SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 9 April 2009

Bukankah Perlantikan Kabinet Melambangkan One Malaysia?

Bangsa Melayu sebagai bangsa yang majoriti, maka sudah tentulah seperti biasa komposisi dalam perlantikan kabinet, yang ramainya dari Bangsa tersebut. Namun dari kaum Cina dan India masih tetap diberikan ruang yang selesa dalam kabinet Barisan Nasional. Begitu juga dengan kaum bumiputera lain seperti Kadazan/Dusun, Iban/Dayak dan Bisaya. Pendekata Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meninggalkan satu kaumpun dalam negara ini, didalam kabinet yang dilantiknya baru-baru ini. Dari segi penyertaan semua kaum-kaum dalan negara, konsep "one Malaysia" telah berjaya beliau penuhi. Cuma yang ketinggalan hanyalah suku kaum Sikh, Siam dan orang asli sahaja. Juga kaum Portugis di Melaka dan kaum Baba di Pulau Pinan dan juga Melaka. Saya ingin gulungan muda Malaysia pun tak akan marah jika mereka ini tidak termasuk dalam senarai.

Dari segi pendidikan, jika itu mengambarkan kepakaran dan kebijaksanan, saya kira semua mereka yang terlantik adalah dari gulungan berpelajaran tinggi dan berilmu mencakar langit.
Ditambah lagi mereka ini diletakkan dalam kementerian yang sangat bersesuaian dengan kepakaran masing-masing.

Tanggungjawab besar untuk menentukan soal perpaduan diletakkan diatas bahu Presiden GERAKAN dan dari kaum Tionghua. Sudah tentulah setiap langkah beliau akan diperhatikan dan keikhlasan beliau dalam menjalankan tanggungjawab ini akan menentukan "one Malaysia" seperti yang dikehendaki oleh Perdana Menteri. Saya berharap konsep one Malaysia tidak terlalu luas sehingga membawa makna semua rakyat malaysia ini memeluk hanya satu agama sahaja. Konsep kebebasan beragama masih menjadi satu amalan dalam one malaysia yang diutarakan oleh Pak Najib. Namun jika benar-benar konsep one Malaysia hendak dijadikan realiti, Bahasa penghantar di sekolah-sekolah di negara ini mestilah hanya menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantarnya. Kita layak menggunakan negara luar samaada negara maju atau sedang membangun sebagai contoh. USA misalnya, bahasa penghantar disekolahnya cuma bahasa English. Demikian juga dengan England, China, Singapore, Indonesia, Arab Saudi, Russia, Pakistan, India, dan lain-lain. Kenapa setelah 50 tahun merdeka kita masih menggunakan banyak bahasa penghantar????Ini konsep one malaysia kah????

Presiden MCA diberikan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Pengangkutan. Kejayaan beliau yang sangat ditunggu-tunggu ialah sejauhmana berhasilnya beliau menyelesaikan permasalahan pengangkutan awam di Lembah Klang khususnya dan seluruh negara amnya. Rakyat ingin melihat beliau mampu mengatasi masalah kelemahan sistem pengangkutan awam dalam negara ini. Kualiti pengangkutan awam terutamanya Bas, Taxi dan lain-lain seperti Monorail sangat rendah dan perlukan pembaikan. Jika Menteri yang dilantik berjaya mengatasinya dengan baik, maka rakyat akan memuji kehebatan belaiu. Sudah tentulah akan memberikan bonus kepada Barisan Nasional dalam PRU ke 13 kelak. Jika tidak, BN akan sekali lagi gigit jari telunjuk.

Besok saya akan sambung rencana ini lagi...sibuk nak pergi pasar. nak beli macam-macam keperluan anak nak kahwin...Bye.

Rabu, 8 April 2009

Aku Perkaumankah?

Ada sesetengah bloggers mengatakan aku bersikap perkauman. Padahal tidak banyak perbedaan antara aku dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebilangan besar pemimpin negara yang satu perjuangan dengan ku. Malah Datuk Seri Najib Tun Razak juga sama matlamat perjuangannya dengan matlamat perjuangan ku. Aku tidak kaya, tidak berilmu tinggi, tidak berkuasa dan bukan pemimpin sebarang parti. Aku hanyalah insan biasa yang ingin melihat bangsa ku berterusan menjadi pemimpin utama negara. Agar anak cucuku kelak, selepas ketiadaan ku, tidak kembali kedalam belantara. Seperti daulu kala. Dihalau dik Penjajah durjana.

Secara rengkasnya, walaupun aku hanya seperti ini, aku bersama mereka memperjuangkan Negaraku, Bangsaku, agamaku hingga ketitisan darah ku yang terakhir. Kepada kaum yang lain, mereka tentunya mempunyai pemimpin mereka sendiri yang berjuang untuk kaum agama mereka. Pada aku konsep Barisan Nasional adalah satu konsep yang sangat budiman kerana semua kaum berada didalamnya, dan berjuang sebagai sebuah parti semua bangsa Malaysia. Semua wakil kaum masing-masing ada didalam Barisan Nasional untuk berjuang bagi pihak kaum mereka masing-masing dan dalam masa yang sama berjuang untuk negara Malaysia secara keseluruhannya.

Barisan Nasional adalah satu Pakatan antara parti berbilang kaum yang sama-sama bersatu dan berpadu memerintah negara ini. Tidak ada satu kaumpun yang akan ditinggalkan. Aku jelaskan disini, bahawa konsep ini tidak terdapat dalam mana-mana negara didunia ini dan seharusnya kita berbangga dengan konsep berbilang parti yang bergabung menjadi satu ini.

Sebagai akar umbi parti Melayu / UMNO, sudah tentulah aku berjuang untuk mempertahankan matlamat partiku. Bukan sebaliknya menghabiskan masaku berjuang untuk parti MCA atau MIC atau PKR atau DAP atau PPP atau PBS atau PRS. Aku berjuang untuk partiku UMNO. Maka aku dikatakan perkauman oleh bangsa ku sendiri.

Dalam penelitian yang ku buat, aku tidak nampak kaum Cina dan India berjuang untuk melayu.
Yang aku nampak mereka yang duduk dalam PKR, DAP, PPP, MCA, dan MIC serta GERAKAN....perjuangan mereka tetap untuk parti dan kaum mereka sahaja. Dewasa ini mereka yang berbangga dengan istilah TIDAK PERKAUMAN rata-rata dari kalangan bangsa melayu sahaja. Jika dari kaum lain ada yang menggunakan istilah itu, kebenarannya sangat tidak tulus dan keikhlasnya dapat dipertikaikan. Aku percaya itu hanyalah retorik dan kepuraan semata-mata. Jelas apabila kita melihat hasil keputusan PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang baru-baru ini. Dimana lebih 80% pengundi Cina dan India tidak menyokong Barisan Nasional yang semua bangsa dan kaum berada didalamnya serta berjuang untuk matlamat yang satu. Bukan hanya bercontoh kepada PRK di Bkt Selambau dan Bkt Gantang sahaja, malah banyak peristiwa sejak merdeka yang mengambarkan bahawa masyarakat Cina dan India lebih perkauman dan tidak sekali-kali berganjak dari matlamat perjuangan kaum mereka. Mereka ekstim dan kental dalam memperjuangkan matlamat dan kedudukan kaum mereka dalam politik negara Malaysia ini. Sedang bangsa Melayu asyik melaungkan slogan BUKAN PERKAUMAN, termasuk sejak akhir-akhir ini parti PAS sendiri.

Apakah alasan yang diberikan oleh Pemimpin MCA apabila salah seorang daripada mereka mencadangkan diberikan satu kerusi TPM kepada kaum Cina? Apakah alasan yang baik untuk komuniti Cina dengan perjuangan mereka yang kental dan kuat mempertahankan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina? atau kaum India kepada perkara yang sama? Bolehkah kita kata perkauman jika UMNO mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara? Atau Agama Islam sebagai agama resmi negara? Apa sebenarnya dari segi "bukan perkauman" yang telah diperjuangkan oleh Hindraft?Sudah bacakah objektif dan matlamat perjuangan sebenar Hindraft?. Kenapa Lim Guan Eng menghapuskan DEB di Pulau Pinang sedangkan ia tahu benar DEB bermatlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat!!!!

Saya nak beritahu kepada gulungan terpelajar melayu yang sekarang ini semakin bertambah ramai bilangannya,,,bahawa kerana "sikap perkauman" pada pandangan kamu itulah, yang menjadikan kamu terpelajar pada hari ini. Bolehkah kamu sekolah dan menimba ilmu hingga menongkat langit, jika bukan bantuan Kerajaan Barisan Nasional. Harap ayah dan emak kita yang kehidupan mereka kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, untuk menyekolahkan kita hingga kemenara gading?

Ada beberapa istilah yang harus difikirkan bersama dan bermuhasabah bersama demi kepentingan kesinambungan perjuangan bangsa. Ia adalah seperti berikut:-

-Perasaan Hasad Dengki.
-Perasaan iri hati,
-Khianat,
-Mengada-ada.
-Hati diselubungi kehitaman.
-Jiwa Jahat dan Kosong.