SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 9 April 2009

Bukankah Perlantikan Kabinet Melambangkan One Malaysia?

Bangsa Melayu sebagai bangsa yang majoriti, maka sudah tentulah seperti biasa komposisi dalam perlantikan kabinet, yang ramainya dari Bangsa tersebut. Namun dari kaum Cina dan India masih tetap diberikan ruang yang selesa dalam kabinet Barisan Nasional. Begitu juga dengan kaum bumiputera lain seperti Kadazan/Dusun, Iban/Dayak dan Bisaya. Pendekata Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meninggalkan satu kaumpun dalam negara ini, didalam kabinet yang dilantiknya baru-baru ini. Dari segi penyertaan semua kaum-kaum dalan negara, konsep "one Malaysia" telah berjaya beliau penuhi. Cuma yang ketinggalan hanyalah suku kaum Sikh, Siam dan orang asli sahaja. Juga kaum Portugis di Melaka dan kaum Baba di Pulau Pinan dan juga Melaka. Saya ingin gulungan muda Malaysia pun tak akan marah jika mereka ini tidak termasuk dalam senarai.

Dari segi pendidikan, jika itu mengambarkan kepakaran dan kebijaksanan, saya kira semua mereka yang terlantik adalah dari gulungan berpelajaran tinggi dan berilmu mencakar langit.
Ditambah lagi mereka ini diletakkan dalam kementerian yang sangat bersesuaian dengan kepakaran masing-masing.

Tanggungjawab besar untuk menentukan soal perpaduan diletakkan diatas bahu Presiden GERAKAN dan dari kaum Tionghua. Sudah tentulah setiap langkah beliau akan diperhatikan dan keikhlasan beliau dalam menjalankan tanggungjawab ini akan menentukan "one Malaysia" seperti yang dikehendaki oleh Perdana Menteri. Saya berharap konsep one Malaysia tidak terlalu luas sehingga membawa makna semua rakyat malaysia ini memeluk hanya satu agama sahaja. Konsep kebebasan beragama masih menjadi satu amalan dalam one malaysia yang diutarakan oleh Pak Najib. Namun jika benar-benar konsep one Malaysia hendak dijadikan realiti, Bahasa penghantar di sekolah-sekolah di negara ini mestilah hanya menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantarnya. Kita layak menggunakan negara luar samaada negara maju atau sedang membangun sebagai contoh. USA misalnya, bahasa penghantar disekolahnya cuma bahasa English. Demikian juga dengan England, China, Singapore, Indonesia, Arab Saudi, Russia, Pakistan, India, dan lain-lain. Kenapa setelah 50 tahun merdeka kita masih menggunakan banyak bahasa penghantar????Ini konsep one malaysia kah????

Presiden MCA diberikan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Pengangkutan. Kejayaan beliau yang sangat ditunggu-tunggu ialah sejauhmana berhasilnya beliau menyelesaikan permasalahan pengangkutan awam di Lembah Klang khususnya dan seluruh negara amnya. Rakyat ingin melihat beliau mampu mengatasi masalah kelemahan sistem pengangkutan awam dalam negara ini. Kualiti pengangkutan awam terutamanya Bas, Taxi dan lain-lain seperti Monorail sangat rendah dan perlukan pembaikan. Jika Menteri yang dilantik berjaya mengatasinya dengan baik, maka rakyat akan memuji kehebatan belaiu. Sudah tentulah akan memberikan bonus kepada Barisan Nasional dalam PRU ke 13 kelak. Jika tidak, BN akan sekali lagi gigit jari telunjuk.

Besok saya akan sambung rencana ini lagi...sibuk nak pergi pasar. nak beli macam-macam keperluan anak nak kahwin...Bye.

Rabu, 8 April 2009

Aku Perkaumankah?

Ada sesetengah bloggers mengatakan aku bersikap perkauman. Padahal tidak banyak perbedaan antara aku dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebilangan besar pemimpin negara yang satu perjuangan dengan ku. Malah Datuk Seri Najib Tun Razak juga sama matlamat perjuangannya dengan matlamat perjuangan ku. Aku tidak kaya, tidak berilmu tinggi, tidak berkuasa dan bukan pemimpin sebarang parti. Aku hanyalah insan biasa yang ingin melihat bangsa ku berterusan menjadi pemimpin utama negara. Agar anak cucuku kelak, selepas ketiadaan ku, tidak kembali kedalam belantara. Seperti daulu kala. Dihalau dik Penjajah durjana.

Secara rengkasnya, walaupun aku hanya seperti ini, aku bersama mereka memperjuangkan Negaraku, Bangsaku, agamaku hingga ketitisan darah ku yang terakhir. Kepada kaum yang lain, mereka tentunya mempunyai pemimpin mereka sendiri yang berjuang untuk kaum agama mereka. Pada aku konsep Barisan Nasional adalah satu konsep yang sangat budiman kerana semua kaum berada didalamnya, dan berjuang sebagai sebuah parti semua bangsa Malaysia. Semua wakil kaum masing-masing ada didalam Barisan Nasional untuk berjuang bagi pihak kaum mereka masing-masing dan dalam masa yang sama berjuang untuk negara Malaysia secara keseluruhannya.

Barisan Nasional adalah satu Pakatan antara parti berbilang kaum yang sama-sama bersatu dan berpadu memerintah negara ini. Tidak ada satu kaumpun yang akan ditinggalkan. Aku jelaskan disini, bahawa konsep ini tidak terdapat dalam mana-mana negara didunia ini dan seharusnya kita berbangga dengan konsep berbilang parti yang bergabung menjadi satu ini.

Sebagai akar umbi parti Melayu / UMNO, sudah tentulah aku berjuang untuk mempertahankan matlamat partiku. Bukan sebaliknya menghabiskan masaku berjuang untuk parti MCA atau MIC atau PKR atau DAP atau PPP atau PBS atau PRS. Aku berjuang untuk partiku UMNO. Maka aku dikatakan perkauman oleh bangsa ku sendiri.

Dalam penelitian yang ku buat, aku tidak nampak kaum Cina dan India berjuang untuk melayu.
Yang aku nampak mereka yang duduk dalam PKR, DAP, PPP, MCA, dan MIC serta GERAKAN....perjuangan mereka tetap untuk parti dan kaum mereka sahaja. Dewasa ini mereka yang berbangga dengan istilah TIDAK PERKAUMAN rata-rata dari kalangan bangsa melayu sahaja. Jika dari kaum lain ada yang menggunakan istilah itu, kebenarannya sangat tidak tulus dan keikhlasnya dapat dipertikaikan. Aku percaya itu hanyalah retorik dan kepuraan semata-mata. Jelas apabila kita melihat hasil keputusan PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang baru-baru ini. Dimana lebih 80% pengundi Cina dan India tidak menyokong Barisan Nasional yang semua bangsa dan kaum berada didalamnya serta berjuang untuk matlamat yang satu. Bukan hanya bercontoh kepada PRK di Bkt Selambau dan Bkt Gantang sahaja, malah banyak peristiwa sejak merdeka yang mengambarkan bahawa masyarakat Cina dan India lebih perkauman dan tidak sekali-kali berganjak dari matlamat perjuangan kaum mereka. Mereka ekstim dan kental dalam memperjuangkan matlamat dan kedudukan kaum mereka dalam politik negara Malaysia ini. Sedang bangsa Melayu asyik melaungkan slogan BUKAN PERKAUMAN, termasuk sejak akhir-akhir ini parti PAS sendiri.

Apakah alasan yang diberikan oleh Pemimpin MCA apabila salah seorang daripada mereka mencadangkan diberikan satu kerusi TPM kepada kaum Cina? Apakah alasan yang baik untuk komuniti Cina dengan perjuangan mereka yang kental dan kuat mempertahankan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina? atau kaum India kepada perkara yang sama? Bolehkah kita kata perkauman jika UMNO mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara? Atau Agama Islam sebagai agama resmi negara? Apa sebenarnya dari segi "bukan perkauman" yang telah diperjuangkan oleh Hindraft?Sudah bacakah objektif dan matlamat perjuangan sebenar Hindraft?. Kenapa Lim Guan Eng menghapuskan DEB di Pulau Pinang sedangkan ia tahu benar DEB bermatlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat!!!!

Saya nak beritahu kepada gulungan terpelajar melayu yang sekarang ini semakin bertambah ramai bilangannya,,,bahawa kerana "sikap perkauman" pada pandangan kamu itulah, yang menjadikan kamu terpelajar pada hari ini. Bolehkah kamu sekolah dan menimba ilmu hingga menongkat langit, jika bukan bantuan Kerajaan Barisan Nasional. Harap ayah dan emak kita yang kehidupan mereka kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, untuk menyekolahkan kita hingga kemenara gading?

Ada beberapa istilah yang harus difikirkan bersama dan bermuhasabah bersama demi kepentingan kesinambungan perjuangan bangsa. Ia adalah seperti berikut:-

-Perasaan Hasad Dengki.
-Perasaan iri hati,
-Khianat,
-Mengada-ada.
-Hati diselubungi kehitaman.
-Jiwa Jahat dan Kosong.

Jumaat, 3 April 2009

ONE MALAYSIA, Apakah Cina dan India bersedia????

Okey, saya setuju dengan saranan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai gagasan "one Malaysia" yang dilontarkannya semasa ucapan sulong beliau selepas sahaja mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 baru-baru ini. Gagasan One Malaysia membawa tafsiran bahawa segala perancangan dan pelaksanaan dasar dan program negara hendaklah menjurus kepada dasar dan pelaksanaan yang tidak berdasarkan kaum, malah berdasarkan kepada hak kesamarataan dan keadilan kepada semua warganegara Malaysia. Sudah tentu tidak akan ada satu kaumpun yang akan ditinggalkan dan sudah tentulah semua kaum bermula saat ini wajib tidak "jatuh cinta" kepada negara asal dan menjatuhkan rasa cinta tersebut secara 100% kepada Malaysia sebagai negara mereka. Tidak terkecuali bagi para pemimpin, samaada pemimpin komuniti melayu, cina, India, Kadazan, Iban, Melanau, Hindraf, ABIM, Persatuan Guru-guru Cina Semalaysia dan sebagainya, bermula saat ini harus menganggap "one Malaysia" sebagai satu gagasan kepada setiap warganegara Malaysia.

Tidak kira pemimpin itu melayu atau cina atau India atau Iban atau Kedazan, masalah kemiskinan yang belum lagi selesai dan masalah ketidaksamarataan tafar kehidupan masyarakat yang mengikut kaum-kaum yang ada di Malaysia harus diselesaikan secara ikhlaas dan jujur sesuai dengan amalan gagasan one malaysia yang dilaungkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Masalah kemiskinan yang masih melanda suku kaum India, Melayu, Kadazan, Iban, Melanau, Orang asli dan sebagainya lagi itu harus dipandang dari sudut pembasmian kemiskinan masyarakat Malaysia. Bukan pembasmian kemiskinan melayu atau Iban atau India. Ia adalah pembasmian kemiskinan orang Malaysia. Jangan sekali-kali jika kerajaan berusaha untuk membasmi kemiskinan penduduk luar bandar, maka akan kita katakan membasmi kemiskinan kaum atau bangsa melayu.

Di Malaysia ini, rata-rata penduduknya yang tinggal dikawasan luar bandar masih perlukan bantuan untuk menaikkan taraf kehidupan mereka. Begitu juga yang tinggal di estate-estate atau perladangan getah dan di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak. Masyarakat dikawasan ini sangat memerlukan peluang bagi meninggikan tafar kehidupan mereka. Jika berlaku kemiskinan dikawasan bandar, mereka yang miskin itu rata-ratanya hidup dikawasan setinggan yang daif dan tidak mengamalkan kehidupan yang nyaman dan bersih. Masyarakat inilah yang amat memerlukan bantuan kerajaan terutama dari segi pendidikan anak-anak dan peluang pekerjaan yang menjanjikan gaji yang agak lumayan, bagi menaikkan taraf hidup mereka.

DENGAN JELAS DAN TEGAS SAYA KATAKAN BAHAWA KUMPULAN masyarakat YANG SAYA SEBUTKAN ITU TADI TERLALU JAUH KETINGGALAN JIKA DIBANDINGKAN DENGAN MASYARAKAT BANDAR DAN YANG TERLIBAT DENGAN BIDANG PERNIAGAAN. TIDAK KIRA IANYA DARI KAUM MANA SEKALIPUN, JIKA TERLIBAT DALAM BIDANG PERNIAGAAN DAN BIDANG PROFESIONAL LAIN, MEREKA TIDAK LAGI TERGOLONG DALAM GARIS KEMISKINAN. Dalam gagasan one malaysia yang dilaungkan Datuk Seri Najib, kumpulan yang "kaya-kaya" ini seharusnya dan sebaliknya dididik agar menjadi manusia yang dermawan dan membantu kerajaan untuk berkhidmat dan memberikan peluang seluasnya kepada mereka yang masih jauh ketinggalan dalam arus kemajuan dan pengkayaan diri dalam negara kita ini.

Pemimpin juga tidak harus melihat dari sudut bangsa jika menyelesaikan masalah sosial-ekonomi rakyat. Jangan lihat nelayan atau petani itu pada bangsanya. Lihat pada taraf kehidupannya. Pemimpin harus menyelesaikan masalah berdasarkan tahap kehidupan mereka dan bukan kerana mereka melayu atau cina dan India.

Dalam hal ini, apakah syarikat swasta akan menyahut seruan Datuk Seri Najib? Apakah selepas ini pengambilan pekerja swasta tidak lagi berdasarkan kaum? Apakah mungkin kakitangan swasta selepas ini tidak hanya dimonopoli oleh sesatu kaum sahaja seperti sebelum ini? Saya yakin selepas ini pengambilan kakitangan kerajaan akan dibuat secara yang lebih adil kepada semua kaum. Tetapi apakah swasta akan mengikut langkah tersebut?

Khamis, 2 April 2009

WAHAI GENERASI MUDA DAN DEWASA MELAYU, BELUM SEDARKAH LAGI?

Wahai orang-orang melayu samada yang muda maupun yang "lama", belum sedarkah lagi setelah melihat, mendengar dan memerhati keadaan atau suasana kekecohan politik kita sejak dua menjak ini. Tidak kira samada anda dalam PKR atau PAS maupun UMNO atau sekalian anda tengah duduk diatas pagar berduri.



Tidak sedarkah lagi bahawa kita tengah berada dalam keadaan adu domba kaum lain? Di Pulau Pinang kita sangat dipandang hina oleh kaum yang asalnya pendatang itu. Di Perak kita seenaknya dijadikan boneka. Di Selangor mereka cuba membawa budaya yang bertentangan dengan kemurnian dan kesucian bangsa dan agama serta budaya timor kita.



Apa erti dan maknanya istilah KEADILAN itu, jika bangsa kita tergadai maruah dan terhina diatas tanah air sendiri? Apapun jua istilah yang diungkapkan, yang mustahak ialah mesti kita yang seharusnya mengatur dan memegang teraju kejayaannya. Jika istilah itu keadilan, maka mesti kita yang menjayakan misi dan visi keadilan tersebut. Terpulang kepada kitalah untuk memberikan makna tepat kepada istilah keadilan tersebut, bersesuaian dengan situasi semasa dan ketika bila keadilan itu hendak ditegahkan. Apakah kita mahu keadilan dari sudut pandangan DAP atau PKR? Apakah anda semua yakin keadilan mereka itu ialah adil pada pendapat dan pentafsiran kita?



Tahap PERPADUAN dikalangan bangsa kita sejak mutakhir ini sangat membimbangkan dan sangat tidak menyenangkan hati dan sanubari. Pergeseran dikalangan kita bukan sesuatu yang menjadi rahsia lagi dan dapat ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. Di Perak sangat nyata dan menjelikkan. Pemimpin kita bergaduh sesama bangsa dan telah masuk tahap yang sangat serius dan boleh dikatakan hanya menunggu "retak menjadi belah" sahaja. Sedang dalam masa yang sama Anwar semakin bermaharajalela meneruskan agendanya untuk memecah-belahkan bangsa kita, seolah seperti beliau bukan berasal dari kaum melayu.



Saya sangat memahami bahawa dengan perpaduan kita, maka bangsa malaysia seluruhnya akan juga bersatu hati. Tetapi bukan itu yang mustahak disini. Yang menyedihkan ialah dikalangan kita tidak berpadu dan mereka ketawa dan mencari kesempatan diatas pergeseran yang berlaku. Apabila kita berpecah belah dan sibuk berebut harta dan kuasa, maka Jahilliah akan mencari kesempatan untuk "meneguk diair yang keruh" ini. Tak kan anak-anak muda bangsa kita terlalu bahalol dan tidak memahami akan suasana politik yang mengerunkan ini. Keadilan dan kesamarataan apa yang hendak anda perjuangkan jika anda hanya seperti "melungkut ditepi gantang" didalam negara anda sendiri? Semenjak 50 tahun lebih yang lalu, kita telah berjaya mempertahankan keunggulan kita dalam memegang teraju pemerintahan tanah air kita. Bukan kah ini harus dipertahankan?. Apakah cara mempertahankannya adalah dengan bergaduh dan bergeseran seperti sekarang ini????Perbedaan ideologi tidak mengapa. Okey dan sangat baik jika pelaksanaannya membina dan membawa manafaat. Tetapi kebebasan yang diberikan nampaknya tidak membawa manafaat, bahkan mudarat kepada kesinambungan perjuangan bangsa kita. Apa sudah jadi dengan anda?



Kepada anda yang masih muda usia, saya sarankan bacalah buku yang bertajuk SEJARAH PERJUANGAN BANGSA MELAYU terbitam Pustaka Antara, karangan Ibrahim Mahmood.
Sekurang-kurangnya anda tahu asas tentang sejarah perjuangan bangsa kita sebelum dan setelah mencapai kemerdekaan.

Rabu, 1 April 2009

UMNO harus memiliki KEWANGAN yang kukuh.

Saya tidak tahu samada ketika ini UMNO memiliki kedudukan kewangan yang kukuh. Bagaimanapun, melihat kepada sikap Pak Lah yang suka berjimat dalam perbelanjaan, saya yakin kewangan UMNO sangat kukuh ketika Pak Lah menyerahkan tampuk utama kepada Abang Najib. Sepatutnya, selain untuk membiayai perbelanjaan pengurusan parti, UMNO sangat memerlukan kewangan untuk membantu setiap bahagian dalam pengurusan pentadbirannya. UMNO juga memerlukan sumber wang untuk melaksanakan agenda perubahan yang dilaungkan oleh Presiden parti baru-baru ini.



Pendeknya pendekatan lama yang membiarkan Ketua Bahagian berusaha mencari wang ringgit untuk perbelanjaan pengurusan pejabat bahagian dianggap sudah lapok dan tidak lagi boleh di implimentasikan pada era perubahan ini. Sebab utama kenapa saya berkata demikian ialah KERANA KETUA BAHAGIAN TERPAKSA MENCARI SUMBER KEWANGAN UNTUK MEMBIAYAI PERBELANJAAN BAHAGIAN. YANG DEMIKIAN MEREKA AKAN MENGGUNAKAN KUASA DAN KEDUDUKANNYA UNTUK MENCARI SUMBER KEWANGAN MELALUI BERBAGAI CARA TERMASUK CARA YANG TIDAK BERETIKA. INI BOLEH MEMBAWA PERBUATAN RASUAH DAN PENYELEWENGAN KUASA YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA SELAKU KETUA UMNO BAHAGIAN DAN WAKIL RAKYAT YANG MEREKA PEGANG. Kaedah lama ini juga menghalang peluang pemimpin yang memiliki karisma dan berintegriti tinggi untuk menjawat jawatan tertinggi diperingkat bahagian maupun diperingkat MKT kerana wang ringgit yang memainkan peranan yang penting diatas kenaikan setiap pemimpin peringkat bahagian.



Perbelanjaan pengurusan pentadbiran bahagian harusnya dibiayai oleh Ibu Pejabat UMNO dan UMNO mesti mencari sumber kewangan untuk membiayai setiap perbelanjaan pengurusan Bahagian. Elauan Setiausaha Kerja Bahagian, Sewa Pejabat Bahagian, Stationeries Bahagian, Alat Pejabat Bahagian, Komputer di Pejabat Bahagian, dan segala perbelanjaan bahagian mesti dibiayai oleh Ibu Pejabat.



Setiap kali Persidangan Agung UMNO diKuala LUmpur juga harus dibiayai oleh Ibu Pejabat termasuk Tempat Tinggal dan tambang penerbangan dan Pengangkutan darat yang digunakan oleh perwakilan. Ketua Bahagian sepatutnya tidak membiayai segala urusan perbelanjaan ini kerana ini menyebabkan suara perwakilan akan sentiasa disumbat dengan wang oleh Ketua Bahagian.



Saya kira pemimpin saya akan memahami akan maksud penulisan ini. Maka saya ajukan untuk perbincangan kalangan kepimpinan UMNO peringkat tertinggi. Sekian.

Selasa, 31 Mac 2009

Nasihat berguna untuk Niz Aziz dan Pak Hadi Awang.

Sejak kebelakangan ini suasana politik negara berada dalam keadaan kekecohan yang menyeramkan. Tidak dapat dinafikan kesannya kepada politik bangsa kita dimana suasana ini sangatlah tidak mendatangkan manafaat yang baik. Pendek kata banyak kesan negatif terhadap "kesuburan" politik melayu akibat dari kekecohan yang terjadi. Bukan tidak baik jika kita memberikan ruang yang tidak bersempadan kepada gulungan generasi muda untuk menyuarakan apa jua secara bebas akan kehendak hati mereka. Tetapi disamping itu ia tetap membawa bersama termasuk perkara yang tidak membina. Kebebasan tanpa hala tuju menjadikan generasi muda seolah seperti sekumpulan kerbau berjuta ekor yang lari bertempiaran akibat terkejut mendengar bunyi mercun yang dibakar anak-anak kecil.

Mungkin benarlah kerana mereka dilahirkan jauh selepas kemerdekaan, bahkan lebih muda dari umur peristiwa 13hb Mei 1969. Mungkin juga sukatan mata pelajaran disekolah tidak menitik beratkan peristiwa duka lara nenek moyang mereka mempertahankan perjuangan bangsa suatu ketika dulu. Mungkin juga semangat kebangsaan dijiwa mereka telah menjadi sifar. Atau mungkin ada angkara lain yang menyebabkan mereka sedemikian rupa.

Kini mereka hanya menggunakan ilmu didada untuk menilai segala langkah kehidupan. Mereka kurang menitik-beratkan keutamaan perpaduan dan kejituan kesatuan bangsa. kepada mereka semuanya adalah sama dan kepada mereka satu campur satu itu adalah dua. Jika dua sen dibahagikan kepada dua orang manusia, harus dibahagikan satu sen seorang. Itulah adil dan samarata kepada gulungan generasi muda. Mereka tidak menghayati bahawa selama hampir 450tahun bangsanya dibahagikan dengan sangat tidak samarata oleh bangsa asing yang bergelar penjajah. Bahawa bangsa penjajah itu telah memberikan 90 sen kepada bangsa cina manakala hanya 1 sen kepada bangsa mereka. Kenapa DEB dilancarkan oleh mantan PM Tun Abdul Razak, bukan merupakan ukuran langkah silat politik mereka. Mereka tidak menjadikan suasana orang melayu di Singapura sebagai iktibar nyata. Mereka tidak menjadikan suasana orang melayu di Selatan Thai sebagai pengajaran dan tauladan. Begitu juga dengan kedaifan kehidupan masyarakat islam di Selatan Filipina. Kenapa berlakunya lonjakan kebijaksanaan dan kebudimanan kepada masyarakat melayu di Malaysia? langsung tidak dihiraukan sebab dan musababnya oleh mereka. Apakah ianya terjadi dengan hanya nasib semata. Mungkin kerana tuhan sayangkan melayu di Malaysia dan tidak sayang dengan melayu di Selatan Thai? Mereka seharusnya sedar dan menghayati bahawa semua ini adalah usaha keras pemimpin bangsa.

Yang menghairankan mereka sangat terpelajar dan sebahagiannya adalah gulungan intelektual melayu yang memiliki ijazah bertimbun-timbun.

Kita hendaklah berbalik semula kepada keadaan asal kita. Bahawa melayu hendaklah bersatu hati, mengatur langkah pertiwi memaju diri dengan gerak berhati-hati. Apabila kita berkata Jerat tidak lupakan Kancil, kita kenalah merujuk bahawa jerat itu ialah mereka dan bukan kita.
Sering sangat kita terlupa dan lalai akan apa yang tersirat dalam perjuangan bangsa kita. Sedang mereka sentiasa beringat dan akan menyalak ketika kita berpecah dan bertelingkah. Apabila melayu lemah, satu demi satu hak dan ampunya kita akan tergadai dan kita menjadi semakin lemah dan lesu tidak bermaya.

SEBAHAGIAN BESAR DARI SUASANA INI ADALAH AKIBAT PEMIMPIN MELAYU MASA KINI. Alangkah baiknya jika pemimpin kita tidak mengutamakan kuasa dan harta. Alangkah baiknya jika tidak berburuk sangka antara kita. Alangkah baiknya jika kita benar-benar mengamalkan situasi menang-menang antara kita. Tidak perlu bersembunyi dan menjadi rahsia. Nik Aziz, Pak Hadi, Datuk Seri Najib, Muhyiddin, Datuk Seri Zahid, Shafie Afdal dan Hishamuddin, Salahuddin Ayub dan lain-lain haruslah merangka secara terbuka PENYATUAN KEDUA PARTI UMNO DAN PAS DEMI SURVIVAL BANGSA MELAYU. Segera sebelum suasana kesedihan menjadi kenyataan. Jangan ada sesiapa yang akan ketinggalan dalam penyatuan. Semua akan menang dan semua akan hati senang. Samada dalam PAS atau UMNO atau mana-mana jua, selagi kita yakin dengan ucapan Ashhadualahillahailallah, waashhaduanna Muhammadarasuluallah, maka kita adalah saudara dan haram bagi kita bertelingkah melebihi jumlah 3 hari.

Suasana akan kembali aman dan sentosa jika ia menjadi nyata. Kaum India dan Cina juga akan senang menjalani kehidupan mereka dalam negara jika melayu kuat menjadi satu. Bersatu hati kita membawa negara kemercu kejayaan diarena antarabangsa. Buangkan segala kekeruhan dan ambillah suasana kejernihan sesama kita. Rapatkan hubungan silatulrahim kerana itupun yang dituntut oleh agama suci kita. Kata mengata dan adu domba, hatta didalam blog seperti ini harus dinyahkan dari sanubari kita. Siapa kita yang bingkas dan hebat dalam menyebar adu domba dan fitnah? Apakah kita tidak pernah melakukan kesalahan dan kesilapan dalam kehidupan?

Pesanan saya buat Tok Guru Nik Aziz dan Pak Hadi Awang, bahawa bawalah seramainya bangsa kita sebelah sana, untuk bersama pemimpin bangsa sebelah sini, untuk bersatu hati dan bersama berjuang didalam satu platform bangsa yang mungkin tidak bernama UMNO dan PAS lagi. Saya yakin orang seperti Nobisha, Pak Kadir Jasin, Hussin Lempoyang, Fuad Hassan, Kuda Kepang, Nordin Kardi dan yang lain-lain akan menangis teresak-esak kesayuan dan kegembiraan jika ia menjadi nyata. Saya yakin sepenuhnya bahawa tidak ada seorang melayupun akan menentang hasrat ini, kecuali mereka yang takut kehilangan kuasa dan harta dan itu bukankah Tamak dan haloba namanya.

Rasuah masih berleluasa menjelang hari pengundian?

Berita Nasional@Satu pagi tadi mewar-warkan, Lembaga Disiplin Parti UMNO menyebarkan kenyataan bahawa masih berlaku perbuatan rasuah menjelang hari-hari terakhir pengundian semasa Persidangan Agung UMNO baru-baru ini. Bagaimanapun kenyataan tersebut tidak beserta dengan bukti kukuh dan penyiasatan akan dilakukan samada memang berlaku perlakuan seumpama itu. Lembaga Disiplin Parti UMNO juga mengakui bahawa perlakuan rasuah disaat-saat akhir memang sesuai terjadi, kerana pada ketika itulah usaha untuk meraih kemenangan akan menggunakan segala cara dan kaedah bagi memenangi hati para pengundi.

Saya mempunyai sedikit komen mengenai berita ini.

1. Sepatutnya berita seperti ini tidak dihebahkan melampau-lampau pada ketika Datuk Seri Presiden berusaha kuat untuk membuat perubahan dalam parti. Selain daripada kita bersikap telus dan mulus, apakah kita sedar bahawa sebenarnya kita membuka pekong didada?
Ada kadangnya pendekatan sebegini baik untuk parti, dan ada ketikanya sangat buruk untuk parti kita. Dilain masa nanti, berita seperti ini boleh kiranya dihebohkan kepada khalayak jika telah terbukti dengan sahih.

2. Olehkerana telah terheboh kepada masyarakat secara nyata, maka saya kira YB Datuk Seri Presiden harusnya menangani kes ini dengan bijaksana. Salah satu tindakan yang saya kira baik dan bijaksana ialah jangan sesekali memilih pemimpin yang dipersepsikan sebagai Perasuah tadi sebagai Menteri Kabinet Persekutuan maupun Negeri.

Sekian dan Harap Maklum.

Isnin, 30 Mac 2009

SATU PILIHAN UNTUK HISHAMUDDIN HUSSEIN TANPA PREJUDIS.

Semasa ucapan penangguhannya dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini, Datuk Seri Hishamuddin mencadangkan agar guru-guru diberikan kebenaran semula untuk bergiat dalam politik tanah air. Astro Awani semalam membuka seluas-luasnya cadangan Datuk Seri ini dalam program AGENDA AWANInya yang dimoduratorkan oleh Encik Suhaimi Sulaiman. Apakah baik dan buruknya jika guru-guru diberikan kebenaran untuk bergiat semula dalam politik?

Kesimpulannya menampakkan kepada kita bahawa disamping kebaikan yang boleh diperolehi, ia juga membawa banyak implikasi negatif terutama kepada kemajuan pendidikan anak-anak bangsa disekolah-sekolah. Yang jelas, dimasa lalu, larangan kepada guru-guru berpolitik adalah berpunca kerana keterlibatan mereka membawa kesan buruk kepada perkembangan pendidikan anak-anak di sekolah. Keasyikan berpolitik menyebabkan kerjaya utama mereka sebagai guru ketinggalan dan dilalaikan. Dan tidak hairan dimasa depan jika guru-guru diberikan kebenaran semula, kesan yang sama akan sekali lagi menimpa sistem pendidikan negara.

Oleh yang demikian, saya dengan ini tidak bersetuju jika guru-guru diberikan kebenaran semula untuk masuk bergiat dalam bidang politik.

Kenapa tidak Datuk Seri Hishamuddin mencadangkan agar gulungan profesional khususnya profesional melayu yang bukan kakitangan awam, bergiat masuk sebagai ahli UMNO atau MCA atau MIC atau PBS atau PBB atau PRS? Tidak hanya sekadar memasuki PKR atau PAS atau DAP? Sekarang ini ramai profesional kita terutama dari kaum India memasuki parti PKR dan PAS kerana laluan untuk mereka memasuki parti dalam Komponen Barisan Nasinal agak sedikit memeritkan. Kalaupun terdapat gulungan pendidik yang diberikan kebenaran untuk bercebur diri dalam politik, saya kira elok dikhaskan hanya kepada gulungan Pensyarah dipusat-pusat pengajian tinggi sahaja.

Selama ini semacam ada satu perasaan gundah dan tidak selesa dikalangan gulungan profesional melayu khususnya, untuk bergiat sama dalam arus politik negara. Suara-suara sumbang dan bertentangan dengan cita rasa kerajaan Barisan Nasional, yang kerap kedengaran sebenarnya adalah suara dari mereka yang bijaksana dan berilmu tinggi ini. Tetapi kerana tidak diberikan ruang kesempatan yang selesa, mereka terpaksa menjerit sekadar dari luar lingkaran sahaja. Saya suka mencadangkan agar mereka dibawa masuk untuk sama-sama menjalani arus politik negara demi ketamadunan bangsa Malaysia yang kita cintai bersama ini.

Ahad, 29 Mac 2009

BERUBAH bagaimana?

Berubah atau diubah. Atau Rebah. Begitulah kata dua ataupun AMARAN yang diungkapkan oleh Datuk Ser Najib Tun Razak, Presiden UMNO yang baru terpilih dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini. Maka ramailah cendikiawan melayu yang berlumba-lumba memberikan tafsiran dan andaian tentang istilah perubahan yang dikemukakan dan dijanjikan oleh Presiden UMNO yang baru itu.
Yang nyata dari Presiden UMNO hingga kepimpinan UMNO akar umbi menyedari akan hakikat perubahan tersebut. Dan mereka juga memahami sepenuhnya bahawa yang akan mengalami perubahan itu bukanlah obejktif dan matlamat perjuangan UMNO itu sendiri. Bukan perjuangan agama, bangsa dan negara yang akan diubah. Bukan membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan bumiputra yang akan berubah. UMNO tetap akan hanya mengambil keahliannya kepada kaum bumiputera sahaja, khususnya melayu dan bumiputera Sabah seperti Kadazan, Dusun dan Iban. Kaum-kaum lain seperti Cina dan India tetap dengan parti masing-masing dan tidak layak masuk sebagai ahli UMNO.
Pada rasa saya yang dimaksudkan dengan perubahan oleh Presiden parti ialah sikap dan pendekatan dalam pengurusan dan pentadbiran parti itu sendiri. Maka perkara-perkara yang menyangkut paut sikap pemimpin dan perkara yang berkaitan dengan pengurusan parti, yang selama ini sangat buruk dan tidak lagi relevan harus diubah dengan seberapa segera yang boleh. Umumnya perubahan ini merupakan suatu tindakan kepada sesuatu yang baru atau kembali kepada sikap terpuji yang sekian lama telah sebati dengan parti UMNO itu sendiri, tetapi telah lama dilupakan dan dilalikan akibat kehidupan para pemimpin dan setengah ahli yang berada dalam dunia keselesaan materialis. Setelah sekian lama menjadi parti pemerintah Malaysia, UMNO dan ahlinya hidup dalam suasana sentosa dan mengecapi suasana selesa. Perjuangan mengisi kemerdekaan yang dilaungkan sejak sekian lama, yang telah berjaya dicapai, walaupun tidak sepenuhnya, telah menjadikan sebahagian daripada kita alpa akan perjuangan UMNO sebenar. SEPATUTNYA DALAM KITA MENGISI ERTI SEBENAR KEMERDEKAAN, KITA SEHARUSNYA JANGAN LUPA BAHAWA PENGISIAN KEMERDEKAAN ITU TERHASIL DARI USAHA KERJA-KUAT PEMIMPIN SEBELUM DARIPADA KITA. USAHA DAN JASA UMNO DAN SEMUA PARTI YANG BERADA DALAM KOMPONEN BARISAN NASIONAL. Malangnya harta dan kuasa telah mengaburkan mata dan minda kita sebagai ahli UMNO. Kita alpa dan lupa semuanya sehingga harta dan kuasa telah menjadi matlamat dan tujuan kita menjadi pemimpin nusa. Padahal bukan itu yang menjadi matlamat sepatutnya. Kita lupa agama, kita lupa bangsa dan kita lupa negara. Memang benar jika Tun Mahatahir pernah mengungkapkan perkataan "melayu mudah lupa".
PRU ke 12 telah menyedarkan semua ahli UMNO tentang kesilapan arah tuju kita sebenarnya.
Datuk Seri Najib terpaksa bertindak berani dengan memberikan Amaran tegas bahawa jika kita berterusan lupa tentang matlamat perjuangan yang sebenar, tidak akan mustahil kita akan dilupakan dan hanya tinggal sejarah dalam politik Malaysia suatu ketika kelak.
Ahli dan pemimpin UMNO dari atas hingga ke bawah mestilah beringat dan bermula dari sekarang kena menyusun barisan bertindak bagi memperbaiki keadaan. Pemimpin dan ahli UMNO tidak lagi boleh alpa dan berterusan menyombong diri dan bersikap angkuh. Tidak lagi boleh mengada-ada dan menunjuk pandai dan tahu serba serbi sehingga membelakangkan anak-anak melayu yang berilmu diluar parti. Cendiakawan melayu ini haruslah dibawa kedalam parti sebagai manusia yang kita harap-harapkan akan meneruskan matlamat perjuangan melayu hingga kemasa hadapan. Setelah kita, selaku pejuang parti bersusah payah menjadikan anak-anak melayu kita menjadi orang yang berilmu serba serbi, namun apabila semua itu tercapai, mereka kita singkirkan daripada perjuangan melayu ini. Mereka ini bertimbun-timbun berada diluar parti dan tidak berkesempatan masuk menjadi ahli dan berjuang bersama kita, kerana sebahagian daripada kita menghalang kemasukan mereka akibat tamak dan rakus dengan peluang kuasa dan harta yang terdapat didalam UMNO. Jika ingin berubah, sikap dan ketamakan dan kerakusan ini harus dikikis dari sanubari setiap pemimpin parti.
Cadangan Datuk Seri Najib untuk membuka seluasnya kepada pemimpin disemua peringkat ikut mengundi dan memilih Presiden dan Timbalan Presiden parti adalah satu cadangan yang sangat terpuji. Sistem kouta yang selama ini menghalang daripada pemimpin lain untuk bertanding selaku pemimpin besar dalam UMNO harus juga dihapuskan. Dan membiarkan sebahagian besar pemimpin dari atas hingga kebawah untuk membuat pengundian dianggap juga boleh menghalang akan berlakunya Rasuah didalam parti, adalah satu cadangan yang sangat bijaksana.
BAGI MENGATASI MASALAH KETIDAKADILAN DALAM SEBARANG PEMILIHAN PEMIMPIN PARTI, SAYA MENCADANGKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA PEMILIHAN DIPERINGKAT BAHAGIAN YANG AHLINYA TERDIRI DARIPADA BUKAN AHLI PARTI. PROSES PEMILIHAN KEPIMPINAN CAWANGAN DAN BAHAGIAN AKAN DIKENDALIKAN OLEH SURUHANJAYA TERSEBUT DENGAN PERUNTUKAN KOS PERBELANJAAN YANG AKAN DIBIAYAI OLEH IBU PEJABAT UMNO PUSAT.
Pemilihan UMNO Bahagian dan cawangan yang selama ini dikendalikan oleh cawangan dan bahagian masing-masing telah menimbulkan ketidakadilan kepada SETENGAH pemimpin bahagian dan cawangan yang mencuba nasib bertanding menjadi pemimpin. Pemimpin Bahagian dan cawangan yang sedia ada mempunyai advantage untuk memenangi setiap pertandingan, kerana semua urusan pertandingan dikendalikan oleh pemimpin yang memegang cawangan dan bahagian.
Jika Datuk Seri Najib berani berubah, jika Muhyiddin berani berkorban, jika Zahid tahu makna penyatuan seperti yang dilaungkannya, Perubahan yang paling besar yang sangat baik dibuat ialah PENYATUAN DIANTARA PAS DAN UMNO. Kedua pemimpin antara dua parti itu haruslah tahu apa ertinya sabuah pengorbanan untuk agama dan bangsa.

Khamis, 26 Mac 2009

Betulkah tindakan MB Selangor men'cuti'kan Elizabeth Wong bagi menyelesaikan akhlaknya yang songsang itu"

Pendek dan ringkas sahaja untuk penulisan kali ini.



"Betulkah tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Khalid Ibrahim memberikan cuti yang agak lama kepada Elizabeth Wong bagi menyelesaikan masalah malu kerana "bogel" yang dihadapinya?.



Semoga rakyat seluruhnya bijak membuat pernilaian yang wajar dan bertindak seadilnya dalam memberikan hukuman masing-masing. Bukankah satu kesalahan moral dan etika, seorang Menteri Besar memihak kepada perbuatan songsang seeperti ini.

Seperti dikehendaki, UMNO SUDAH MULA BERUBAH!!!!!!

Seperti yang dikehendaki, UMNO telah menampakkan PERUBAHAN dengan terpilihnya ramai muka-muka baru didalam Majlis Kerja Tertinggi parti itu kelmarin malam. Antara yang terpilih menduduku jawatan terpenting parti UMNO ialah:-
Presiden, Timblan Presiden, Tiga Naib Presiden dan hampir separuh MKT.
Begitu juga dengan Ketua Puteri dan Ketua Pemuda UMNO itu sendiri.

Saya mendengar dan mengikuti perkembangan Persidangan Agung UMNO itu melalui siaran langsung samada di TV 1 maupun di Agenda Awani dari mula hingga tamat siarannya dalam tempuh tiga atau empat hari persidangan UMNO tersebut dijalankan. Saya tidak ke Kuala Lumpur, kerana tidak terpilih selaku perwakilan maupun permerhati ke Persidangan tersebut. Macamanapun dengan melihat suasana persidangan melalui saluran TV dan media perdana seperti persuratkhabaran, saya rasa sudah mencukupi dan saya mampu menilai dengan baik akan kesungguhan parti keramat itu terutamanya dari sedi kesediaan mereka untuk membuat perubahan yang bersungguh-sungguh didalam parti.

TV1 dan Agenda Awani mempernampakkan rasa kecewa sesetengah bijakpandai jemputan dengan pemilihan YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Disamping itu, tidak ketinggalan, media perdana tersebut juga mengakui sebahagian besar dari hasil pemilihan tersebut adalah memenuhi cita rasa dan kehendaki Datuk Seri Presiden parti, sebagai sebuah pasukan yang akan menjadi pembantu dalam beliau menggerakkan perubahan didalam parti UMNO, sekurang-kurangnya sehingga PRU ke 13 dua tiga tahun lagi. Pada hemat saya tidak ada pasukan yang lebih baik dari yang telah terpilih dalam persidangan kelmarin. Saya sangat yakin bahawa hati kecil kita berharap agar Tan Sri Muhyiddin akan terpilih selaku Timbalan Presiden. Dan ini telah menjadi kenyataan. Dalam pada menimbulkan banyak pertikaian dan kritik, kita juga mengharapkan agar Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Afdal akan dipilih oleh perwakilan sebagai Naib-Naib Presiden yang bakal memainkan peranan penting dalam perubahan yang akan dibawah oleh UMNO. Walaupun Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Khaled Nordin menampakkan kewibawaan dalam pemimpinan mereka, tetapi ruang untuk mereka terpilih tertutup, kerana hanya adalah tiga ruang sahaja yang boleh diisi untuk jawatan Naib Presiden parti. Datuk Seri Najib tentunya tahu akan perkara ini dan kita semua berharap Datuk Rais ataupun Datuk Khaled Nordin akan termasuk dalam Saf barisan kepimpinan pilihan Presiden dimasa datang ini.
Zaman Datuk Seri Rafidah Aziz jelas telah berlalu dengan berhentinya Tun Mahathir selaku Presiden UMNO. Cara dan pendekatan zaman kepimpinan Mahathir telahpun berlalu. Dan kita kira sudah agak bertuah dimana Datuk Seri Rafidah Aziz mampu kekal sehingga Persidangan baru-baru ini. Pemilihan Datuk Seri Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru sangat tepat dan bersesuaian dengan kehendak Presiden Parti serta juga akar umni yakni rakyat Malaysia seluruhnya.

Pendekata mereka yang terpilih dalam Persidangan Agung UMNO ialah campuran antara Pemimpin yang memiliki pengalaman yang dalam, Pemimpin dari gulungan "bijak politik" melayu dan pemimpin Generasi muda yang berkelibar yang berpendidikan tinggi yang bukan calang. Bila bercakap mengenai kumpulan pemimpin yang berpendidikkan tinggi, mereka bukan sahaja mewakili UMNO, malah juga seluruh generasi muda Malaysia yang berpendidikan tinggi dinegara ini. Sama-sama kita lihat nantinya samada kumpulan berilmu ini memiliki kebijaksanaan ataupun sekadar memiliki kesempatan sebagai seorang pemimpin yang berkalibar.

Jika kita berjuang untuk KEADILAN SEJAGAT, maka kita harus bertindak dengan adil kepada pemimpin UMNO yang terpilih. Kita hendaklah memberikan peluang yang secukupnya kepada mereka untuk membuktikan kesungguhan mereka untuk berubah dalam bentuk realiti, bukan sekadar retorik untuk berubah semata. Yang pentingnya jangan secepatnya kita membuat keputusan dan jawapan sebelum mereka menyerlahkan kebolehan bersama untuk memimpin kita. Saya yakin sepenuhnya bahawa pemimpin baru terpilih ini akan mampu menggerak satu perubahan yang kita perlukan. Yang akhirnya dengan perubahan tersebut, rasa mual dan jijik kita kepada UMNO sebenarnya adalah satu kesalahan dan kesilapan percaturan yang maha dahsyat.

Sebenarnya apabila Pak Lah menukar corak kepimpinannya dari yang hampir-hampir seeperti "kuku Besi" kepada "liberlisasi", hampir semua akar umbi gembira, Dan ini jelas terpapar dalam Pru ke 11 lalu pada tahun 2004. Malang kerana kita tidak pandai menggunakan kebebasan yang Pak Lah cernakan, maka PRU 2008, UMNO hampir kecundang dalam pemerintahan negara ini.
Apakah kita tidak berterima kasih denga kebaikan Pak Lah dalam membuat perubahan tersebut? Mahukah kita kembali ke era Mahathirisme dimana kungkungan ketat segala kebebasan bersuara diberhentikan dan kita kembali menangkap mereka yang bersuara kritis dan kurang ajar kepada tata susila bangsa Malaysia?

Kita renung bersama......


Ahad, 22 Mac 2009

UMNO BERGURAUKAH????

Memang sukar kita mengakui bahawa apa yang diperjuangkan UMNO selama ini BAIK DAN MURNI. Sejak sekian lama sebahagian daripada kita telah diasuh dan didoktrin oleh Pemimpin Pembangkang agar membenci dan menolak segala perjuangan parti melayu ini.
Ramai dikalangan orang melayu sendiri yang meluat dengan UMNO, yang membenci UMNO dan yang berusaha untuk menjatuhkan UMNO. Dalam keadaan emosi terus membenci dan berjuang untuk menghancurkan parti UMNO, sebuah parti melayu yang selama ini sangat berjasa kepada bangsa melayu dan pribumi keseluruhannya. Berkali-kali saya katakan bahawa jika bukan kerana perjuangan UMNO, telah lama melayu dan pribumi di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ini hancur dan berkubur tanpa nisan.
Sejak kebelakangan ini keadaan semakin menjadi cemas kepada umat melayu di Malaysia. Saya tidak hairan jika kaum Cina maupun India yang membuat bising membenci UMNO, tetapi kini kebencian dan kemeluatan tersebut juga diucapkan oleh kalangan Bangsa melayu sendiri. Dan menjadi mencemaskan apabila saya melihat mereka begitu bersungguh-sungguh sekali berusaha untuk menjahanamkan bangsa mereka sendiri. Saya mula tertanya-tanya samada mereka sedar atau tidak bahawa sanya perjuangan bangsa mereka masih lagi belum lagi selesai. Mungkin setakat begini sahajakah sikap dan kesedaran kaum bangsa ku melayu ini. Mudah berpuashati dan mudah lupa segala kesengsaraan datuk nenek mereka mendapatkan maruah dan mengembalikan mertabat bangsanya suatu ketika dulu.
Institusi Raja-Raja sudah mula dimomok-momokkan oleh kaum bangsa ku sendiri. Aku tidak hairan jika Karpal Singh yang berbuat demikian, kerana beliau bukan melayu. Aku tidak menjadi keliru jika Lim Kit Siang yang mempermainkan institusi tersebut, kerana beliau adalah dari kaum Cina. Tapi aku kaget dan hairan jika Nizar yang berbuat demikian. Aku terpaku mendengar jika ia terluah dari mulut Anwar Ibrahim. Mereka semua dari kaum bangsa ku. Sekalipun darahnya telah bercampur dengan cuka dan kicap. Hanya kerana kuasa dan harta? Sehingga sanggup membelakangkan adat dan budaya bangsa?
Aku mengakui bahawa apa yang PAS utara juga bukan gurau senda. Samada UMNO ataupun PAS, mereka berjuang sesuatu yang murni dan baik untuk bangsa. Namun kenapa mereka bercakaran kepada sebuah perjuangan yang suci dan murni ini. bukankah baik jika mereka bersatu padu dan bersatu hati kepada sebuah perjuangan yang suci itu!!. Janganlah kerana kuasa dan harta, kita lupa akan perjuangan yang utama. Apakah perjuangan untuk bangsa akan menjadi kenyataan dengan pergaduhan dan pergeseran? Saya tidak terkilan jika hanya sekadar berbeda pandangan dan prinsip sahaja. Tapi tidaklah sehingga kita terlupa kepada perjuangan yang satu dan sangat-sangat sangat sangat utama itu, yakni mempertegakkan kesatuan dan pencapaian agenda bangsa 1000 tahun lagi. Perjuangan kita masih belum selesai. Apa yang kita kehendaki jangan sampai ia terkandas ditengah jalan. Hanya kerana harta dan kuasa. Bukannya sekadar perjuangan yang terbantut, malah harta dan kuasa juga hancur berkecai dari genggaman. Hanya itu sajalah satu-satunya yang kita masih miliki.
Sedarkah kita bahawa kita tak seramai mana, dibanding mereka.
Bayangkan jika Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, dan negeri yang lain kita hanya tinggal 30% sahaja jumlahnya? Ditambah dengan perpecahan yang berlaku, kemana perginya kuasa dan harta jika bukan kepada mereka? Kita mungkin masih bergelar pemimpin pertama. Tapi cukupkah hanya sekadar seperti Nizar yang menjadi boneka itu?
Situasi kini bukan situasi yang kita boleh bergurau senda.
Situasi kini memerlukan kesepaduan bangsa untuk memperbaiki semula,
Kelemahan bangsa yang sangat bahaya,
Kepada satu kesinambungan perjuangan bangsa yang mantap dan jitu,
Melayu dan islam Beraja akan hidup sepanjang zaman.

BERKUMPULLAH GULUNGAN BIJAK PANDAI MELAYU. selamatkan maruah bangsa mu.

Setelah merdeka lebih setengah abad,
Dasar Pendidikan Negara
telah berjaya menghasilkan ramai anak-anak melayu menjadi ahli bijak pandai dan memiliki ilmu menongkat langit.
Bila mereka nak bersatu dan berkumpul dibawah satu payung,
bagi mempertahankan bangsa dari berkubur diatas tanah air sendiri? Janganlah seperti anau dalam belukar,
melepas pucuk masing-masing.
Ketika ini bangsa mu berada dalam situasi cemas.
Gulungan bijak pandai melayu harus bangkit dan bersatu
bagi mengembalikan maruah melayu
yang telah pernah diselamatkan dua kali
oleh nenek moyang kamu suatu ketika dulu
dari bahaman penjajah dan kaum pendatang.

Khamis, 19 Mac 2009

GULUNGAN MUDA BISING????

Tajuk ini tak ramai yang dapat membantah. Dewasa ini banyak suara dari gulungan muda yang nyaring-nyaring dan pedas berdesing. Tidak terkecuali mereka yang menjadi ahli UMNO, apatah lagi gulungan muda yang menjadi ahli parti pembangkang. Kadang tu timbul juga dari mereka yang duduk atas pagar. Banyak dasar dan pelaksanaan kerajaan yang menjadi tajuk perbualan dimana kerap sekali gulungan muda lincah mengkritik dan mempertikaikannya. Ada setengahnya hingga ketahap kritikan yang langsung tidak membina dan tidak mendatangkan manafaat kepada perjuangan bangsa, agama dan negara.

Suasana seperti ini menimbulkan satu ilham kepada kita, apa kiranya jika kali ini UMNO dan BN menampilkan lebih ramai dari gulungan ini menjawat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kerajaan Persekutuan? Kita ramai tenaga dari gulungan ini yang bijaksana dan berkemahiran. Tidak semestinya mereka terdiri dari pemimpin muda dalam parti, malah boleh juga dilantik dari kalangan profesional serta juga pemimpin ngo's.

Bukan pula maksud saya untuk mengenepikan gulungan veteran. Cuma pertambahan gulungan muda perlu ditambah agar pemerintahan dibawah Datuk Seri Najib mempamerkan wajah baru dalam pasukan kepimpinannya. Adunan kepimpinan yang mempamerkan wajah baru dan ceria ini, tentu sekali sangat bersemangat dan memiliki pendekatan baru dalam kepimpinan mereka. Pada rasa saya mereka inilah yang sepatutnya yang diharapkan akan menjulang nama negara diperingkat persada dunia antarabangsa. Dengan tenaga yang kuat dan sifap yang agressif, mereka umpama Ronaldo dipadang bola. Dengan asuhan dan nasihat gulungan veteran, mereka ini akan menjadi seorang pemimpin yang boleh menjadi pengharapan bangsa dan negara dimana mendatang.

Namun terdapat satu bidang ilmu yang mana gulungan muda amat ketandusan sejak kebelakangan ini. Yakni bidang sejarah Bangsa mereka sendiri. Tidak ada sesiapa yang dipersalahkan jika ini berlaku kerana mungkin masa tidak mengizinkan gulungan muda ini menimba ilmu tersebut. Mereka terlalu banyak menjurus kedalam bidang dimana mereka diamanahkan. Pun demikian saya rasa mereka perlu mempelajari ilmu dalam bidang tersebut, jika hendak menjadi pemimpin dalam negara ini.

Seorang pemimpin harus "mengenal dirinya sendiri",
Seorang pemimpin harus tahu sejarah bangsanya sendiri,

Seorang pemimpin, budi pekertinya mestilah budi pekerti melayu sejati,
Jika mereka berfikir soal KEADILAN, pemimpin mestilah berjuang untuk mencari keadilan untuk bangsanya sendiri. Saya tak menafikan keperluan keadilan sejagat, tapi jika keadilan tersebut memusnahkan bangsa sendiri, saya akan kata pergilah jahanam kepada keadilan yang seperti itu.

Jika mereka berfikir soal KESAMARATAAN, pemimpin itu mestilah berjuang untuk kesamarataan bangsanya sendiri, sebelum berfikir soal kesamarataan kaum pendatang. Jika kita belajar sejarah bangsa kita, maka kita akan faham bahawa bangsa kita masih tidak merasai apa itu sebenarnya rasa kesamarataan.

Jika nak menjadi pemimpin bangsa dan negara, seorang pemimpin itu mesti tahu bahawa disuatu masa lalu, banyak waktu bangsa melayu diperlakukan dengan tidak adil oleh penjajah dan yang bersekongkol dengannya.

Saya sangat terkilan apabila mendengar seorang YB UMNO mengatakan generasi muda kini tidak kisah dengan apa yang pernah dilalui ketika orang-orang tua berjuang mencapai kemerdekaan dulu. Gulungan muda masa kini tak peduli akan kejadian itu dan apa yang penting kepada mereka ialah kedailan, kesamarataan dan kebebasan pada masa kini. Mereka mahu kerajaan yang telus, bertanggungjawab dan memiliki integriti yang tinggi. Pada saya orang muda seperti ini tidak langsung layak untuk diketengahkan sebagai alah seorang pemimpin utama bangsa. Dan saya juga sangsi apakah mereka yang bergelar pemimpin didalam PAS dan PKR itu tahu dengan mendalam makna dan pengertian dalam menggali sejarah keujudan bangsanya sendiri?.

Dengan mempelajari ilmu sejarah bangsa, gulungan muda akan tahu bahawa perjuangan bangsanya masih belum selesai. Dan ini bermakna buku-buku yang mereka rujuk dari barat itu masih belum relevan dalam konteks politik Malaysia secara realiti. Ertinya pentafsiran penulis barat mengenai kata keadilan, kesamarataan dan kebebasan dalam konteks Malaysia tidak sama dengan tafsiran penulisan buku-buku falsafah dari barat.

Rabu, 18 Mac 2009

SOALAN AGUS SALIM YANG BELUM TERJAWAB; APA YANG AKAN BERUBAH DALAM UMNO????

Cuba anda jelaskan satu persatu apa yang akan diubah dalam parti UMNO?

Dalam seminggu dua ini jika ada program HUJAH dan DIALOG dalam TV, akan terdapat soalan ini yang dikemukana oleh moderator kepada VIP jemputan. Namun belum terdengar oleh saya jawapan secara keseluruhan dan secara tepat apa sebenarnya yang akan diubah dalam UMNO itu? Kita juga kena tahu KENAPA ianya harus diubah? Bagaimana perubahan itu dilakukan dan siapa yang melaksanakan perubahan tersebut?

Yang dapat dipetik dan dikutip dari jawapan yang diberikan oleh pemimpin UMNO, perubahan tersebut adalah seperti berikut:-

1. Hendaklah ada penstrukturan semula kepada organisasi UMNO itu sendiri. Mungkinkah Naib Presiden akan dikurangkan menjadi 2 atau sebaliknya ditambah kepada 5 orang, itu semua kita kena tunggu. Atau mungkin keahlian dibuka juga kepada non-bumiputera yang beragama islam.
Atau Persidangan Agung Tahunan akan hanya dibuat 5 tahun sekali atau 6 bulan sekali, jawapannya masih menjadi misteri. Apa sebenarnya yang harus dibuat perubahan dalam struktur UMNO, mungkin selepas bulan Mac ini kita akan diberitahu oleh Pak Najib atau Pak Zahid.

2. Dalam mengundi pemimpin UMNO, seluruh ahli akan diberikan tanggungjawab. Tidak lagi seperti sekarang dimana hanya seramai 2,500 orang lebih diberikan tanggungjawab tersebut.

3. Kursus-kursus Integriti dan Etika kepartaian akan kerap dijalankan untuk menanamkan ilmu kepimpinan murni dikalangan pemimpin parti disemua peringkat. Pemimpin sedar perkara ini telah lama dilupakan. Dulu semasa Tun Mahathir menjadi Presiden, kursus sebegini kerap dijalankan. Akupun tak tahu kenapa Pak Lah tidak menggerakan seksyen ini, sedangkan dimasa beliau "modal insan" merupakan agenda utama negara.


Selain daripada tiga perkara diatas, apa lagi yang harus diubah dalam UMNO?
Ada sesiapa diantara anda nak jawab. Cubalah berikan cadangan. Kot-kot boleh di implimentasikan oleh pemimpin UMNO yang akan memenangi pertandingan sedikit masa lagi ini.
Penyokong PAS dan PKR serta non-bumi jika berminat untuk mencadangkan sesuatu yang bernas, anda juga diajak membuat sebarang cadangan kearah perubahan tersebut.

Selasa, 17 Mac 2009

NAJIB mesti memancarkan SINAR KEHEBATAN!!!!!!!!!!


Sehingga saat ini Datuk Seri bakal Perdana Menteri kita masih dengan langkah kebiasaan sehariannya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pemimpin negara. Belum ada sebarang tanda-tanda yang boleh dianggap sebagai "wow factor" yang boleh memukau sehingga rakyat "jatuh-hati" dengan tindakan beliau. Walaupun secara umumnya rakyat mengakui akan kehebatan beliau. Beliau memiliki pengalaman yang sangat luas dalam kepimpinan negara. Najib sentiasa memperlihatkan keberkesanan dalam pemimpin setiap kementerian yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Selaku Ketua Pemuda UMNO dulupun, Pergerakan itu jelas bergerak mantap dan hebat dibawah kepimpinannya. Dan yang pasti, beliau sangat berani mengambil tindakan yang pada pandangannya membawa manafaat kepada rakyat jelata. Sesiapapun tidak dapat menafikan, bahawa FELDA selepas ayahndanya, ketika Najiblah badan gergasi tersebut menampakkan sinar harapan kepada seluruh peneroka.

Namun selaku bakal Perdana Menteri Malaysia ke enam, rakyat sebenarnya memerlukan seorang Perdana menteri yang HEBAT. Datuk Seri Najib mesti memancarkan SINAR KEHEBATAN tersebut pada kaca mata rakyat berjumlah 27 juta ini. Pada masa kini yang paling penting rasa saya, UMNO dan kepimpinan kerajaan Malaysia dapat diterima dengan rasa bangga oleh rakyat Malaysia dan DUNIA seluruhnya. Bukan sekadar ahli UMNO sahaja, malah semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Najib kenalah meneruskan kehebatan Tun Dr Mahathir diperingkat bukan saja dalam negara, malah peringkat antarabangsa. Bahkan Najib perlu melebihi kehebatan Tun Dr Mahathir.

Di peringkat dalam negara, semua golongan sepatutnya akan mengkagumi beliau. Belia dan gulungan muda-mudi akan kagum dengan beliau. Begitu juga dengan kaum wanita, kaum agama, kaum pendidik, kaum nelayan, kaum petani, kaum-kaum-kaum-kaum-kaum lagi. Saya penuh keyakinan, Datuk Seri Najib memiliki kemampuan tersebut. Kita tunggu dan lihat.

Saya ingin melihat Najib berhasil menyatukan umat islam/melayu diMalaysia ini hanya didalam satu parti. Mungkin nama UMNO dan PAS tidak lagi relevan bagi penyatuan tersebut. Mungkin PUIM ( Parti Umat Islam Malaysia ). Dalam keadaan yang sama, kaum lain juga meras selesa, selamat dan diperlakukan dengan adil dan saksama. Datuk Seri Najib MESTI membuat perubahan drastik, bukan sahaja dalam penyatuan melayu, malah dalam rangka besar politik Malaysia secara keseluruhan. Kepada rakyat jelata, kita semua hendaklah buang yang keruh dan ambil yang jernih. Kita mulakan pendekatan politik baru Malaysia yang mementingkan kesejagatan dan kesamaan dalam matlamat perjuangan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan jantina. Terlalu banyak "pengorbanan" yang mesti dilakukan dan hanya "wow factor" yang ujud dalam kepimpinan Datuk Seri Najib akan mampu menggerakkan semua matlamat.

Apa transilasi kepada "wow factor". Itu Datuk Seri Najib kenalah cari sendiri.

Ramai orang-orang UMNO bertanya, Apakah Ali Rustam saja yang mengamalkan POLITIK WANG?

17hb Mac 2009, Lembaga Disiplin Parti UMNO mengambil keputusan dan melarang Datuk Seri Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Persidangan Agung UMNO pada hujung bulan ini. Tak payah saya nak mengulangi dengan terperinci sebab musebab larangan tersebut dikenakan. Cukup sekadar mengatakan bahawa Ali Rustam dan "geng"nya telah melakukan kesalahan yang serius dan berat dalam kempen untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan nanti.

Semalam, saya turun ke bandar dikawasan saya, minum bersama-sama kawan seangkatan dan dalam lingkungan seusia dengan saya. Baru duduk saja kawan saya lalu bertanya soalan cepu emas. "Ali Rustam sajakah?. Saya tanya, "apa"?. Kawan saya jawab balik, "Ali Rustam sajakah yang mengamalkan politik wang dalam UMNO ini? Saya jawab ,"entah"? Dan nampak jelas dimuka kawan tersebut wajah tidak puas hati dengan jawapan "entah" yang saya berikan.
Kawan yang seorang lagi bertanya kepada saya, seolah saya Ybhg Tengku Ahmad Rethahuddin dibuatnya. Kalau minum arak, besarkah dosa orang yang minum tiga gelas berbanding minum satu gelas sahaja? Aku jawab, "tidak ada beza". Habis tu kenapa Khairy Jamaludin diambil tindakan amaran sahaja, sedang Ali Rustam dilarang dari bertanding? Last-last saya jawab, dalam politik semua yang mustahil berlaku, boleh menjadi tidak mustahil akan berlaku dan sebaliknya yang tidak mustahil berlaku boleh menjadi mustahil akan berlaku. Kawan-kawanku bangang mendengar jawapan ku itu.

Tiba-tiba bangun seorang kawan dari meja sebelah, dan ikut campur dalam perbualan kami lalu berkata, "tentu Ali tak puas hati kerana berkemungkinan besar ada lagi yang mengamalkan perkara yang sama tapi terlepas dari tindakan". lalu aku menyampuk, siapa lagi agaknya? ia menjawab, "lu fikirlah sendiri".

Kali ini aku sekali lagi bangang kerana tindakan yang diambil nampaknya masih belum dapat menyelesaikan persepsi buruk rakyat terbanyak.

Isnin, 16 Mac 2009

Datuk Ibrahim Yahya dilantik Ketua Pengarah RTM.


Datuk Ibrahim Yahya dilantik Ketua Pengarah RTM

Tahniah kepada Datuk Ibrahim Yahya,
bekas Panel Pemikir JASA,
yang telah dilantik
ke jawatan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) mulai hari ini.
Datuk Ibrahim, 48, menggantikan Datuk Abdul Rahman Hamid yang kini bertugas sebagai Penasihat Penyiaran Digital kepada Menteri Penerangan sejak 2 Jan lepas, menurut kenyataan Kementerian Penerangan hari ini.
Pelantikan ini sesuai dengan pengalaman luas beliau dalam bidang media dan penyiaran.
Beliau juga dikenali dalam dunia blogger sebagai Ibrahim Tiger, sebelum ini merupakan Penasihat Media kepada Menteri Penerangan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus ehwal semasa dan penyiaran TV3 dan ketua pengarang berita Berita Harian.


Saya juga mengambil kesempatan disini untuk mencadangkan kepada Datuk agar mengedarkan borang keahlian UMNO kepada semua kakitangan RTM dengan segera. Kakitangan RTM sepatutnya menjadi ahli UMNO. Jika mereka inginkan kebebasan dalam memilih parti yang diingini, saya cadang mereka bekerja ditempat lain seperti dalam sektur swasta.
.
Tahniah Datuk.
.

MEMPELAJARI DARI MULUT DATUK SHAHNON AHMAD, ANWAR IBRAHIM DAN PAK HADI AWANG.

Mungkin ada benarnya apabila Tok Guru Nik Aziz mempertahankan PERANGAI MENCARUT dalam penulisan Datuk Shahnon Ahmad, dalam bukunya yang bertajuk "Shit" suatu ketika dulu Bahawa dalam islampun dibenarkan mengeluarkan perkataan "shit" itu. Tapi lihatlah apa kesannya sekarang. Seolah-olah perkataan "biadab" dan "kurang ajar" dengan sewenangnya diungkapkan oleh rakyat Malaysia, dimana jua pun. Suatu ketika dulu juga Pak Hadi pernah membuat satu fatwa palsu dengan mengkafirkan orang islam yang tidak penyokong dan menjadi ahli PAS. Maka mulalah dalam jumlah yang ramai penyokong PAS yang bertindak meluahkan perkataan tersebut samada ketika kempen pru maupun ketika hari-hari biasa, sehingga perkataan pengkafirkan ahli UMNO tersebut sangat popular pada ketika itu.

Pemimpin kadang-kadang tidak menyedari bahawa sebarang ucapan yang diluahkannya sebenarnya membawa kesan yang sangat buruk dalam jangka panjang, kepada tamaddun dan kesusilaan hidup rakyat. Kehidupan bangsa melayu tidak sekali sedemikian tindak-lakunya. Bangsa melayu penuh dengan tata-susila dan adab yang terpuji. Yang tidak biadab dan jauh sekali menderhaka kepada Raja. Malah sangat tersusun dan beradab kata-katanya sekalipun kepada orang yang l;ebnih tua daripada nya. Kini seolah budaya tersebut telah lenyap dan ketinggalan zaman oleh sebahagian kaum bangsa melayu.

Pernah dengar ke tidak Pak Lah mengeluarkan kata-kata kurang ajar? Biadab? dan keji?. Pernah dengar Pak Najib melontarkan ucapan sedemikian? Jawapannya adalah tidak. Kedua pemimpin tersebut berlapik jika berucap. Mereka sebolehnya mengelakkan drp mengeluarkan kata-kata nista walaupun kepada pihak yang tidak sehaluan dengan mereka. Saya tidak pernah mendengar sebarang ucapan yang kelaur dari mulut Pak Lah yang mencarut pemimpin PAS atau PAS itu sendiri.

Saya tidak terkilan jika ucapan sedemikian lahir dari mulut orang kebiasaan. Tapi malang dan sangat mendukacitakan kerana kata-kata biadab dan kurang ajar sedemikian lahir dari mulut mereka yang bergelar pemimpin agung bangsa sendiri. Saya tidak menganggap ini adalah sesuatu yang mempunyai nilai yang murni dan membanggakan kita. Pemimpin sebegini sangat tidak layak dipilih dalam mana-mana flatform kepimpinan, hatta didalam parti politik lawan sekali pun. Inikan pula parti pemerintah. Saya bersyukur kerana dipihak pemerintah, jarang dan hampir sifar pemimpin yang berkelakuan sedemikian.

Oleh itu berhati-hatilah ketika kita mengeluarkan kata-kata.
Bukankah kita sering menghadiri kursus dan ceramah nilai murni oleh mereka yang bergelar Ustaz. Kita sepatutnya tahu bahawa perangai begitu sangat bertentangan dengan nilai agama yang kita anuti.

Ahad, 15 Mac 2009

Saya dah kata jangan, tapi anda tak reti-reti.

1. Saya dah kata jangan, tapi masih terdapat sebilangan drp anda tak reti-reti.

Bukannya saya seorang yang mengatakan perkataan "jangan" itu, malah bertimbun-timbun orang dah meluahkannya. Dalam blog, dalam akhbar biasa, dalam Tv dalam Radio dan dalam banyak ucapan pada setiap program perjumpaan rakyat yang dibuat oleh badan kerajaan ataupun badan ngo's. Namun sehingga kini masih juga tak serik dan tetap berterusan dengan perangai yang satu itu.


2. Tahukah anda bahawa kesannya sangat pedih terutamanya kepada bangsa, agama dan negara anda!!!!. Tahukah anda jika tabiat tersebut tidak dihakis dari diri anda, ia akan menjahanamkan bukan sahaja UMNO, malah seluruh negara suatu masa nanti!!!.



3. RASUAH ADALAH PENYAKIT MANUSIA SEJAK ZAMAN DAHULU KALA. Memang telah terbukti perbuatan rasuah akan menjahanamkan tamaddun sesuatu bangsa. Dalam konteks Malaysia, bangsa melayu akan berkubur suatu ketika nanti jika rasuah menjadi tabiat kaum bangsa tersebut. Saya terus terang, dewasa ini perbuatan rasuah seperti amat susah untuk dihapuskan. Sakit leher pemimpin dari berbagai penjuru masyarakat telah memberikan ingatan agar larikan diri kita dari penyakit tersebut. Namun yang jelas ianya masih dipraktikkan oleh sebahagian individu bergelar VIP dan VVVVIP samada pemain politik maupun kakitangan kerajaan dan swasta.


4. Pemimpin utama UMNO perlulah menangani perlakuan rasuah dikalangan pemimpinnya dan ahlinya dengan "political will" yang sangat bersungguh-sungguh. Jangan sekadar melepaskan "batuk ditangga" sahaja. Saya sokong kuat saranan yang diutarakan oleh Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohammad beberapa hari lalu. Dimana beliau menyarankan kepada Datuk Seri Najib, agar melantik pemimpin yang tidak pada dipersepsikan melakukan kerja terkutuk itu.


5. Bukan sahaja saranan ini ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, malah kepada semua pemimpin utama UMNO, agar jangan memilih kepimpinan diperingkat Bahagian, Negeri dan Persekutuan, pemimpin yang "gila rasuah" ini. Bersama-samalah kita menunjukkan rasa komitmen yang tinggi dalam menghapuskan rasuah.



6. Kita semua kasihan dengan Azalina, kita juga simpati dengan Norza. Begitu juga dengan Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Rahim Tamby Chik. Jasa mereka kepada pembangunan umat di Malaysia, juga tidak dapat dinafikan ada, namun peribadi mereka telah terconteng arang dengan tindak laku rasuah yang bermain disekitar mereka. Terlalu dekat sehingga menimbulkan persepsi buruk dikalangan rakyat jelata. Ini harus diambil perkiraan oleh Perdana Menteri baru jika hendak membuat perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan kelak.


7. Niat kita cuma satu yakni, hendak menjadikan kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang berintegriti tinggi dan benar-benar prihatin kepada permasalahan dan pembangunan rakyat terbanyak. Sokongan yang akan diberikan oleh rakyat, bukanlah sokongan yang dipaksa melalui kempen ketika pilihanraya semata, tetapi adalah kerana rakyat sebenar-benarnya sedar dan tahu bahawa kerajaan yang mereka sokong adalah sebuah kerajaan yang benar-benar baik dan beramanah serta memiliki integriti yang tinggi. Bukan kerajaan yang pada persepsi mereka kemaruk kuasa, lupa tanggungjawab dan hanya mementingkan periuk nasi masing-masing.