SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 3 Jun 2010

PALING KUAT MENGECAM, MENDESAK, MEMAKI, TETAPI AKHIRNYA MASIH TAK MAMPU BUAT APA-APA!!!

Jangan lemah semangat jika tajuk saya berbunyi demikian rupa. Langsung saya tidak berniat untuk memperkecil-kecilkan masyarakat dunia pada ketika ini. Saya sangat berbangga dengan tindakan 12 rakyat Malaysia yang turut atas kapal tersebut sehingga diserang oleh Komando Israel yang laknat itu. Tentu sekali mereka sedar bahawa pada masa tersebut mereka tengah bergadai nyawa. Tentu mereka tahu yang rupa-rupanya mereka langsung tidak takut mati. Inilah yang dikatakan oleh orang-orang melayu lama...tidak takut mati. Dalam islam, jika mati, ini dikatakan "mati Syahid". Orang seperti inilah yang dijanjikan oleh tuhan akan sebuah syurga yang dibawahnya terdapat alir-alur sungai yang sejuk dan nyaman. Bidadari yang cantik-cantik menunggu dengan pernuh setia. Dan akan kekal bersendaloka didalamnya hingga bila-bila.

Israel hanyalah sebuah negara kejam yang senjaga diletakkan ditengah-tengah Islam Arab untuk menjadi dugaan kepada keimanan manusia. Samada mereka tahu apakah tugas sebenar mereka dilahirkan diatas muka bumi ini. Jelas sekali rakyat Malaysia yang 12 orang itu penuh dengan rasa sedar ini. Bahkan mungkin mereka berdoa agar mati syahid didalam perjuangan menegakkan syiar islam itu.

Rakyat Malaysia, sah dan memang dapat diakui secara bersurat berjuang tanpa mengira agama dan bangsa. Samada ianya India, Melayu, Cina dan sebagainya, semuanya menunjukkan rasa benci dan marah kepada tindakan kejam regime Israel tersebut itu. NAMUNNNNNN...yang dapat kita buat hanyalah menggunakan lidah kita dan tangan kita semata. Juga otak kita. Ianya nampaknya tidak kemana. Bila menyentuh soal peranan USA, hati kita terhenti hanya sekadar dekat situ sahaja. Seluruh Dunia, tidak terkecuali Amerika Selatan, Australia, Eropah, Asia dan dunai Arab...semuanya tunduk dan melihat sepuluh jari kaki bila berbicara akan peranan yang diaminkan oleh USA sebagai rakan karib Israel Laknat itu. Hatta ialah Profesorkah atau yang bergulung-gulung ijazahnya, yang juga membawa erti kebijaksanaan...namun dalam soal ini semuanya tidak mampu berfikir bagaimana menjarakkan USA dengan Israel laknat itu.

Jikalau Israel boleh bertindak kejam. Tidakkah masyarakat dunia juga BOLEH? Begitu susahkah untuk mengepong Israel itu???Ia bukan sebuah negara yang besar yang kita terpaksa berbelanja banyak untuk membeli pagar berduri!!!!atau simen / konkrit sebagai pagar kekal.
Saya hanya sekadar manusia kerdil dan bodoh yang mencadangkan Israel dipagar dengan buluh runcing. Mungkin terdapat dalam dunia ini atau Malaysia ini, yang pintar dan bijaksana yang mampu memagar Israel dengan bahan binaan yang lebih canggih. Umpamanya selain Israel, juga mampu memagar minda dan Fizikal USA sehingga bersetuju untuk mengenakan boikot bersama kita terhadap Israel kejam laknat itu.

PBB umpama kerbau dicucuk hidungnya oleh USA.
Mesir seperti perepuan simpanan lagaknya kepasa Israel & USA.
Bagaimana dengan Arab Saudi???
Kuwait???Jordan???
Atau Sdr Saharuddin?????
Atau Sdr Al Maliki????
Atau Usama bin Laden???
Atau Tun Mahathir Mohamad yang hebat itu???
Atau Idi Amin???

Aku sebenarnya dengki bila melihat akan kehebatan ke 12-12 orang Malaysia itu.
Jika ada peluang ingin rasakan aku menghabiskan sisa-sisa azab duniaku dengan berbakti kepada kaum seganma dengan ku...Semoga Shayidku sama seperti mereka.

Selasa, 1 Jun 2010

USA!!!MARTABATNYA SEMAKIN JAUH MENURUN.

Tindkan Israel menyerangkan komboi membawa bantuan ke Gaza baru-baru ini sangat biadab, jahat, kejam dan membelakangkan undang-undang manusia antara bangsa. Dalam masa yang sama "Polis Dunia" berdiam diri tanpa sepatahpun komen atau tindakan balas yang menuju kearah menjernihkan suasana dan mengambil sebarang tindakan yang hampir sama seperti yang mereka ambil kepada Republik Negara Iran.

Saya menilai perkara ini sangat senang dan mudah. Selagi USA memberi muka kepada Israel, selagi itulah negara kejam tersebut membuat tindakan yang tidak memperdulikankan moral adab dunia masa kini. Oleh yang demikian itu USA saya anggap gagal meminkan peranan yang rata-rata masyarakat antarabangsa harapkan. Oleh itu apakah negara tersebut masih layak memainkan tugas dan tanggungjawab tidak resmi itu?

Dunia sekarang ini dipantau oleh sebuah negara yang tidak tahu soal keadilan sejagat. Sebuah negara yang mengawal dunia ini berlandaskan kronisma dan nepotisma. Sebuah negara yang hanya berpihak kepada kawan-kawannya sahja, meskipun kawannya itu jahat, kejam dan suka menceroboh negara lain. Mungkin agak keterlaluan jika saya kata USA tidak tahu soal keadilan sejagat. Jika saya kata mereka mengetahuinya, buat apa hanya sekadar tahu, tetapi dalam sebarang tindakan tidak diaplikasikan oleh mereka.

Mana dia mereka yang bergelar Paderi di USA itu? Mana dia mereka yang bergelar alim ulama di USA itu? Mana dia mereka yang bergelar manusia pencinta alam di Amerika itu? Kenapa membiarkan tangan-tangan kotor menguncang dunia????Anyhow usiaku sudah menjelang senja...pergi mampuslah dunia kejam ini. Aku disini hanya sementara. Menunggu waktuku kembali kerahmatullah jua. Disama aku kekal abadi. Mungkin juga disana nanti...aku menerima hukuman illahi. Bayangkan apa hukuman yang bakal diterima oleh Obama dan Natanyahu!!!!!

Ahad, 30 Mei 2010

PUSINGAN PERTAMA...harap ianya pusingan TERAKHIR!!!

Bolehlah dikatakan pusingan kekacauan yang berlaku dalam UMNO tahun 2008 dan awal tahun 2009 telah reda sepenuhnya dengan usaha dan kecekalan Presiden parti ketika ini ( YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ) memulih dan mengembalikan legasi parti tercinta itu. Begitu juga dengan kacau bilau didalam parti kedua terbesar ( MCA ). Harapan kita pemilihan Ms Chua Sui Lek adalah pemilihan yang jujur dan ikhlas dari para perwakilan dalam persidangan MCA yang agung itu. Jangan sesekali terdapat makna dan maksud serta motif yang tersembunyi disebalik permilihan Presiden baru MCA itu. ..."Nak melemahkan pentedbiran sesbuah organisasi sangat senang, yakni pilih saja seorag separuh tiang sebagai Pengerusinya. Nescaya perjalanan sesebuah organisasi itu akan menjadi tak tentu keruan"...Sama-samalah kita berharap Chua Sui Lek akan berhasil menjadikan MCA sebuah parti yang benar-benar mewakili kaum cina dan parti komponen BN / Kerajaan Malaysia yang memerintah.

Kini MIC pula yang tidak menentu langkah dan perjalanannya. Begitu ramai anak-anak buahnya yang mahu Presiden Parti mengundur diri segera. Walaupun Tua n Sammy Vellu berkali-kali menjelaskan beliau akan mengundur diri pada tarikh yang telah ditetapkan ( tentunya sebelum PRU ke 13 akan dtg ), namun mereka yang muda-muda ini, juga setengahnya yang tua-tua masih mahukan Samy Vellu berhenti segera. Entah mengapa..agaknya kaum India dah boring dengan beliau. Kata Tun Mahathir...jika dah nampak orang tak suka kita...mengundur dirilah segera. Namun Samy berdegil untuk berhenti pada tarikh yang beliau rasa sesuai. APAPUN KEPUTUSAN KAUM INDIA, JANGAN SAMPAI MIC TERKORBAN DAN AKHIRNYA MEMBERI IMPAK BESAR DAN SANGAT NEGATIF KEPADSA BARISAN NASIONAL!!!!

Sekarang ini sudah genap ketiga-tiga parti dalam komponen parti perikatan itu sudah mengalami krisis yang maha hebat dan sangat besar. Harapan rakyat Malaysia cukup-cukuplah tu. Jangan berulang lagi dan hendaknya berhenti setakat ini sahaja. BURUK PADAHNYA NANTI.!!!!!

Rabu, 12 Mei 2010

BN BOLEH MENANG DENGAN SELESA JIKA.....

PRK P.212 SIBU...BN mampu meraih kemenangan dengan selesa jika sekiranya semangat 1MALAYSIA dihayati dan dijadikan sebagai batu asas utama membuang undi pada 16hb Mei 2010 akan datang ini.
Drp hasil tin jauan yang dibuat majoriti pengundi dari masyarakat Iban dan Melayu akan turun untuk membuang undi mereka untuk Barisan nasional. Manakala agak susah untuk diramalkan kemana agaknya masyarakat Tionghua secara majoritinya membuang undi mereka. Ada khabar mengatakan mereka akan memberi undi mereka kepada DAP/Pembangkang, manakala tidak kurang juga yang berpandangan bahawa masyarakat itu akan memberikan undi mereka secara majoriti kepada Bariksan nasional.
Dalam temu ramah yang dibuat dengan beberapa orang pemandu Teksi dari kaum tersebut, nampaknya peluangt untuk BN mendapat undi majoriti dari kaum tersebut amat cerah pada kali ini. Ini membuktikan bahawa semangat gagasan 1MALAYSIA yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri telah meresap kedaerah yang penuh dengan ethnik Foochow tersebut.
Jika sekiranya ini menjadi kenyataan, BN akan meraih kemenangan selesa pada PRK pada kali ini. Yang juga membawa maksud semangat !MALAYSIA telah benar-benar ujud diSibu Sarawak.
Tindakan memberi kemenangan kepada BN membawa maksud bahawa SIBU akan melalui masa-masa depan yang gemilang serta penuh dengan pembangunan. Sudah tentu masalah Banir yang mereka sangat geruni akan dapat diatasi dengan mudah oleh Kerajaan Persekutuan, walupun terpaksa mengambil seidkit waktu. Sudah tentu sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan, Jenis Kebangsaan Cina dan Pusat Pengajian Tinggi akan menjadi lebih menyelesakan anak-anak muridnya.
Semoga Sibu akan bertambah makmur dengan keputusan yang pengundi Sibu akan buat pada PRK 16hb Mei 2010 akan datang in. Mudah-mudahan.

Jumaat, 7 Mei 2010

SUASANA NORMAL SEOLAH TIADA PRK.

Sehari seblum penamaan calun PRK P212 Sibu, suasananya tidak menggambarkan kerancakkan, bilamana keadaan persekitaran bandar Sibu sama seperti hari-hari biasa yang lain. Tidak ada sebarang banting atau banner yang terpasang samada oleh pihak BN maupun DAP. Apatah lagi bendera BN maupun Bendera DAP atau parti SUPP yang akan meletakkan calunnya bagi pihak Komponen BN dalam PRK tersebut.

Diberitakan akan terdapat pertandingan tiga penjuru antara BN, DAP dan BEBAS. Calun BN mungkin akan diwakili oleh Robert Law Junior, Calun DAP akan diwakili oleh Wong Ho Leng manakala calun bebas akan diwakili oleh Encik Narawi Harun.

Bunyi khabarnya Encik Narawi Harun cuma ingin mendapatkan publisiti dan peluang surung tarikh kepentingan peribadi sahaja. Manakala ramai berpandangan inilah masanya masyarakat Cina Sarawak menunjukkan sokongan mereka kepada BN bagi menunjukkan perbedaan antara mereka dengan masyarakat Tionghua di Hulu Selangor baru-baru ini.
Apapun jua, samada ianya Cina atau melayu atau Iban dan sebagainya, gagasan 1MALAYSIA ternyata memberi peluang yang baik untuk mereka bersatu dan berpadu sesama kaum yang ada di Sarawak.

Rabu, 5 Mei 2010

HATI-HATI DENGAN PRK SIBU!!! MUNGKIN PERJUDIAN MENENTUKAN KEMENANGAN CALUN.

Ini yang kerap diperkatakan oleh akar umbi apabila kita kemukakan pertanyaan.
Ini yang biasanya terjadi dalam sejarah pilihanraya di Sarawak.
Saya tak ada bukti yang kukuh hanya sekadar mendengar cerita kedai kopi
dan dari mereka yang pernah hadirdalam pilihanraya yang lepas.
Ingat tu. Hati-hati!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, 3 Mei 2010

SIAPA YANG MELANCUNG KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN! MEMANG TAK PUAS HATI!!!!

Kenapa tajuk diatas berbunyi demikian?

Memang patutpun.
Nama Labuan gah dalam negara ini.
Kemajuan infrastruktur atau prasarananya juga canggih dan hebat.
Tetapi bila melawat pualu tersebut, tak ada apa sangat yang menarik hati.
Labuan tidak ada Resort tepian pantai.
Walhal pantainya indah dan menawan sekali.
Disekitar Pulau Besar Labuan..terdapat lagi lima buah pulau yang indah-indah belaka.
Namun masih seperti 40 tahun silam..tidak dibangunkan dalam bidang pelancungan.
Disekitar Labuan ada Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia.
Banyak yang kita dapat buat mengenai pelancungan Labuan.

Umpamanya...

1. Dirikan Pusat Pelancungan bertaraf dunia yang mampu menarik pelancung dari negara sekitar.

2. Dirikan suasana penginapan sepertimana di Pulau Perhentian atau Pulau Pangkor atau sekurang-kurangnya seperti di Pulau Mabul, Sempurna, Sabah.

3. Tubuhkan Pusat Kebudayaan Nusantara yang mewakili berbagai budaya kaum yang tinggal didalamnya. Ada Rumah Iban, Rumah Murut, Rumah dan budaya Minangkabau, Rumah dan budaya Batak, Rumah dan budaya Brunei, Rumah dan budaya Kadazan, Kelantan, Kedah, Siam, Tagaloq dan lain-lain lagi.

4. Perbaiki lagi prasarananya yang masih kekurangan kecanggihannya.

5. Sibukkan Labuan dengan berbagai aktiviti yang menarik rakyat luar untuk berkunjong ke situ dan tidak bosan bila berkunjong.

6. Sering menganjurkan dan mengadakan mesyuarat-mesyuarat antara jabatan, antara kerajaan, antara negara di Pualu Labuan.

7. Jadikan Pulau Kuraman ( antara satu pulau indah disekitar Labuan ) sebagai kawasan perkelahan bertaraf dunia.

Tapi itu lah. Kita sering memberi alasan yang tak masuk dik akal bila perkara ini diajukan oleh
rakyat. Kata tak cukup peruntukkanlah. Kata tak sesuailah dan sebagainya. Percayalah...Kerajaan akan menikmati keuntungan berlipat kali ganda jika hasrat untuk menjadikan Labuan sebuah kawasan pelancungan bertaraf dunia menjadi kenyataan. Kawasannya yang sangat strategy itu menjadikan bonus terbaik untuk kita bermula melangkhkan kaki memajukan pelancungan di Pulau tersebut itu. Amin......

Jumaat, 30 April 2010

TAK USAH BERCAKAP BIADAB!!!!!!!CUKUP SEKADAR CAKAP TERANG-TERANGAN.

Yang harus keluar dari mulut kita ialah rasa kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana kemenangan yang BN perolehi didalam PRK di Hulu Selangor baru-baru ini. Saya suka menasihati kawan dan rakan yang seolah berdendam dengan pakatan rakyat, insaflah bahawa jika kita bersikap celupar dan mengeluarkan perkataan kutukan, maka kerana itu samalah taraf kita seperti mereka. Semoga dengan rasa keinsafan dan kesyukuran itu, kita akan dikurniakan lagi kemenangan dimasa mendatang ini. Parlimen Sibu di Sarawak adalah percubaan kita kali ketiga selepas di Negeri Sembilan dan Selangor.

Yang utama kepada pucuk pimpinan BN ialah mengotakan segala janji yang telah bertaburan ketika PRK di Hulu Selangor itu. YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengatakan perkara ini didalam media elektronik maupun media alternatif. Yang utama kepada Barisan Nasional ialah melihat kesan positif setelah rakyat atau penduduk kawasan dipersekitaran Hulu Selangor terpikat dan kagum dengan BN, setelah melihat janji semasa PRK yang kita tunaikan menyebabkan penduduk Hulu Selangor semakin bahagia dan aman sentosa kehidupannya. Yang kita utamakan ialah semakin hari semakin ramai penyokong Pakatan Pembangkang mengikuti tindakan yang telah diambil oleh beberapa orang pemimpinnya keluar dari pakatan tersebut kerana pakatan itu tidak lahi relevan kepada perjuangan agama, bangsa dan Tanah Air mereka.

Biar masyarakat kaum Cina di Malaysia ( Malaysian keturunan Cina ) merasa kesal yang amat sangat kerana menyokong pakatan pembangkang!!!!!Di Malaysia ini, sukacita saya nyatakan jika kaum India, Melayu dan bumiputera lain BERSATU TEGUH, biar semua keturunan Cina Malaysia menyokong pembangkang, namun kesatuan bangsa india, melayu dan bumiputera lain akan tetap menjadi kerajaan setiap kali pilihanraya. Bukan kita yang bersikap perkauman, malah mereka!!!!!Kita berpadu bersama India, Melayu, Kadazan, Iban, Dayak, Murut, Orang ASAL dan lain-lain lagi. Tetapi mereka asyik dengan DAP!!!DAP!!!DAP!!! dan DSAI dan Lim Kit Siang. Kononnya untuk membawa Malaysia kemercu kemajuan. Bukankah selama ini Barisan Nasional telah membuktikan kepada manusia yang tinggal didunia ini, bahawasabnya ia telah membawa Malaysia kearah yang di-angan-angankan oleh DSAI dan Lim Kit Siang itu?

Apa lagi yang kita kehendaki???Kerajaan BN buat masa ini sangat berusaha kearah melaksanakan satu sistem pentadbiran dan pengurusan negara yang terbaik. Usaha Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Shafis Afdal dll itu bukankah tersangat berkualiti dan terpuji? Siapa Nizar yang mampu menandingi kehebatan kepimpinan BN itu? Siapa Lim Guan Eng yang masih hingusan itu? Siapa Karpal Singh itu? Kawasan beliau di Tasek Gelugur pun entah dilawatnya maupun tidak.

Ahad, 25 April 2010

Apahal Dengan Pengundi Cina yang 60 lebih % itu?

Salam sejahtera dan salam 1MALAYSIA.
Mula-mula tentu anda tertanya-tanya kemana menghilangnya saya selama lebih 2 bulan. Mungkin ada yang beranggapan saya pergi Mekah kot. Atau saya masuk hospital agaknya atau telah mengubah kebiasaan harian dari seorang yang gemar menulis dalam blog kepada seorang yang gemar menumpukan masa dengan hobui memancing. Saya minta maaf kerana semua telahan dan tekaan anda salah belaka. Sebenarnya saya kekurangan pitih untuk membeli broad-band. Pejabat saya pula baru berpindah dan sambungan internet masih belum terpasang sepenuhnya.
Pada hari ini saya pinjam kemudahan internet anak sulong saya kerana saya rasa terpanggil untuk berhubung dengan seluruh rakyat keturunan Cina di Malaysia ini. Saya rasa mustahak untuk mengemukakan bebarapa soalan agar sampai ketelinga mereka sebelum PRU ke 13 mejelang.
1. Kenapa lebih 60% pengundi Cina tidak mengundi calun Barisan Nasional semasa PRK di Hulu Selangor baru-baru ini? Apakah mereka merasakan kerajaan BN selama ini tidak melayan kehendak mereka? Betulkah kerajaan BN itu tidak melayan kemahuan dan keperluan orang Malaysia keturunan Cina?
2. Apakah benar kelemahan MCA menjadi punca keturunan Cina Malaysia menyokong parti pembangkang? Betulkah atau ada agenda lain yang tersirat?

Saya ingin manyatakan rasa kesal saya dengan senario ini kerana sangat tidak patut majoriti Cina Malaysia suka membangkang establishment. Kerana selama ini keturunan Cina Malaysia sangat bebas mencari harta kekayaan diatas Tanah melayu atau Malaysia ini. Kerana selama ini kerajaan BN tidak pernah menghalang sekolah-sekolah mereka berdiri sama gah dan sama hebat seperti sekolah kebangsaan kerajaan. Kerana selama ini agama yang mereka anuti tidak pernah diganggu oleh kaum lain, malah dibantu sebaiknya oleh kerajaan BN. Malah selama ini kerajaan BN juga memberi ruang yang seluasanya kepada pemimpin Cina Malaysia untuk menjadi pemimpin negara, sama seperti keturunan India dan melayu Malaysia. Terus terang saya katakan, saya sangat mendambakan jawapan anda semua.

Apakah yang sebenarnya yang anda mahui????
Ingin menjadi Perdana Menteri?
Atau Timbalan Perdana Menteri???

Rabu, 3 Mac 2010

DSAI seperti Telor di Ujung Tanduk!!!Dan tentu sekali diambang kemusnahan.

Sejarah akan mengenang beliau sebagai pemimpin yang kuat nafsu serakah meliwat kaum sejenisnya. Sejarah akan mengenang bahawa seluruh dunia sayang kepadanya kerana sikap meliwat tersebut ngam dengan budaya masyarakat antara bangsa. Dan tidak ngam dengan tata susila rakyat Malaysia yang berbagai kaum ini. Saya tidak yakin orang melayu bersetuju dengan perangai meliwat DSAI atau sesiapa sajapun. Saya juga tidak yakin dengan bangsa Cina maupun India maupun Kadazan maupun Iban atau orang alsi sakai dan semang juga tidak bersetuju dengan amalan meliwat seperti mana yang dilakukan oleh DSAI itu.
Bertahun-tahun sistem kehakiman kita sebuk dengan membicarakan hal butuh DSAI sahaja. Pada hal beliau adalah seorang pemimpin pujaan ramai anak-anak muda tanah air. Logik akalkah?????Kita heboh dan membising sepanjang tahun berbincang tentang DSAI menggunakan butuhnya untuk meliwat si Saiful, bekas Pembantu Khas beliau sendiri.?????
Seorang Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat!!!!Cuba renungkan baik-baik dan tenang-tenang....
Meliwat!!Bukan suatu perbuatan yang seumpama bersedekah atau menderma atau berpidato atau bersyarah atau sembahyang atau mengaji Quran!!!Ia adalah perbuatan terkutuk dan dikutuk sangat-sangat oleh Allah SWT. Nabi Lut dan seluruh kaumnya ditenggelamkan dalam banjir besar akibat perbuatan meliwat tersebut. Untuk memuaskan nafsu bathin kita, Allah SWT telah menyediakan lubang kemaluan pada seseorang wanita akhil baligh itu. Kenapa dibantai pula lubang jubur????Jika ini benar, maka Anwar Ibrahim bukanlah manusia yang sama jenis dengan kita. Oleh kerana itu beliau layaknya dihukum sula saje.!!!!!
Saya tidak marah tetapi saya berkata benar. Kalau beliau hanya seorang rakyat biasa mungkin hukumannya hanya jentik saje kemaluan beliau dengan gelang getah. Tetapi ini beliau adalah seorang pemimpin dan merupakan Penasihat sebuah parti yang gah perkasa kononnya. Maka hukuman mestilah sesuai dengan kedudukan nya dalam masyarakat agar menjadi iktibar dan pengajaran kepada mereka yang suka meliwat belakang hari. Ini juga peringatan kepada kaum Singh yang sino0nim dengan perbuatan terebut, kata Zaharin. Aminnnnn...

NIK AZIZ KENTAL BERSEPADU DENGAN PKR DAN DAP MUJUR LALU MELINTANG PATAH.

Begitulah nampak gayanya Nik Aziz Nik Mat. Yang utama bagi beliau ialah merapatkan barisan kepembangkangannya kepada UMNO dan BN. Justeru itu bersepadu dengan DSAI dan LIM KIT Siang punya parti adalah merupakan satu strategi beliau yang paling utama. Tidak sekali-kali akan dicabuli olehnya. Meskipun sekali sekala tindakan kedua parti tersebut sangat bertentangan dengan syiar dan syariat islam yang beliau perjuangkan melalui partinya PAS. Namun kerana takut kekurangan sokongan PKR dan DAP ( Cina dan India ) beliau tetap gah bersama seia dan sekata dengan DSAI dan Karpal Singh maupun Lim Kit Siang. Bukankah ini namanya pencabulan terhadap perjuangan suci islam dan bangsa yang kerap dibanggakan oleh penulis blog pro-PAS dan PKR????????
Nik Aziz kamu telah bertindak bertentangan dengan hasrat nurani dan inti pati perjuangan kamu ( anda ). Beliau sebenarnya telah jauh terpesong dalam usaha untuk mempertahankan kuasa dan harta. Jelas sekali beliau seperti mereka yang sembahyang lima waktu sehari dan puasa sebulan penuh tetapi masih juga suka berzina dan melakukan perbuatan mungkar. Apa ertinya ilmu agama yang ada didada? jika perbuatan dan tindakan seumpama syaitan????
Saya kasihan bila melihat anak murid murshid tersebut. Asyik saban hari memuja Nik Aziz, sedang Nik Aziz telah banyak memesongkan dirinya demi kuasa tanpa menghiraukan orang dibelakangnya menyokong beliau bagai nak rak.
Usia beliau kubur kata mari...masa ini bukan tinkah laku seperti sekarang yang harus beliau permainkan, tetapi semakin mendekati illahi dan semakin mengeluarkan kata-kata suci dan Allah akan menyukai nukilan kata dan hati beliau itu. Amin.

Selasa, 2 Mac 2010

SUASANA YANG BERBEZA.....

Dalam parti Komponen Barisan Nasional, UMNO adalah sebuah parti yang kukuh dan bertambah mantap setelah menghadapai berbagai pancaroba selepas pru ke12 yang lepas.
Yang banyak bermasalah pada ketika ini ialah parti MCA yang mewakili kaum komuniti Cina/Tionghua. Namun UMNO dan rakan parti bumiputera yang lain tetap sabar dan tabh memberik ruang dan peluang untuk MCA memperbaiki diri dengan ikhlas hati sebagai rakan baik sedari Merdeka dulu lagi. Inilah keistimewaan yang terdapat dalam Barisan Nasional. Suatu ketika dulu bila UMNO haram, MCA dengan ikhlas hatinya memberikan kerjasama dan bantuan yang tidak berbelah bagi kepada parti UMNO. Hubungan setiakawan berdasar kejujuran dan keikhlasan ini telah memanjangkan umur Barisan Nasional sehingga waktu ini. Menjadikan ianya hanya sebuah parti yang panjang usianya diatas muka bumi ini seantero dunia. Parti tertua di India, Jepun dan dimana-mana jatuh tersungkur, tetapi Barisan Nasional masih gagah berdiri diatas kepercayaan rakyat Malaysia yang tidak mahu ketidakamanan dan kemuduran lagi kepada negara sepertimana sebelum merdeka dulu dibawah penjajah.

Namun berbeda denbgan Pakatan Rakyat. Kini yang gagah mantap dalam Pakatan Rakyat ialah DAP bukannya PAS maupun PKR. PKR terumbang ambil bilamana ramai pemimpinnya keluar dari parti tersebut menjadi ADUN atau MP Bebas dan ada juga yang masuk UMNO kembali. PAS pula memperjuangkan sesautu yang tidak nampak dan bukan hak. Umpamanya Royalti Minyak untuk Kelantan. PAS sebenarnya berjuang untuk memperolehi sesuatu yang kabur dan bukan hak. Pergeseran antara PAS dan PKR jelas namun DAP senyap dan ketawa dibelakang mereka. Suatu ketidakjujuran kdan ketidakikhlasan diantara ketiga parti dalam Pakatan Rakyat tersebut.

Kepada kita rakyat biasa seharusnya pandai mengukur dan menyukat kemana harus kita letakkan undi kita ketika pru ke13 kelak. Kepada sebuah pati auta atau parti mantap yang selama ini, kita graduate akibat drpnya.

Ahad, 28 Februari 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT anjuran UMNO BAHAGIAN LABUAN!!!!

YBM Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Malaysia Merangkap Timb. Pengerui Badan Perhubungan UM
Aktiviti Kayak oleh Mahasiswa UMSKAL sebagai salah satu pengisian bulan pendidikan Juara Rakyat Wilayah Persekutuan Labuan.


Satu lagi gambar mengenai penyerahan Beg Sekiolah kepada kanak-kanak miskin tadika KEMAS semasa program.Saudara Kamil Dollah bersalaman dengan bapak Menteri sambuil bapak Menteri bertanyakan jumlah mereka yang telah mendaftar undi. Sdr Kamil menjawab bahawa daftar yang telah dibuat berjumlah 38 orang.
Salah satu pengisian ialah pertandingan mewarna oleh Kanak-Kanak Tadika KEMAS, Kanak-Kanak Sekolah Rendah seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. Juga pertandingan Masakan kaum IBU.
Jumlah hadirin masa JUARA RAKYAT pertama di Wilayah Persekuituan Labuan Melebihi angka 2,500 orang.


UMNO Bahagian Labuan menyampaikan cenderhati kenangan kepada Menteri sebagai ucapan terima kasih UMNO Bahagiaan Labuan diatas kesudianh YBM Menteri merasmi dan melancarkan Progr5am Juara Rakyat.


Program Juara Rakyat adalah satu program yang sangat baik bagi memberikan kesedaran kepada Rakyat jelata betapa selama ini kerajaan dibawah UMNO/BN lah yang menjadi Juara kepada semua pembangunan dan kebajikan kepada frakyat Malaysia seluruhnya. Banyak lagi gambar yang dapat dipaparkan tetapi apakan daya masalah internet dan masalah teknikal



















































Ahad, 21 Februari 2010

Buang Yang Keroh...

Dah dah le tu. Buanglah segala yang keroh membawa maksud kita buang segala persengkitaan sesama bangsa kita sehingga kesaat ini. Buanglah sikap buruk memburukkan antara kita. Buanglah sikap memfitnah antara kita. Buanglah sikap ego diantara kita. Buanglah sikap tamak kuasa dan harta sebilangan daripada kita. Buanglah taksub kepada parti yang sangat berlebih-lebihan diantara kita. Jangtan diantara kita terlalu bersikap radikal sehingga merosakkan nilai-nilai dan budi bahasa kita bangsa melayu sejak sekian lama.

Dah Dah Le Tu.
Dah berpuloh-puloh tahun PAS dan UMNO bersengkita kerana kononnya sebuah perjuangan yang suci dan murni untuk "bangsa, agama dan negara". PAS maupun UMNO tetap akan memperjuangkan perkara yang sama, namun mereka berlainan landasan dalam memperjuangan misi tersebut. Apakah yang telah kita banggakan? Jika tidak kerana UMNO memperolehi kemenangan demi kemenangan pada setiap kali PRU, tentunya perjuangan hanya tinggal perjuangan sahaja. Islam entah semana, bangsa entah kemana dan negara telah ditadbir oleh siapa? PAS masih juga berkeras mengatakan ianya sebuah parti islam, berjuang untuk islam dan ingin mendirikan sebuah negara islam. Tapi apa yang telah terjadi? Negeri Kelantan yang diperintahnya selama hampir 20 tahun adalah sebuah negeri yang paling jarih ( miskin ) dalam negara Malaysia ini. Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO, walaupun telah banyak membantu dari segi pembangunan duniawi, namun negeri tersebut masih lemah untuk melonjak naik melebih Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor. Bahkan dengan Perlispun Kelantan masih tidak mendaya mengatasinya.

Dah Dah Le Tu.
Alangkah baiknya jika segala keegoan dan sikap radikal demokrasi itu dihakis dari sanubari pemimpin PAS dan bersatu semula sekarang dengan UMNO bagi mempastikan Melayu mampu duduk diatas untuk mengatur bangsa seiring dengan kaum Cina dan India yang nyata sekali terus kedepan tanpa hirau kiri dan kanan. Apakah yang melayu dapat setelah lebih 40 tahun bersengita? Jika salah langkah 2013 bangsa ini akan kecundang didalam negaranya sendiri. Melayu adalah orang asal negara ini. Pandai-Pandailah menjaga diri.

Khamis, 18 Februari 2010

50 Ahli Parlimen Australia SILAP SEMPADAN NEGARA mereka. Hehehe!!!

Mungkin agaknya sukatan mata pelajaran Geography dan Nilai Murni kehidupan di Sekolah-Sekolah Menengah hingga keperingkat Universiti di Australia mengajar anak-anak mereka akan garis sempadan negara itu adalah dari Utara Benua tersebut sehinggalah kesempadan Yala dan Songkla di Negara Thailand sana. Ilmu yang merka kaut itu telah akhirnya memberikan kebenaran mutlak kepada mereka untuk ikut serta dalam bidang urus tadbir negara Singapura, Indonesia, Timor Leste dan akhir sekali Negara malaysia. Sebab itulah 50 orang dari Ahli Parlimen mereka menggesa Kerajaan dibawah Datuk Seri Najib Tun Razak agar mengunggurkan Kes Liwat DSAI di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berita mengenai perkara ini telah heboh diwar-warkan dalam negara samada oleh Blog atau Media konvensional. Impak dari berita tersebut begitu ramai individu dan perkumpulan dalam negara yang membantah keras akan berita yang diterima ini. Saya juga dengan tegas membantah tindakan 50 orang Ahli Parlimen Australia itu. Saya juga dengan jelas berpandangan bahawa ke 50 mereka itu tidak memiliki ilmu yang mencukupi untuk membolehkan mereka dipilih kejawatan Ahli Parlimen. Dengan yang demikian saya juga berpendapat bahawa dinegara maju seperti Australia ini, masih terdapat rakyat yang bacul dan tidak bijak memilih pemimpin mereka.

Selasa, 16 Februari 2010

ORANG MELAYU LUAR PULAU PINANG JUGA TERLALU KECEWA!!!!!

Sejak kebelakangan ini suara melayu Pulau Pinang kerap kedengaran beralun kekecewaan bercampur marah kepada Ketua Menteri mereka, Sdr Lim Guan Eng. Saya tak ada fakta lengkap mengenai sebab musebab kemarahan itu timbul. Namun saya dapat mengangak sudah tentu ianya berpunca dari rasa tidak puas hati mereka diatas tindakan dan keputusan yang dibuat Sdr Lim Guan Eng terhadap suasana kehidupan harian mereka. Umpamanya merobohkan Gerai Makan atau Restoren dimana ianya punca rezeki mereka. Atau merobohkan Masjid dimana itu adalah tempat mereka bertemu dengan TUHAN mereka. Atau mereka mula merasa ragu dengan tindakan yang seolah menghalau mereka dari Pulau Mutiara tersebut.

Saya ingin jelaskan disini, jika keadaan berterusan seperti suasana sekarang, bukan Melayu Pulau Pinang saja yang kecewa dan marah, malah seluruh melayu Malaysia ini akan marah dan kecewa lalu akan membenci Lim Guan Eng serta DAP sekaligus. Tidak menghairankan jikalau nantinya orang melayu akan menganggap Lim Guan Eng itu sama saja serupa Lee Kuan Yew.
Kemana orang melayu Singapura sekarang ini berbanding 60 tahun yang lalu? Apakah Lee Kuan Yew secara terbuka menyisihkan orang melayu Singapura? Sudah tentu beliau akan berkata tidak!!! Namun yang jelas orang melayu Singapura semakin terpinggir dan merempat diatas Tanah Air Mereka sendiri. Apakah semua ini tidak mungkin berlaku di Pulau Pinang????? Dalam pada Lim Guan Eng masih tetap berkeras mengatakan kepimpinan dibawahnya memperjuangkan juga orang melayu Pulau tersebut, dalam masa yang sama tindakannya telah menyebabkan orang melayu Pulau itu terpinggir langkah demi langkah. Halus, lembut, mesra, menyenangkan kepada kita yang bebal dan gila kuasa dan harta ini. Tetapi dalam kelembutan, kemesraan dan kehalusan itu, kita semakin jauh kedalam hutan belantara di negeri Kedah dan Perlis serta Perak. Dan tinggallah masyarakat Cina dan India serta orang asing yang akan memenuhi Pulau Mutiara itu suatu ketika nanti. Suatu ketika nanti itu mengambil waktu kira-kira 100 tahun lagi.

Orang melayu Pulau Pinang kena pilih hanya sebuah parti sahaja untuk diperjuangkan sebagai landasan perjuangan. Jangan banyak parti kwerana itu menjadikan anda lemah dan berpecah belah.

Khamis, 4 Februari 2010

Ayuh MELAYU, Kita Sokongan Gagasan 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Siapa kata Datuk Sri Najib tidak sayang kepada bangsanya?
Siapa kata 1MALAYSIA, gagasannya itu menghapuskan hak orang-orang melayu?
Bapaknya adalah seorang Pejuang tulin bangsa.
Ditambah beliau sendiri adalah berasal dari darah keturunan raja.
Majoriti orang melayu didalam UMNO menyayangi beliau dan mengangkat beliau sebagai Presiden Parti mereka.
Kerana selama ini terbukti beliau sememangnya berjuang untuk melayu. Dan yang pasti hingga titisan darah yang terakhir.
Cuba tengok bagaimana beliau mengangkat darjat dan martabat melayu didalam Felda!!!
Jom...ayuh kita sokong berhabis-habisan gagasan 1MALAYSIA yang beliau usahakan bersama rakan kabinet.
Jom..ayuh, jangan berlengah lagi.
Hulurkan tangan anda kepada Ah Chong dan Ramasamy.
Kita kan satu negara yang bergelar Malaysia ini.
Kita bersatu dan berpadulah dalam kepelbagaian diantara kita.
Kan itu ciri-ciri bangsa dalam negara kita???
Bukan toleransi tetapi penerimaan hakiki.
Kita hendaklah berkesenggupan walau Tanh yang sejangkang kera ini...
Kita bahagi lima.
Walaupun pasda asalnya milik kita sahaja,
Demi 1MALAYSIA...
dan BANGSA MALAYSIA
Kita seharusnya secara ikhlas menerima.

Rabu, 3 Februari 2010

Jangan tersilap strategi!

Apakah tindakan terlalu menjaga sensitiviti kaum Cina dan India itu terlalu baik? Atau satu strategi yang bijak lagi laksana? Mungkin kah dengan strategi itu kita mampu mendapatkan majoriti undi daripada mereka? Atau sebaliknya. Dan akhirnya kita sekali lagi akan menjadi hampa? Saya khuatir kita mengejar sesuatu pun tidak akan kecapaian, malah yang kita kendung juga akan berciciran. Mungkinkah sedemikian jadinya?????????????????????????????????????
Banyak peristiwa dan tindakan sejak kebelakangan ini sangat mengecewakan hati majoriti rakyat Malaysia yang bergelar melayu itu. Barangkali bukanlah maksudnya kita berusaha untuk menjatuhkan bangsa, namun memberi sesuatu kepada mereka dan dalam masa yang sama kita kehilangan sesuatu itu, adalah sangat perlu dielakkan. Bila yang kita berikan itu terlalu banyak, bukankah itu memusnahkan perjuangan bangsa namanya.
Tok Bahaman sampai mati mempertahankan hak bangsanya.
Begitu juga dengan Mat Salleh, Mat Kilau dan ramai lagi pejuang lama.
Usaha yang telah ditanam sekian lama akan hancur berkecai dengan tindakan kita jika ianya sangat bertentangan.
1MALAYSIA sangat bermanafaat terutama jika mereka belajar bahasa kita dengan gigih.
Terutama jika mereka hormat agama kita dengan ikhlas.
Teruatama jika mereka tidak menganggu apa yang telah dipersetujui.
Terutama jika mereka aku kita masih jauh dibelakang.
Terutama jika mereka tridak pertikaikan usaha kita menongkat kemajuan bangsa dunia dan akhir masa.

Gara-Gara Dato' Nasir berkata BENAR!!!!.

Aku lantas termenung apabila mendengar berita Dato Nasir Safar berhenti dari jawatan Pembantu Khas PM. Semua ini gara-gara ceramah yang dibuatnya kononnya berbau berkauman dan sangat bertentangan dengan semangat 1MALAYSIA. Aku rujuk sana, aku rujuk sini, aku dengar sana dan aku dengar sini dan akhirnya aku mendapat fakta bahawa semua yang marah dekat Dato Nasir bukannya dari kalangan orang-orang melayu. Pemimpin GERAKAN, pemimpin DAP, MCA, MIC,,,semuanya marah dari mereka itu adalah dari kaum Cina dan India.
Mereka marah bila Dato' Melayu itu bercakap mengenai realiti dan hakikat sebenar yang berlaku dalam negara ini. Tetapi realiti dan hakikat itu sangat sensitif bagi mereka. Mungkin jauh lebih sentsitif dari penggunaan kalimah Allah oleh agama lain agaknya. Saya rasa sangat layak warganegara yang memperjuangan penggunaan kalimah Allah untuk agama kristian itu dilucutkan kewarganegaraannya. Untuk mengimbangi keputusan yang dibuat kepada Dato' Nasir tadi.

Sebagai seorang ahli UMNO dan sangat setia kepada pucuk pimpinan, aku menghormat keptusan Dato Nasir berhenti dari jawatannya. Namun aku ingin menyatakan bahawa sekarang ini suasana sangat perit kepada pejuang-pejuang melayu dan bumiputera dalam negara ini. Kenapa? Sila baca dibawah ini....

.....Macamana aku boleh takut nak berkata-kata dan menulis walau hanya satu ayat?????

Kenapa Sukar Sangat Nak Percaya Anwar Ibrahim seorang Kaki Liwat???

Mungkin kerana sebelum ini Anwar Ibrahim terkenal dengan pembawaannya yang sangat islamik kot? Atau kerana imej seorang pemimpin melayu terhebat? Atau juga kerana perbuatan meliwat itu kenampakkannya sangat bertentangan dengan wajah keislaman yang dibawanya kemana-mana? Maka ramailah penyokongnya berkumpul kemana saje beliau bertandang dimajlsi keramaian. Maka bila beliau berpidato dimana sudut sekalipun, tidak sah jika penyokongnya tidak rioh bertepik sorak, tanpa kagum dan berbangga dengan Saudara Anwar Ibrahim itu.

Adakah pernah terfikir diminda anda semua itu kepura-puraan si Anwar Ibrahim itu? Akupun dulu tidak terfikir dan aku juga pernah menjadikan beliau ini idolaku, terutama ketika bergelar mahasiswa di Universiti tempatan. Mujurlah usiaku jauh lebih muda drp beliau. Jika tidak tentu akupun ikut serta dalam demonstrasi Baling yang diperjuangkan oleh beliau. Bossku sendiri juga merupakan orang yang menyayangi Sdr Anwar Ibrahim suatu ketika dulu. Dan bossku tergolong bersama Sdr Anwar Ibrahim didalam peristiwa perjuangan Baling itu. Namun kini Bossku tidak lagi bersama beliau. Boss ku sptku juga telah menjauhkan dirinya dari bersama-sama Sdr Anwar memperjuangkan sesuatu yang kabur dan penuh kegelapan itu.

Kalau anda ingat kepada sebuah cerita berjodol "Syaitan Putih", tentu anda tersangat insaf, bahawa sanya setinggi manapun keimanan seseorang itu, jika kurang berhati-hati, akhirnya akan terjerumus dengan godaan Syaitan jua. Oleh itu sentiasalah berwaspada agar ia tidak berjaya menghasut dan mengoda kita pada setaiap saat dan ketika. Terlali satu saat, maka kita akan terus terjerumus, terutamanya yang bergelar dan berimej pemimpin agama dan bangsa.
Anwar Ibrahim sebenarnya lali dan alpa. Beliau ingat harta dan kuasa adalah segalanya. Beliau lupa diatas sana Allah sentiasa melihat hambanya yang alpa ini. Lantas membiarkan Syaitan untuk turun mengoda dengan menghantar Menteri-Menteri Syaitan yang tinggi kebijaksanaanya. Agaknya sudah tentulah lebih hebat dan perkasa dari Sdr Anwar Ibrahim.

Sdr sekalian, akhirnya apabila yang bergelar Wali Allah itu sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan khyusuknya, maka Syaitan Putih itu juga bersembahyang 5 kali sehari semalam, malah ditambah lagi dengan sembahyang sunat yang banyak melebih Wali Allah itu. Saitan Putih itu juga mengerjakan Puasa lebih tekun dan tawadhuk drp Wali Allah itu, sehingga Wali Allah itu merasa hairan dan bengong, kenapa masih ada manusia lain yang boleh melebihi dirinya. Sehingga suatu ketika beliau bertanya apa sebenarnya yang boleh beliau pelajari untuk mengerjakan suruhan Allah SWT seperti yang Syaitan Putih itu lakukan? Maka akhirnya Syaitan Putih itu pulalah menjadi guru kepada Wali Allah itu. Dan peluang keemasan yang ditunggu ini telah digunakan sebaiknya oleh Syaitan Putih itu untuk menyesatkan Wali Allah itu. Sehingga akhirnya Wali Allah itu merogol dan membunuh Puteri kepada Raja negeri dimana ia bermastautin itu. Apabila Wali Allah itu didapati bersalah, ketika beliau hendak dihukum gantung, sekalilah syaitan putih itu mencadangkan jalan penyelesaian. Dengan mengikuti arahannya, Wali Allah itu akhirnya murtad dan mati dalam kekafiran.

Cerita ini menjelaskan kepada kita bahawa walau tinggi mana taraf anda sekalipun, hatta anda Nik Aziz, atau Pak Hadi atau Anwar Ibrahim sekalipun, jika kurang waspadanya, akhirnya tidak mustahil akan terjerumus dengan godaan Syaitan Putih itu. Dan kini pada rasa saya Sdr Anwar Ibrahim sedang mengalaminya. Peristiwa Anwar Ibrahim yang penuh dengan malapetaka liwat ini berlaku sejak 1998 lagi. Kini tahun telah berubah kepada 2010, yang bermakna telah lebih kurang 11 tahun Anwar Ibrahim bertungkus lumus mencuba menyelamatkan dirinya drp bencana ini. Bagaimana beliau nak menipu Allah SWT???????Astaghfirullah...Bolehkah????

Dewasa ini di Kuala Lumpur, Di Pulau Pinang, Di Kota Kinabalu dan lain-lain lagi kawasan dalam negara ini, bukan sedikit mereka yang ketageh buntut manusia. Yang menjadikan teman lelakinya sebagai kekasih. Jangan cakap lagi wanita dengan wanita melakukan hubungan seks.
Manusia dengan anjingpun ada. Kata orang dunia ini dah nak qiamat. Macam-macam, macam-macam. Sama-samalah kita tunggu dengan sabar keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah kelak. Asalammualaikum