SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 18 Jun 2009

POLITIK MUAFAKAT

Politik muafakat ini sebenarnya sering kali dianjurkan atau disarankan oleh kawan kita NOBISHA dalam ruangan blog beliau atau jika berkesempatan dalam ruangan TV, samada dalam Astro Awani maupun TV One. Secara idea nya saya kata saya sangat bersetuju, kerana jelas sekali, jika kita mempraktikkan politik permuafakatan, segala sesuatu perkara penting terutama yang menyentuh soal bangsa, agama dan negara akan dibincang secara bermuafakat dan secara baik serta ikhlas. Namun agak susah untuk dipraktikkan secara realitinya, terutama setelah sekian lama antara dua parti melayu terbesar itu umpama "anjing dengan kucing". Lebih-lebih lagi jika memanjngkan politik muafakat itu dengan DAP dan PKR. Ianya hampir mustahil berlaku. Sangat susah dan begitu seksa rasanya untuk dijadikan sebuah kenyataan.



NAMUN. Kata bijakpandai "tidak ada perkara mustahil dalam politik". Jika kita amat amati kata-kata bijakpandai tersebut, mungkin juga ada kebenarannya. Disamping itu amanahkanlah kepada pucuk pimpinan melayu yang utama, untuk mengatur permuafakatan diatas keinsafan yang telah disarankan oleh Ustaz Haji Hadi Awang, Presiden PAS itu. YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak nampaknya telah memberikan lampu hijau untuk sesiapa saja menggerakkan usaha permuafakatan tersebut. Beliau dalam perkara ini, jelas sekali bersikap "open minded" dan begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, orang nombor dua dalam parti UMNO. Jangan lupa seorang kanak-kanak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapan Singapura, apabila dilanggar todak.
Kerana orang nombor satu dan dua dalam PAS juga bertindak positif untuk bersepakat, maka jalan nampaknya terbuka luas kearah perpaduan dan permuafakatan melayu/islam tersebut.


Tapi sekali lagi saya mengingatkan, bahawa bukannya mudah usaha kearah politik muafakat tersebut. Didalamnya terdapat "pengorbanan" yang sangat besar, terutama dipihak UMNO. Tidak juga kurang pengorbanan dipihak PAS, kerana ini membawa makna, akhirnya akan bermusuh kembali dengan DAP dan PKR. Tetapi selama inipun, jelas hanya PAS sahaja yang "ikhlas dalam kebengongan" kepada PKR dan DAP. Sebaliknya kedua parti itu sentiasa bersandiwara dengan PAS. Dan akhirnya dalam pakatan pembangkang tersebut, hanya PAS yang mengalami kerugian besar. Jika keuntungan menang di Kedah dan Kelantan dijadikan ukuran, tanpa PKR dan DAPpun PAS akan tetap memilikinya. PAS hanya "tukang bantu" kepada kemenangan PKR dan DAP di Perak dan Selangor sahaja. Bagaimanapun tidak mustahil boleh diusahakan dengan baik. Kita ingin melihat kepimpin besar negara samada dibelah Kerajaan maupun pembangkang merungkai segala pemasaalahan yang mungkin timbul dalam menuju kearah kata muafakat tersebut. Janganlah mengharapkan cuma merungkai perkara yang senang dan remeh sahaja. Tidaklah kita dipanggil pemimpin besar jika hanya sukses dalam merungkai perkara remeh dan mudah sahaja. Barulah kita bertambah berwibawa dan hebat jika merungkai sesuatu permasalahan rumit dan sukar. Maka dengan semangat dan pegangan waja sedemikian saya yakin pemimpin agung negara bisa mencapai titik pertemuan dari permasalahan yang cukup rumit tersebut.

Semoga pemimpin kita berjaya!!!!!!!!!!

Rabu, 17 Jun 2009

2009 tahun sesuai untuk Nik Aziz BERSARA!!!!

Jika melihat kepada perkembangan Tok Guru Nik Aziz sejak mutakhir ini, memang eloklah rasanya pada tahun 2009 ini beliau berkira-kira untuk meletakkan jawatan resminya selaku MB Kelantan dan Mursidul Am PAS. Banyak kenyataan yang dibuatnya mengambarkan perolahan nyanyuk beliau sudah sampai keperingkat satu bebanan kepada PAS dan perjuangan agama dan bangsa melayu di Malaysia ini.

Saya sangat simpati dengan parti PAS apatah lagi rakyat penduduk Kelantan yang selama ini patuih dan akur dengan pemerintahan beliau. Walaupun terbukti beliau banyak membuat kesilapan. Antaranya membawa Kelantan kejurang ekonomi yang sangat menyedihkan. Dan yang paling mengecewakan banyak keputusan yang terhasil dari minda beliau, bertentangan dengan nilai dan norma keislaman itu sendiri. Umpamanya, sebagai mursidul Am PAS dan bergelar Ulamak yang hebat, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong YB Elizabeth Wong diatas tabiatnya yang suka berbogel dan diambil gambar oleh rakan bukan muhrimnya. Nik Aziz juga sepatutnya jangan membuat komen atau kenyataan positif diatas perangai macam monyet Nizar didalam Parlimen dan semasa beraksi didalam sarkas di Negeri Perak suatu ketika tak lama dulu. Semua perbuatan itu sangat menyumbang kepada perbuatan perbuatan "kurang ajar" yang berterusan didalam kepimpinan PAS, begitu juga PR, kerana Nik Aziz adalah ikutan dan idola mereka.

Tiba-tiba saranan "perpaduan" yang sangat murni itu dihalangnya.
Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah akibat dari minda dan diri beliau yang sudah masuk ketahap "nyanyuk". Memang eloklah beliau mengundur diri dari kepimpinan PAS dan memulakan zikir sepanjang waktu sehingga keakhir hayatnya. Yang terbukti sejak kebelakangan ini keuzuran jasadnya telah menjelma.

Pada hemat saya lebih baik beliau berbuat demikian, kerana tentunya beliau ingin agar kuburnya suatu ketika nanti akan berbau harum wangi serta dikunjungi rakan taulan seluruh dunia pada setiap waktu terluang, sebagai tanda sayang dan kasih insan manusia ini kepada manusia luhur seperti beliau. Dan ini tidak akan menjadi kenyataan jika beliau terus menentang usul murni dari ketuanya.

Selasa, 16 Jun 2009

Tak bolehkah Nik Aziz bermuhasabah?????

Selalu saya ajukan persoalan ini kepada penyokong PAS ditempat saya. Perkembangan mutakhir ini, seruan atau saranan Pak Hadi Awang telah bersambut dengan positif dari sebahagian besar pemimpin UMNO, termasuk sekali Datu Seri Najib Tun Abdul Razak.
Malangnya terdapat sebahagian besar pemimpin dalam PAS yang kurang enak dengan saranan "Kerajaan Perpaduan" yang dicanang oleh Pak Hadi Awang, Prediden PAS itu.

Apakah "Perpaduan" itu adalah satu perbuatan yang hina dan bercanggah dengan islam? Tentu sekali tidak. Bersangka buruk dan bersikap "pesimis" dengan saranan yang baik itu juga adalah satu tabiat buruk yang tidak sepatutnya ada dalam hati nurani seorang ulamak seperti Nik Aziz. Jika nanti UMNO ternyata "menjerat" PAS dalam usaha memadukan bangsa dan negara ini, kembalikan pernilaian sebaiknya kepada rakyat jelata. Rakyat tentunya pandai menilai dengan baik suasana ini, jika ada "penipuan" dari mana-mana pihak yang bersangkutan dengan perpaduan tersebut.

Atau Nik Aziz ada udang disebalik mee?
Apakah Nik Aziz merasakan kuasa dan kedudukan beliau akan tergugat jika "perpaduan" yang disarankan oleh ketuanya menjadi satu kenyataan?
Saya nak jamin disini, bahawa Nik Aziz tetap akan menjadi seorang Guru atau Ulamak yang akan disegani dan disanjungi rakyat seluaruh negara sehingga akhir hayatnya.
Saya juga yakin bahawa selagi beliau mahu, sehingga bilapun beliau akan tetap memegang jawatan Murshidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan.
Bahkan mungkin dalam kerajaan perpaduan itu, beliau akan dilantik ke jawatan yang sangat penting di Persekutuan, yang melibatkan urusan segala agama dalam negara ini.
Saya sangat yakin, bahawa Pak Najib Tun Haji Abdul Razak tidak akan mensia-siakan ilmu dan bakti beliau dalam berbakti kepada rakyat negara Malaysia ini. Yang pasti Nik Aziz tidak akan disia-siakan begitu saja.

Tapikah!!! Bagaimana keyakinan saya akan berpanjangan jika sekiranya setiap saat dan ketika, Pak Nik Aziz sentiasa membalun kepimpinan UMNO dan Ketuanya sendiri?
Jika boleh saya memberikan nasihat kepada Tuan Guru, BERMUHASABAH DIRILAH. Fikirkanlah secara tenang dan tidak emosi, bahawa apakah tidak baik saranan yang dilontarkan oleh Ketua PAS tersebut? Bukankah ia selari dengan kehendak islam dan semua agama apa sekalipun?.

Terserah...terpualnglah kepada anda semua pemimpin-pemimpin utama melayu untuk menguruskan pertemuan antara anda-anda semua. Kami berdoa agar "Kerajaan Perpaduan" yang dilontarkan oleh Pak Hadi akan menjadi satu kenyataan yang "membawa bangsa kita menuju kemercu kejayaan dunia dan akhirat".

Janganlah menjadikan "NIZAR MONYET" itu sebagai satu tauladan yang murni dan tabiatnya itu akan digunakan sebagai satu kaedah dalam mencapai matlamat. Ianya sangat tidak serasi dengan perkataan "PAS" itu sendiri. Yang elok, NIZAR" itu dipecat dari PAS saja.

Isnin, 15 Jun 2009

NIZAR, NIZAR...Apa ertinya title DATUK SERI dipangkal nama beliau?

Sungguh memalukan dan memilukan!!!!!!
Apakah ini contoh pemimpin melayu zaman serba canggih sekarang ini?
Macamana Nizar boleh berlagak sedemikian rupa?
Beginikah cara dan kaedah kepimpinan DAP yang dicanang oleh Salahudin Ayub dan Mahfus Omar? Datuk Pak Hadi Awang, maupun Tok Guru Islam Nik Aziz. Ingat bukan Tok Guru Hindraf tu. Nik Aziz tu adalah Tok Guru yang membawa ajaran Islam. Apakah Nizar membawa ajaran yang diperjuangkan oleh Nik Aziz?
Kalau nak banding dengan monyet dekat zoo tu, nampak lebih kurang aksinya. Seperti Nizar selepas angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang di Parlimen kelmarin.
Anda semua,
Bukan seorang malah ramai pemimpin pembangkang yang seperti ini.
Jangan kita kira yang bukan islam dan yang bukan bumiputera. Kita kira Melayunya, Dusunnya, Ibannya dan sebahagian lagi bumiputera kita. Majoriti yang berperangai macam Nizar, rata-ratanya melayu dan berada dibelah pembangkang. Kenapa? Lepas tu kita sokong pula tu.
Sudah terbalikkah?
Beginikah hasil keluaran Universiti atau pusat pengajian tinggi atas dunia ini?.
Belajar kurang ajar!!!.
Selaku pemimpin sebuah negara islam seperti Malaysia, yang mengamalkan tata-susila dan adab bangsa ketimoran, jangan bercontohkan perangai Yahudi, Hindaraf, LTTE, Taliban, Gengs Metals, dan sebagainya yang sangat tidak senonoh itu.
Sebaliknya bersopan santun dan berdisiplinlah hendaknya.
Mundurkah negara jika kita bertata-susila?
Selama ini, sejak 50 tahun lebih yang lalu, kurang ajarkah pemimpin kita?.
TIDAK!!!!!!!malah tata-susila dan sopan santun mereka tetap terpelihara DAN negara maju, aman sentosa dalam tatasusila dan aopan santun mereka.
Kenapa Nizar mengelabah dan mahu dicucuk hidung oleh Ngep dan Nga serta pemimpin utama PAS dan Pakatan Rakyat?
Sudahlah Nizar...
Elok awak ke Mekah dan menunaikan Umrah selalu.
Atau Haji tak mengira waktu?
Jangan merosakkan negara dan kesentosaan Rakyat khususnya di Perak.
Amin.....

Ahad, 14 Jun 2009

Jawapan Anda????!!!!

Jawapan anda mengambarkan kebijaksanaan!!!! Aku sering bertanya kepada anak-anak muda,Jika anda mengundi, parti mana yang akan anda undi?Jawapan mereka: PKR atau PAS.Kemudian aku bertanya lagi kenapa?Jawapan mereka: Kerana pemimpin UMNO sombong dan mengada-ada.Jawapan mereka lagi: Kerana Parti PKR dan PAS memperjuangankan keadilan dan kesaksamaan sejagat.Aku bertanya lagi, mana bukti keadilan dan kesaksamaan yang mereka perjuangkan itu?Jawapan mereka: Belumlah terbukti kerana parti itu belum memerintah negara.Tak adilkah Barisan Nasional? Tidakkah Barisan Nasional telah membuktikan bahawa ia membawa kesejahteraan selama ini? Aku meneruskan pertanyaanku.Jawapan mereka: Bagaimana dengan saya yang masih menganggor ini?Maka saya ditanya pula oleh mereka. Terpaksalah saya menjawab dan saya memilih jawapan yang sedikit keras dan kurang berdiplomasi: Itu bukan salah Barisan Nasional. Mungkin salah kamu kerana kurang berusaha. Kerajaan telah menyediakan berbagai cara dan kaedah serta ruang bagi kita mencari rezeki melalui pekerjaan maupun perniagaan. Kita sepatutnya berlumba-lumba mencari peluang tersebut dan bukan menyalahkan pihak lain diatas kegagalan kita. Ramai gulungan muda masa kini berjaya diatas usaha dan inisiatif mereka sendiri, setelah kerajaan menyediakan segala ruang untuk mereka.Saya bertanya lagi: Kamu lulus Uni, dalam apa bidang?Dia menjawab: Bidang Komunikasi.Banyak baca buku sejarah negara tak?Dia jawab: Kurang Pak cik.Tiba-tiba dia bertanya balik kepadaku: DSAI itu betulkah meliwat bang? Kadang dia panggil aku abang. Tiba-tiba tanya yang ini pula.Aku Kata: Kenapa tidak? Ramai orang kita sekarang ni, bukan saja meliwat, bahkan bersetubuh dengan ibu kandung sendiripun ada. Jika agama letak dikaki, meliwat adalah normal terutama kepada yang kuat nafsunya seperti DSAI itu.Aku kata lagi: Pak Cik ada seorang kawan lelaki, Pegawai tinggi kerajaan. Bila mengambil cuti, selalunya ke Eropah. Dia tidak mengajak Girl Friend bersama. Dia masih bujang trang tang tang. Usia 40an. Dia gemar membawa boy friend. Akhirnya saya terhidu juga. Rupanya dia tidak suka wanita kerana ia lebih rasa seronok bermain pantat lelaki dari kemaluan seorang wanita. Bukankah itu meliwat namanya?Anak muda itu tergamam. Sungguh kurang perjalanan hidupnya.Maka saya kata sebelum berlalu pergi: Maka itu, jika mengundi pastikan undi membawa erti kepada perjuangan bangsa dan agama mu. Jangan undi kerana emosi dan bersebabkan perkara remeh tanpa bukti sahih.