SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 26 Jun 2009

KEPIMPINAN MELAYU DALAM PR "LEMAH" DAN "LAYU".

Kita mungkin boleh membayangkan, jika PR memenangi PRU ke 13, Tidak terdapat seorangpun pemimpin melayu yang memiliki kematangan dan kebolehan yang layak duduk selaku Perdana Menteri Malaysia. Siapa agaknya? Pak Hadi? Nasha?. DSAI sudah tentu akan merengkok dalam penjara dalam tahun ini atau mungkin tahun depan atas kesalahan beliau terlalu sangat melakukan berbuatan meliwat kaum sejenisnya. Husam? atau Nik Aziz? Cubalah anda bayang-bayangkan siapa yang memiliki kelayakan tersebut. Sepertinya tidak ada yang berkemampuan.
Fikir!
Bayangkan!
Ramalkan!
Buatlah analisa anda sehalus mungkin..namun akhirnya anda sampai kepada satu jawapan, tidak ada yang memiliki kelayakan tersebut.
Jika kita lihat dari sudut pengalaman sebagai seorang pemimpin negara, adakah yang sehebat Tun Mahathir? Sehebat Tun Abdul Razak, Sehebat Datuk Seri najib? Tun Abdullah juga hebat, namun masih juga ramai yang mempertikaikan kepimpinan beliau. Tun Hussein Onn juga hebat, namun tidak dapat bertindak selaku PM dalam tempuh yang lama kerana desakan dan hambatan yang sangat memeningkan kepala. Tengku Abdul Rahman Hebat, namun sehingga kini masih terdapat rakyat yang tak berpuas hati dengan keputusannya mengeluarkan Singapura daripada Malaysia. Alangkah lagi teruknya kita jika Nik Aziz diletakakan sebagai PM. Atau Pak Hadi atau Husam atau siapa sekalipun yang berada dalam PKR atau PAS itu. Bukan merendah-rendahkan anda, tetapi itulah hakikatnya. Anda memang tidak sehebat Tun Mahathir, Tun Abdullah, Tengku Abdul Rahman maupun Datuk Seri Najib.
Untuk menjadi orang nombor satu negara, seseorang pemimpin itu mestilah sangat bijaksana dalam segala perhubungannya. Perhubungan antarabangsanya, Perhubungan akar-umbinya, Perhubungan dengan gulungan perniagaannya, perhubungan dengan gulungan menengahnya, perhubungan dengan berbagai kaum dalam negaranya. Kebijaksanaan merancang ekonomi juga perlu pintar dan hebat. Juga pintar dalam mempastikan keamanan, keharmonian dan keselesaan masyarakat berbagai kaum dalam negara.
Jangan kita ingat "doa" saja boleh menyelesaikan segala permasalahan, tanpa usaha dan kebijakan minda dan kehebatan ilmu didada.
Orang melayu kini tengah memerhatikan semua ini.
Orang melayu akan menyesal besar jika selepas setahun diberikan amanah, negara porak peranda. UMNO tidak akan berdiam diri...dan terus menerus akan memberikan peringatan bahawa jangan sesekali silap membuat pemilihan.
Jika bukan pemim[pin melayu yang akan menjadi PM dibawah pemerintahan PR, siapa gerangannya? Lim Kit Siangkah? Lim Guan Engkah? atau Karpal Singh? Dalam negara demokrasi semua bisa terjadi. Kerana emosi dalam mengendalikan demokrasi, akhirnya orang melayu gigit jari.
Sedarlah, kita ingat kita bijak apabila bertenggang leher dengan kaum seagama kita atas dasar dan prinsip remeh. Rupanya kita itu bodoh seperti kera, kerana yang ada pada kita ialah hutan rimba dan mulalah kita membina kembali rumah diatas pokok semula, seperti dahulu kala.

Rabu, 24 Jun 2009

POLITIK KELAKAR.

Kelakar sungguh tindakan dan keputusan Haji Hadi!!!
Ketika Muktamar PAS beliau mencadangkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.
Kemudian dengan berbagai alasan yang menyayukan menarik balik saranan tersebut.
Sambil DSAI menyokong penarikan balik saranan tersebut dengan mengatakan UMNO sebenarnya telah memfitnah PAS dan pemimpin utamanya termasuk Haji Hadi dan Nik Aziz serta Shaharuddin.
Politik kelakar seperti ini sepatutnya tidak berlaku semasa keadaan perpecahan umat islam/melayu di Malaysia dalam keadaan parah.
Sekali lagi saya katakan bahawa perpaduan dalam bangsa melayu sangat penting untuk kemakmuran negara keseluruhannya. Kaum lain juga akan mengikut dari belakang untuk mengujudkan perpaduan dikalangan mereka dalan bersama bangsa melayu berpadu sacara kesemua rakyat warganegara.
Saya katakan lagi sekali bahawa saranan Haji Hadi itu adalah sangat murni dan jika beserta dengan keikhlasan, akan membawa negara kesatu era kemakmuran sejagat yang amat harmoni.
Kenapa Haji Hadi menarik balik saranan tersebut, itu adalah tindakan politik yang paling kelakar sekali. Jelas sangat kelihatan unsur "takut", "tidak berprinsip", "tak'ada koter", "Dayus" dan "gagal" selaku pemimpin bangsa dan pemimpin umat islam negara.

Dengan sikap "terbuka" Datuk Seri Najib dan "sambutan" oleh Tan Sri Muhyiddin yang sangat positif itu, telah membayangkan kepada ku akan peluang Haji Hadi atau sesiapa jua dalam Pas yang akan bergelar Menteri dan berpeluang untuk memperjuangkan syiar islam melalui pentadbiran negara Malaysia. Kan selama ini pemimpin Pas tak puas hati dengan cara dan kaedah UMNO mentadbir islam di Malaysia. Nah!!!!bukankah ini peluang keemasan bagi pemimpin PAS untuk menabur bakti kepada bangsa dan agama? Namun gagal akibat penarikan balik Haji Hadi diatas saranannya sendiri. Kerana "takut" dengan PKR dan DAP.

Bye-bye Pas. Peluang sebegini hanya sekali. Tidak ada duanya atau tiganya atau empatnya. Politik kelakr seperti ini tidak ada dalam UMNO kerana pemimpin UMNO serius dalam memperjuangan agama dan negara. Mereka tidak sekadar menanam tebu dibibir mulut sahaja.

Isnin, 22 Jun 2009

PAS...WHY????

Kenapa PAS tidak mempunyai pendirian dalam memperjuangkan melayu dan islam?
Kenapa dalam perjuangan tersebut PAS terpaksa bertanya dan meminta persetujuan DAP. Pas kebengongankah???
Tahukah PAS apa itu DAP dan kesalahan yang dibuatnya sejak berpuloh tahun yang lalu? Apakah PAS percaya DAP akan memperjuangan islam dan melayu??????
Bodoh punya parti!!!!!

Tidak salah bekerjasama dengan DAP atau PKR!
Tapi dalam perjuangan menegakkan agama dan bangsa kenapa nak bawa DAP sekali????? Dalam hal kedua-dua topik perjuangan tersebut, DAP tidak sehaluan!!!
Dan ini PASpun tahu!!!
Habis tu, kenapa mesti nak menyembah Lim Kit Siang anak beranak????
Pak Hadi jangan main-main dengan saranan anda!!!
Kami bukan melayu bodoh dan tinggal atas pokok!!!

Salah tafsir Qurankah???
Atau salah tafsir hadith Nabi???

Saya dah berkali-kali ingatkan bahawa kaum Cina yang berada dalam DAP tu adalah kaum Cina dan sangat kuat semangat kaumnya. Tidak dapat menerima kita selaku anak jati negara ini. Cina dalam MCA dan GERAKAN adalah Cina yang sedarhana seperti kita. Kot kamu ekstrim melayu?
Kalau tak faham juga, biar saya jelaskan maksudnya. Ekstrim itu maksud,,,pagi, petang, siang dan malam, minda mereka hanyalah untuk kaum mereka dan berfikir sepanjang waktu untuk menjahanamkan kaum melayu yang mereka percaya lemah dan bodoh ini. Tak nampakkah DSAI tengah menjadi sebiji bola sepak kepada mereka sekarang ini? Bagaimana Nizar dimain ketengah dan ketepi dalam permainan itu?

Ahad, 21 Jun 2009

NIK AZIZ telah mula berlembut.

Berita pagi ini dikaca TV menjelaskan bahawa Menteri Besar kelantan dari Pas itu telah menampakkan wajah sebenar ulamak, bilamana telah mula menampakkan kematangan dan kelembuatan serta ketegasan dalam menghadapi liku perjuangan politiknya dan politik bangsa sertanya dinegara ini. Mungkin beliau merasa panik bilamana melihat suasana "kurang enak" di negara Iran sejak mutakhir ini. Takkanlah nak tengok mayat bergelimpangan terlebih dahulu, baru nak insaf!!!!Andakan seorang ulamak yang jutaan rakyat mengkaguminya.

Mengikut kata Mukhriz, budak setahun jagung jika dilihat pada usianya, boleh melihat bahawa Malaysia tidak sentosa jika melayu itu berpecah,,,adalah satu pandangan dan kenyataan bernas yang perlu diambil perhatian wajar. Ayahnya pun tahu akan kemungkinan besar perkara ini menjadi kenyataan. Mesti ada motif kenapa Tun Mahathir tidak suka kepada perpaduan antara Pas dengan UMNO. Dan Tun juga tahu bahawa mustahil UMNO akan meninggalkan rakan seperjuangan mereka dalam BN, jika berlaku perpaduan dikalangan Pas dan UMNO. Kenapa Tun berkata sebaliknya dan menunjukkan reaksi negatif? Maka anda kena buat analisa dengan hujah Tun Dr Mahathir. Tentunya tak sama dengan luahan rasa dan minda Mukhriz, anaknya.
Yang mana satu elok, anda fikirlah sendiri.

namun demikian, sekali lagi saya ingatkan, kata-kata Mukhriz itu tersangatlah banyak kebenarannya. Tak percaya, cubalah kita teruskan sikap berpecah belah antara melayu ini.
Perpecahan akan menyebabkan melayu lemah. lemah akan menyebabkan melayu asyik ketinggalan dalam segenap bidang. Bila ketinggalan, ertinya kaum lain akan lebih maju kehadapan. Bila kaum lain akan lebih maju kehadapan, melayu akan sekali lagi rasa terhimpit. Bila rasa terhimpit, melayu akan marah. Bila marah akan membakar rumah sana dan sini dan mengamuk sana dan sini. Maka akhirnya negara akan kucar kacir. Maka jadilah melayu yang hina serta menumpang diatas Tanah sendiri. Tak malukah??????

Suatu ketika dulu kita lebih 60%!!!!
Kini kita hanya lebih kurang 51%!!!
Macamano gayo nyo jika kito 45% agaknyo????
Nak teruskan perpecahan?
Jangan berpadu???
Teruskan sikap degil anda???
Teruskan teruskan teruskan.
Biar padan dengan muka kalian semua.!!!!!!