermulalah UMNO sebagai sebuah parti pembangkang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Saya cakap terang, melayu ni, kalau kaum lain tak buat karenah, sangat senang dibawa berunding. Hasilnya, kita akan dapat mempertahankan kestabilan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dalam negara. Tapi melayu tidak akan dapat menerima, jika kalah dalam perjuangan. Saya cakap terang dan jelas....melayu akan bangkit dari tidur yang lena dengan semangat membara akan membuat seribu kali karenah yang sangat tragis, melebihi karenah2 yang dilakukan DAP ketika ini. Melayu tidak akan dapat menerima kenyataan akan kekalahan yang dialaminya. Jika DSAI dan Nik Aziz pun sekali yang duduk disinggahsana kepimpinan utama negara pada ketika itu, ia tidak akan menjadi ukuran dan tidak akan memberhentikan kemaraan melayu. 50 tahun lebih sedikit bukanlah masa yang cukup untuk memberikan hak pemerintahan kepada parti lain, yang langsung tidak terlibat dalam memerdekakan negara.

Apakah anda semua fikir, PAS akan mengikut telunjuk dan memekak telinga serta membutakan mata kepada perlakuan sumbang anda selama ini. Apakah anda rasa PAS bodoh sehingga boleh diperkotak-katikkan seperti sekarang?. Sewenangnya DAP dan PKR memperbodohkan PAS dalam pemerintahan mereka di Pulau Pinang dan Selangor. Jika itu gambaran kepada pemerintahan PR di Malaysia ini, nampaknya seharusnya hendaklah ada persiapan daripada kamu' menunggu hentakan parang melayu yang tajam bagai sembilu.

Saya suka mengingatkan sekali lagi bahawa kini UMNO cuba sedaya upayanya untuk memperbaiki diri dan untuk memerintah negara ini sebaik mungkin, secara yang anda semua kehendaki. Namun nampaknya jelas, anda masih tidak puas hati dengan menyokong berterusan parti DAP dan PKR. Anda semua jelas sekali melalui jalan yang silap dan mengundang suasana huru hara dan kacau bilau. Tidak mengapa. Serahkan kepada generasi muda memperbaikinya. Mereka sebenarnya mempunyai saham dalam perpecahan antara kaum-kaum di Malaysia ini. Semua ini adalah hasil ikut rasa yang kurang rasional dan bijaksana. Ayuh, jom kita bertumpah darah. Tidak mengapa aku mati terlentang. Asal puas dalam perjuangan mempertahankan bangsa dan agamaku serta tanah airku, Tanah melayu tercinta ini. Apakah anda rasa manusia di Malaysia ini sama semuanya seperti anda?. Boleh membising dan menyuarakan semua perkara tanpa sekatan. Mempertikaikan Sultan Melayu dan Hak istimewa Bumiputera termasuk sekali melayu, iban, kadazan, murut, jakun dan sakai? Masih terdapat terlalu ramai jumlahnya melayu yang sangat sayang kepada bangsanya. Sangat sayang kepada partinya. Sangat sayang kepada agamanya. Sangat sayang kepada ketuanya. Sangat sayang kepada Tanah Airnya. Masih ramai orang melayu yang sangat membenci perjuangan DAP yang menolak mentah-mentah perkara 153 dalam Perlembangaan Negara. Yang menolak mentah-mentah islam sebagai agama resmi negara. Menolak dan mempersenda secara terbuka Raja-Raja melayu kita. Tapi kini melayu tersebut masih diam membisu. Apakah jika UMNO kalah dalam pru ke 13 kelak, melayu sedemikian akan masih berdiam diri? Atau masa itulah mereka akan memulakan agenda untuk mengambil semula negara ini, samada halus maupun dengan secara kasar.

Ingatlah kaum cina dan India. Ukurlah baju dibadan sendiri. Ramai kaum anda berada dalam MIC, PPP, GERAKAN, MCA dalan lain-lain parti dalam komponen BN. Mereka berada dalam parti tersebut bukan mengambarkan mereka bacul. Bukannya bodoh. Bukannya mereka penakut. Dan tentulah bukannya mereka petualang kaum cina dan India. Malah mereka sedar rukun damai dan bekerjasama dalam 1MALAYSIA adalah cara atau kaedah yang paling sesuai dalam politik Malaysia. Kaedah cari gaduh seperti dalam pakatan rakyat sangat dibenci dan menuju kearah huru hara negara. Kaedah PR ini harus dinyahkan dari muka bumi Malaysia kerana tidak membantu kearah perdamaian kaum yang berbagai-bagai didalamnya. Malah boleh mencetuskan pergaduhan besar jika kurang pemantauan Tan Sri Musa Hassan dan kakitangannya di PDRMnya.

Ini adalah amaran yang pertama. Sebelum ini belum ada penulisan yang memberikan amaran seperti ini. Cubalah masing-masing anda ( cina dan India ) bermuhasabah diri. Saya hairan, macamana anda boleh bertindak kasar dalam negara yang asalnya bukan keturunan anda yang punya?????Ikut hidup secara rukun dan damai dalam Malaysia inipun dah cukup baik. Bangsa Melayu dan bumiputera melayan anda seperti menantang minyak yang penuh. Dan sekarang diberikan betis, anda nak peha. Bersusah payah Tok najib mengujudkan konsep 1MALAYSIA. Tahu kenapa?. Kerana nak pujuk anda berbaik semula didalam BN. Tapi sebaliknya dengan sewenangnya anda menolak. Berbagai karenah anda lakukan. Diselangor, terdapat diantara anda menggunakan kongsi gelap dan samseng untuk tunjuk lagak dalam kepimpinan.

Kenapa? Apakah anda fikir anda warga dunia? Cubalah tinggal di Israel dan berperangai macam di Malaysia. Cuba menetap di Argentina dan bertindak seperti samseng disana! Cuba ke Mesir dan pertikaikan pemerintahnya secara terbuka. Apakah anda akan diterima seadanya? Atau kalau berani tinggal menetap di Papua New Guinea dan bertindak seperti anda bertindak di Malaysia. Dimalaysia ini, duduk dibawah pemimpin melayu, anda hidup rukun dan selesa. Boleh membising sesuka dan boleh menjadi kaya raya tanpa ada rasa iri hati yang bisa dari kaum asal negara. Kita senang dengan datuk Lee Chong Wee, Pemain Badminton no. 1 dunia. Kita kagum dengan Presiden MCA dan Presiden MIC yang tetap dengan prinsip perjuangan yang mulianya.

Tapi hingga kematipun kita tidak suka dengan Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew yang sangat ekstrim sifatnya itu. Melayu sebenarnya manusia yang diturunkan allah kemuka bumi ini menjadi manusia yang baik dan terpilih. Diam, lembut, berbudi pekerti mulia, tetapi akan bangkit dan membunuh kepada semua kawan dan rakan yang bertindak biadab dan jahat. Dengan kebaikan itulah, maka anda dapat menjadi warganegara Malaysia. Jika melayu itu Israel, maka akibatnya anda semua akan dihantar balik ke India dan kenegara China suatu ketika dulu lagi.

Sebenarnya anda nak apa? Nak menjadi orang nombor 1 negarakah?
Bukannya itu hanya "mimpi" yang tidak akan menjadi nyata.


Tahutak apa yang paling saya marah ketika ini?
Orang melayu yang tak tahu sedar diri.
Mereka ini ramai dalam PKR dan PAS.
Sampai kini masih juga tidak memahami peribahasanya sendiri..."menang sorak kampung tergadai"....

Isnin, 10 Ogos 2009

BALIK CERITA ASAL, KENAPA MARAH KEPADA BN?

Sekarang ni kita balik semula kepada cerita asal, kenapa ramai generasi Belia / muda mudi marah kepada BN sehingga parti komponen tersebut gagal untuk meraih 2/3 kerusi di Parlimen seperti selalunya dalam pilihanraya-pilihanraya sebelumnya? Dalam Pilihanraya ke 12 lalu BN hanya mampu mengekalkan kira-kira sejumlah 140 kerusi di Parlimen, manakala Pakatan Pembangkang yang terdiri dari tiga parti besar iaitu PAS, PKR dan DAP memperolehi sejumlah kira-kira 80 kerusi. Seluruh negara bermuram durja dan "terperanjat-kera" akibat dari hasil pilihanraya ke 12 tersebut. Hanya gulungan Pembangkang yang ceria dan bergembira sakan kerana dapat mencipta rekod keberhasilan keputusan dalam PRU ke 12 tersebut semenjak merdeka. Terperanjat Kera ini bukan sahaja berlaku dikalangan Pemimpin BN dan ahli serta penyokong tegarnya, malah termasuk juga gulungan generasi Y ( belia ) yang kononnya mengundi Parti Pembangkang hanya sebagai amaran kepada kerajaan BN yang mereka anggap telah banyak melakukan kesilapan sepanjang pemerintahan negera selama ini.
Dari renungan mata jernih kita, antara alasan besar kenapa gen. Y tidak mengundi BN dalam pru ke 12 yang lalu ialah kerana PEMIMPIN-PEMIMPIN BN TELAH BERTINDAK TERPESONG JAUH DARI AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB SEBENAR SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN. Banyak suara-suara lantang mempertikaikan keikhlasan dalam kepimpinan negara, Sikap nepotisma yang berleluasa, Sikap kronisma yang hanya mementingkan kawan dan rakan seperjuangan yang hampir dengan mereka, Perbuatan Rasuah yang bermaharaja-lela, Penyelewengan Peruntukkan kerajaan, Sombong bodoh, angkuh dan selalu bertindak tidak mementingkan keadilan sebaliknya rakus mengumpul harta dunia semata-mata. Matlamat amanah yang diturunkan melalui undi pilihanraya oleh rakyat jelata tidak dilaksana seperti mana sepatutnya. Sebaliknya kuasa diperolehi untuk kepentingan peribadi dan kroni. Gulungan muda-mudi sangat marah dan benci kepada semua sikap serta perangai pemimpin-pemimpin BN yang lupa diri dan lupa tugas serta amanah sebenar. Yang sangat mereka benci dan jijik ialah tentang perangai sesetengah pemimpin yang sombong, bongkak, mengada-ada, menunjuk-nunjuk kuasa dan harta serta wanita.
Gulungan muda-mudi sebenarnya menyedari sepenuhnya bahawa dibawah kerajaan BN, negara Malaysia mampu dibangunkan dan dimajukan dengan jayanya. Gulungan muda-mudi juga sedar bahawa selama ini pembangunan negara adalah hasil jerih payah kalangan pemimpin negara. Mereka tahu akan kehebatan Tun Dr Mahathir Mohamaed, Datuk Seri Najib Tun razak, Tun Razak Datuk Hussien, Tun Hussein Onn, Jasa Tengku Abdul Rahman, Tun Sanbanthan, Tan Chin Lock dan yang lain-lain lagi itu. Gulungan muda-mudi juga tahu tentang keperluannya I.S.A di Malaysia. Mereka akur akan kepentingan SPR atau kini ditukar nama kepada SPRM. Usaha berterusan kepimpinan negara kepada pembangunan pendidikan rakyat juga dipuji oleh gulungan muda. Tapi itu lah, yang menjadi kemarahan mereka ialah kegagalan menunjukkan budi pekerti mulia dikalangan pemimpin negara. Mereka bersikap sombong dan tak sedar diri.
Kita juga yakin sepenuhnya bahawa gulungan muda-mudi ini juga tidak suka dengan tabiat ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang menunjuk-nunjuk dan bersikap riak dewasa ini. Baru sekadar setahunh jagung menjadi pemerintah negeri, pemimpin pembangkang telah mula mengamalkan rasuah sehingga menggelapkan banyak wang peruntukkan seperti yang berlaku di Selangor. Bukan sakadar itu, malah juga menggunakan khidmat "samseng: dan :kongsi gelap" seperti dalam drama-drma Honh Kong di kaca TV2. Saya yakin gulungan muda mudi juga jijik dengan tabiat "free-sex" oleh YB Elizabeth di Selangor. Saya yakin perbuatan melahirkan anak luar nikah oleh seorang ADUN PR di Kedah juga tidak digemari gulungan muda mudi.
Sekarang ini dibawah teraju kepimpinan Perdana Menteri baru, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, banyak perubahan sikap dikalangan pemimpin BN telah berlaku. Jika dulu pemimpin tidak gemar turun ke akar umbi, kini keadaan sebaliknya telah mula berlaku. Ramai Wakil-Wakil Rakyat dan ADUN telah mula turun kebawah dan mula menjengok rakyat dibawah seliaan mereka. Berbagai-bagai program mesra rakyat dan menyelami permasalahan rakyat telah mula berjalan diseluruh negara. Dan gulungan muda-mudi telah mula "sejuk hati" semula dengan perubahan sikap dan perangai pemimpin BN, khasnya pemimpin melayu islam dalam BN. Demikian juga dengan perbuatan rasuah yang lantang ditujukan kepada pemimpin BN suatu ketika dulu, kini telah reda 100% dan sebaliknya yang kerap dituduh melakukan perbuatan keji rasuah itu ialah kalangan pemimpin pembangkang di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Kali ini jika berlaku tuduhan Rasuah kepada mana-mana pemimpin BN, saya suka mencadangkan agar pemimpin berkenaan dikenakan tindakan serta merta tanpa perlu dibicarakan langsung. Sumbat terus dalam penjara/api neraka jahanam!!!!!Kerana satu dua orang seperti itulah negara porak peranda. Gulungan muda-mudi tidak sekali-kali boleh dipersalahkan. Mereka inginkan pemimpin BN bertindak jujur dan ikhlas dalam perjuangan. Mereka juga tahu bahawa menjadi pengurus dan pentadbir negara Malaysia yang dihuni oleh berbagai kaum dan anutan agama ini, bukannya sesenang makan bubur cendol di Pasar Seremban atau berkuahkan budu di Gerai Kopi dalam Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu kelantan.
Gulungan muda-mudi sangat menyedari bahawa jika sikap dan perangai pemimpin BN itu jujur dan ikhlas dalam kepimpinan mereka, adalah merupakan satu kesilapan yang maha besar menukar-ganti kerajaan BN dengan sebuah kerajaan yang tidak diketahui akan kemampuannya mentadbir sebuah negara. Pakatan Rakyat yang terdiri dari tiga buah parti itu sangat tuhur ilmunya dalam pentadbiran negara berbanding BN yang telah sekian lama berpengalaman. BN telah memerintah negara kita sejak merdeka lagi. Ada manasabahnya kenapa Tun Mahathir mengatakan PR tidak pandai mentadbir negara jika menjadi pemerintah. Sudah tentu ilmu mengenai pengurusan & pentadbiran negara ini seperti kacang sahaja kepada BN. Tidak seperti PR yang hanya ujud setahun jagung dan belum pernah sekalipun memimpin negara ini.
Dibawah kerajaan BN, semua kaum dilayan sama rendah dan sama tingginya. Tidak ada yang akan ketinggalan. Jika kenyataan ini, anda kata dusta, maka anda sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata. Kerana ternyata kerajaan BN bertindak bagai dikata. YAB Datuk Seri Najib dengan jujur dan ikhlas melayan semua keperluan berbagai kaum di Malaysia, terutama kaum cina, India dan melayu. Cuma mungkin kepada mereka yang bersikap ekstrim bangsa dan agama tidak dapat bertoleransi. Namun jika rakyat mengamalkan sikap toleransi, suasana sekarang dan masa lalu di malaysia, adalah suasana yang paling harmoni dalam muka bumi ini.
Secara logiknya, memanglah tidak akan semua dapat segalanya, tetapi yang mustahak semua akan memperolehi seadanya mengikut keperluan dan kepentingan utama setiap kaum yang ada.
Tidak adillah namanya jika semua yang diminta oleh bangsa melayu umpamanya mendapat layanan berlebihan, manakala kaum Kadazan atau India tidak mendapat apa yang dipinta. Itulah konsep sepakat dalam kerajaan BN. Dari semula, semenjak merdeka, konsep ini tidak pernah dilupakan. Berterusan sehingga waktu dan ketika ini. Dari zaman Tengku hingga ke zaman Datuk Seri Najib. Sedang dalam masa yang sama Pakatan Rakyat juga mencuba konsep yang sama. tetapi kerana terlalu mentah, ianya tidak kemas dan sangat rojak sifatnya. Kekadang Pakatan Rakyat nampak berlebih-lebih membantu kaum cina dan India melebihi bangsa melayu sehingga agama islam tidak mendapat layanan sempurna dalam pakatan Rakyat. Padalah dalam pakatan tersebut, terdapat sebuah parti yang mendakwa ianya memperjuangan syariat islam dan menuduh UMNO itu kafir dan barua.
Anak-anak muda mudi kini telah tahu sepenuhnya siasah / politik PAS. Bukan sangat berjuang untuk agama islam, tetapi untuk kerusi Parlimen dan dewan Undangan negeri. Pemimpin Pas telah diketahui menggunakan alasan agama untuk menghalalkan banyak perbuatan haram dalam pentadbiran mereka. Tidak payah saya jelaskan lagi. Tuan-puan pun dah sedia maklum akan hal itu. Anda fikirlah sendiri, apakah PAS boleh diharap menjadi pejuang agama, jikapun mereka ditadkdirkan memerintah negara bersama PKR dan DAP suatu ketika nanti. Sehingga setakt ini apakah yang telah dibuat oleh DAP diPulau Pinang, PAS di Kedah dan Kelantan dan PKR di Selangor????Melainkan hanya meneruskan agenda kepimpinan BN sebelum pru ke12 lalu. Sebaliknya sebahagian janji pilihanraya ke 12 masih belum terpenuhi/dikota oleh mereka. Masalah di Kg Pala, Pulau Pinang, jika BN yang menyelesaikannya tentulah mudah seperti makan kacang. Namun ia sukar diurus tadbir dengan baik oleh DAP kerana mereka masih mentah sebenarnya dalam mengendalikan permasalahan rakyat seperti itu. Bila pembangkang bercakap mengenai politik pun, suara dan tindakan yang lahir dari diri mereka semuanya kasar dan diplomasi dan langsung tidak mencerminkan kematangan politikawan imej dunia antarabangsa. Demikianlah juga mereka mentadbir negeri dibawah pemerintahan mereka. Kasar, rakus dan sibuk mencari kesempatan mengumpul harta sementara berkuasa. Takut nanti dalam pru ke 13 kuasa kembali semula ke tangan BN.
Kita sepatutnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi muda, kerana amaran yang diberikan kepada bapak-bapak pemimpin negara. Nampak jelas amaran yang diberi sampai hingga kedalam minda mereka. Dan kini telah mula bertindak mengatasi semua kesilapan yang pernah ada. Mudah-mudahan akan berterusan kesedaran itu. Dan tidak hanya sekadar nak menang 2/3 dalam pilihanraya umum ke13, tetapi untuk selamanya. Pemimpin mesti jujur, ikhlas dan tidak mudah lupa akan amanah yang disandarkan kebahu mereka oleh rakyat jelata.
Bantulah PM kita menuju kearah jaya. 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. MEMIMPIN PENDAPAT RAKYAT, JANGAN IKUT TELUNJUK SAMSENG DAN KONGSI GELAP SEPERTI DIHONGKONG SUATU KETIKA. Amin....

Isnin, 3 Ogos 2009

SELEPAS 13HB MEI, MELAYU SEKALI LAGI TERCABAR HEBAT!!!

Anda mungkin berkata jika PR memerintahpun, Melayu akan tetap duduk dikerusi utama pemerintahan negara.
Di Perak, MB sebelum Dr Zambry juga seorang melayu.
Namanya Nizar.
Tapi sebenarnya beliau hanyalah seorang boneka.
MUNGKIN...PRU ke 13 BN akan menghadapi kekalahan,
dan PR akan menjadi kerajaan pemerintah dalam negara ini.
Secara logik, dah tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi PM.
Dan dari Perlis hingga ke Sabah, jawatan utama samada dalam jawatan awam, GLC dan sebagainya akan berubah secara drastik.
Jawatan TPM bukan lagi dipegang oleh seorang melayu.
Mungkin cina, atau India atau Dusun atau Iban.
Jika tengok janji Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan ada dua TPM.
Satu Iban dan satu Kadazan.
Bagaimana dari kaum Cina atau India?
Namun yang pasti, melayu akan kehilangan kerusi tersebut.
Tidak hairan jikalau kerusi Pengerusi Petronas juga bukan lagi seorang melayu.
Kerusi Menteri Kewangan tentu sekali menjadi idaman pimpinan Cina dari DAP.
Pendekata mana-mana jawatan strategi yang kini disandang oleh seorang berbangsa melayu,
akan berpindah tangan kepada kaum lain.
SECARA DRASTIK!!!!
Semua senario ini memberikan gambaran tentang keruntuhan gagasan perjuangan melayu.
Yang puncanya tentulah angkara persengkitaan sesama melayu sendiri.
Sudah tentu kaum Cina, India dan lain-lain kaum tidak bersalah dalam hal ini.
Yang bersalah....Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin, Gulungan cendiakawan melayu seperti Dr Abu, Pak Hadi Awang, Tok Guru Nik Aziz, Datuk Idris Jusoh, Tan Sri Khalid Ibrahim, Nizar dan lain-lain lagi.
Sehingga waktu ini penyatuan bangsa melayu didalam sebuah perjuangan yang sama masih gagal secara total.
Melayu asyik bercakaran sesama sendiri, dan dah tentu Allah SWT amat murka dengan sikap seperti ini. Tidak hairan jika kekalahan nanti adalah satu amaran dari Allah SWT.
Ada diantara mereka hanya memiliki rasa puas dihati sahaja.
Ertinya "menang sorak, kampung tergadai"...
Selepas seminggu kemenangan PR, semua akan menyesal didalam hati.
Nak diluahkan, rasa malu yang amat sangat.
Sedang kaum lain berpesta sakan dengan kemenangan menundukkan BN.
Katakan dalam kemenangan tersebut, PAS memperolehi kerusi parlimen, hanya sebanyak 37 kerusi sahaja.
mampukah PAS memperjuangkan agenda melayu dan islam?

Ahad, 2 Ogos 2009

SEKALI LAGI PAKARAN RAKYAT MENGGUNAKAN KAEDAH RADIKAL UNTUK MENCAPAI MATLAMAT POLITIK MEREKA!!!!

Tuan-Tuan dan Puan-Puan (tak kisahlah anda bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri atau seorang rakyat merhain biasa di Universiti atau Pondok-Pondok pengajian agama ).
Sekali lagi nampaknya pihak pembangkang menggunakan kaedah yang radikal untuk mencapai matlamat politik mereka.
Mengadakan demokstrasi jalanan sehingga menganggu aktiviti hairan orang awam bukanlah budaya negara ini, melainkan hanyalah budaya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang. DSAI baaaaaaanyak meninggalkan kesan sampingan yang sangat buruk, hasil usahanya menyeru rakyat jelata ikut serta dalam domenstrasi tajaanya.
Saya kira kita mesti menghalang pendekatan politik yang seperti ini, bukannya sebaliknya memberikan kebenaran, jika sekiranyapun ia dilakukan dalam stadium yang tertutup.
Pada masa depan, dikhuatiri demonstrasi seperti baru-baru ini akan mendatangkan kesan buruk kepada pembangunan agama, bangsa dan negara secara keseluruhan.
Pada hemat saya, masih banyak saluran yang beretika mulia yang ada dalam negara, dan boleh digunakan oleh sesiapapun warga negara yang merasa tidak puas hati dakan pentadbiran dan pengurusan negara.
Memorandum umpamanya. Atau boleh juga melalui Parlimen dengan mengadakan ucapan bantahan secara aman. Dengan meluahkan maksud beserta dengan bukti dan fakta serta penghuraian yang munasabah.
Pada 1974 dulu, ketika beliau masih bergelar mahasiswa, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengejutkan negara dengan demokstrasi Baling. Sejarah akhirnya telah berkata bahawa semua tindakan demonstrasi Baling itu hanyalah mainan Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja.
Usaha peribadinya dengan bantuan rakan-rakannya yang ingin popular dan diterima rakyat.
Konon berbakti dan berjuang untuk rakyat tertindas. Padahal semua itu adalah rekaan semata dan sejarah menunjukkan tidak adapun Orang Baling yang mati kebuluran seperti yang Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa.
Beberapa hari lepas, sekali lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan taring berbisa bilamana mengatur dengan licin satu demonstrasi jalanan berusaha untuk memansuhkan I.S.A...
SEDANGKAN DATUK SERI NAJIB TUN ABD RAZAK TELAH BERJANJI AKAN
MEMINDA BEBERAPA PASAL DALAM I.S.A YANG DIFIKIR LAYAK UNTUK DIPINDA.
TUN MAHATHIR JUGA MENYATAKAN KEPERLUAN UNTUK MEMINDA BEBERAPA DASAR YANG TIDAK SESUAI LAGI DENGAN MASA SEKARANG.
Belum cukupkah janji Datuk Seri Najib itu?
Apakah yang menyebabkan janji Datuk Seri Najib itu tak cukup?
Apakah pendekatan mesra seperti menghantar memorandum sudah tidak lagi sesuai?
Apakah mengutarakan I.S.A ini di parlimen tidak lagi relevan?
Sehingga kita terpaksa beratur dan membuat huru hara dijalanan?
Apakah pendekatan serupa ini sesuai dengan adat bangsa kita?
Kenapa kita kemaruk sangat sehingga bertempik sorak tidak keruan diatas jalanan dan awam?
Mana tata susila bangsa?
Aku sebenarnya malu melihat kaum bangsa ku seolah bertelanjang bulat,
seperti besok hari nak kiamat lagaknya.
Ditambah pilu bila melihat kaum muslimah melayu iku serta
dalam rusuhan tersebut.
Sedang kaum Cina dan India membisu tidak menyertainya.
Mereka hanya ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan bangsa ku
diperkotak-katikkan tanpa segan silu.
Ingatlah sdr...negara inilah sahaja milik kita dan didunia ini lagi tarak.
Mereka hanya menunggu saat dan ketika,
Bila kita lali dan alpa...
Masa itulah semuanya tidak lagi berguna
kepada bangsa yang bergelar melayu.
Oleh itu berhati-hatilah dalam
tindak dan kata!!!!!!!

ANJING, KALAU TAK DIMAKANNYA, NAMUN TETAP AKAN DICIUMNYA JUGA.

Ramai orang melayu menyebut-yebut ayat yang lebih kurang bunyinya macam tajuk diatas. Ayat yang berbunyi....."anjing, jikalau tak dimakannya, namun tetap akan diciumnya juga najis kita"...., sekarang ni telah menjadi peribahasa melayu dan telah menjadi ungkapan kata bagi memberikan gambaran tentang satu kebiasaan atau tabiat manusia yang sangat sukar untuk diubah jika telah menjadi satu kebiasaan. Umpama kebiasaan anjing ialah memakan tahi manusia. Oleh kerana perbuatan tersebut sudah menjadi lumrah atau kebiasaan pada anjing, maka jika terjumpa tahi pun, jika tak dimakannya, namun tahi tersebut tetap akan dihidunya atau diciumnya.
Kawan saya mengatakan beginilah kemaruknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada buntut lelaki. Perangai atau keinginan membuak-buak beliau kepada buntut seorang lelaki atau mungkin juga wanita telah sampai ke peringkat ketagihan, sehingga dalam akan keadaan sekalipun, beliau akan stress jika tidak dapat membenamkan kemaluannya kedalam buntut seorang lelaki atau wanita manusia. Setakat ini belum didengar samada melalui radio, TV maupun persurat khabaran, DSAI ketagih dengan buntut binatang seperti kerbau, lembu ataupun kera. Pda peringkat awal dulu saya juga kurang percaya dengan tuduhan meliwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi bila mendengar ianya adalah suatu perbuatan normal kepada sesetengah orang kita dewasa ini, dan perbuatan tersebut juga kerap berlaku dikalangan pelajar Menengah dan Universiti di malaysia ini, keraguan saya tentang tuduhan yang dikenakan keatas DSAI iatu menjadi hilang perlahan demi perlahan. Kini saya bertambah yakin bahawasanya DSAi telah benar-benar melakukan perbuatan tersebut. Saya juga mendengar bahawasanya cerita mengani ketagihan meliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sampai kepengetahuan isterinya Datin Azizah dan kerap timbul pertengkaran mengenai hal ini antara suami isteri tersebut. Sehingga ada berita mengatakan DSAI kerap menempeling isterinya itu dan telah menjadikan Datin Azizah bermuram durja. Perkara ini sengaja didiamikan oleh Datin dan Datin tetap pasrah sebagai isteri DSAI memandangkan nama baik keluarga ini perlu dijaga sepenuhnya.
Satu lagi kebiasaan atau ketagihan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal dibendungnya ialah suka bersemonstrasi jalanan seperti zaman beliau masih bergelar mahasiswa suatu ketika remajanya dulu. Apabila beliau merasakan kehabisan upaya lain, maka hanya demonstrasi merupakan cara terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa beliau bergelar pemimpin Barisan nasional dulu, perkara demonstrasi ini jarang belaku, bahkan hampir tidak berlaku. Lim Kit Siang tidak gemar melakukan perkara ini, kerana yang akan mendapat kesan buruk juga ialah Para peniaga kaum Cina di Ibu Kota. Tindakan Ekstrim dan radikal seperti ini tidak akan dibuat oleh Datuk Nik Aziz kerana ianya tidak baik kepada perjuangan Islam di Malaysia ini. Tuduhan negatif terlalu senang dibuat oleh musuh, begitulah prinsip dan pandangan rata-rata kepimpinan PAS ketika itu. Namun apakala DSAI bersama mereka, perlakuan demonstrasi bermaharajalela kembali. Tidak syak lagi, sememangnya Datuk Seri Anwar Ibrahimlah yang memulakan angkara ekstrim dan radikal seumpama ini.
Anwar Ibrahim bukan sahaja ketagih meliwat buntut manusia yang bergelar lelaki, malah juga minat dan suka membuat tindakan radikal lain seperti berdemonstarsi jalanan. Tidak hairan jika beliau juga mengizinkan pemimpinnnya bawahannya menggunakan khidmat gengstar dan kongsi gelap dalam mengumpul dana bagi penerusan perjuangan Pakatan pembangkang dalam negara ini.

Khamis, 30 Julai 2009

1MALAYSIA MELALUI HASIL BUDAYA BERBAGAI KAUM.

Tengoklah tarian-tarian Malaysia tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Betapa mengasyikkan, tidak kira ia dari budaya mana. Semuanya kini telah diterima baik seadanya oleh semua kaum sebagai tarian kebangsaan. Saya rasa tidak mengapa jikalau budaya sebegini ditokoh-tambah berdasarkan budaya berbagai bangsa yang kita ada. Akhirnya Malaysia akan mengujudkan satu budaya baru yang akan menjadi kebanggaan anak cucu kita masa hadapan.



Tarian Masy. Portugis di Melaka


Tarian Orang Asli dibelantara. juga ditarikan oleh kaum-kaum lain dalam Malaysia.



Tarian Sumazau kaum Kadazan/Dusun . Semua suku kaum di Negeri Dibawah Bayu pakai menarikan tarian ini. Ianya telah diterima secara total sebagai tarian anak bangsa negeri Sabah dan malaysia secara amnya.


Tarian ngajat kaum Iban . Juga diterima sebagai tarian semua suku kaum dinegeri Sarawak. Siapa yang tak pandai menari ngajat dan menjadi anak Sarawak, sangatlah memalukan.



Tarian Naga Kaum Cina. Tarian ini tidaklah terlalu susah dan boleh diajar kepada anak-anak generasi masa kini dan masa depan.



Tarian Melayu . Lemah Gemelai dan sesuai kepada semua jiwa manusia dialam ini. Bertambah ayu jika ditarikan oleh kaum cina yang berkulit putih dan wajah yang menawan.

Dan banyak lagi tarian tradisi setiap kaum yang menjadi warganegara menjadi adat dan budaya rakyat Malaysia.....

Tarian Ghangra dari suku kaum yang berasal dari India ini bisa mengambarkan kepelbagaian yang murni dikalangan masyarakat negara ini.

Seperti dibawah ini umpamanya dll lagi.

Tarian Gangra kaum Sikh. Tarian ni, kalau nak pergi perang, askar elok sekali mempraktikkannya. Auah..banzaiii.


Apabila kita melihat adat budaya bangsa dan kaum yang menjadi warganegara Malaysia ini, maka kita insaf betapa selama ini rupanya kita hidup rukun damai dengan rela dan ikhlas menerima suasana keharmonian kehidupan sesama kita diatas bumi tercinta ini. Kita akan kerugian jikalau kita mensia-siakan kehidupan yang aman sentosa ini. Terlalu banyak persamaan dalam kepelbagaian budaya kaum-kaum di Malaysia.

BESOK SAYA AKAN MEMPAMERKAN KUIH MAKANAN RAKYAT MALAYSIA.

BUKANKAH KEPELBAGAIAN INI YANG DIHASRATKAN OLEH PERDANA MENTERI KITA.

ELOKKAN!!! KITA JANGAN TERBAWA-BAWA OLEH HASUTAN PEMBANGKANG YANG SABAN WAKTU MENGEMUKAKAN RENCANA BUSUK MEREKA. HANYA SEMATA-MATA DEMI KUASA DAN HARTA. KITA HENDAKLAH PRO-AKTIF DAN MEMBANTU USAHA BAIK SERTA MURNI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN DEMIM KEMAJUAN BANGSA YANG PERBAGAI DIMALAYSIA INI.

Tarian Mak Yong dari Kelantan




















































































Rabu, 29 Julai 2009

PAS HENDAKLAH MENJAWAB PERSOALAN INI. JANGAN BERDOLAK DALIH!!!!!

Utusan Malaysia memberitakan, pada 29hb Julai 2009 kelmarin, bahawa Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa terdapat lebih 4,000 buah pusat judi, hiburan dan Spa di Selangor, terutama di lambah Klang beroperasi sejak Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PKR memerintah negeri tersebut. Datuk Khir yakin, oleh kerana tiada lagi lesen-lesen diluluskan, berkemungkinan besar pusat ini beroperasi secara haram dan dengan menggunakan bantuan samseng dan kongsi gelap. Saya tak hairan sangat jikalau DAP yang mentadbir negeri tersebut. tetapi PKR yang berketuakan DSAI dan Khalid Ibrahim yang menjadi ketua besarnya.
Disamping pemimpin PAS negeri itu juga memiliki taring yang tajam berbanding dengan taring PAS di Pulau Pinang. Saya terpanggil untuk bertanya kepada pemimpin utama PAS, mana dia yang dikata sejak dulu memperjuangkan syiar dan syariat islam? Mana maruah kepimpinan PAS dan Parti PAS yang berobjektifkan islam dalam perjuangan mereka? Bagaimana nak menegakkan hukum hudud jika perkara-perkara haram berleluasa semasa dibawah kepimpinan PAS dan rakan pakatannya? Sepatutnya pemimpin PAS hendaklah nyaringkan suaranya bila menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan hukum hakam agama seperti ini. Apakah alasan PAS kerana negara ini terdiri dari berbilang kaum dan agama? hehehehehe. Itu namanya meludah kelangit.
Nampak gayanya malulah penulis blog ahli/penyokong PAS yang saban waktu mempertahankan parti tersebut. Sarjanawan dan Profesor Melayu yang kebelakangan ini menunjukkan simpati kepada perjuangan PAS, nampaknya kenalah memikirkan semula pendirian masing-masing. Bahawa yang tertulis dalam perlembagaan parti PAS itu tidak semestinya yang terbentang dalam bentuk tindakan pemimpinnya. Pemimpin PAS tidak hendak kepada demokrasi, tetapi "demo nak Krusi". Kalau kita masih yakin PAS mengutamakan perjuangan islamnya, tentu sekali laungan perpaduan yang selalu berkumandang itu akan mereka sambut dengan hati yang ikhlas. Tetapi Nik Aziz berdolak dalih dan tambah mengharukan beliau "menjahanamkan UMNO" seentengnya. Pak Hadi sendiri, setelah menyarankan perpaduan antara PAS dengan UMNO, tiba-tiba menarik balik kenyataan tersebut dengan menuduh UMNO berusaha untuk memecahkan hubungan baiknya dengan PKR dan DAP. Saya dah agak, bahawa tentu sekali Pemimpin PAS menyedari perbuatan liwat DSAI itu benar dan benar belaka, namun kenapa mereka masih berbaik dan menyokong kepimpinan DSAI? Apakah mereka bersedia berbahagi dosa dengan perbuatan DSAI itu? Sekarang ini dosa dan pahala bukan lagi ukuran pendirian PAS. Yang menjadi ukuran utama ialah ikut serta, kalau-kalau ada, peluang untuk memerintah negara. Hanyut dan mimpi disiang hari dengan janji dan jampi jampah DSAI. Mereka khayal dengan mimpi indah kerajaan bayangan ciptaan DSAI dan Lim Kit Siang.

Anak-anak remaja sekalian, anda sebenarnya tahu bahawa pakaian yang kita pakai, meskipun mungkin ia melambangkan keperibadian seseorang itu, tetapi dalam hal politik, ianya boleh juga digunakan untuk mengabui mata rakyat teramai. Bila kita menggunakan jubah, seperti yang dipakai oleh Pak Hadi Awang dan Nik Aziz, kita mengharapkan orang akan memandangkan kita warak. Saya percaya kewarakkannya jikalau ia dipakai oleh Tok Kenali atau Imam-imam masjid. Tetapi jikalau ia di pakai oleh Nik Aziz atau Pak Hadi, itu sebenarnya adalah pakaian politik orang PAS yang tidak mengambarkan kealimannya dan kewarakkannya. Mereka sebenarnya tidak berbeza dengan Barrak Obama atau Netanyahu di Israel atau Pope Besar Kristian di Rom. Pakaian yang mereka pakai tidak berbeda dengan Kot yang Datuk Seri Najib Tun Razak pakai. Bahkan dalam setengah keadaan, orang yang memakai Kot itu lebih warak dari mereka yang memakai Jubah. Pahala yang diterima dengan memakai jubah, habis tertimbus dengan dosa kerana berdiam diri dalam hal perkara haram di Selangor yang pada masa ini sangat berleluasa.

Pusat-Pusat Judi, Pusat Hiburan dan Spa yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Selangor itu hendaklah dijelaskan dengan terang oleh PAS/PIS/PUS. Jika tidak jangan lah mengharapkan mimpi untuk menjadi pemerintah Kerajaan Persekutuan menjelang pru ke 13 kelak, akan menjadi kenyataan. Siapapun tidak akan mengundi anda, kerana anda bunyinya islam, sebenarnya lebih jahat dari Israel dan Abu Jahal Laknatullah itu. Pada setiap masa kerajaan Persekutuan berusaha keras membendung gejala samseng, kongsi gelap, perjudian haram, pelacuran dan gejala sosial lain dalam negara ini. Malang sekali Pakatan Rakyat, dimana PAS didalamnya, seolah memberikan galakkan kepada gejala-gejala tersebut. Saya dah agak lama dah, bahawa PAS tidak mampu menghalang kekemarukkan DAP dan PKR untuk menggali sebanyak mungkin harta karun dalam negara ini. Jika mereka memerintah, Malaysia akan menjadi muflis kerana semua harta dan hasil mahsulnya masuk kekocek pemimpin Pakatan rakyat.
Oleh itu berhati-hati membuat pilihan!!!!!!!!!

Selasa, 28 Julai 2009

CONFIRMED!!! NIK AZIZ SANGAT DEGIL DAN KERAS KEPALA.

Saya berani jamin, kini dalam minda beliau nawaitu awal masuk dalam kancah perjuangan politik telah terpesong jauh. Jika pada awalnya Datuk Abdul Nik Aziz mempunyai nawaitu kerana Allah SWT, kini kerana terlalu terbawa-bawa dengan suasana, nawaitu itu telah berubah kepada kerana Kuasa, Harta dan Dunia semata. Saya rasa eloklah Nik Aziz bersungguh-sungguh bermuhasabah diri segera. Kematian tidak diketahui bila saatnya menyapa kita. Semua orang sudah maklum bahawa 8 dari sepuloh pemimpin umat akan terlebih dahulu masuk kedalam neraka. Kita bimbang salah seorang drpnya ialah Datuk ini.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kesilapan yang lahir dari lidahnya. Kadang kerana keenakan, suara yang keluar dari mulut kita, tanpa disedari berbau umpatan, penghinaan, kejian dan cerca merba serta fitnah laknatullah. Tak kan kita nak ajar beliau. Beliau adalah seorang ulamak tersohor suatu ketika. Saya kata suatu ketika dulu, kerana kini keulamakan beliau telah dapat dipertikaikan dan diperbiancangkan sehari suntuk. Mana ada ulamak yang membenarkan seorang islam ikut memasang lilin bagi menghormati kematian rakan kristiannya. Tapi beliau ternyata seolah membenarkan bila Nizar berbuat demikian. Beliau sengaja mencari berbagai alasan untuk membenarkan perbuatan rakan seperjuangannya, yang sebenarnya sangat salah dari segi hukum islam. Suatu masa lalu, beliau juga mencari berbagai alasan untuk membetulkan sikap wanita PAS dan PKR yang berdiri dibelakang YB Elizabeth Wong semasa sidang akhbar mengenai perbuatan berbogel beliau. Kenapa beliau tidak melarang perbuatan sedemikian demi maruah penganut agama islam? Sekarang ni lagi parah bila beliau memilih untuk berkelahi dengan UMNO dan berbaik dengan DAP. Sedang ahli UMNO itu sama bangsanya dengan beliau dan agamanya dengan ahli PAS. Perjuangan UMNO itu juga menegakkan islam dan bangsa melayu. Dan perjuangan PAS juga seperti itu. Sedang perjuangan DAP ialah Malaysian Malaysia.
Perjuangan DAP ialah untuk mengepikan DEP, Hak Keistimewaan Bumiputera dan menjadikan bangsa Cina sebagai bangsa yang menjadi tuan dalam negara ini. MCA pun tak setuju dengan prinsip perjuangan DAP.

Atas alasan apa PAS tertubuh di Malaysia? Memperjuangkan islam. Okey. Saya akur dengan objektif PAS tersebut. Apakah dengan menggunakan perkataan lain selain Parti Islam SeMalaysia, sesebuah parti itu tidak diiktirafkan sebagai pejuang agama? Apakah dengan hanya memasukkan perkataan ISLAM, baru kita diiktiraf sebagai pejuang islam?. Bagaimana jika tertubuh Parti Kristian SeMalaysia? Atau Parti Hindu Semalaysia?. Pemimpin PAS nak kata apa? Apakah PAS akan mengatakan orang bukan islam tidak berhak? Perkara seperti ini akan menjadi kegilaan rakyat suatu ketika nanti, lebih-lebih lagi bilamana ISA dimansuhkan. Saya sangat tidak bersetuju dengan pemansuhan ISA. ISA jika dimansuhkan, akan membuka minda rakyat, khasnya yang gila berpolitik retorik, untuk menubuhkan segala macam pertubuhan siasah yang sangat mudah menimbulkan huru hara rakyat berbilang kaum di Malaysia ini.

Itulah antara kerisauan yang ada dalam minda ini. Namun Nik Aziz sedikitpun nampaknya tidak risau. Peduli apa beliau. Jika nak hancurpun negara ini, penyebabnya bukan beliau seorang. Malah ramai dan yang sangat bertanggungjawab ialah melayu dalam PAS. Melayu yang atas pagar dan yang berada dalam UMNO hanya melihat dan bersedih dalam kebingongan, atas tindak tanduk PAS dan melayu dalam PKR yang sepertinya sudah hilang arah. Mereka nampaknya benar-benar kemaruk kuasa. Ada orang kata "demokrasi" di Kelantan bukan untuk kebeasan dan semata liberalismanya, tetapi untuk "demo nak krusi".
Tidak ada masalah. namun jangan sampai Gila Kuasa. Kerana perkataan GILA itu merujuk kepada perbuatan yang sangat kritis dan tidakketentuan yang teramat sangat. Berpakatlah dengan UMNO. Berbaik-baiklah dengan BN. Sama-sama berbagi kuasa dan kepentingan demi survival perjuangan yang masih belum selesai ini. Kita hanya baru tiba disimpang pertama perjalanan diberibu-ribu simpang yang akan kita tuju dan lalui. Namun, kenapa PAS sudah tidak tentu hala. Nawaitu asal untuk agama hanya tinggal retorik sahaja. Yang jelas matlamat mereka kini untuk harta, kuasa dan sebahagiannya wanita.

Students Universiti dan lepasan Pusat Pengajian Tinggi yang masih muda remaja dan gadis-gadis sunti itu marasa kebingongan dengan hala tuju Pakatan Rakyat yang tidak menentu. Suatu masa dulu ( PRU ke12 ) terdapat sedikit harapan kepada Pakatan Rakyat. Namun kini mereka telah menjauhkan diri kerana Pakatan Rakyat tidak menunjukkan tauladan kepimpinan yang mereka harap-harapkan. Nampaknya sehingga kini, hanya UMNO yang masih "tagal bisa alah biasa". Nampak jelas hanya UMNO dan BN yang masih prihatin kepada permasalahan negara khususnya rakyat jelata.

Kita lupakan Nik Aziz itu. Beliau umpama "kambing Tua". Jika dibiarkan, ia akan berak dimerata, termasuk dalam masjid dan Balai Raya...tetapi bila dijaga dan diberi
perhatian!...dagingnya pun tak boleh dimakan kerana liat dan sukar untuk dikunyah"....

Isnin, 27 Julai 2009

Bagaimana jika diujudkan PARTI KRISTIAN SEMALAYSIA?

Kebarangkaliannya tetap ada, bahawa suatu masa mendatang ini terdapat kalangan penganut agama kristian akan menubuhkan PARTI KRISTIAN SEMALAYSIA. Atau mungkin kerana terlalu suka menubuhkan parti politik, terdapat kumpulan dalam masyarakat India yang akan menubuhkan PARTI HINDU SEMALAYSIA. Ada sesiapa yang dapat menyangkal perkara ini? Semuanya kerana gara-gara adanya Parti Islam Semalaysia yang ditubuhkan oleh penganut agama islam dalam negara ini. Tentunya ini adalah senario yang kurang enak dan lari jauh daripada konsep 1MALAYSIA yang cuba diterapkan oleh Perdana Menteri kedalam jiwa setiap rakyat.


Seluruh rakyat tidak kita penganut islam, kristian, hindu atau apa agama sekalipun mestilah memikirkan sensitiviti sesama masyarakat. Perkara yang boleh menimbulkan rasa tersinggung kenalah diketepikan jauh-jauh dari semua tindakan yang akan kita ambil. Saya rasa, termasuklah ura-ura, jika ada, untuk menubuhkan parti yang berasaskan agama. Banyak contoh dah kita lihat dimerata dunia ini, bahawa sentitif agama mampu memporak perandakan masyarakat. Ini sepatutnya tidak sesekali boleh berlaku jika ingin melihat negara berada didalam situasi aman dan sentosa. Sepertimana yang dimahukan oleh setiap agama yang ada atas muka bumi ini.


Apakah anda merasakan rakyat dari suku kaum Kadazan/Dusun, Murut, Iban, Dayak, Lindayu dan sebagainya tidak berhak berbuat demikian? Mereka adalah rakyat asal/asli negara ini yang sama statusnya dengan bangsa melayu di Kelantan atau dimanapun jua. Apakah anda merasakan kaum India tidak berhak untuk menubuhkan PARTI HINDU SEMALAYSIA? Kerana Perlembagaan Negara juga tidak pernah menghalang dari mereka berbuat demikian.


Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan bertanya diri kita sendiri, apakah perlu Parti Islam SeMalaysia diteruskan keujudannya? Tidakkah perjuangan menegakkan syariat dan syiar islam hanya cukup dengan sebuah parti yang tidak menggunakan islam sebagai label parti mereka? UMNO selama ini tidak pernah mengabaikan perjuangan islamnya. Malah didalam kepimpinannya, Islam tidak pernah diabaikan dan terus menjadi contoh terbaik kepada negara islam dalam dunia ini. Hanya kerana kita tidak boleh berfikir secara rasional, semua yang UMNO laksanakan itu, kita pandang dengan hati dan mata yang prejudis. Kita sebenarnya yang tidak mengenal erti dosa dan pahala. Kita lupa kepada ajaran ibu bapak kita. Kita beranggapan kemodernan ertinya jauh dari agama tauhid itu. Kerajaan UMNO dari saat kesaat sentiasa melaungkan dunia keislaman dan mengajak/tabliq kepada penganutnya agar membuang yang mungkar dan melaksanakan amalan yang baik.


Sdr. sekalian, jika ISA dimansuhkan semua perkara yang logik dan adil pada anda, meskipun bahaya kepada keselamatan negara, akan dikhuatiri bermaharajalela. Kesudahannya negara akan menjadi porak peranda. Dan sudahnya kita akan kembali kezaman purbakala.

Ahad, 26 Julai 2009

KITA LAYAN DENGAN KEIKHLASAN.

Banyak kali saya memberikan peringatan bahawa dalam usaha kearah penyatuan, jangan ada mana-mana pihak yang akan mengalami kerugian. Semua pihak mesti "menang dan menang", agar dalam penyatuan tersebut, semua akan menikmati hasil sebenar penyatuan yang diujudkan. Demikianlah juga ura-ura atau cadangan Datuk Nik Aziz baru-baru ini, ketika perasmian Fiesta Kelantan di Ibu Kota Kuala Lumpur.

Saya merasa sangat bersyukur bilamana pemimpin UMNO, antaranya Tan Sri Muhyiddin sendiri, Datuk Mustapha, Datuk Seri Shafie Afdal, Tan Sri Hishamuddin, bahkan juga termasuk Presiden MCA sendiri telah menyambut saranan Nik Azizi itu dengan secara positif sekali. Setakat saat ini, bagaimanapun belum kedengaran suara dan komen dari pemimpin PAS atau mana-mana pemimpin Ngo's dan badan-badan bukan kerajaan dan politik yang lain.

Saya ingin menyatakan disini bahawa penyatuan bangsa melayu di Malaysia akan membantu kearah memakmurkan dan memajukan lagi negara Malaysia. Suasana keselamatan dan keamanan akan lebih terjamin bilamana semua bangsa dan kaum akan turut bersama-sama mengurangkan suasana rioh rendah politik retorik dan kekacauan politik jalanan yang selalu diujudkan oleh geng DSAI. Bila melayu bersatu, maka India juga akan turut bersatu, Cina juga akan bersatu dan kesatuan besar antara semua bangsa juga akan menjadi satu realiti yang tulin.

Mereka yang selama ini mendapat keuntungan peribadi hasil dari perpecahan antara kaum dan gulungan, akan terhenti dengan sendirinya bilamana kesatuan melayu dan segala kaum di Malaysia akan dapat direalisasikan. Pada kali ini Datuk Nik Aziz nampaknya telah mula melihat dengan hati yang ikhlas, betapa perpaduan yang disarankan oleh Ketuanya suatu ketika dulu itu sebenarnya banyak membawa kebaikan kepada negara khususnya bangsanya yang bergelar melayu islam ini. Biarkan lah perbedaan pada prinsip perjuangan politik anda. Namun perpaduan dan kesatuan bangsa sangat mustahak didahulukan. Apa guna kita bertengang urat tetapi hasilnya mundur kepada bangsa kita sendiri. Kita menang sorak tetapi kampung dan negeri tergadai dan merempat. Serta jauh ketinggalan dalam usaha untuk memberikan ruang rakyat mengecap nikmat dunia selain akhirat. Bukankah lebih selesa rasanya menyembah Allah SWT dalam suasana dingin dan shahdu berbanding dalam suasana remas kerana panas? Bukankah puas rasanya jika melakukan sembahyang lima waktu sehari dengan memakai pakaian yang cantik-cantik, berbanding hanya memakai kain sarung hingga melimpasi pusat kita? Ini hanyalah suatu contoh ringkas bagi membandingkan antara rakyat berkemampuan dengan rakyat yang masih berada dalam garis kemiskinan. Banyak lagi contoh nostalgik yang mengharukan jika kita tidak larat hidup dalam keselesaan.

Datuk Nik Aziz hendaklah bermuhasabah diri banyak-banyak. Kelantan hendaklah dimajukan ekonominya dengan segera. Rakyat Kelantan mestilah dimajukan dengan cepat. Mereka terdiri daripada orang-orang melayu yang pintar-pintar dan otak bergeliga. Cuma kerana keras kepala pemimpinnya mempertahankan prinsip perjuangan, Kelantan masih berada ditapuk lama kemajuan dan pembangunan. Jika Kewangan Negerinya boleh dilipatgandakan, sepertimana negeri Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak, tidak mustahil Kelantan akan maju lebih dari tiga negeri tersebut. Sebabnya kerana orang Kelantan otaknya bergeliga.

Saya ingin juga memberikan peringatan kepada pemain politik negara, jika benar-benar berlaku penyatuan UMNO/PAS, jangan ada lagi usaha politik jahat yang dimainkan dan yang menyebabkan Datuk Asri suatu masa dulu menyingkir diri setelah diujudkan kesatuan dan Perpaduan.

Isnin, 20 Julai 2009

Bertambahnya POLITIK BERANTAKKAN.

Isu kematian Teoh menjadi sebuah lagi episod drama yang menyayat hati. Kematian Teoh telah dipergunakan dengan sensasi sekali oleh Pakatan pembangkang bagi meraih simpati rakyat disamping cuba menenggelamkan isu-isu lain yang lebih membawa erti besar dalam politik negara, berbanding isu kematian Teoh tersebut. Bodohkah rakyat sehingga tidak dapat membuat ukuran bijak, kenapa DSAI dan rakan seperjuangannya dalam PR beriya-iya benar membesarkan isu tersebut?. Dan yang menjadi mangsa sementara ialah SPRM. SPRM adalah sebuah badan hasil perjuangan bising mereka di Parlimen dan di luar parlimen. Apakah mungkin SPRM tergamak menolak Teoh keluar tingkap? Apakah proses siasatan SPRM yang menyebabkan Teoh melompat terjun tingkap dan mematikan dirinya? Begitu rendah sekalikah integriti SPRM dalam suasana politik masa kini? Yang penuh dengan perasaan sensitiviti ini?
Saya ingin mengingatkan anda semua bahawa didalam jiwa melayu itu masih melekat iman walaupun sekadar atom, yang mengatakan membunuh itu adalah satu kesalahan yang sangat berdosa dan salah besar. Apatah lagi jika anda didalam rantai kuasa seperti boss-boss SPRM itu.
DSAI tentunya ingin menyembunyikan isu beliau meliwat beliau, yang kini telah masuk peringkat mahkamah. Dalam politik, strategi ini pernah digunakan oleh Sukarno ketika beliau berkuasa. Ingat ganyang Malaysia? Sukarno menggunakan projek Ganyang malaysianya untuk mengabui mata rakyatnya tentang usaha untuk menjadikan fahaman komunis sebagai fahaman pemerintah negara Indonesia. Banyak lagi contoh seperti ini pernah berlaku diatas muka bumi dunia ini. DSAI cuba menggunakan strategi ini bagi mengabui mata rakyat khususnya penyokong PR. Bagi anda yang bijak mentafsir, jangan cepat membuat konslusi bahawa apa yang diluar itu semuanya benar. Anwar...siapa yang kata beliau tidak ada akal? Akal beliau sangat berputar pelit dan jika silap langkah, umpama ular sawa yang tengah memutar belit seekor kambing hitam. Rakyat jangan terbawa-bawa dengan usaha jahat DSAI dan gengnya.

Apa yang perlu sekarang ialah memberikan sepenuh kebebasan dan ruang selesa kepada Polis atau SPRM untuk membuat siasatan terperinci. Jangan sekali dibuat gangguan, jika kita benar-benar inginkan kepastian, kenapa Teoh terjun tingkap? Atau mati gugur bangunan? Bersabarlah, kerajaan tentunya akan membuat siasatan yang terpeinci mengenai hal ini. Kerajaan juga akan dipandang bodoh jika tidak berhati-hati dan bijaksana dalam penyiasatannya. Sejak 50 tahun yang lalu kerajaan BN memiliki rekod yang sangat baik dalam menjaga hal ehwal rakyat yang menjadi mangsa. Sejak 50 tahun yang lalu, anda juga perlu ingat kerajaan BN juga tahu menilai yang mana satu putih, kelabu ataupun hitam. Dan saya agak DSAI dan rakan-rakannya sudah tentu berwara hitam, kalau tidakpun kelabu.

Khamis, 16 Julai 2009

SAH!!!BUDAYA JAHAT DALAM PR SELANGOR.

Inikah yang dikehendaki oleh generasi muda negara????
Bertempik dan terlolong serta memaki hamun di Pejabat SPRM?
Begitulah yang digambarkan kepada seorang Wakil Rakyat DAP yang "honey moon" dengan kekayaannya dan kuasanya yang anda telah berikan!!!
Lebih kuranglah tu. Serupa juga dengan PKR. Bila membuat demonstrasi, habis tanda-tanda jalan dan bangunan dipatah-patahkan serta dibakar. Inikah budaya yang kita kehendaki dalam politik Malaysia? Mahukah kita, apabila anak-anak kita besar kelak, akan berperangai seperti ini.
Jika tak puas hati saja, habis harta awam dan harta miliki perseorangan dirosakkan kerana nak lepas marah. Pakatan Rakyat kini mengujudkan satu budaya menghalalkan panas baran yang keterlaluan sebagai budaya yang murni dikalangan masyarakat majmuk Malaysia ini. Inilah dia kesamarataan yang mungkin mereka maksudkan.
Habis satu, satu perkara lagi yang dilakukan oleh PR di Selangor.
Bila mereka membuat amal, perbuatan tersebut mereka lolongkan seluruh negara. Umpamanya sedekah lembu oleh MBnya. Bila mereka bertelanjang, gambar mereka disiarkan untuk tontonan public. Seperti yang dilakukan oleh geng-geng Elizabeth" Taylor" Selangor itu.
Jika mereka tidak dapat bantuan polis, mereka guna samseng seperti Kongsi Gelap untuk menjaga keselamatan mereka. Dan yang juga berita terakhir, mereka menghalau dan tidak membenarkan Mantan MB Selangor dari menghadiri DUN selama setahun.
Kacau!!!!kacau!. Apa sudah jadi dengan Selangor.
Memiliki sekumpulan pemimpin yang bijak tapi bebal.
Betapa cantiknya akhlak Tan Sri Khalid Ibrahim ketika dalam kerajaan BN suatu ketika dulu. Betapa hebatnya DSAI semasa menjadi TPM dulu. Tapi kini mereka seperti Harimau kelaparan. Baham sana dan sini. Kalaulah ada ruang untuk gelapkan duit negeri, agaknya dah lama mereka lakukan. Cumanya SPRM sekarang bukan lagi seperti BPR dahulu. Kini mereka sangat berintegriti tinggi dan akan menjalankan tugas mereka demi negara dan agama dan bangsa Malaysia yang tercinta ini.
Saya ingin mengajak gulungan muda, pisahkan diri anda dari sebarang unsur kekurangan kebijaksanaan ini serta tidak budiman ini. Kalau nak pro-aktifpun jangan sampai sepertimana PR lakukan di Selangor.

Selasa, 14 Julai 2009

Negeri kaya Selangor dan Pulau Pinang menghadapi "kekurangan Wang"!!!!!!Apa sudah jadi????

Saya difahamkan oleh Datuk Khir Toyo, Ketua Pembangkang di DUN Selangor menjelaskan bahawa kini Selangor telah menghadapi kedudukan kewangannya yang serius. Hari ini beliau dihukum keluar DUN selama satu tahun. Selain itu 4 orang lagi ADUN BN diperintahkan keluar oleh Speaker DUN Selangor. Di Khabarkan juga masalah DUN PR sebagai petualang Kongsi Gelap telahpun bermula. Jika ditambah lagi dengan kegagalan MB melunaskan janji-janji pilihanraya lepas, ianya menjadikan DUN dan pemerintahan negeri Selangor sangat serupakan dengan Rojak Mamak dikedai tepian jalan Klang lama. Apa sudah jadi dengan keputusan rakyat Selangor menyerahkan kauasa pemerintahan negeri kepada parti yang "lemah dan lembab serta suka bergaduh itu"?. Mungkin juga agaknya kedudukan Pulau Pinang mengalami keadaan yang sama. Dulu ketika PRU ke 12, janji Bulan dan Bintang. Kini habuk pun tak ada. Jika rakyat masih memberikan peluang kepada PR untuk menjadi pemerintah negeri-negeri tersebut, nampaknya dalam jangka sedikit masa lagi Kelantan boleh mengatasi kedua-dua negeri tersebut dari segi kedudukan kewangan masing-masing. Yang ini semua orang tahu. Bila kerajaan Persekutuan dibelakangkan, alamatnya akan meranalah negeri tersebut. Akhirnya rakyat juga yang mengalami bencana dan penyakit kemurungan yang dahsyat. Puncanya mereka sendiri yang memberikan ruang dan peluang untuk sebuah parti dangkal meneraju kerajaan negeri.



Hendaknya berpijaklah dibumi yang nyata. Janganlah dalam pilihanraya ke 13 nanti, rakyat Selangor masih memberikan ruang tersebut kepada PR untuk memerintah negeri. Cukup lah takat itu. Sayang membiarkan lagi sekali untuk menjahanamkan masa depan selangor yang gemilang menjadi malang. UMNO sudah bermuhasabah diri. Dan sedar serta insaf dimana kini sibuk memperbaiki diri dan pentadbirannya agar dapat memimpin dan memerintah dengan baik negeri anda semua. Selangor tidak rela menjadi miskin semula. Dinegeri tersebut berbagai kemajuan telah dicapai ketika kerajaan BN memerintah. Kini selama lebih satu tahun PR memerintah, berbagai gejala yang tidak baik berlaku di selangor. Konon mereka akan menunjukkan pemerintahan yang berbeza dari apa yang dilakukan BN, tetapi sebaliknya kenampakkan keburukan yang asyik menimpa kerajaan pimpinan mereka. Apa sudah jadi????



Tan Sri Khalid jelas gagal mentrampilkan satu kepimpinan yang berkesan. Jika hanya "free" pembayaran untuk Gerai dimusin Puasa nanti, itu bukan anjakan paradigma kepimpinan yang sepatutnya ditonjolkan oleh seorang yang bergelar BEKAS USAHAWAN TERBILANG. Terlalu banyak percuma, akhirnya rakyat seluruhnya yang menerima akibat. Negeri menjadi muflis. Dan sudahnya bergantung kepada kerajaan persekutuan untuk membayar gaji. Mana dia para cendiakawan yang bersekolah tinggi-tinggi itu di Selangor. Benar kata saya, bukannya nak mengubah negeri, tetapi penuh dengan rasa cemburu dan iri hati, kerana melihat kerajaan negeri dibawah BN maju dan perkasa membawa harta berlaksa-laksa dan membantu memperkaya negara juga. Dibawah PR apa yang ada?. Hentam buntut Saiful dan Pemimpin wanitnya terkangkang nampak dicelah kangkang yang luas terbuka...yang itu pula yang ada.



Rakyat akhirnya membuka mata. Bahawa selama ini perkiraan mereka silap belaka. Mencari Gading bertuah, rupanya tanduk lama yang terjumpa. Dalam kerajaan BN semuanya luas terbuka dan terbantang ( Bukan terkangkang ). Segala peluang ada. Apa sahaja yang kita impikan tentunya akan menjadi nyata. Syaratnya kita hendaklah rajin berusaha. Jika kita malas berusaha dalam gedung beraspun kita susah nak suap rezeki kemulut. Sebabnya kerana kita malas berusaha. Dalam kerajaan BN, semua peluang terbuka luas. Janganlah diabaikan dan membiarkan orang lain dari rantau ini menikmati sepenuhnya peluang tersebut.



Kita semua sebenarnya hebat belaka. Namun sayangnya kita salah meletakkan kehebatan kita.

Apa yang sebanrnya yang kita kehendaki selaian daripada kebahgiaan dunia dan akhirat? Segala sesuatu yang kita lakukan diatas alam fana ini akan menjadi mulia dan menjamin akhirat kita dengan nawaitu perbuatan yang betul. Dato Fuad Hassan, Presiden Perkasa, adalah satu contoh rakyat Selangor yang baik dan bermaruah tinggi. Landasan perjalanan hidup beliau jelas dan sangat terang tanpa perlukan suluh buluh. Jangan melatah seperti Ustaz Harun Din yang perjalanan kerjayanya jelas lintang pukang. Akhirnya menjadi bomoh dengan menjual ayat-ayat suci al quran. Sedang beliau boleh mencari jalan yang lebih baik dan lebih mulia seperti adik beradiknya. Mungkin agaknya saintis melayu kenalah mencari ubat "menghilangkan sikap melawan tanpa karuan" ini. Kadang orang kita ni suka melawan dan membangkang tanpa pasal. Hanya for the sake of melawan semata. Itulah yang saya katakan selalu, berpijak dibumi nyata, rasional dalam menentu arah sokongan. Negara ini negara kita. Maka kitalah yang menjadikan ianya beruk atau naga. Atau jika umpama singahsana, kita jadikanlah ia umpama istana raja. Berseri dan selesa untuk didiami semua rakyat jelata.

Manek Urai Jelas Inginkan Perubahan. Saya Cadangkan Jambatan Dua Hala Terus Dimakbulkan!!!

Keputusan pilihanraya kecil Manek Urai jelas membayangkan bahawa rakyat Manek Urai mahukan pembangunan khususnya pembangunan infrastrukturnya. Olehkeran itu rasanya elok Kerajaan BN meneruskan cadangannya untuk membina Jambatan Dua Hala yang menghubungkan kedua belah kawasan tersebut. Majoriti undi 65 orang itu hanyalah diukur angkanya sahaja. tetapi pada puratanya 50% daripada Pengundi Manek Urai telah menyatakan kepada kita bahawa mereka memiliki dunia serta akhirat sekaligus. Tentunya mereka sangat menyedari bahawa penyembahan kepada Allah SWT yang maha isa itu akan lebih selesa dan tenang dengan membangunkan prasarana seperti Jalan raya, Masjid yang indah dan tersergam indah, jambatan yang kukuh, suasana persekitaran yang bersih dan ilmu yang bercambah.
Walaupun sebenarnya sembahyang diatas pandang juga dibenarkan oleh agama. Walaupun sebenarnya air masin laut juga boleh digunakan sebagai air untuk mengambil wudhuk.

Zaman serba canggih sekarang ini menuntut para pemimpin negeri dan negara tidak hanya boleh membangunkan rakyat dengan kebijaksanaan berhujah semata, malah mereka mesti bijaksana dalam menterjamahkan kata-kata mereka dalam bentuk tindakan terutama yang melibatkan kesenangan dan keselesaan rakyat dibawah pimpinannya. Rakyat Kelantan amnya sudah 20 tahun memberi muka dan ruang kepada Tok Guru Nik Aziz utnuk menjadi pemimpin utama mereka. Malah hingga kini mereka merasakan satu dosa jika tidak meneruskan sokongan kepada beliau. Tetapi malangnya seperti biasa Tok Guru itu bukan satu aset kepada Kelantan, malah liabiliti. Kelantan langsung tidak berdaya untuk membangunkan dirinya dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Jika bukan peruntukan kewangan dari pusat, sudah tentu keadaan dan suasana negeri tersebut tersangatlah memilukan dan menyedihkan.

Walaupun semasa pilihanraya kecil baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin menyatakan JIKA BN MENENG, Manek Urai akan dijadikan ANAK EMAS BN, rasanya tidak salah jika selepas mengalami kekalahan inipun Manek Urai itu tetap diteruskan sebagai anak emas itu. Pilihanraya umum mungkin tidak sampai 1,000 hari saja lagi. Sekarang inilah masanya kita menjadikan salah satu kawasan di Kelantan itu sebagai satu contoh kepada rakyat seluruh negeri itu, betapa jika dibangunkan akan menyenangkan rakyat jelata.

Oleh itu teruskan angan-angan menjadi kenyataan. Jadikan Manek Urai sebagai anak emas BN dan agropolitan Manek Urai akan dijadikan satu kenyataan. Penduduk MELAYU Manek Urai tentu akan meningkat taraf hidupnya. Dan selesa bagi mereka menunaikan tuntutan agama. Dan senang bagi mereka bila melihat kemajuan anak-anak muda. Dan sudah tentunya pru ke 13 kelak mereka akan mengenang JASA baik kerajaan Kuala Lumpur. Mereka juga sedar bahawa tidak selamanya ruang selesa harus diberikan kepada pemimpin yang "cakap tak serupa bikin" seeprti MB mereka.

Isnin, 13 Julai 2009

Menatang Bagai Minyak Yang Penuh.

Dalam usia lebih setengah abad ini, kami, generasi lama ini hanya meminjam waktu daripada generasi muda/mudi untuk mendapat ruang selesa bagi mengemudi negara yang tercinta ini. Hala tujunya dipastikan jelas arah, kemakmurannya terjamin, keselamatannya terjaga rapi, perekonomiannya tersusun atur dengan licin. Begitu dengan dengan pentadbirannya terurus dengan baik dan mampu pula meraih keuntungan berlipat kali ganda. Dalam beberapa waktu mendatang, maka kamipun kembalilah kerahmattulllah. Apa yang kami tinggalkan adalah secebis kenangan perjuangan dan pembelaan waktu dan "sepatu" untuk gulungan muda/mudi yang sudah pasti meneruskan apa yang telah kami usahakan. Jika peninggalan kami adalah bermanafaat, maka anak-anak generasi muda sangat bernasib baik. Untuk menyatakan terima kasihpun, agak telah terlambat kerana ketika ucapan itu diberikan, kami telah bersama ulat dan cacing didalam bumi. Antara kami, kepada yang kurang bernasib baik, maka akan bernasib hukuman akibat perbuatan mungkar yang dilakukan semasa dialam fana ini. Alangkah hibanya rasa, yang masih bernyawa, jika selama ini tahunya mencaci dan mengata, padahal langkah kami adalah langkah murni dan tulus tanpa prejudis. Mereka sanggup mengata dan mencerca kepada suatu perjuangan luhur dan hanya menyelesalinya setelah kami tiada.

Justeru itu kini, sebelum kami meninggalkan mu. Sebelum kami pergi jua, ingin rasanya diri ini mengatakan sepatah dua sebagai satu nasihat berguna untuk generasi muda, agar tidak menyesal kemudian hari. Bahawa berfikirlah dengan waras dan bijaksana. Jangan pula bertindak dengan emosi dan mementing diri. Yang sangat utama ialah pelihara agama dan ibu pertiwi. Untuk semua itu, yang paling utama kepada anda ialah ilmu didada. Jangan memekik dan menyumpah seranah, mengata orang itu dan ini salah, tetapi ilmu kita hanya secupak jua.
Kata-kata kenalah berlapik jua. Jauhkan rasa dendam kesumat. Ia tidak membawa kemane. Tidak ada siapa yang akan merasa bahagia dengan rasa dendam yang membara. Siapapun jua anda. Putihkah anda, Warna hitamkah anda, atau anda berwarna sawang matang. Anda sebenarnya adalah sama. Dunia ini sebenarnya adalah milik manusia dan yang nada mungkin tak menyedari ianya milik kera, harimau, poko kelapa, pokok limau, gajah, semut, kala jengking dan sebagainya. Bahkan gunung ganang dan hutan belantara juga adalah makluk maha pencipta.
Berdosa jikalau kalian mensia-siakannya dan membunuh begitu saja. Inikan pula sesama kita yang bergelar datuk, nenek, cucu, adik, kakak, Tan Sri, Tok Guru, dan sebagainya ini. Apakah kerana diberikan kelebihan Allah Taala, kita menjadi riak dan sombong bebal? Sehingga kita lupa bahawa makluk lain juga mempunyai hak yang istimewa? Atas dasar kesedaran inilah mungkin agaknya Tengku Abdul Rahman dan rakan-rakannya suatu ketika dulu mengatakan "ya" setelah syarat dikemuakan Penjajah. Atas dasar inilah mungkin agaknya hati dan rasa Tun Mahathir tidak sebeku batu. Inilah sebabnya Datuk Seri Najib Tun Razak mengagaskan 1MALAYSIA kepada kita semua. Kepada ruang lingkup yang lebih luas, 1MALAYSIA juga merangkumi bukan sahaja manusia, malah binatang dan kayu kayan serta bukit bukau dan gunung ganang dalam Malaysia tercinta ini. Jangan dipinggirkan mereka, malah dijaga dan disemai serta dipelihara, agar menjadi makluk allah yang cemerlang dan gemilang. Saudara mungkin merujuik 1MALAYSIA hanya kepada budaya, adat resam dan kehidupan makluk manusia yang mendiami Malaysia. Cina, India, Orang asal, Kadazan, Dusun, Murut, Iban dan melayu. Bagaimana dengan Kera, Monyet, babi, Khinzir, Gajah, Harimau, dan kancil?. Bagaimana dengan Gunung Kinabalu, Gunung Tahan, Gunung Ledang, Laut China Selatan, lautr Sulu, Selat Tebrau, Selat Melaka dan banyak lagi yang harus dipandang dari sudut menjaga baik gagasan 1MALAYSIA itu? Mungkin anda juga terlupa betapa mustahaknya udara ( oksijen, notrojen, dan sebagainya)? Mungkin anda juga terlupa dengan alam sekitar yang memerlukan belaian kasih dari kita manuasia...yang selalunya durjana.

Kami hanya generasi lama yangmeminjam waktu dari generasi muda untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan dan berkesempatan memperbaiki lagi suasana semasa untuk anda. Bila kami kembali...teruskan dengan hati ikhlas dan jujur serta tulus...berbakti kepada pertiwi dan menjadi ketua-ketua yang sedar bahawa sebenarnya kita itu adalah Khalifah Allah diatas bumiNYA jua. Aminnnnnn.....

Pakatan Pembangkang Umpama Ular Tiga ( 3) Kepala!!!

Pakatan Pembangkang Umpama Ular Tiga (3) Kepala!!.
Begitulah nampaknya seperti apa yang kita dapat dengar, lihat, baca dan tonton mukathir ini.
Berserabut dengan ucapan-ucapan yang tidak sekata serta tindakan yang tidak sehaluan.
Masing-masing mempunyai pandangan dan pendekatan sendiri tanpa memikirkan samada ianya menyinggong dan mengguris hati rakan sepembangkangan sendiri.

Di Kedah, setelah puas menunjukkan belang, dengan mengata itu dan ini kepada PAS negeri, DAP akhirnya menyesali perbuatannya dan kembali mencium punggung MB dengan tak jadi keluar Pakatan. Di Pulau Pinang, tentunya Anwar Ibrahim tak berapa senang dan setuju dengan tindakan Lim Guan Eng mempermain janji Pilihanraya Umum ke 12 lepas dengan berdolak dalik apabila time mengotakan janji kepada penduduk Kampung Pala telah tiba. DSAI khabarnya berjanji akan menyelesaikan masalah yang penduduk tersebut hadapi. Entah selesai entah tidak, kita sama-sama nanti. Adalah tidak masuk akal tiba-tiba Lim Guan Eng nak kenen kepada BN untuk menyelesaikan masalah yang mereka reka-reka itu.

Yang jelas telahan kita mengenai tidak ujudnya kata sepakat dan Pakatan Pembangkang itu kini satu demi satu telah menjadi nyata. Ramai penyokong Pakatan tak percaya pada masa lalu akan telahan kita ini. Namun kini nampaknya mereka telah mula memikirkan semula, apakah Pakatan Rakyat patut diberikan sokongan ataupun tidak setelah melihat kepada senario mukathir ini. Janganlah kita berpandangan seolah kita benar serba serbi. Terdapat sebilangan penduduk Kedah umpamanya, rasa beruntung kerana PAS memerintah negeri menyebabkan mereka memperolehi peruntukkan pembangunan dari PAS dan BN sekali gus. Kalau memberikan kemenangan kepada BN saja, PAS tentunya tidak akan menyalurkan peruntukkan, kononnya. Pada saya fikiran seperti ini sangat jumud dan berpegang kepada kaedah jahat dalam menjalani ranjau dan usaha politik mereka. Inikah yang dikatakan politik canggih dan modern?. Politik Tan Sri Muhyiddin mereka katakan ketinggalan zaman. Politik yang tidak ketinggalan zaman kepada mereka ialah umpama "tahi tikus".....putih kesepenggalan. Ertinya mendapat keuntungan dikeduabelah pihak, sekalipun kita bersikap khianat.

Bagaimanakah rakyat jelata nak bergantung masa depan dengan sebuah pakatan yang tidak utuh? BN telah berhasil membuktikan keutuhan dan keselarian serta kesepakatan perjuangan sejak lebih 50 tahun yang lalu. Baru hanya tidak lebih dari 3 tahun Pakatan Rakyat telah menunjukkan keretakan dan pandangan yang sangat tidak sama ( berbeza ) sesama mereka.
Pakatan Pembangkang sangat mudah berpecah sifatnya. Ini kerana parti-parti yang terdapoatr didaslamnya sangat berbeza juga dalam matlamat dan objektif perjuangan. APAKAH GENERASI MUDA/MUDI YAKIN DENGAN PAKATAN PEMBANGKANG INI? Terumbang ambing dengan tidak menentu hala tujunya. Sibuk dengan usaha mencari kesempatan pangkat dan harta serta kekayaan diri. Hatta, Nik Aziz juga dihebohkan dengan simpanan harta melebihi 10Juta ringgit dewasa ini. Dari segi kemaruk kekayaan, apa bezanya dengan Barisan nasional yang asyik dituduh saban hari pada masa pru ke 12 dulu?

Berfikirlah dengan waras wahai generasi muda. Pilihlah paerti yang benar-benar menjamin masa depan kita. Saya jamin hanya BN yang dapat mengotakan semua ini. BN telah membuktikannya sejak sekian lama. Dan Pakatan Pembangkang juga sebenarnya telah berjaya membuktikan bahawa ia adalah sebuah Pakatan yang sangat rapuh dan menuju kearah kehancuran negara jika diberikan kesempatan berkuasa.

Ahad, 12 Julai 2009

SAYA DAH MINTA BERKALI-KALI!!!!

Dan kelmarin, YAB Tan Sri Muhyiddin MENCABAR Nik Aziz atau siapa jua pemimpin PAS mengemukakan apa dia yang telah mereka lakukan demi pembangunan dan syiar islam di Malaysia sehingga 12hb Julai 2009 ini?????

Jangan kata LUTH adalah hasil usaha dan buah fikiran pemimpjn PAS!. Malah mereka sabotaj dan dengki dengan hasil usaha murni kerajaan BN/UMNO. Mereka sebaliknya menggalakkan rakyuat pergi haji atau umrah melalui pengajur lain selain LUTH.

Bank Islam yang semakin hari semakin cemerlang ini adalah usaha anak-anak dan pemimpin dalam UMNO. BUKAN PAS!!!!

Universiti Islam Antara Bangsa
Takaful Islam bagi memberikan alternatif kepada Insuran konvensional.
Menyemarakan syiar dan sinar keislaman di Malaysia adalah kebanyakannya hasil usaha pemimpin UMNO yang dikatakan UMPAMA kOMUNIS OLEH nIK aZIZ. Umpama Ayah Pin oleh Aziz Nik.

Kalau tak silap saya ada satu yang dihasilkan oleh PAS Kelantan. PAJAK GADAI ISLAM.
Yang lain langsung tak nampak. Bagi memperlihatkan kepada rakat semua, Nik Aziz kena jelaskan satu persatu apa dia yang PAS telah lakukan untuk menyemarakkan islam di Malaysia ini.????

Yang paling menyedihkan ramai orang islam terpengaruh dengan kaki loyar buruk melayu itu!!!
Hanya kerana melihat Nik Aziz menggunakan imej seperti rakyat biasa itu. Seolah-olah hanya style tersebut yang menyebabkan negeri Kelantan membangun seperti New York.

Khamis, 9 Julai 2009

Manek Urai akan jadi ANAK EMAS Barisan Nasional!!!!!

Mungkin secara kebetulan, awal minggu ini saya telah menghantar saranan seperti tajuk diatas ini kepada YAB Datuk Seri Perdana Menteri kita melalui WARKAH UNTUK PM. Pada malam semalam saya mendengar dicorong TV, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, TPM kita menyuarakan cadangan yang sama ketika beliau berkempen di Manek Urai. Syukur alhamdulillah, nampaknya saya masih satu kepala dengan rasa dan minda pemimpin-pemimpin utama Barisan Nasional atau Kerajaan Negara ini.

Saudara sekalian,
Jika pengundi Manek Urai memberikan kemenangan kepada barisan Nasional didalam pru yang berjalan sekarang ini, mereka tentunya akan menghadapi masa depan yang lebih cerah daripada masa-masa yang lepas. "Anak Emas" membawa pengertian yang sangat bermanafaat kepada penduduk Manek Urai. Sudah tentu Manek Urai akan dijadikan kawasan yang akan dibangunkan serba serbi samada dari segi pembangunan intrastrukturnya, Percambahan keilmuan dunia dan akhirat penduduknya melalui pembinaan sekolah-sekolah, Perpustakaan, Pusat Pengajian Tinggi dan sebagainya. Mungkin Bandar Kuala Krai akan diperbesarkan. Pusat Kesihatan juga akan diperbaiki menjadi semakin hebat, sehebat yang didapati dikawasan bandar di Malaysia ini. Rakyat/Penduduk Manek Urai akan dijaga kebajikannya, agar tidak menghadapi masalah yang terlalu rumit. Jabatan Kebajikan dan semua jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dari segi kebajikan rakyat, sudah tentu akan memberikan segala tumpuan bagi membantu penduduk Manek Urai.

Anak Emas atau Anak Angkat adalah satu peluang keemasan kepada penduduk Manek Urai. Oleh itu berfikirkan sewarasnya semasa membuang undi kelak. Ini adalah masa depan anda dan jangan dibuang begitu saja. Selamat mengundi kepada pendudjuk Manek Urai.