SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 25 Mei 2009

Kenapa apabila semakin tinggi tahap pendidikan kita, Kita semakin menyusahkan orang?

Kadang aku jadi bengong. Apa sebenarnya punca dari semua ini terjadi? Semakin tinggi tahap pendidikan kita, perlakuan dan perangai kita semakin menjadi tidak menentu dan sangat menyusahkan orang ( masyarakat )? Ada sebahagian dari kita sudah bergelar prof, lawyer, doktor, jurutera, saintis dan sebagainya. Tetapi sebaliknya perangai kita seolah masih seperti kera didalam hutan. Seperti orang utan di Sepiluk, seperti anjing dan khinzir serta harimau dan buaya didalam sungai dan hutan belantara. Mungkin agaknya ilmu yang kita pelajari itu "songsang" atau kita telah meminum product minuman susu yang bercampur bahan peransang kearah sikap yang "kurang ajar".



Biasa tak melihat keadaan kucar kacir yang didorong oleh para cendiakawan yang bergelar peguam?. Biasa tak melihat tindakan yang keterlaluan akibat dorongan dan pimpinan ahli bijak agama ( gulungan Ustaz atau boleh juga dikatakan Ulamak)? Macam itukah hasil pendidikan di peringkat sarjana? atau diperingkat doktorate?



Apakah ertinya suatu kebijaksanaan? Jika hasil yang terpacul dari sesuatu tindakan itu adalah kehancuran? Jika hasilnya adalah suatu perpecahan? Jika hasilnya adalah suatu pergeseran? Jika hasilnya adalah suatu kemunduran bangsa dan negara? Sekarang ini, yang jelas suara kebijaksanaan dikalangan kita hanyalah sekadar retorik untuk memancing undi ketika pilihanraya sahaja. Masih belum ada bukti kehebatan mereka-mereka ini untuk memacu negara kearah kecemerlangan dipersada dunia antarabangsa. Yang kita nampak hanyalah kehebatan bercakaran sesama bangsa dan sesama warga.



Padahal, jika kita bijak-bestari, kita sepatutnya mengambil Sri Langka sebagai contoh dan tauladan. Pada hal jika kita berpendidikan tinggi, mencakar langit, kita sepatutnya mengambil-kira negara Palestine, Iraq, Thailand, Pakistan, Somalia dan lain-lain lagi itu sebagai contoh dan tauladan. Kita sepatutnya jangan menuju kearah seperti yang mereka lalui.



Apa yang kita dapat dari kebijak-bestarian yang menghasilkan perpecahan dan pergeseran? Okey...jika PKR menang besar, apa yang kita dapat?

Sedangkan dalam BN, selaku rakyat akar umbi, sudah terlalu banyak yang dinikamti,dan sepatutnya pendidikan yang kita perolehi, membawa kita untuk mensyukuri semua yang kita perolehi itu. Ini tidak, Kita tidak bersyukur malah sebaliknya menggigit kembali kerajaan BN yang selama ini sungguh banyak jasanya kepada kita. Kita sebenarnya seumpama anjing yang tersepit.



Apa sebenarnya yang Pakatan Pembangkang boleh lakukan jikapun mereka menang besar semasa PRK ke 13 kelak? Buat sekolah banyak-banyak? Pusat-pusat pengajian tinggi telah banyak kerajaan BN bina. Pusat kesihatan sudah terlalu banyak diujugkan oleh kerajaan BN. Canggih pula tu. Sikap keprihatinan kepada rakyat? BN tak buat ke? Jawabnya...BN juga telah melakukannya dengan baik dan selama ini terutama sekarang ini atau mutakhir ini, kepimpinan BN telah mula merancakkan usaha turun keakar umbi untuk menyelami permasalahan yang dihadapi oleh rakyat jelata. Yakinkah jika Pakatan Pembangkang menerajui negara, keadilan dan kesamarataan dapat dilaksanakan seperti yang telah dilakukan oleh Nabi kita Muhamad SWT suatu ketika dulu? Sedang mereka yang bergelar pemimpin dipihak itu, rendah akhlak dan keimanan nya. Jika tidak terlalu rendahpun, mungkin lebih kurang pemimpin BN juga tarafnya. Pemimpin PR mana yang sangat hebat itu? DSAI? Lim Kit Siang? Pak Hadi Awang? Nik Aziz? Husam Musa? Khaled Ibtrahim? Elizaneth Wong? Teresa Kok? atau siapa?

Pada rasa sayalah, bukan hebat tapi "habat" ( satu istilah suku kaum di Sabah yang mengambarkan sikap mengada-ngada dan tunjuk pandai yang sangat keterlaluan sehingga menganggap orang lain semuanya bodoh ).



Jikapun anda menganggap kerajaan BN itu serupa harimau...
Tidakkah anda sedar bahawa Pakatan Pembangkang itu serupa dengan buaya?
Ertinya, jika anda memberikan undi anda kepada PR dan PR akan menang semasa prk ke 13,
samalah ertinya anda keluar dari mulut harimau dan masuk kedalam mulut buaya, yang lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.



Ingatlah...
kita sekarang hidup dalam sebuah negara yang aman dan sentosa.
Semua kita samada dusun, iban, cina, melayu, murut, sakai, jakun, negrito, dan sebagainya, hatta keling dan singh...dapat hidup dengan selesa tanpa gangguan.
Boleh berniaga, boleh bersukan, boleh beragama, boleh berkahwin, boleh berbudaya, boleh berlakun, boleh melancung, dan boleh segalanya tanpa gangguan dan sekatan.
Yang mungkin tak boleh hanyalah tindakan yang bertentangan dengan norma baik kehidupan.
Seperti hisap ganja, hisap heroin, hisap hisap hisap dan segala hisapan yang keterlaluan,
Seperti mencuri, membunuh, dan yang lain-lain yang anda juga sedia maklum.
Berpoitik dengan bebas dan anda boleh pula memilih samada sokong atau bangkang kerajaan.
Dalam politik yang tak boleh termasuklah menubuhkan parti komunis, menggunakan politik untuk mengancam ketenteraman dan kestabilan keselamatan negara.
Itupun boleh...namun anda kenalah tanggung risikonya sendiri.



Malaysia...adalah sebuah negara aman sentosa yang didalamnya diduduki oleh manusia dari berbagai kaum, bangsa dan keturunan. Sejak zaman berzaman mereka telah hidup aman damai tanpa gangguan. Dewasa ini ia seolah keruh seperti air sungai selepas ribut dan hujan.
Kenapa?
Anda jawab sendiri.
Sebab anda adalah orang yang bijaksana.
Mungkin pemimpin pembangkang punya angkara!!
Atau penulis seperti kita!!!!

Ahad, 24 Mei 2009

UNDI! Undi! UNDI!! Undi!!! UNDI!!!!...sangat PENTING!!!

Hai kawan-kawan semua!!!


Pada telahan saya semua mengetahui dengan mendalam bahawa UNDI kita sangat mustahak. Apabila tiba waktu membuang undi,
semasa PRU atau PRK, semua kita selaku warganegara yang cukup syarat,
mestilah turun mengundi, jika berlaku pertandingan dalam pemilihan pemimpin.

Jikalau dalam PRK, kita membuang undi adalah untuk memilih pemerintah negara ini. Ia adalah satu kerja yang sangat penting dan mustahak.

Serius dan masa depan negara bergantung kepadanya.
Rakyat kena fikir masak-masak dan sangat berhati-hati, terutama jika mengundi parti pembangkang!!!! Tergamakkah untuk menjatuhkan Barisan Nasional?????
Yang Berjasa...
Yang telah terbukti membangunkan negara?
Islam diutama disamping kebebasan mengamal lain agama!!
Budaya semua kaum berkembang dengan suasana harmoni.
Tanpa gangguan bahkan galakkan oleh kerajaan BN!!!!!
Kemiskinan rakyat terbela dan kini sangat berkurangan.
Gulungan pertengahan dan kaya dapat ditambah dengan ramai.
Gulungan berpendidikan semakin ramai jumlahnya.
Bidang Kesukanan dan Kebudayaan kembang semerbak.
Negara berada dalam aman dan sentosa.
Kita tidak ketinggalan berbanding lain negara didunia.
Bahkan ada diantaranya kita juga juara dan lebih hebat dari mereka.
PENDEK-KATANYA dibawah kerajaan BN, semua kita memilikinya.


Dalam memilih parti dan pemimpin negara,
Hal peribadi sendiri bukan perkara utama.
Yang mustahak ialah kepentingan Bangsa, Ugama dan ibu pertiwi.


Apabila tiga teras utama ini terjaga,,,
Maka hak peribadi akan selepas itu datang menjelma..


Aku sebenarnya merasa hairan dan pelik,
Kenapa ada diantara kita,
BERANI MEMPERJUDIKAN PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN IBU PERTIWI?????
Menyokong dan mengundi parti yang belum menunjukkan bukti...
Yang pada hematku hanya merosakkan kesentosaan yang sedia ada...Di Malaysia ( dikalangan semua kaum dan bangsa ),


Tidak adilkan kerajaan BN kepada kaum India di Malaysia?
Analisalah dengan terperinci perkara ini!!!
Atau Hindraf yang tidak berlaku adil kepada kerajaan BN?
Atau DSAI yang terlalu bersikap selfish dan "berpatah arang"???


Tidak adilkah kerajaan BN kepada kaum Cina????
Sehingga sejak lewat ini tidak memangkah undinya kepada BN???
Atau kaum cina yang tidak adil kepada BN?
Selepas dengan selesanya merangkul kejuaraan No. satu dalam penguasaan ekonomi negara. Adakah kerajaan BN dan pemimpin negara menghalang???
Atau masih juga tidak puas hati dengan peluang untuk mencari kekayaan di Malaysia??? Ingat, kerajaan belum pernah menganiyai kaum cina, malah sebaliknya kaum cina telah berkali-kali menganiyai kerajaan BN dengan tidak mengundinya.


Oleh itu, kaum melayu....sedarlah.
Bulatkan hati bersama dalam parti kerajaan..
Kerana hanya bersama dalam kerajaan BN, Melayu akan terjamin kedudukkannya.
Dalam negara yang asalnya ia ampunya.
Orang melayu itu...
Jika menjadi Ketua...
Ia akan bersikap adil kepada lain bangsa...
Kerana itu juga tuntutan agamanya.