SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 27 November 2008

keadaan di MUMBAI India. MUNGKINKAH BOLEH BERLAKU DIMALAYSIA?

Saya terperanjat sakan apabila mendengar berita tentang trajidi yang sedang berlaku di Mumbai India. Selain simpati dengan apa yang terjadi, dimana orang yang tidak bersalah menjadi mangsa, tua dan muda, negara juga keluh kesah dengan apa yang berlaku. Disamping sangat merasa malu kerana pencetus kedurjanaan adalah dikaitkan dengan badan haram islam yang ekstrim. Saya tak mahu sebut nama organisasi tersebut kerana lebih elok ianya tidak ada didalam mindaku yang kesugulan ini.

Yang Allah ya Tuhanku. Mohonku agar suasana itu tidak di Malaysia akan berlaku.

Rasa-rasanya Tuhan makbulkan tak doaku?

sebuah PUISI PERJUANGAN membela BANGSA.

Aku gundah Gulana,
Mengenang nasib bangsaku,
Terhina jua ia,
Oleh mereka yang dulunya asal tiada,
Dan kini menempa nama,
Diterima jua,
Dihadiah jua,
Diagungkan jua,
Dan mereka rupanya
Kacang lupakan kulit,
Dan hanya pandai bermuka-muka.

Aku Gundah Gulana,
Mengenang nasib bangsaku,
Dimanapun berada,
Bercakaran sesama mereka,
Kini dan pada setiap ketika...
Konon demokrasi dan Hak Asasi Manusia..
Mereka apa? Harta tak bernyawa?

Aku Gundah Gulana,
Dan bertanya didalam duka,
Mengapa kita tidak bersama?
Ini negara kita bukan negara mereka,
Lihatlah mereka itu,
Miskin kedana,
Lantai rumahnya habis basah ketika air turun dari awan,
Kamu sepatut membelanya,
Bukan hidup berpoya-poya,
Kamu sepatut menjadikannya rakan,
Bukan lawan tidak keruan,
Akhirnya mujur lalu melintang sawan,
Namun anda menjadi dendeman,
Sehingga ke puncak awan.

Sedarlah,
Yang aku Gundah Gulana,
Yang kamu,
Berlagak bangsawan,
Rupanya membawa negara dan bangsaku,
Kejurang yang sangat dalam,
Dan aku mati dalam penasaran.

Rabu, 26 November 2008

RESOLUSI MENDESAK KERAJAAN MENGHARAMKAN NGO'S YANG MEMANDAI-MANDAI IKUT SERTA BERBICARA TENTANG ISLAM.

Dalam persidangan pimpinan Bloggers Pembela Negara baru-baru ini, banyak resolusi yang diutarakan dan diperjuangkan, adalah bersangutan dengan karenah Ngo's yang cuba-cuba berlagak pandai dengan membuat komen dan kritikan tentang apa yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tentang Hukum keatas Senaman Yoga. Terdapat juga hal-hal yang lain seperti Masalah kahwin campur antara agama di Malaysia dan sebagainya.
Saya sangat bersetuju dengan resolusi yang dibentangkan oleh rakan-rakan saya dalam BPN tersebut dan berharap perkara ini tidak tinggal didalam blog ini sahaja. Ia juga harus dihantar kepihak berwajib sebagai satu memorundam yang mendesak pihak berwajib mengambil tindakan tegas demi bangsa dan maruah agama.

Mana mungkin ngo's yang keahliannya bukan mereka yang beragama islam serta sangat dangkal mengenai ilmu keislaman, ingin ikut serta pandai-pandai dan berlagak mempertikaikan agama rasmi negara tersebut.

Kerajaan hendaklah bersikap tegas dalam soal yang menyangkut agama islam. Ia sekali gus merupakan KPI kerajaan dalam kita menentukan dan memberikan markah kepadanya samada ia benar-benar atau hanya retorik semata dalam memperjuangkan agama rasmi negara ini.
Kepada saya, jika ia merupakan KPI kerajaan, maka kerajaan PKR di Selangor, Kerajaan PAS di Kedah serta Kerajaan Angkatan Rakyat di Perak telah gagal, kerana membenarkan Ladang-Ladang Babi yang sangat luas dinegeri masing-masing.

Selasa, 25 November 2008

MELAYU SUDAH LUPA atau TDM nak jaga nama?

Saya mohon jangan emosi apabuila saudara terbaca penulisan saya ini. Saya minta jika membaca blog ini jangan anda menyamakan TDM dengan UMNO. Kenyataannya TDM bukan lagi ahli UMNO. Beliau hanyalah mantan Presiden UMNO dan Mantan PM Malaysia sahaja. Jangan kerana marahkan TDM, UMNO menjadi mangsa.
Okaylah, biar saya mula bicara.
26-11-2008, TDM dalam ruangan blog beliau bercerita panjang atas tajuk Rasuah Dan Keazaman Politik. Seronok sekali saya membacanya, sehingga kopi yang tersedia oleh sang isteri terlupa ditegok jua. Entah kenapa seorang Mantan PM dan Mantan Presiden UMNO itu boleh berkata sedemikian rupa, seolah bukan beliau yang menjadi PM sebelum Pak Lah dan bukan beliau yang menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun itu. Saya tidak bermaksud kurang ajar kepada beliau, malah jauh sekali tidak bersyukur dengan apa yang beliau sumbangkan kepada negara dalam tempuh yang lama itu. Tetapi saya terasa dipermainkan oleh kenyataan dalam bicara beliau melalui blognya. Saya merasakan tengah melihat seorang Penjual ubat Panau, mempromosi ubat panaunya ditepi Jalan tengku Abd Rahman, sedangkan belakang dan penuh tangannya dengan penyakit Panau dan Kurap. Siapa yang nak beli ubat panaunya itu? Saya kesian kepada TDM, kerana apapun jua suara beliau dalam blognya, berapa ramaipun mereka yang membuat komen, mereka hanyalah membuat komen yang sinis dan mungkin melayan beliau sebagai melepaskan rasa hormat kepada orang tua semata. Tidak lebih dari itu. Didalam jiwa mereka, mereka tahu sepenuhnya siapa TDM semasa bergelar PM suatu ketika dulu.

Beliau mengakui politik wang sudah berlaku semasa era beliau dahulu. Bukannya sekadar 'sudah ada' tapi telah bermula diera pemerintahan beliau. Dan rasuah sangat parah dan bermaharajalela dizaman beliau. Siapa yang kuat bermain rasuah ketika beliau PM? TDM tidakkah? Hanya Tengku Razaligh sajakah? Tun Musa tentulah tidak. Tun Ghafar sudah meninggal. Tak payah cerita. Tak elok. Pendekata politik wang telah bermula dizaman TDM dan sangat rancak suasananya. DSAI, Mahyussin, Muhamad Taib, Tan Sri Isa Samad, Pak Lah, Datuk Seri Najib, Tan Sri Sanusi adalah Pemimpin-Pemimpin utama yang berebut jawatan Naib dan Timbalan ketika TDM memegang jawatan Presiden UMNO. Cubalah teka siapa kalangan pemimpin ini yang membeli undi, membayar penginapan, membayar tambang, belanja makan di hotel-hotel mewah, belanja ke Medan, Jakarta dan sebagainya? Ada atau tidak? Jangan cuba menafikannya. Saya juga kerap menjadi perwakilan dizaman TDM menjadi Presiden. Terlalu banyak insiden sedih berlaku ketika beliau menjadi Presiden dan PM di Malaysia ini.
Mula-mula Tun Musa terpelanting. Lepas itu Tengku Razaligh Hamzah. Satu ketika Pak Lah sendiri. Kemudian Tun Ghafar dan seterusnya DSAI. Ujud Parti Semangat 46 dan PKR juga pada masa beliau menjadi Presiden UMNO. Apa semua ini? Orang melayu sudah pandang jijik kepada UMNO ketika beliau sebagai Presiden UMNO lagi, kerana karenah dan sikap TDM yang sering menjatuhkan pemimpin utama UMNO. TDM dikenali dengan jolokan sangat kejam. Sehingga beliau dikenali dengan nama MAHAFIRAUN oleh musuh-musuhnya yang akhirnya menjadi musuh UMNO. Namun kerana kepintaran beliau UMNO masih dapat bertahan hingga 2003 semasa beliau berhenti dari memegang semua jawatan tersebut.

Anda semua rasa sistem kuota yang diujudkan era TDM, bertujuan untuk menghalang rasuah politikkah? atau untuk mempastikan kedudukan mereka dalam UMNO dapat bertahan lama? Tulisan TDM dalam blognya seolah mengatakan sistem kuota untuk menghalang politik wang dalam UMNO. Betulkah tu? Saya meragui dengan kenyataan tersebut. Pada saya ianya hanya bertujuan menghalang peluang orang miskin menjadi pemimpin utama dalam UMNO. Mereka tidak mampu untuk membeli undi, bayar penginapan, bayar makan minum perwakilan, bayar tambang kapal terbang perwakilan Sabah, Pulau Pinang, mereka tak mampu menghantar penyokong ke Medan, Jakarta dan lain-lain tempat sebagai ganjaran. Sedangkan dalam masa yang sama hanya orang kaya yang memiliki peluang untuk menjadi pemimpin utama dalam UMNO, kerana mereka mampu untuk berbelanja walaupun terbang ke Bulan dan Bintang sekalipun. INI YANG TERJADI DALAM UMNO KETIKA TDM MENJADI PRESIDENNYA. Saya bukan nak mengungkit perkara lepas. Sekadar mengeluarkan apa yang terasa sebak didada, apabila membaca kenyataan membela diri TDM dalam blog beliau. Apakah beliau merasakan kita semua buta mata dan hati sehingga tidak tahu akan suasana dalam UMNO di era beliau?
Kita tidak lupa. Kita bukan Melayu yang mudah lupa seperti yang beliau pernah ungkapkan satu ketika dulu.

Anda semua,
Politik Wang hanya bermula dalam era UMNO BARU sahaja. Ianya tidak berlaku zaman Datuk Hussin Onn. Bapak kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Apatak lagi zaman Tun Abdul Razak ( Ayahnda Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ). Ia hanya bermula pada era UMNO Baru pimpinan TDM. Rasuah bermula di era TDM. Tak payah kita ungkit puncanya. Banyak sekali. Cukup dengan kenyataan ianya bermula dalam era TDM saja. Bolehkah TDM hapuskan rasuah di era beliau. Jawapannya TIDAK. Pak Lah juga tak sempat menghapuskan rasuah ini semasa era beliau kerana masanya hanya waktu senja sahaja. Tidak menjelang malam.

Aku berharap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mampu menghindarkan rasuah dan terajang jauh-jauh dari UMNO kita. UMNO bukan hanya milik mereka yang bergelat pemimpin semata malah milik kami jua, rakyat akar umbi.

MEMERANGI RASUAH tindakan PERTAMA Datuk Seri Najib.

Setelah bercita-cita untuk merampas semula atau bertekad untuk merampas semula kerusi parlimen 2/3 menjelang PIRU ke 13, tindakan pertama Datuk Seri Najib ialah MEMBENTERAS RASUAH DALAM UMNO. Bagaimana caranya?
1. Tangkap sekurang-kurangnya 5 hingg 10 orang Calon yang akan bertanding dalam Pemilihan Pemimpin UMNO bulan Mac 2009 ini. Tanyakan dengan TDM siapa agaknya yang dituduh TDM masa kini yang mengamalkan rasuah dalam Pemilihan Pemimpin UMNO. Atau Datuk Seri boleh cari sendiri.
2. MESTI ADA KEBERANIAN demi masa depan UMNO tercinta ini. Jangan ada sebesar atompun rasa takut pada Datuk Seri. Saya yakin ini mesti mengundang musuh. Namun demi UMNO masih ramai yang menjadi kawan setia Datuk Seri. Tangkap mereka. Mereka sebenarnya adalah petualang bangsa dan agama, bukan pemimpin sejati UMNO. Insyallah UMNO akan bertahan lama, sekalipun mungkin kita akan kehilangan mereka yang terpenting dalam UMNO. Namun kehilangan mereka bukan lah merupakan kehilangan pejuang malah petualang bangsa.

NAJIB NEKAD RAMPAS SEMULA 2/3% MAJORITI DIPARLIMEN.

DATUK SERI NAJIB TUN ABD RAZAK berkata beliau akan berusaha untuk merampas semula 2/3 majoriti di Parlimen dalam pilihanraya ke 13 nanti. Beliau berkata demikian ketika ditanya semasa temuramah dengan beliau oleh agensi berita AFP di Sila-Sila Sidang Kemuncak APEC diPeru isnin lalu. Ini adalah ucapan pertama beliau yang sangat tegas setelah memperolehi sejumlah 185 pencalonan ke jawatan Presiden UMNO.

Kepada semua pemimpin UMNO/BN bawah hingga keatas hendaklah menyedari sepenuhnya bahawa kenyataan ini adalah merupakan satu kenyataan yang serius dan penting sekali untuk anda hayati dan penuhi bersama. Datuk Najib seorang sahaja tidak akan mampu mengusahakannya tanpa bantuan dan sokongan sepenuhnya daripada anda semua. Segenap lapisan kepimpinan UMNO /BN mesti ( bukan harus sahaja ) berusaha bermula daripada sekarang untuk turun keakar umbi bagi menjelaskan tentang usaha anda untuk meraih semula 2/3 di Parlimen menjelang PIRU ke 13 kelak.

Pemimpin-pemimpin UMNO dan Ahli UMNO tidak sekali-kali boleh melakukan lagi perkara yang tidak dibenarkan. Seperti Penyelewengan, Rasuah, Kronisma, Nepotisma, Bersikap sombong, Bongkak, Takbur, dan sebagainya. Tuan-tuan adalah penganut Islam dimana semua yang tersebut itu tadi sangat haram didalam ugama kita. Tidak mustahil, ramalan Tun Dr Mahathir akan menjadi kenyataan jika perbuatan haram tersebut, sewenangnya Pemimpin dan ahli UMNO melakukannya.

Jadilah seorang pemimpin UMNO/Islam yang amanah, jujur dan ikhlas dalam berbakti kepada UMNO. Jika anda ingin kepada kekayaan dunia, bidang perniagaan adalah sebaik bidang untuk anda ceburi. Bukan UMNO. UMNO adalah badan untuk memperjuangan ugama, bangsa dan negara. Tutuplah pintu hati anda untuk mempergunakan parti UMNO sebagai landasan memperkayakan diri.

Semuanya bermula daripada niat/nawaitu anda untuk bergelar sebagai pemimpin parti. Jika anda mempunyai niat untuk kaya, jangan masuk menjadi pemimpin dalam UMNO. Berikan ruang tersebut kepda mereka yang mempunyai nawaitu yang betul dan tepat. Tanya pada diri anda sendiri. Jangan hipokrit dan berdusta kepada diri anda sendiri. Jangan anggap perkara nawaitu ini tidak benar dan enteng semata. Segala sesuatu yang kita lakukan, semuanya bermula dengan nawaitu. Malah Sembahyang sekalipun.

Ahad, 23 November 2008

MALU UNTUK MENGAKU NEGARAKU SEBUAH NEGARA ISLAM!!!

TAJUK diatas boleh mengujudkan persepsi buruk anda terhadap saya. Mungkin persepsi anda akan mengatakan saya seorang penganut islam yang buruk, tidak beriman dan petualang ugama yang perlu dipancung saja lehernya. Aku menerima seadanya. Tetapi sebelum leherku putus, berikan lah ruang dan peluang untukku mencurahkan rasa hati yang sekian lama terpendam dan berdendam dengan mereka yang bergelar 'pemimpin ugama ku'.

Suatu hari di Ibu Kota,
Aku melangkah kaki ke medan Kereta Sewa/Taxi di Perhentian Pudu Raya,
Disatu sudut,
Aku nampak ramai orang berkumpul dalam keadaan duduk mencengkung,
Aku menghampiri mereka,
Rupanya sekumpulan driver kereta sewa,
Tengah bermain kad 52,
Leka dengan duit berwarna merah, biru dan hijau merata,
Penganut ugama ku semua dikalangan mereka,
Tetapi bermain judi jua.
Ketika itu AZAN berbunyi berkumandang keudara.
Ramai diantara mereka berhenti seketika,
Dan terus mengerjakan suruhan agama,
Kemudian kembali meneruskan angkara durjana seperti sebelumnya.

Dilain ketika,
Aku diajak kawan se Universiti ku,
Ke Ibu Kota,
Pukul 10.00 malam aku diajak bersama,
Melawat sahabat di Disko Dangkut jua,
Masyallah..menari dan minum arak,
Kaum sebangsa dan seagamaku.
Menari huyung hayang bersama wanita yang dibayar jua.

Aku sekolah menengah di Trengganu,
Masa tu tahun 1970 hingga 1974 jua,
Belum ada internet dan Telefon Bimbit.
Yang ada tayangan cara lama,
Menggunakan 'wayar putih' cuma.
Aku diajak kesebuah kampong..Yang penduduknya 100% muslimin dan muslimah saja.
Disana aku diperkenalkan dengan filem layangan lucah.

Antara Sukan kesukaanku ialah Golf dan Rugby,
Kini ramai kaum ku yang mencaburinya,
Tetapi masalahnya,
Main Golf dan Rugby tidak menyeronokan,
Jika tidak beserta Carlbergs dan Stout serta tiger.
Maka samada Ali atau Simpson atau Samimuttu sama sahaja,
Langsung tidak berbeda.
Tidak ada yang haram, semua halal belaka.

Hari ini ketika ku berusia dewasa hampir tua.
Semua peristiwa dulu Dosa belaka,
Nasib dibadan masih ada nyawa,
Dan akhirnya aku bertaubat Nasuha.
Kerana perbuatan dimasa lalu.

Aku rasa-rasa,
Segan hendak berkata,
Aku berada dalam negara Islam Malaysia,
Kerana penganutnya serupa mereka,
Yang kini tengah mempertikaikan kita.

KENAPA ANDA MARAH DENGAN UMNO?

Sejak enam bulan yang lalu saya sangat aktif melayari blog. Disamping melayarinya saya juga menyelitkan komen-komen saya diruangan blog yang memperbincangkan senario politik masa kini. Kerana agaknya ruangan seperti itu yang sangat menarik minat saya. Saya juga akhirnya memiliki ruangan blog saya sendiri, walaupun masih baru dan rasanya masih kurang matang ( mentah ) dibanding dengan ruangan seperti blog saudara Nobisha, Kudang Kepang, Tun Dr. Mahathir Mohamd, Datuk Sahabery Cheek, A Kadir Jasin dan lain-lain lagi, namun saya tidak akan berhenti sehingga akhir hayat saya. Saya beranggapan inilah Pusat menimba ilmu didada selain perpustakaan dan Kedai-Kedai buku yang ada di merata tempat ketika ini. Melalui ruangan blog saya mendapat tahu banyak berita. Antaranya tentang senario politik Tanah Air.

Bagaimana bersungguh-sungguhnya Parti Pembangkang menggunakan ruang blog ini untuk menjadi kerajaan yang memerintah negara. Bagaimana berusahanya penyokong Barisan Nasional mempertahankan diri agar masih tetap utuh dan kekal sebagai pemerintah negara. Semuanya saya ketahui dan hayati melalui pembacaan saya didalam ruang blog. Saya merasakan demikian juga pelayar-pelayar blog yang lain samada dewasa maupun belia remaja.

Samada Wanita maupun Puteri tercinta. Semuanya tidak terkecuali kerana ruangan blog ini boleh dikunjongi bila-bila tanpa sekatan tempat, ruang dan masa.



Pada hemat saya, penulisan yang paling menonjol dalam ruangan blog di negara kita hari ini ialah PERBICARAAN MENGENAI UMNO. Tak kisahlah samada ianya memperkatakan pemimpin UMNO, akar umbi UMNO, organisasi UMNO dan segala permasalahan didalam UMNO. Kenapa ini berlaku? Saya kira setiap daripada kita akan memberikan sebab musebab yang berbeda-beda mengikut selera dan pemahami kita sendiri. Tapi apapun sebab dan alasannya, secara kasar kesimpulannya mengatakan UMNO sudah berada dalam keadaan parah kerana mengidap penyakit barah yang kronik. UMNO mengidap penyakit barah kerana pemimpinnya mengamalkan Budaya Rasuah, Kronisma dan Nepotisma. Dikatakan Pemimpin UMNO mengamalkan dasar pilih kasih dalam pemberian kontrak, AP Kuota, Permit dan peluang ekonomi hanya kepada manusia-manusia yang mereka kenali dan "geng-geng" mereka sahaja.

Maka berduyun-duyunlah pengamal blog menyumpah dan menghina UMNO kerana perbuatan Pemimpin UMNO yang pada mereka yang ramai tadi sangat jelik dan meloyakan.

Kepada mereka ini, UMNO harus diketepikan didalam PIRU ke 13 nanti. UMNO mesti menerima hukuman dan mesti juga digantikan dengan parti yang mereka sokong ketika ini. Yakni PAKATAN RAKYAT ( PKR, DAP DAN PAS antara parti didalamnya). Termasuk Tun Mahathir juga pernah menyatakan kebimbangannya bahawa boleh jadi UMNO akan kalah dalam PIRU ke 13, jika masalah Rasuah tidak dapat diberhentikan dari menjadi budaya dalam UMNO. Arwah Tun Ghafar, semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri satu ketika dulu, juga pernah menimbulkan rasa kebimbangan beliau akan keadaan barah yang melanda UMNO.



Dalam penulisan ini saya tidak bermaksud untuk berbicara tentang kerosakan yang berlaku didalam UMNO. Tetapi ingin bertanya kepada saudara & saudari semua, kenapakah UMNO yang menghadapi semua angkara? Saya pernah bertanya kepada kawan saya, jika anda minum arak dan berzina dengan seorang wanita, kenapa Islam nak disalahkan?



UMNO, rasa saya langsung tidak bersalah kerana mengidap menyakit barah. Yang bersalah ialah Pemimpin dan Perwakilan didalam UMNO tersebut. Jika sesuatu tindakan hendak diambil, ianya hendaklah diambil kepada pemimpin dan perwakilan UMNO tersebut. Bukan UMNO. UMNO adalah parti keramat yang sekian lama telah berjaya menjadikan dirinya sebagai satu flatform kepada kita untuk mencapai merdeka dan memajukan bangsa.



Tidak bimbangkah saudara/i bahawa mereka yang berduyun-duyun, samada diluar maupun didalam UMNO itu mampu mencapai kejayaan mereka dalam menghancurkan UMNO? Bahawa mereka boleh suskes menjadikan Pakatan Rakyat sebagai Pakatan yang akan memerintah negara ini suatu hari nanti?. Sedarlah bahawa ketika pemerintahan bertukar dari UMNO/Bn itu kelak, pada saat itulah kaum kita kecundang dari perjuangan diatas Tanah Tumpah Darah kita ini.



Ramai dikalangan kita hanya berteriak atas nama demokrasi, atas nama Hak asasi manusia, atas nama liberlisasi dan Hak kesamarataan. Kerana terlalu alpa, kita ketinggalan tentang Hak Asasi kaum kita sendiri. Yang suatu ketika bermungkinan besar akan menjadi hanya 'sesuap nasi'.

Kepada saya apa gunanya semua itu jika kita terpinggir dan hanya menjadi 'driver lori' hingga qiamat nanti?. Apa gunanya demokrasi jika bangsa mati. Apa guna liberalisasi jika Sungai Wang Plaza terbakar dan menjadi bara hitam yang mencengkam hati? Apa gunanya Hak Asasi Manusia jika bangsa kita bertimbun-timbun mati setiap hari? Seperti Di Africa dan banyak lagi negeri?.

Kepada anak-anak belia dan beliawanis, Apa guna sekolah tinggi-tinggi, jika membawa durjana kepada bangsa sendiri. Anda semua merasakan segala tindakan dan keputusan anda benar dan betul. Iakah? Apa sudah jadi dengan DEB di Pulau Pinang. Ianya hilang kerana anda mengundi Pembangkang. Di Perak berlumba-lumba ke Istana Raja. Kenapa? Dulu ketika BN memerintah semua ini tidak berlaku. Mahukah kaum melayu dinegeri lain seperti suasana politik di Perak itu?. Saya sememangnya kagum kerana anda semua sukses dalam pengajian anda. Anak-anak ku juga tiga-tiga orang telah menghabiskan pengajian mereka di Universiti. Aku bangga dengan pencapaian bangsa ku ini. Tetapi aku sayu dan pilu kerana mereka dangkal dengan perjuangan bangsa ku. Dengan hanya berkata aku adalah pejuang bangsa ku belum mencukupi, jika tindakan tidak kearah itu. Jika ia berdasarkan emosi dan perasaan hasad dengki dan iri hati.

Aku pernah berjumpa driver taxi di ibu kota. Seorang melayu tetapi menyokong DAP atas alasan demokrasi. Aku berdoa agar driver taxi tersebut boleh naik haji satahun lima kali dibawah parti baru nya. Driver taxi tersebut terlalu marah kerana permohonan beliau untuk memdapat Permit taxi telah ditolak Menteri. Keadaan driver taxi tersebut sama dengan keadaan seperti berikut:- anda menceraikan isteri hanya kerana kesalahannya tidak masak tengahari sekali selama 15 tahun perkahwinan anda. Adakah patut anda bertindak sedemikian?

Anda sekalian, bijaksanalah dalam membuat keputusan dan tindakan, lebih-lebih lagi yang bersangutan soal hidup mati bangsa mu. Suatu hari kelak, anda akan sedar apabila semua keadaan dipersekitaran anda tidak ngam dan tidak menyebelahi anda. Ketika itu 'nasi sudah menjadi bubur'.

Saya menyarankan agar BUKAN UMNO YANG JADI MANGSANYA. JANGANLAH UNDI
CALON YANG MENGAMALKAN RASUAH POLITIK. KITA MASIH RAMAI PEMIMPIN PARTI YANG MEMILIKI INTEGRITI TINGGI. YANG MELETAKKAN NAFSU JAUH KETEPI
DALAM MENGHADAPI PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN BANGSA DAN IBU PERTIWI
.